Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 16 - Love Blue Flowers

Chapter 16 - Love Blue Flowers

Pemilik suara yang duduk di tepi tingkap menarik perhatian Maisara yang sedang mengemas meja yang kotor. Dia memasang telinga saat terdengar nama Naura Airina.

"Aku rasa kan Naura ni dah boleh lepaskan kot bakat dia tu. Apalah tiru orang punya." ujar si gadis berambut potongan pendek itu. Maisara kecil besar kecil besar je dengan 3 orang gadis itu.

"Yang tak boleh blah si Arif dah kahwin. Tapi bini dia tu kita tak tahu lagi. Mohonlah jangan Naura Airina tu. Kaki peniru tu." tambah pula si gadis berpakaian baju merah jambu dan berambut panjang

"Korang main kutuk je Naura tu. Pihak syarikat yang berkerja ngan Naura dah beritahu yang Naura tak tiru karya Arif. Jalan cerita agak serupa tapi ending dia berbeza dan Naura punya fantasi kalau si Arif tu berkenaan science lah sejarah lah. Kan jauh beza." gadis berkaca mata yang dari tadi membisu itu mula membela Naura. Ya, Maisara sudah puas sekarang. Sekurang-kurangnya ada yang membela Naura.

"Kau sokong Naura tu macam Naura akak kau eh. Aku tahulah kau sukakan Arif Iskandar tu but janganlah bagi muka sangat." ujar gadis berpakaian merah jambu itu.

"Lah asal diaorang mention nama Aku?" tanya Naura pada Maisara yang masih mengelap meja. Maisara terkejut.

"Asal kau kat sini?" sepatutnya Naura berada di rumah mak mentuanya bukan di kafe. Naura angkat bahu. Bukan dia yang mahu datang ke sini tapi Arif yang mahu.

"Entah mamat tu. Nak cakap apa entah kat Alif ngan Batrisya." kepalanya dialihkan untuk melihat Arif yang masih berada di kedai sebelah. Batrisya dan Alif masih tekun mendengar kata-kata Arif walaupun Naura tak tahu apa yang mereka bincangkan.

"Aku tak kira! Aku nak serang juga Naura." jerit gadis berambut panjang itu. Terkejut Naura dibuatnya.

"Maaf cik. Cik boleh tak perlahankan suara tu. Terkejut Saya dibuatnya." ujar Maisara dengan lembut. Mereka bertiga berpeluk tubuh. Dengan pandangan yang dingin dan wajah yang mencari gaduh itu membuatkan Maisara pula yang naik angin.

"Kau tu setakat kerja kat kedai ni tak payah nak sembang macam kau anak Dato ya. Bukan orang ada pun." jawab gadis berambut potongan pendek itu dan memakai teg nama Farisha.

"Yang nak kaitkan dengan kedai Saya kenapa? Memang kalau anak Dato atau kaya raya ke kita kena hormat? Yang miskin ni tak payah?" balas Maisara. Naura menarik lengan Maisara agar gadis itu tidak bertindak secara berlebihan.

"Tak apa masalah ni? Salah ke kitaorang datang sini nak bagi kau duit patu duduk sembang. Salah ke? Ada ke Aku pukul kawan kau tu?" gadis berambut panjang iaitu Qaisara sudah menarik lengan bajunya hingga ke siku.

'Aku sekali kena?'

"Salah korang sebab tak reti hormat orang. Apa masalah korang nak serang Naura sedangkan pihak syarikat dah kata yang Naura tak tiru karya Arif. Kau marah sebab Arif dah kahwin? atau kau marah sebab jalan cerita tu hampir sama?"

"Memang salah dia sebab kahwin dengan Arif. Ramai-ramai lelaki kat dunia asal Arif juga orang nak?" dari tadi gadis berkaca mata itu membisu dan kini dia berani bersuara pada Maisara.

Naura pula berpeluk tubuh. Salah dia? huh! kalau tak boleh nak terima kenyataan tu kata sahaja tak perlu nak libatkan orang lain. Dah jodoh Naura dengan Arif jadi nak buat macam mana lagi?

Telefon Naura mula berbunyi dan situasi Maisara dan pelanggannya mula reda.

"Awak nak Saya tinggalkan awak ke wahai ukhti?" - Mr Love

"Aku bayarkan untuk diaorang." ujar Naura seraya mengeluarkan not 30 lalu diletakkan di atas tangan Maisara. Terus Naura berlalu pergi untuk berjumpa dengan Arif di dalam kereta.

Masuk sahaja ke dalam perut kereta, Naura melihat raut wajah Arif yang tak biasa dilihat oleh Naura.

"Marah Naura ke?" soal Naura. Arif menggeleng. Dia tidak marah kepada Naura cuma dia marah kepada pelanggan Maisara. Adab tak ada!

"Then?" Naura buat riak wajah comel. Dekat sebulan mereka berumah tangga dan wajah comel sahajalah yang mampu melegakan kemarahan Arif ataupun ketika Arif merajuk.

"Hm tak ada apa." senyum. Dia mencuit pipi gebu Naura. Kemarahan dia mula reda saat bertentang mata dengan Naura. Naura seperti kanak-kanak dimata Arif dan sahabat Naura namun dimata orang luar, Naura agak sombong. Sombong dia hanya pada manusia yang dia tidak kenal dan perlu ke dia menjadi peramah setiap kali bertemu dengan orang? Sudahlah kita tidak tahu niat manusia itu.

TIBA SAHAJA di rumah encik Hafiz dan Puan Aina, tok wan terus memeluk tubuh Naura yang sudah lama dia tidak berjumpa. Rindu dia pada anak gadis itu sangat mendalam.

"Tok wan peluk bini abang Is kuat sangat. Kalau pengsan macam mana?" usik Adif sambil bersalaman dengan abangnya.

"Aku kan ada. CPR pun boleh." sengih. Naura malu. You know what is malu? Ugh.

"Naura dah siap gosok baju kurung?" soal tok wan. Naura tak menjawab soalan itu. Baju kurung? untuk apa?

"Rif. Kenapa tak bagitahu Naura yang malam ni ada kenduri tahlil?" mata Naura, tok wan dan Adif memandang tepat wajah Arif yang masih berdiri tegak.

"Oh lupa. Nanti suruh Dania bawak baju kurung dia ya Dif." sengih. Naura tayang muka tak puas hati.

"Macamlah Dania nak datang." puas dia memujuk Dania untuk hadir pada malam ini namun Dania tidak sukakan tempat sesak.

"Pujuk lah. Halah halah. Jarang tok wan ada kat sini." ujar tok wan pula. Teringin benar dia untuk melihat gadis yang sering menjadi bahan cerita Arif dan Naura.

Adif menggeleng dan terus masuk ke ruang tamu. Malas dia nak pujuk gadis itu lagi. Keras kepala. Susah nak ajak bincang.

"Gi lah masuk dulu. Tok wan nak tengok orang-orang ni kemas betul-betul atau tidak." mereka berdua mengangguk lalu menarik bagasi berwarna biru itu ke dalam rumah.

"Nauraaaaa." suara Puan Aina dari dapur membuatkan Naura terkejut. Adif tayang wajah tak puas hati. Seminggu dia tidak menegur insan yang bergelar MAMA itu.

"Kak! Abang!" panggil Adif yang duduk di ruang tamu ditemani beberapa pekerja rumah disitu. Naura dan Arif serentak memandang Adif.

"Gi lah rehat dulu. Nanti nak angkat dulang agi." senyum. Naura mengangguk lalu dia bersalaman dengan Puan Aina sebelum naik ke bilik Arif. Adif tidak senang duduk saat Naura dan Arif bersalaman dengan Puan Aina.

Naik sahaja di bilik Arif, Arif membuka butang bajunya untuk membersihkan badan sebelum melakukan kerja di bawah. Naura diri seperti patung saat Arif membuka butang bajunya.

'Lari~'

"Why?" soal Arif dengan lembut apabila Naura terus pusingkan badannya. Arif tahu Naura malu. Dia suka mengusik isterinya dengan cara begini. Saat Naura malu, pipi Naura akan menjadi merah kadang-kadang sampai badan Naura menjadi panas.

"Cepatlah masuk tandas.." Arif senyum. Dia tidak bergerak walau selangkah dari tempat dia berdiri. Dirinya masih menanti Naura untuk berpusing.

"Dah masuk tandas ke?" soal Naura. Arif diam. Bagi Naura, Arif sudah masuk ke tandas jadi inilah masanya untuk berpusing.

Pap! Naura terlanggar tubuh Arif saat mahu mengundur. Arif tersenyum. Arif menundukkan tubuhnya untuk melihat wajah manis Naura namun Naura sempat mengambil peluang untuk berlari dari pandangan suaminya.

"Eee gatal!" ucap Naura sambil membaling sebiji bantal ke arah Arif. Arif mengaduh kecil kerana balingan bantal itu terlalu kuat.

"Sakit ke?" soal Naura dengan penuh perhatian. Arif mengangguk. Hah sudah Naura gelabah. Perlahan dia mendekati Arif yang masih mengaduh kecil.

"Sorry.." ucap Naura. Arif tersenyum. Naura sudah termakan umpan Arif. Naura mengambil bantal dari pelukkan Arif lalu dia meletak bantal itu ketepi.

"Alololo comel sayang bila risau." senyum. Dia menghadiahkan kucupan khas buat isterinya sebelum masuk ke tandas.

'Hm okay je. EEEEEE WUARGHHHH k pengsan dulu.'

"Arif Iskandar!" kuat sungguh ketawa Arif saat masuk ke dalam tandas. Naura mencebik.