Taufiq melepaskan keluhan dengan kuat tanpa dia sedari Maisara berdiri dibelakangnya. "Uish kau punya mengeluh tu rasanya sampai Korea tu orang boleh dengar." kata Maisara seraya melabuhkan punggung di sebelah Taufiq. Usai habis sahaja majlis tahlil, dia terus berkemas dan bersiap untuk pulang namun dia matikan niatnya untuk bertegur sapa dengan Taufiq yang berdiri dihadapan kolam ikan koi itu.
"Kenapa tak balik lagi?" soal Taufiq. Hati dia berbunga dengan ketibaan Maisara.
"Keretanya tetiba rosak." Uish Maisara kalau bab menipu memang juara. Kereta dia baru sahaja service minggu lepas tak akan boleh rosak lagi. Nak ambil hati Taufiq tu kata sajalah.
"Saya hantar awak balik." senyum. Maisara bersetuju dengan cadangan Taufiq.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah sewa Maisara, Taufiq tidak banyak bercakap mahupun Maisara. Dalam mulut tu ada emas ke apa? Dulu bukan main lagi nak berborak dengan Maisara tapi bila Maisara dah buka pintu hati mulalah nak berubah.
'Laki memang cepat berubah eh?'
"Thanks.. pasal tadi." tutur Maisara dalam nada lembut. Taufiq diam. Fikirannya jauh melayang. Dia fikirkan semula perbualan dia dan Aliya Natasha. Aliya Natasha bukan perempuan yang mudah mengaku kalah bahkan semua kawan-kawan Taufiq telah menjadi mangsa.
"Ternyata lah Aku cakap dengan kerusi." Taufiq ketawa kecil. Sindiran yang keluar dari mulut Maisara hanyalah gurauan bagi dia.
"Sorry. Saya tadi fikir pasal kerja." senyum. Maisara mengangguk. Keadaan kembali sunyi. Anak-anak mata Maisara jauh melihat ke kiri dan ke kanan. Bukan ada apa-apa pun di kiri dan kanan tu. Sampai naik pelik Taufiq dibuatnya.
"Esok." Terkejut Maisara saat Taufiq secara tiba-tiba membuka mulutnya.
"Cuba bagi salam dulu. Terkejut Aku." marah Maisara. Taufiq juga yang kena. Biasalah perempuan selalu betul.
"Esok apa? nak masuk meminang ke?" usik Maisara. Laju benar Taufiq menggeleng. K smua Maisara hampa dengan kelakuan Taufiq pada malam itu. Bukan sikit tapi banyak. Ugh.
"Esok Saya nak jumpa awak."
"Untuk apa?" Maisara kembali dingin. Malu dan marahnya pada lelaki itu menaik secara tiba-tiba. Baru dia nak berkenalan dengan Taufiq tapi ini dapatnya.
"Anak-anak Saya nak jumpa awak." PAM! terkejut Maisara buat kali kedua. Anak? Taufiq.. ada anak? Jadi kiranya Taufiq seorang duda yang mempunyai anak? 'Boleh pengsan Aku macam ni.'
"Pukul berapa? Boleh Aku tutup cafe awal sikit." Maisara mencuba untuk ukirkan senyuman bahagia dihadapan jejaka itu. Kalaulah Taufiq tahu bahawa Maisara sedang berduka huh mesti Taufiq rasa bersalah. Uhuk. Kalau je.
"10 pagi. Get ready untuk main dengan diaorang ya cik Noralia Maisara."
"Kedai Aku?"
"Tutup buat sehari. Bukannya Saya suruh tutup buat selamanya. Faham? Kalini je." Maisara mengalah juga. Kasihan pula dengan permintaan Taufiq ni. Tapi dia bengang dengan Naura yang tak beritahu dia bahawa Taufiq mempunyai anak.
"Heh? Ok dah sampai. Selamat tinggal dan terima kasih encik Taufiq." senyum dan segera keluar dari perut kereta itu. Langkahnya terhenti saat Taufiq menjerit namanya.
"Abende lu mau?" Taufiq mengangkat telefonnya.
"Alhamdulillah tak faham." senyum sinis.
"Come." Maisara mendekatkan dirinya dengan cermin kereta yang telah dibuka.
"Are you from KL City? Can I get your number, pretty?" Maisara mengangguk tanda faham. Cakap sahaja lah mahu nombor telefon ini tidak siap berpickup line. Cair? sorry Maisara tak akan cair dengan pickupline yang begitu.
"0114823142." Taufiq mendail nombor itu lalu dia menelefon nombor Maisara.
"Simpan nombor Saya." Panggilan dimatikan. Maisara terus masuk ke dalam rumah. Bengang dia pada Taufiq belum habis lagi. Anak? anak mana ni?
ARIF perlahan mendekati susuk tubuh isterinya yang sedang berada di balkoni biliknya. Naura termenung. Tanpa Naura sedari, Arif sudah memeluknya dari belakang.
"Sayang maafkan Arif." ucap Arif. Naura sebak. Bukan salah Arif. Yang salah adalah Putri dan gadis itu yang perlu memohon maaf kepadanga da bukan Arif.
"Bukan salah awak." balas Naura. Puas dia menangis disebabkan kata-kata Putri. Hina sangat ke dia dimata insan bernama Putri itu? Kenapa Putri sanggup sangat hemburkan kata-kata keji itu? mata duitan? huh kalau dibandingkan dengan duit Arif dan duit Naura di dalam bank agaknya Naura lagi banyak.
"Arif janji. Arif tak akan benarkan Putri kacau kita lagi." Beria Arif membuat perjanjian dengan Naura tapi Naura buat tak tahu sahaja.
"Lepas." Arif buat apa yang Naura suruh. Dia melepaskan pelukkan itu dengan perlahan.
"Arif janji.." kata Arif lagi. Naura diam.
"Hm." terus dia masuk ke dalam bilik. Punca dia dingin dengan Arif adalah Putri jadi dia tak perlu nak naik angin dengan Arif tapi ego dia tu ugh memang tak mampu diungkapkan lagi.
'Saya minta maaf. Ego Saya.. dia hm. Fahamlah encik suami. Saya sendiri rimas dengan diri Saya ni.'
PUKUL 5 pagi, Naura tersedar dari tidur akibat bermimpi arwah maknya. Baru Naura sedar bahawa Arif tiada disisinya. Di mana lelaki itu pergi?
"Arif.." panggil Naura dalam nada risau.
"Ya sayang?" Arif menyahut panggilan itu dengan lembut. Naura mendekati Arif yang duduk di atas sejadah ditemani dengan alquran itu.
"Why sayang Arif ni?" Arif mencubit pipi Naura dengan perlahan.
"Erm Arif buat apa?" Naura duduk bersila disebelah Arif. Kepalanya dilentokkan di atas bahu Arif.
"Solat sunat. Tunggu azan subuh tu yang baca alquran. Kenapa?"
"5 minit agi. Bagi Naura tidur." tup! Naura terlelap di atas riba Arif. Naura jenis manusia yang senang tidur jadi tidak kiralah kalau tidur terlebih masa sekalipun kalau lelap terus tidur.
1 minit ~
2 minit ~
3 minit ~
4 minit ~
5 minit ~
Naura masih tidak bergerak. Arif juga tidak mengejut isterinya. Sesekali dia menatap wajah ayu itu. 'Sayang.. maafkan Arif tak jaga awak. Maaf sangat-sangat.'
NAIK penat Maisara melihat Taufiq yang dari tadi ke hulur ke hilir mencari sesuatu di pusat beli belah itu. Sudahlah dia belum makan lagi. Lepastu janji pukul 10 datang pukul 9 pagi. Masatu sumpah Maisara rasa nak marah semua orang.
"Cik Maisara." panggil Taufiq yang berdiri di hadapan kedai mainan.
"Apa?" balas Maisara dingin. Taufiq tahu Maisara marah dengannya gara-gara mengajak gadis itu untuk keluar awal 1 jam. Bukan apa dia cuma terlupa mahu membeli hadiah buat anak-anaknya.
"Sini lah. Awak diri jauh-jauh dah kenapa." Maisara mengatur langkah ke arah Taufiq. Pekerja di kedai mainan itu ketawa kecil melihat telatah Taufiq yang melayan Maisara.
"Girlfriend abang ke?" soal pekerja lelaki itu.
"Lambettt lagi nak jadi girlfriend dia." Tangan Maisara mencapai beberapa permainan budak-budak perempuan di sebelah juruwang itu.
"Total semua RM 150 ringgit. Kad atau tunai encik Taufiq?" tanya pekerja wanita itu usai membungkus barang yang dibeli oleh Taufiq. Bulat mata Maisara melihat mainan yang begitu banyak atas meja juruwang itu.
"Kad." senyum. Taufiq memberikan kad banknya lalu membuat bayaran. Maisara masih terkejut. Jap. Tak pelik lah kan kalau Taufiq ni anak encik Taqiuddin bahkan kakaknya juga seorang pelukis yang terkenal tambahan pula keluarga encik Taqiuddin memang kaya raya. Tak pelik tak pelik.
"Saya letak barang dulu. Awak tunggu sini." Maisara diam. Taufiq terus keluar dari kedai untuk meletakkan barang-barang itu ke dalam bonet kereta.
"Korang kenal ke mamat tadi tu?" mulalah Maisara mahu soal selidik Taufiq ni. Dua pekerja itu mengangguk laju.
"Kenal. Dia selalu beli barang kat sini. Katanya untuk anak-anak dia." balas pekerja lelaki itu.
'Anak? Ya Aku tahu anak tapi boleh tak sesiapa bagitahu Aku, Taufiq tu dah kahwin ke belum? anak apa? anak tekak ke? anak mata? hah?!'
"Anak dia berapa ramai? banyak sangat mainan dia belikan."
"Katanya terlalu ramai. Fuh tak sangka encik Taufiq dah kahwin mulanya ingat muda agi belum ada anak bini." hancur sudah harapan Maisara. Makkk, Maisara bujang sampai ke tua lah jawabnya.
KERETA SPORTS Taufiq berhenti dihadapan satu bangunan berwarna biru dan putih. Papan tanda yang ditulis itu dibaca oleh Maisara dalam hati. Rumah Anak Yatim Islam Johor. Maisara kembali melihat wajah Taufiq.
"Why? tak sudi ke tengok anak-anak Saya?" soal Taufiq yang sudah matikan enjin kereta.
"Jomlah. Saya.. Aku dari tadi tunggu kau bukak kunci kereta ni." aduh macam mana boleh tersasul cakap Saya pula ni? Sudahlah capek.
Keluar sahaja dari perut kereta, Maisara betulkan tudungnya itu dan baru dia sedar keadaan di Rumah Anak Yatim itu begitu tenang dan kebersihan memang boleh bagi A+.
"Abi!!" jerit seorang budak lelaki dari arah kiri Taufiq. Serentak mereka berdua memusingkan tubuh mereka ke kiri.
'Comel nyah. Menanes mak kalau anak Aku cakap macam tu.'
"Anak abi sihat tak?" soal Taufiq kepada budak lelaki yang dalam kalangan 5 tahun itu.
"Sihat. Tadi ayah Arif bawak kan kitaorang KFC. Sedap." Terus Taufiq mencari kelibat Arif. Kereta ada tapi orangnya hilang. Agaknya kemana lah lelaki itu pergi.
"Gi lah masuk dapur dulu. Naura ada kat sana agaknya." Maisara menggeleng. Dia dah lah baru sampai di tempat itu tak akan Taufiq nak suruh dia berjalan seorang-seorang.
"Yusuf, ibu Naura mana?" soal Taufiq kepada Yusuf. Yusuf yang berada dalam dakapan Taufiq terus menunjuk ke arah pintu berwarna hitam.
"Abi. Siapa kakak ni?" banyak pula soalan yang keluar dari mulut Yusuf ni. Naik pening Taufiq nak melayan budak itu.
"Panggil dia kak Mai je." Yusuf mengangguk lalu dia mengambil tangan kanan Maisara. Selamba Yusuf menyalam tangan Maisara dan Maisara terpaku, terkaku, terkejut, terdiam, ter apa agi? hah fikir lah sendiri.
'Sampai Naura ngan Arif je dapat ayah ngan ibu. Sampai Aku? Akak? oh lupa belum agi kahwin. Halah bebal.'
Masuk sahaja ke dalam dapur dibelakang dewan makan, Maisara bercekak pinggang melihat Naura dan Arif yang dari tadi asyik terkekek ketawa di bawah kipas.
"Aku kalau cubit pipi kau memang bagus." ujar Maisara sambil menggeleng kepalanya.
"Werkkk." Naura menjelir lidahnya kepada Maisara. Setelah Naura berkahwin, baru Maisara sedar hidup Naura semakin sempurna. Kalau dulu hampir setiap bulan Naura menangis akibat terpaksa menanggung kesakitan dan keperitan dengan mempunyai family yang strict.
Naura nak kebebasan walau sedikit pun keluarga Naura tak akan benarkan. Jadi selepas Naura berkahwin dia mampu lakukan apa sahaja dengan Arif. Arif layankan sahaja kehendak isterinya. Ugh comel.
"Arif nak borak ngan Taufiq kejap. Okey?"
"Pergi je lah." senyum. Arif mencubit pipi Naura sebelum dia beredar dari dapur. Maisara terus mengambil tempat Arif.
"Kau asal tak bagitahu Aku yang kau ada kat sini? Aku fikir mamat tu nak culik Aku tau."
"Arif pun main ajak je Aku keluar. Aku pun on je lah. Tiba je kat sini Aku auto pelik asal kat sini? Aku fikir dia nak ajak Aku gi bandar ke apa. Fuhhh sudah ku duga bahawa suamiku amat susah untuk dibaca."
"Dah tu Aku yang single ni kau nak letak Aku kat celah bontot kuali lah?" mulalah Maisara hendak merajuk.
"Kau gi ah terima Taufiq tu. Kau fikir senang ke anak orang kaya datang nak pikat kau? Tapi kau tau pagi tadi hshshs sweet benor laki Aku." belum apa-apa lagi Naura sudah tergelak.
"Alhamdulillah Aku tak makan apa-apa agi ni. Jangan sampai Aku makan kepala kau." senyum. Naura mencebik.
" Dia kata macam ni seperti anjing dengan bayang- bayang, should I call u darling or sayang? Kau tahu masatu Aku tak tahu nak letak muka Aku kata mana. Malu lu tau?" okey gais peribahasa tambah pickupline ini telah berjaya membuat Maisara tersenyum.
"Laki kau kalau bab nak luahkan memang bagi pickupline ke? Ya ampun tak kesian kat Aku yang single binti bujang ni?" laju Naura menggeleng. Maaf Maisara. HSHSHS
"Bujang konon. Orang dah ada tu confess je ah." Maisara diam. Bukan dia tak nak confess cuma dia takut kalau-kalau Taufiq bukan lelaki yang baik untuknya. Susah benar nak cari lelaki yang di idamkan dalam dunia ni.
'Why is it easy to fall in love but not easy to confess? Why?'