Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 19 - Love Blue Flowers

Chapter 19 - Love Blue Flowers

Nafas Adif yang normal bertukar menjadi semakin laju. Dia..semakin tidak percaya kerana mimpi kali ini benar-benar jelas. Muka Puan Aina berada dalam mimpinya. Mimpi yang sama seperti itu dan semakin jelas.

"Adif. Kau asal?" soal Dania yang baru balik dari kelasnya. Adif meraup wajahnya lalu dia memukul kepalanya.

"Adif.. cerita kat Aku. Asal ni? Jangan buat Aku takut lah." hampir naik suara Dania bercakap dengan Adif. Adif menggeleng. Dia nak abangnya yang tahu dahulu dan bukan Dania. Tapi abangnya tiada di rumah. Telefon pula dimatikan.

"Nazrul Hadif. What's wrong with you?" Adif mengambil kunci kereta dari tangan Dania dan terus menuju ke tempat letak kereta. Dania bengang. Susah sangat ke nak beritahu dia hal yang sebenar? Kenapa sampai kena berahsia bagai? Hah kenapa?!

'I really hate him.'

PUAN AINA laju menaiki anak tangga untuk ke bilik tidur Arif dan Naura. Tiba-tiba dia rasa tak senang hati saat Naura masuk ke dalam keluargnya.

Tombol pintu dipusing dengan perlahan dan terus dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Bilik berwarna putih dan emas yang dipilih oleh Arif itu sangat bersih dan tiada habuk sekalipun. Dia menilik seketika wajah Naura pada bingkai gambar di atas meja kerja Arif. Wajah anak gadis itu sangat sama dengan seseorang.

'Kenapa muka dia sama macam kau? Tak akan lah anak kau kahwin dengan anak Aku ni? No no tak boleh! Hidup anak kau terlalu malang untuk masuk dalam hidup Aku ni.'

Puan Aina mengambil buku yang usang berwarna hitam itu. Dia yakin itu milik Naura kerana anaknya Arif tidak pernah menyimpan barang yang begitu usang mahupun sudah koyak rabak. Dia menyelak halaman pertama lalu dia hentikan pergerakkannya untuk membaca satu ayat.

'Mak doakan Rina jadi anak yang solehah, dengar cakap ayah. Mak sayang Rina. Dari mak, Nurin Aqilah.' Puan Aina terkejut.

Nurin Aqilah? Nurin Aqilah adalah mak kepada Naura Airina? Benar dia tidak percaya dengan semua ini namun bukti ini terlalu kukuh untuk mengatakan tidak. Pada sijil kelahiran Naura, dia melihat nama Nurin sahaja namun kini. Nurin Aqilah yang dia benci itu.

"Naura anak kau, Nurin?" wajah, suara bahkan senyuman Nurin semuanya ada pada Naura. Cara percakapan pun sama.

"Mama buat apa dalam bilik abang?!" jerit Adif yang baru pulang. Puan Aina meletak semula buku itu. Terkejut dia kalini mendengar anak bongsunya menjerit.

"Mama nak ambil baju kotor, sayang." senyum. Terus dia tercari-cari baju kotor dalam bilik itu. Tapi tiada pula bakul kotor berwarna biru itu.

"Mak Senah dah ambil baju kotor pagi tadi. Mama jangan ingat Adif tak tahu apa mama nak buat ya." anak mata Adif menikam anak mata Puan Aina.

"Jangan nak letak gambar abang masa kecik dalam bilik ni. Abang dah larang kan. Dah jom keluar." Adif menarik lembut lengan si ibu untuk beredar dari bilik tersebut. Puan Aina lepaskan nafas lega. Dia ingatkan anak bongsunya sudah teringat sesuatu rupanya tidak.

'I have to be stupid to keep this a secret from abang dan kakak. Diaorang tak akan tahu buat masa ni.'

Usai menghantar Puan Aina kebilik, cepat-cepat Adif masuk ke biliknya. Seram dia melihat wajah Puan Aina. Entah macam manalah wanita itu boleh menjadi manusia yang hidup tanpa rasa bersalah.

"Heaven or not it doesn't matter. The woman is a killer. She killed innocent people." kata Adif pada dirinya sendiri. Dia cuba untuk bertenang namun dia gagal. Dia tidak boleh duduk sebumbung lagi dengan wanita itu.

Ketukan dipintu membuatkan Adif cuba untuk bertenang. Dia menarik nafas lalu melepaskan nafasnya dengan perlahan. Perlahan dia mengatur langkah untuk membuka pintu biliknya.

"Tok wan?" pelik Adif melihat tok wan yang berada di hadapan pintunya.

"Nanti nak makan jangan lupa cuci pinggan tu. Tok wan nak ke kubur. Dah lama tak ziarah kubur arwah atok kamu." Adif mengangguk lalu dia bersalaman dengan tok wan sebelum tok wan berlalu pergi.

"Tok wan." panggil Adif sebelum tok wan menapak ke arah tangga. Adif mendekati tok wannya.

"Adif nak tahu.. arwah atok mati sebab apa?"

"Panjang ceritanya." Adif mengeluh. Kalau panjang maka pendekkan lah cerita itu.

"Pendekkan." senyum.

"Arwah atok kamu kena tikam kat bahagian perut patu kata doktor, arwah atok kamu boleh diselamatkan tapi entah anak mana ntah gi cabut alat pernafasan tu terus arwah atok kamu meninggal. Jadi begitulah ceritanya." Adif mengangguk faham. Inallilah.

"Tok wan tak nak cari ke manusia yang cabut alat pernafasan tu?"

"Bukan tak nak. Dah cuba cari tapi polis tak dapat jumpa." sia-sia sahaja kalau dia ke sana ke sini untuk mencari siapa yang lakukan perbuatan itu.

"Adif ada ke masa arwah atok meninggal?" soal Adif lagi.

"Ada. Tapi kamu dengan abang kamu balik rumah sebab nak ambil baju. Mama dengan papa pula ada dekat cafe. Lagipun masatu masa nak melawat dah nak tamat." Adif mengangguk perlahan. Entah kenapa dia nak sangat ambil tahu hal arwah atoknya.

'Adif, you have to restore your memory. Maybe the people around you are killers. Wait. Tapi siapa?'

DEKAT 8 jam Maisara dan Naura bermain dan berbual dengan pelajar anak yatim disitu. Begitu juga dengan Taufiq dan Arif. Usai solat berjemaah di surau. Mereka semua meminta diri untuk pulang kerana malam sudah tiba.

"Yusuf nak ikut kak Mai." ujar Yusuf sambil memeluk tubuh Maisara dengan kuat.

"Nanti abi bawa kak Mai datang sini lagi ya. Esok kak Mai ada kerja. Macam mana dia nak jaga Yusuf nanti." pujuk Taufiq sambil mengambil Yusuf untuk berada dalam dakapannya. Yusuf paling muda dan paling manja dalam Rumah Anak Yatim itu. Kasih sayang yang diberikan pada Yusuf memang diberikan lebih dan mujur tiada satu pun anak-anak disitu merajuk kerana berikan Yusuf kasih sayang dan perhatian yang lebih.

"Kak Mai janji?" Maisara mengangguk. Mahu gugur air mata Maisara melihat wajah kanak-kanak itu. Ugh menangis sebentar.

"Sayang, jom lah." Arif menggengam erat jari jemari Naura untuk ke perut keretanya. Maisara dan Taufiq saling berpandangan.

"Apa pandang-pandang?" balas Maisara dingin. Taufiq kerut dahi. Eh tadi okay je. Oh lupa perempuan banyak emosi hshshs.

"SAYANG Arif buat apa?" soal Arif setelah selesai mandi. Naura mengangkat wajahnya dan selamba Arif mengucup pipi Naura.

"Allahuakhbar. Tak sengaja." balas Arif dengan senyuman nakal. Naura menutup bukunya lalu dia terus menarik selimut untuk menutup seluruh badan.

"Sayang.." panggil Arif lembut.

"Nak tidurlah. Penat." benar Naura penat. Gila tak penat dari pagi sampai ke malam dia bekerja untuk mengangkat kuali, memasak, melayan budak-budak, pergi sana sini lepastu kena bersihkan dapur.

"Esok kita balik rumah ya."

"Hm." balas Naura separuh tidur.

"Tadi Adif kata.."

PAP!

kepala Naura terus terlentok di atas bahu Arif. Hm baru nak ajak berbual sudah tidur. Sabar je lah Arif. Naura, Naura.

Arif teringat perbualan dia dan Adif 20 minit sebelum dia masuk ke kamar mandi. Perbualan yang membuatkan Arif pelik dan risau tentang keadaan Adif.

"Kenapa kau baru bagitahu Aku, Dif?" soal Arif.

"Aku sendiri baru ingatlah bang. Kau pikir senang ke nak suruh Aku ingat balik dari accident tu?" Adif melemparkan kertas kosong yang direnyuk ke dalam bakul sampah.

"Aku tak nak mama apa-apakan kak Naura." sambung Adif lagi.

"Kita report polis nak?" Dia tak nak pembunuh itu ada di dalam rumahnya. Tidak kira itu adalah ibunya sekalipun. Salah tetap salah!

"Bukti kita tak kukuh. Aku ni amnesia lagi. Separuh je Aku ingat yang lain tu terjun dalam sungai." Adif merengues geram. Kalau dia tidak amnesia sudah tentu Puan Aina sudah diheret masuk ke dalam penjara.

"Take your time, Dif. Anything happen call Aku. Kau tahukan kau je adik Aku?" Adif mengangguk. Arif benar sayang pada Adif walaupun Adif sering melakukan kesalahan. Arif tegas dan dalam masa yang sama Arif sayangkan Adif.

"Kau.. dah tak ada apa-apa perasaan dekat Naura kan?" Adif kerut dahi. Sekarang ni Naura adalah kakak iparnya jadi tiada guna dia menanggung kasih kepada gadis itu. Dia yakin Arif akan berikan kebahagiaan kepada Naura.

"Aku anggap dia macam kakak Aku. And now Aku rasa macam nak sukakan someone. But shh rahsia." sengih.

"UwU siapa? Dania eh?" laju Adif menggeleng. Dania? ugh gadis macam besi tu? lambat lagi lah jawabnya.

'Aku suka dia tapi Aku takut dia tak terima Aku ni. Aku ni matang pun belum lagi.'