Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 14 - Love Blue Flowers

Chapter 14 - Love Blue Flowers

Makin kuat kilat menyambar pada malam itu dan makin kuat Naura memukul dirinya. Arif yang baru masuk ke bilik pantas menahan kedua-dua belah tangan Naura. Dia tidak mahu Naura menyakiti dirinya sendiri.

"Naura nak ikut mak." kata Naura dalam tangisan. Arif.. tak faham.

"Naura nak ikut mak." kata Naura lagi. Dan Arif baru teringat. Mak yang dikatakan oleh Naura adalah arwah mak Naura.

"Sayang.. tenang sayang." pujuk Arif dengan lembut. Dia menggosok belakang Naura.

"Makcik tu jahat.. dia.. bunuh mak. Naura tak akan maafkan makcik tu. AHHHHHH." jerit Naura. Arif memeluk tubuh itu dengan kuat. Dia mahu hentikan tindakan Naura. Dalam masa yang sama dia berfikir tentang makcik yang bunuh arwah ibu mentuanya.

"Kita tidur ya sayang? dah pukul 10 ni." dia mengelap air mata Naura yang masih mengalir. Tersedu Naura dibuatnya.

Naura baring disebelah Arif. Arif menatap wajah Naura dan Naura menatap wajah Arif. Naura masih menangis dan Arif masih memujuk. Cabaran dia sebagai suami kepada Naura amat besar. Kadang-kadang Naura akan menjerit secara tiba-tiba dan akan meraung memanggil mak ketika kilat menyambar.

"Mak Naura.. dia kena tikam sebab makcik tu ingat mak Naura jahat. Mak tak jahat.. Mak baik..makcik tu jahat.. kan?" air mata mengalir semula. Arif mengangguk. Walaupun dia tidak pernah bersemuka dengan arwah mak Naura namun dia tahu arwah baik. Dari segi percakapan Naura dan kesopanan Naura memang diajar oleh mak Naura sendiri.

"Masatu Naura ingat.. mak suruh Naura lari tapi Naura degil.. Naura tetap nak tunggu mak sampai Mai marah Naura. Dia tahu nyawa Naura dalam bahaya tapi Naura degil." kini baru Arif faham kenapa Maisara ambil berat tentang Naura. Akibat kisah silam Naura itulah Maisara menjaga Naura seperti seorang adik. Kesian Naura.

"Badan mak.. banyak darah. Naura takut. Perempuan tu kata dia benci mak. Kenapa? Mak tak buat jahat. Lepastu.. dia kata.." mata Naura tepat pada anak mata Arif. Arif masih setia mendengar cerita Naura.

"Kata apa sayang?"

"Akan tiba masa Naura pula dia bunuh.." Naura takut. Sebab itulah dia takut kalau-kalau pembunuh itu datang kepadanya. Arif merangkul tubuh Naura. Dia cuba menenangkan isterinya.

"Selagi Arif hidup. Tak ada sesiapa akan berani sentuh Naura. Naura dah ada family baru yang sayangkan Naura. Kawan sayang pun betul-betul jaga Naura." Naura menggeleng. Ketakutan itu benar-benar merasuk ke dalam jiwanya.

"No one can touch my Naura. Only Arif Iskandar can touch Naura Airina." senyuman Arif membuatkan Naura turut tersenyum. Senyuman manis milik lelaki itu benar membuat dia lupakan segalanya.

"Mama.. kenapa kita berhenti?" soal anak kecil dengan penuh tanda tanya. Wanita dalam kalangan umur 30 an itu cuma menghadiahkan senyuman buat anaknya yang berumur 13 tahun itu.

"Mama nak tolong makcik tu. Dah hujan ni kesian pula." anak kecil itu mengangguk perlahan.

"Adif mesej papa kejap ya. Jangan tengok depan tau sebab guruh." Adif mengangguk lagi tanda faham. Dia mengambil telefon pintar lalu mendail nombor papanya. Tanpa melengahkan masa, wanita itu keluar dari perut kereta.

Adif membuka fon telinganya akibat terlalu lama memakai dan dia terkejut dengan jeritan dari 2 orang gadis berpakaian baju sekolah. Anak matanya tepat melihat susuk tubuh ibunya. Matanya tepat melihat sebilah pisau yang dipenuhi dengan warna merah yang begitu pekat. Adakah itu.. darah?

Cepat dia memakai semula fon telinganya sebelum ibunya masuk semula ke dalam kereta. Dia cuba berlagak tenang namun dia gagal. Rasa bersalah kerana merahsiakan hal ini daripada ayahnya dan begitu abangnya mula hadir.

"Ya Allah.." ucap Adif sambil meraup wajahnya. Mimpi yang hampir membuat dia terjerit. Dia mengucap buat beberapa kali. Terus dia bangun dari katil lalu menuruni anak tangga untuk mengambil air sejuk.

Cawan di tangan Adif habis diteguk dengan begitu laju. Perasaan takut, marah, kecewa dan sedih itu hadir pada malam itu. Tapi kenapa Puan Aina buat perkara begitu? Kenapa? apa salah arwah makcik tu?

'Sumpah Aku akan humban kau dalam penjara. Tak kisahlah kau mak atau bukan. Salah tetap salah.'

TAPAK kaki Taufiq laju mengejar pasangan pengantin baru yang laju berjalan ke arah lif. "Arif!" panggil Taufiq. Arif mempalingkan wajahnya dengan kerutan di dahi.

"Lambat kau masuk? Kau gi usyar Mai eh?" usik Arif. Naura disebelah cuma memasang telinga sahaja.

"Tak hingin Aku. Kau ingat Aku suka dia ke? Excuse me." Taufiq berlagak memasang wajah tenang. Tapi memang betul dia mengusyar Maisara. Sempat dia membuat tempahan bunga dan harapnya Maisara sukalah dengan pemberian itu.

"Don't put your hope in Mai if you don't want to be disappointed." kata Naura setelah masuk ke dalam lif. Anak matanya tepat menikam anak mata Taufiq. Dia tidak kisah kalau Taufiq sukakan Maisara namun dia kisah kalau Taufiq kecewa.

"Tak nak masuk ke? ke nak Saya naik seorang-seorang?" soal Naura dengan laju. Terus Taufiq dan Arif melangkah masuk ke dalam lif dengan mengunci mulut mereka. Harini Naura sedikit sensitif dan sikap penyabar Naura mula hilang.

Ting! Pintu lif dibuka dan Naura berlalu pergi.

"Asal sensitif pula bini kau? Kau buli dia ke apa?" Arif ketawa kecil. Buli? kalaulah Taufiq tahu betapa malunya Naura pagi tadi.

Pagi tadi, Naura terlupa untuk mengunci jam dan dia ingatkan dia sudah terlambat untuk hadiri mesyuarat bersama Arif rupanya tidak. Gelabah dia tu hanya Arif dan Allah sahaja yang tahu. Bayangkan dari bilik yang teratur terus jadi tak teratur akibat Naura yang terlupa untuk menggosok baju dan tudungnya.

PETANG ITU, Naura dan Arif singgah ke kubur untuk menziarahi kubur arwah mak Naura. Pulang sahaja dari mesyuarat mereka berdua terus ke kubur. Kata Naura dia benar merindui arwah maknya.

"Assalamualaikum mak. Rina datang. Tapi kalini Rina datang dengan menantu mak. Arif nama dia." Arif melihat kelakuan Naura yang sedang berbicara bersama kubur arwah maknya. Dia tahu Naura pasti merindui insan yang pernah bertakhta di hati Naura.

"Mak.. Kalau mak nak tahu cara Arif jaga Naura tu sama je dengan mak. Dia bagi sepenuh perhatian dekat Naura. Baik kan menantu mak." senyum.

"Assalamualaikum mak. Arif nak ucapkan terima kasih sebab lahirkan Naura Airina dan jaga Naura. Arif tak akan sakitkan hati dia. Arif sayang sangat dekat dia." giliran Arif pula membuka peti suaranya. Tanpa dia sedari air matanya jatuh. Dia sedih melihat Naura yang menahan air mata.

"Dah jomlah balik. Dah nak masuk Asar." kata Naura yang sudah berdiri. Arif mengangguk lalu dia menggulung tikar itu sebelum di masukkan ke dalam bonet kereta.

"Sayang." panggil Arif setelah dia menghidupkan enjin kereta. Naura merenung tajam muka Arif.

"Bila kita punya program tu?"

"Bulan depan. Kenapa? Nak awalkan lagi ke?" Arif menggeleng. Dia telah bersetuju dengan encik Taqiuddin untuk melancarkan program bersama Naura. Arif siap meminta awalkan sebulan lagi program tersebut. Naura setuju sahaja.

"Kita.. pergi honeymoon nak tak?" Naura tarik muka. Bukan dia tak suka cuma macam mana dengan kedainya?

"Arif.. Naura.." Arif meletakkan jari telunjuknya di bibir Naura. Naura terdiam. Mukanya sudah bertukar menjadi merah.

"Cuba panggil abang Arif. Ke nak panggil baby ke?" Naura masih berdiam diri. Arif mengeluarkan telefon pintarnya lalu dia menunjukan nombor kenalan seseorang. Naura membaca perlahan nombor tersebut dan dia terkejut.

Okey.. itu nombor dia namun Arif meletak nama My Queen manakala Naura masih menyimpan nombor Arif dengan nama Arif sahaja.

"Awak letak nama Saya apa?" tanya Arif.

"Nama.. apa? Nama contact eh? Letak nama Arif je." senyum bangga. Arif tarik muka. Mulalah nak merajuk.

"K Saya tukar. Jap." Naura segera menukar nama Arif dengan meletak nama Mr Love. Dia menunjuk kepada Arif usai menukar nama tersebut. Arif ukirkan senyuman bahagia.

'Arif akan sembuhkan luka Naura yang dalam tu. Tak akan sesekali Arif tinggalkan Naura.'