Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 15 - Love Blue Flowers

Chapter 15 - Love Blue Flowers

"Aku tak nak!" marah Maisara. Sakit pula hati dia apabila Naura dan Nurul memaksa Maisara untuk kembali bercinta. Cukup! Dia dah serik dengan lelaki di dunia ni.

"Yang nak jerit apahal? Bukan Aku suruh kau lari satu Johor ni." ujar Nurul pula di dalam talian. Maisara muncung kan bibir.

"Aku tak nak lah. Dia tu perfect. Aku ni celah kuali jiran kau je tau Nurul. Yang kau ni Naura pandai-pandai kata Aku single agi kenapa?" kalini Naura pula yang terkena. Naura berpeluk tubuh.

"Anytime Allah boleh tarik nikmat single kau. Jangan happy sangat." balas Naura tanpa reaksi. Angin dia tak baik akibat artikel yang tidak baik. Apatah lagi artikel itu mengenai dirinya sendiri.

"Hah dengar tu Mai. Anytime Allah boleh tarik nikmat single tu. Dah tua bangka nak single apa lagi?" Terus Naura matikan panggilan itu. Telefon di tangan terus dicampak ke atas katil. Sudahlah dia datang bulan lepastu kena hadap artikel yang merepek lepastu dengan Maisara yang buat perangai.

"Assalamualaikum." Arif memberi salam kepada Naura yang sedang termenung di tepi katil. Naura mengangkat kepalanya lalu dia cuba ukirkan senyuman.

"Sayang buat apa ni duduk dalam bilik gelap-gelap? Bukak lampu meja kerja je. Ada masalah ke?" soal Arif dengan lembut. Dia duduk disebelah isterinya lalu mengelus perlahan rambut si isteri.

"Nothing." balas Naura sepatah.

Bunyi notifikasi di atas katil menarik perhatian Arif. Naura cuma termenung. Fikirannya jauh melayang. Sedih dan kecewa datang bertaut pada malam itu.

Arif mengambil telefon pintar Naura lalu dia melihat beberapa notifikasi di lock screen. Dia kembali melihat Naura. Baru dia perasan mata Naura mula bertukar menjadi mata yang sembam.

"Kenapa ni sayang?" tanpa berkata apa-apa. Naura menangis di hadapan Arif. Arif tak faham. Apa yang berlaku sebernanya? Pagi tadi elok sahaja dia melihat Naura gembira bersama tok wan tambahan pula ditemani oleh Puan Aina dan Dania. Malam ni emosi pula.

Arif melihat semula screen telefon Naura. Satu persatu dia membaca notifikasi itu. 'What the?! Ni asal main tuduh bini Aku curi hasil karya Aku?'

"Naura tak adalah lembab sangat nak amek hasil orang lain. Naura tak jahat sangat nak tikam belakang suami Naura." kata Naura yang masih menangis. Arif mengusap belakang Naura. Air mata Naura di lap perlahan-lahan.

"Karya sayang dengan karya Arif lain. Memang jalan cerita kita agak sama but the ending story tu berbeza. Jangan nangis lagi. Nanti tak comel dah isteri Arif." pujuk Arif. Bibirnya mengukirkan senyuman hingga ternampak lesung pipit pada kedua-dua belah pipi Arif.

"Tak kan nak biarkan je." kata Naura lagi. Tersedu dibuatnya akibat menahan air mata.

"Nanti Arif bincang dengan Taufiq. Okey?" sempat dia mencuit hidung Naura. Naura mengangguk. Baru kalini dia mampu tersenyum dihadapan suaminya. Kalau tidak masam sahaja.

USAI solat Isyak, Arif menuruni anak tangga dengan teruja untuk makan malam bersama Naura. Naura sudah menyusun pinggan dan membuat air untuk dihidangkan cuma tunggu Arif sahaja.

"Dah boleh makan?" tanya Arif sambil menepuk perutnya dengan perlahan.

"Boleh. Lepas siap makan, Naura nak naik bilik ya. Jadi jangan kacau." Arif tayang muka gatal.

"Naura uzur. Maka tangguhkan lah ya niat awak cik suami." jawapan Naura terus membuatkan Arif muncungkan bibirnya. Merajuk lah tu.

"Saya tak reti pujuk orang." kata Naura sambil meletakkan pinggan yang berisi nasi di atas meja.

"Hm." Arif membalas acuh tak acuh. Merajuk dia kalahkan perempuan pun ada ni.

"Bukan Saya yang mintak benda alah tu datang. " terus Arif tersenyum. Maksudnya Naura juga inginkan anak? Yes!

"Means Naura pun nak anak?" tanya Arif untuk kepastian.

"Siapa je tak nak anak. Tapi katakan kita dapat anak lelaki kan.. Naura nak namakan dia Nadhir Aiman boleh?" belum mengandung lagi Naura dah siapkan nama untuk bakal anak mereka.

"Boleh. Tapi kalau perempuan pula?"

"Adira Nadia." Arif mengangguk tanda setuju. Dia tidak kisah soal nama anak ini asalkan memberikan maksud yang baik dan keturunan yang baik.

"Tapi.. Naura tak nak anak kita jadi macam Naura.." Arif berhenti daripada mengunyah nasi putih itu.

"Maksud?"

"Naura tak nak kongkong hidup diaorang. Anak-anak pun ada hak untuk bersuara. Naura tak nak anak-anak Naura hidup macam tak ada mak bapak. Fahamkan?" jujur dari lubuk hati, Arif kasihan pada Naura yang masih di kongkong oleh keluarganya walaupun sudah berkahwin. Kerap juga ayah Naura menelefon Naura dan kadang-kadang memberi pantang larang pada Naura.

Sebagai seorang suami dia tak naklah buat begitu pada Naura. Naura turut ada perasaan cuma Naura terlalu baik hati dan pendiam. Kadang-kadang sampai Arif tidak tahu bilakah Naura akan sembunyikan senyuman palsu itu.

"Sayang." kalini Arif mengusap jari jemari Naura. Naura memandang Arif.

"Bila dengan Arif.. jangan senyum kalau ada hal yang buat sayang serabut. Sebab Arif nak tahu masalah Naura. Tak kira kecil atau besar. Arif.. cuma risau. Ada masalah boleh share." Naura mengangguk. Kalau dulu tiada siapa yang mahu mendengar rintihan dia selain Maisara. Namun kini Allah hadirkan insan yang turut sayangkan dia untuk mendengar masalah, melindungi diri ini, menceriakan hidup seorang Naura Airina yang penuh dengan sejarah hitam.

If you have a problem. Tell people you trust about your problem. And don't stress. You are young and there are still bright dreams. Don't burden yourself with silence.

KAKI Maisara laju mengatur langkah ke arah pintu keluar kedainya. Marah dia pada Nurul dan Naura masih belum habis. Baru semalam bincang tentang Taufiq kalini muncul jelmaan Taufiq Sufian.

"Keluar." kata Maisara dengan tegas. Taufiq menggeleng. Dia belum menghabiskan lagi minumannya. Tak akan mahu keluar.

"Can you get out of here?" sudah berspeaking pula Maisara dengan lelaki itu. Taufiq pasang riak wajah kosong.

"Tak baik halau pelanggan." sengih. Maisara gelak sinis. Pelanggan atau tidak, dia tidak peduli. Dia seram apabila Taufiq kerap kali datang ke kedainya. Sampai naik pening Alif dan Batrisya untuk fikirkan cara bagi Taufiq tidak hadir lagi di cafe itu.

"Aku halau laki miang je." Alif dan Batrisya yang duduk di kaunter cuma jadi CCTV disitu. Pelik mereka dengan Maisara yang tiba-tiba suka menolak cinta Taufiq.

"Kenapa Mai tak nak terima Taufiq?" soal Batrisya pada Alif.

"Maybe dia ada masalah sendiri. Dah jom lah gi sebelah." Batrisya mengikut langkah Alif untuk ke kedai buku sebelah. Taufiq masih seperti tadi. Tidak bergerak dan bibirnya masih menghadiahkan senyuman.

"Hm dah lah penat lah Aku nak halau kau. Kalau kau rasa kau nak Aku.. lupakan je." Maisara kembali ke dapur. Menggigil Maisara ketika bertekak dengan Taufiq.

Kisah silamnya mula hadir dalam fikirannya. Maisara terduduk di hadapan ketuhar. Bertahun dia cuba hilangkan memori hitam itu dan dia berjaya setelah sekian lama mencuba namun harini.. Hancur. Taufiq mengingat dia pada lelaki yang hampir meragut nyawa dia.

"Cik Maisara. Saya nak bayar ni." Maisara mengelap air matanya dan menguatkan dirinya untuk bertemu dengan Taufiq semula. Taufiq pula pasang wajah dingin.

"15 ringgit." Taufiq mengeluarkan not 10 dan not 5 dari dompetnya. Matanya tepat melihat bungkusan yang berwarna biru dan pink. Tertulis Macaron di atas bungkusan itu. Terus dia mengambil 2 bungkusan lalu meletakkan di atas meja kaunter.

"Kira ni sekali." Taufiq melihat wajah Maisara. Entah kenapa dia rasa serba salah pada gadis itu. Jap dia ada buat salah ke? Rasanya tak ada. Jadi kenapa Taufiq perlu rasa simpati pada gadis itu?

"I'm not a bad person. I'm just a normal human being who sincerely loves you." Taufiq keluar dari kafe sambil membawa plastik kecil yang berisi macaron itu.

'Then show me your love for me. Taufiq Sufian.'