Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 11 - Love Blue Flowers

Chapter 11 - Love Blue Flowers

Perlahan-lahan Arif menyentuh pipi isterinya. Sudah 15 minit Naura masih tidak bangun dari pengsannya. Mulalah Arif rasa serba salah lagi.

Telefon pintarnya berbunyi dan itu menandakan ada mesej yang baru masuk.

"Kak Naura dah sedar? Aku bawa mama ngan papa balik dulu. If dah sedar terus call kitaorang okey?" -Adif

Arif mempalingkan wajahnya. Seketika dia menatap wajah Naura. Lamunannya jauh terbayang akan kata-kata Imran yang sempat menelefonnya sebelum dia dan Naura di ijab kabulkan.

"Kebahagian kau hanya untuk seketika Arif. Kau dah buat adik Aku merana sekarang ni! Apa-apa jadi pada dia Aku nak kau bertanggungjawab." suara serak Imran membuatkan Arif benar-benar tidak tahu ingin memberi reaksi yang bagaimana. Dia tidak menyesal bernikah dengan Naura dan tidak rasa serba salah pada Putri. Dia rasa.. Putri layak untuk rasai hal sebegitu. Kejamkah dia?

"Naura.." panggil Arif dengan mencuit pipi gebu Naura.

"Assalamualaikum Naura Airina." panggil Arif lagi. Panggilan kalini membuatkan Naura tersedar dari tidur. Dia mencelik matanya dan pejam buat beberapa kali. Kepalanya pening.

Perlahan dia bangun dari baringnya untuk duduk sekali dengan Arif yang menyandar pada katil. Mata mereka saling berpandangan. Naura mungkin mamai lagi akibat kepalanya masih pening dan Arif terus meletakkan kepala Naura pada bahunya.

"Bahu awak tinggi sangatlah. Sakit leher ni." marah Naura siap mengurut lehernya lagi. Arif ketawa kecil.

"Jom solat. Dah nak habis waktu ni." ujar Arif. Tangganya masih nakal untuk mencuit pipi Naura.

"Saya tak izinkan awak sentuh pipi Saya ni lagi." Arif membuat mimik muka cemburut. Kalaulah Naura tahu bahawa Arif sudah mengucup pipi Naura buat 5 kali agaknya pasti Naura dah tidur luar.

"Okey. Dah pergilah ambik wudhuk. Ke nak Saya dukung awak?" cepat-cepat Naura menuju ke bilik air di dalam biliknya. Tak ingin dia di dukung oleh lelaki itu. Dia masih belum biasakan diri lagi.

Arif mencapai telefonnya dan membuka mesej dari Adif.

"Kak Naura dah sedar." -Arif

Balasan mesej yang begitu ringkas dan cukup makna. Berilah dia peluang untuk menikmati waktu dia menjadi suami Naura Airina buat pertama kali. Dia tidak mahu sesiapa menganggu dia.

Jantung Naura berdegup laju. Berdebar tu masyaAllah ukhti ngak bisa diungkapkan lagi. Memang benar lah panahan cinta Arif Iskandar mampu membuat mana-mana gadis cair. Ya Allah.

"Dia nak bunuh Aku ke dengan senyuman dia patu rambut dia mata dia lagi. EEEE sabar Naura!"

MALAM ITU, Naura dan Arif meminta diri terlebih dahulu untuk masuk kebilik kerana mereka berdua begitu penat walaupun jarum jam menunjukkan pukul 10:30 malam.

Sempat pula Maisara dan ahli keluarganya mengusik mereka. Arif mampu senyum sahaja entah apa yang difikirkan dalam otak lelaki itupun Naura tidak dapat membaca kerana Arif amat sensitif dan hati lelaki itu seperti tisu.

"Saya tahu awak mungkin tak selesa sekarang ni jadi Saya tidur kat lantai je. Selamat malam Puan Naura Airina." Sempat Arif mengenyit mata kepada Naura sebelum Naura naik ke atas katil. Naura tidak pernah menyuruh lelaki itu untuk tidur di lantai jadi berdosa kah dia tidak menghalang lelaki itu?

"Saya tutup lampu ya?" Laju Naura menggeleng. Belum pernah lagi dia tidur dengan lampu yang tertutup.

"Why?" soal Arif yang cuba mendekati Naura.

"Takut.." Arif mengangguk faham. Dia mengalaskan tilam lipat yang dibawa dari rumahnya lalu di bentangkan ke atas lantai. Ternganga Naura dibuatnya

'Kalau Aku tahu ni memang Aku suruh dia tidur kat luar agaknya. Apo siap bawa tilam lipat? Bilik sebesar alam ni pilih juga tilam lipat padahal boleh je tidur sebelah Aku.'

Setengah jam sudah berlalu dan Arif sudahpun melelapkan matanya. Susuk tubuh Arif menarik perhatia Naura yang masih belum tidur. Perlahan Naura mengambil tempat di sebelah Arif. Sayang dan cintanya terhadap lelaki itu mula membuak.

Lampu bilik dimalapkan dan hanya cahaya lampu pada meja katil. Bantal Naura diletakkan disebelah bantal suaminya. Selimut pula di berikan selebihnya pada si suami. Dan buat pertama kali dia dapat merasai perasaan seorang isteri. Indah? cukup indah walaupun tidur di atas lantai.

SEAWAL 4 pagi, Arif terjaga dari tidur akibat bunyi guruh yang begitu kuat. Dia yang ingin naik ke katil untuk melihat keadaan Naura akhirnya dimatikan niat itu kerana Naura sedang tidur lena disebelahnya.

"Mak.. mak.. Rina tak nak pergi mak." Arif kerut dahi apabila mendengar Naura memanggil Mak. Air mata Naura mula keluar. Terus Naura bangun. Dia menekup mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangan.

"Naura.. kenapa ni?" soal Arif kepada Naura yang separuh sedar. Naura menggeleng.

"Kenapa ni Naura?" Arif semakin bimbang akan Naura. Nafas Naura yang tadi laju kini bertukar menjadi normal. Arif melepaskan nafasnya dengan perlahan. Kadang dia risau keadaan Naura yang semakin menjadi. Semalam Maisara ada memberitahu dia bahawa Naura mempunyai masa silam dan fobia pada tempat gelap.

Tubuh Naura diangkat lalu diletakkan di atas tilam yang empuk. Biar gadis itu tidur dengan nyenyak dan tidak bermimpi. Arif tersenyum melihat wajah jelita Naura Airina. Baru dia faham kenapa Adif turut tergilakan isterinya. Tapi kini Naura sudah menjadi isterinya maka.. Adif sepatutnya mengaku kalah kan?

NAURA yang tersedar dari tidur akibat penggeranya terus bangun. Dia melihat ke kiri dan kanan. Pelik macam mana dia boleh tidur di atas katil? walhal semalam dia tidur di lantai bersama Arif dan suaminya masih tidur di atas lantai dengan begitu lena.

'Semalam Aku tidur kat bawah.. macam mana. Eh?? Eh?! Aneh sungguh.'

Terus dia merapatkan tubuhnya dengan tubuh Arif yang masih tidak bergerak. Dia mahu mengejut suaminya untuk solat Subuh kerana takut tertinggal pula kewajipan sebagai umat Islam dan hamba Allah.

"Arif.. bangun. Solat." kejut Naura. Arif sebernanya tidak tidur pun cuma dia ingin melelapkan matanya buat seketika.

"Solat lah kamu sebelum kamu di solatkan wahai anak muda. Dah bangun lah wahai suamiku Arif Iskandar bin Hafiz." omel Naura. Dalam hati Arif, dia sudah ketawa dengan usikkan itu.

"Uish bangun je tidur jumpa bidadari eh." kata Arif setelah bangun dari baringnya. Dia menatap wajah Naura. Lama dia perhatikan wajah itu. Perasaan yang bagaimana ya hendak diungkapkan? kerana amat gembira dan rasa bertuah.

"Jom lah solat. Dah nak pukul 7 ni." rengek Naura. Arif mengangguk seraya ukirkan senyuman. Comel!

'Kenapa bini Aku cute sangat?! EEEE sabar Arif! Bini kau bukan lari EEEE cute.'

"Kita dah kahwin kan.. erm memang kena guna nama ke? Tak ada panggilan macam sayang ke baby ke?" tanya Arif dengan nada lembut. Perlahan dia cuba mendekati isterinya yang tidak jauh jadi dia.

"Awak boleh panggil Saya Rina if awak nak lah" Laju Arif menggeleng. Dia tidak mahu dengan panggilan sebegitu.

"Sayang. How about that?" Naura tidak menjawab soalan itu. Dia terus masuk ke bilik air untuk menyegarkan dirinya.

"Sayang, cepat sikit!" jerit Arif dengan suara ceria. Yes! Finally dia dapat juga pikat isterinya walaupun baru lagi tapi tidak mengapaplah.