Usai solat Subuh, Arif terlebih dahulu sudah masuk ke bilik untuk menyambung kerjanya manakala Adif pula sambung tidur. Maisara dan Naura? mereka berdua sibuk di dapur untuk menyediakan sarapan.
"Mai.." panggil Naura kepada Maisara yang masih membasuh pinggan di singki.
"Apa?" terus dia matikan pili air singki untuk bertentang mata dengan Naura.
"Aku nak call ibu jap. Subuh tadi dia call Aku tapi Aku lupa nak angkat. Kau tolong gaul kan mi ni." Maisara angguk dengan arahan Naura. Tok wan pula sibuk di meja makan untuk menggoreng karipap.
Naik sahaja ke bilik dia terus keluar untuk menjawab panggilan ibunya.
"Assalamualaikum ibu ku." kata Naura dengan penuh semangat. Memang inilah gaya dia bercakap dengan ibu bapanya. Ceria dan bersemangat sahaja.
"Waalaikumussalam. Ibu kat rumah sebelah. Duk sembang pasal pokok." balas seorang lelaki dengan nada lembut. Terus Naura tersenyum.
"Ayah tak rindu Rina ke?" tanya Naura. Jarang dia mahu bermesra dengan ayahnya disebabkan encik Abdul Dayyan ataupun dikenali sebagai bapa kandung Naura yang sering sibuk dengan hal pertanian maka Naura agak kecil hati akibat kurang mendapat perhatian daripada seorang ayah.
"Rindu lah jugak. Tapi apakan daya Rina ni sebulan sekali datang sini." mulalah si ayah mahu merajuk. Naura garu kepala.
"Raya nanti Naura baliklah. Alah dekat je JB ke Kluang. Tak makan masa 24 jam pun." usik si anak. Encik Abdul mampu tersenyum sahaja dengan usikkan si anak daranya.
"Yalah erm ni.. pinangan keluarga encik Hafiz tu.. Naura tak kisah. Kalau ayah rasa anak diaorang baik ayah terima je. Naura percaya dengan pilihan ibu dengan ayah." senyum. Berat benar dia mahu melepaskan ayat PINANGAN itu. Atas sebab dia masih mencintai Arif dia terpaksa menjauhkan diri kerana Arif sudah ada Putri.
"Kalau Naura dah setuju ayahpun setuju. Alhamdulillah. Maafkan ayah kalau Rina terpaksa lakukan perkara ni nak.. Ayah tak paksa tapi ayah cuma nak Rina ada suami yang dan keluarga. Rina faham?" sebak encik Abdul dibuatnya. Memang dari dulu dia sentiasa memberi arahan kepada Naura dan mengawal Naura dengan sangat ketat bahkan baru sekarang Naura boleh keluar bersama rakan-rakan yang lain sekiranya Naura bersama Maisara.
Hati seorang ayah tiada siapa dapat menahami. Lain ayah maka lainlah cara layanan mereka untuk menunjukkan kasih sayang.
SELESAI bersarapan, Naura duduk termenung di pankin sambil memegang novel Arif. Gemar benar dia dengan novel yang ditulis oleh lelaki itu. Sesekali Arif pelik juga dengan Naura yang asyik ke hulur ke hilir bersama novelnya. Bila ditanya tak muak ke baca semua novel? Naura akan balas Tidak!
"Cik Naura tak habis lagi ke baca buku tu?" soal Adif seraya membawa buah-buahan yang dipotong oleh Maisara.
"Saya kena amek feel tu. Jadi lambat lah nak habiskan." senyum.
"Cik Naura ada masalah ke?" soal Adif lagi. Laju pula dia menyuap buah tembikai itu ke dalam mulutnya walhal buah itu patut dimakan oleh Naura dan bukan dia.
"Saya tak ada masalah." senyum lagi. Entah kenapa dia kaya benar dengan senyuman pada haritu. Sebelum ni dia kaya dengan jelingan maut kepada Adif sahaja dan bukan senyuman.
"Sure?" Naura mengangguk laju. Dia tak nak orang lain tahu dia sudah terima pinangan seseorang. Biarlah rahsia.
"Can I know macam mana awak boleh amnesia eh? And sampai sekarang awak tak ingat apa-apa ke?" hah kini Naura sudah bertukar menjadi seorang yang banyak tanya.
"Saya amnesia cause terlibat dalam kemalangan and masatu Saya on the way nak jumpa Arif dan kereta Saya telah dilanggar oleh kereta lagi satu dan tup tup Saya kat hospital. How can I know I'm in an accident? Arif. Dia dah jumpa pesalahnya dan manusia tu dah masuk penjara. Seminggu Saya tak bercakap dengan sesiapa. Tapi sampai sekarang Saya tak tahu kenapa Saya benci sangat dengan mama. Arif kata mama baik tapi bagi Saya mama tu jahat."
'Drama tv3 pun bermula lah jap agi.'
"Cik Naura ingat tak perempuan yang pernah datang masa cik Naura kena marah dengan pelanggan tu?" Naura mengangguk. Ya dia ingat raut wajah gadis seperti kacukan itu.
"Dania Ng. Dia mix Cina and Melayu. Saya rapat dia dengan since dia terlanggar Saya kat hospital. And dia tolong Saya pulihkan ingatan Saya, walaupun sekarang ni dari 0% dah ada 50%. Dari Saya tak tahu tentang Islam and about myself. Saya terus tahu. Walaupun pakaian dia tak berapa nak cukup tapi Saya tahu dia baik." senyum.
"Ni macam suka dekat Dania je. Ok Saya keep secret ni dari abang Arif." senyum. Adif terpaksa juga mengukirkan senyuman manis buat gadis itu.
'Kalaulah dia tahu yang Aku sukakan dia. Beruntung kau bang dapat Naura yang setia.'
"Apa je yang awak ingat?"
"Arif. Arif. Arif. Tu je Saya ingat. Ternyata lah Saya rapat dengan abang Saya je. Memori Saya dengan Tok wan ke mama ke atau papa memang tak ada." Naura sedih mendengar jawapan itu. Memori bersama ahli keluarga tiada yang adapun cuma Arif. Tak pelik ke? Jadi memang patutlah Arif berikan layanan yang lebih kepada Adif dan sentiasa memantau Adif dari jauh.
'Katakan Aku kahwin ngan Arif tak kan Adif pun ada. Haih tak best ah ada orang ketiga but Naura! kau tak akan kahwin ngan Arif lahh EEE sedar! Arif dah ada Putri tu. Kau dah ada tunang kau. AHHH kau ni bebal benor!'
TIGA MINGGU Naura dan yang lain menjalani ibadah puasa dan makin kerap Naura termenung di kedai. Di rumah pula Naura agak sibuk untuk memilih barang hantaran buat tunangnya. Mereka masih belum berjumpa kerana Naura dan lelaki tersebut sibuk dengan kerja masing-masing. Mesej pun tidak. Apa-apa berita, Ibu lah yang akan maklumkan kepadanya.
"Hm ni kau betul ke dah jadi tunang orang?" Naura mengangguk. Semalam dia pulang ke kampung halamannya untuk bertemu dengan ibu bapanya dan untuk mengambil cincin merisik dia.
"No majlis? How about cincin merisik? Tak ada? Macam mana mak dia leh berkenan dengan kau sedangkan kau sendiri tak kenal anak dia." protes Maisara. Kecil besar pula dia lihat Naura yang tidak ambil peduli tentang perkahwinan ini.
"Majlis pertunangan tak ada cause boleh membazir. Cincin merisik tu Aku simpan dalam beg Aku. Mak dia berkenan ngan Aku tu tak pasti. Yang Aku tahu Aku kahwin bukan atas dasar terpaksa tapi Aku rela." senyum.
"Kau tahu tak after raya pertama kau jadi isteri orang? Kau tak selidik pun pasal mamat tu tetiba kau terima. Geramnya Aku dengan kau ni Naura Airina." terus Naura memberikan 3 helai kertas yang dicetak di atas meja kopi. Maisara merenung tajam kertas tersebut.
"Bapak Aku dah siapkan bidodata mamat tu. Nama dia sama je ngan Arif tapi kalau kita panggil Arif kan hanya Arif but dia suruh parents Aku panggil dia Is as a nickname dia." Serius raut wajah Maisara membaca kertas tersebut. Jarang Maisara rajin membaca surat ni.
"UwU menarik. Kerja pun sama ngan Arif patu UwU tak pernah bercinta. Sah! Aku terima dia jadi suami kau." sekali baca sahaja Maisara terus menerima lelaki itu untuk bernikah dengan Naura. Naura berfikir bahawa lelaki itu bukan Arif Iskandar yang dia kenal tetapi Maisara lain pula. Dia boleh terfikir bahawa lelaki yang masuk meminang Naura adalah Arif Iskandar yang dia kenal. Siapa? Crush Naura.
"Eh ni asal sejak-sejak ni Aku tak nampak Arif ngan Adif?" Naura angkat bahu. Perlu ke dia tahu?
"WOO WOO kau series ah tak ambil tahu tentang Arif? Hei mana Naura yang tergila-gilakan Arif Iskandar? Mana?" petikkan jari Maisara membuatkan Naura menjeling. Maisara kembali terdiam. Dia menyusun hantaran Naura semula.
"Aku dah nak jadi tunang orang. Kenapa kena sibuk hal dia? Aku.. Aku kena belajar terima bende alah ni Mai. Entah-entah mama dah jadikan Putri sebagai tunang Arif." muncung terus Naura dibuatnya.
'Tunang? haih minah ni tak baca betul-betul ke kertas tu? Arif Iskandar bin Hafiz tu bukan Arif yang kau gilakan ke? Tak akan lah ada orang yang nama nya sama. Muka tu iyalah tapi ni tarikh lahir, tempat tinggal dan kerjanya pun sama. Budak ni lah.'