Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 7 - Love Blue Flowers

Chapter 7 - Love Blue Flowers

Pintu bilik Adif dikuak oleh Arif dengan wajah biasa. Mulanya tadi Arif agak marah ketika Putri secara tiba-tiba terhiris jari Naura saat Naura ingin memotong buah buat tok wan yang teringin benar ingin memakan buah yang dibawa oleh Arif.

"Adif. Jom gi sungai." kejut Arif. Adif yang masih diselembungi selimut masih tidak bergerak.

"Gi lah dengan Naura. Aku penat." Balas Adif setelah diam 1 minit.

"Adif! PUBG jom!" panggil Maisara yang sudah terjengul kepalanya di pintu. Terus semangat Adif untuk bermain bersama Maisara. Semalam memang dia penat sangat kerana terpaksa menahan mata untuk teruskan permainan itu.

"Oh kau PUBG laju ya kalau Aku suruh bukak Alquran terkedek kedek nak amek." bebel Arif seperti mak nenek. Adif pekak kan saja telinganya daripada mendengar bebelan si abang.

"Naura kau nak gi mana?" suara Maisara sahaja lebih tinggi dari biasa agar Arif di dalam bilik Adif itu mampu mendengar perbualan mereka di ruang tamu.

"Tok wan suruh belikan pisang goreng kat kedai Mak Munah Aku nak gi beli ah ni." balas Naura yang siap berpakaian baju kurung lagi. Begitu juga dengan Maisara. Tok wan kata nampak manis dan ayu sahaja ketika berpakaian baju kurung.

"Kau tahu ke kedai makcik Munah tu?" Naura mengangguk dengan yakin.

"Hah mana kedainya?" tanya Arif yang sudah bersiap untuk menemani Naura. Adif terlebih dahulu sudah duduk disebelah tok wannya yang sedang menonton televisyen.

"Dekat ngan simpang masuk ni. Tok wan kata." senyum. Dan.. Arif berdebar.

"Salah. Dah jom ikut Saya. Saya pun nak gi beli barang." Naura mengangguk sahaja. Tapi tak akan lah tok wan bagi alamat yang salah. Dah sah tok wan lagi berumur dan tahu tentang tempat tinggalnya ini si cucu yang jarang pulang pula yang tahu.

"Gi dulu tok wan. Assalamualaikum." sempat Naura memberi salam sebelum dia mengikut Arif. Tok wan menjawab salam itu dengan senang hati.

"Tok wan bagi alamat salah ke apa sampai abang nak hantarkan?" tanya Adif.

"Betul lah kedai makcik Munah kat simpang masuk ni. Mungkin abang kau je yang nak luangkan masa ngan si Naura." Adif terus menutup rapat mulutnya. Bab-bab ni memang dia agak terasa lah tetapi.. dia tiada hak untuk merasa cemburu. Jadi kenapa dia perlu lalui fasa cemburu tu pula.

"ARIF ISKANDAR! Tadi ajak Saya nak beli barang ni kenapa pergi sungai?" jerit Naura kepada Arif yang sudah melabuhkan punggung di atas batu hitam.

"Saya nak lepaskan tekanan." balas Arif. Sejak dia kena marah dengan encik Taqiuddin terus mood dia terbang. Gara-gara dia tidak bersetuju untuk membuat sesi menjual buku bersama gadis misteri yang bernama Airina itulah dia kena marah. Bukan dia tak suka untuk bekerjasama dengan Airina cuma dia penat dengan lensa kamera dan mulut gadis-gadis yang sering bertanya tentang KAHWIN.

"Putri dengan awak tu.. dikira tunang atau kawan?" soalan itu membuatkan Arif tersenyum. Cemburu ke?

"Kawan. Kalau dia anggap Saya tunang dia atau pakwe pun.. anggap je dia yang lebih. Lagipun Saya tak suka perempuan macam dia." Laju Naura mengangguk.

'Aku ada peluang ah ni. Yes! Naura kau terus terang je kat dia tu mana tahu dia terima kau.'

"Then awak suka perempuan macam mana?"

"Macam awak." senyum. Terus dia masuk ke dalam air untuk membasahkan kakinya. Naura terdiam.

"Hah! buat maksiat!" jerit seorang lelaki dari arah kiri Arif. Naura yang mengelamun terus tersedar dari lamunannya.

"Abende kau merepek Imran?" suara Arif yang lembut kini bertukar menjadi garau. Lelaki itu menuruni anak tangga yang disediakan itu untuk bertemu dengan Arif.

Imran Hadi. Abang kepada Putri dan lelaki yang suka mengacau hidup Arif dan Adif. Pernah sekali Adif tampar muka lelaki itu akibat menampar seorang wanita yang menyebabkan Imran kemalangan. Walhal puncanya Imran yang terlupa hendak memberi signal kepada wanita yang memandu kereta tersebut.

"Kau tak pernah serik eh Rif. Adik kau tu dah buat malu satu kampung tau. Tapi Aku tak tahulah macam mana bapak Aku boleh maafkan adik kau macam tu je. Kalau abang nya miang dah tentu adiknya ikut jugak!"

PANG! Arif terus menampar muka Imran dengan sekuat hatinya. Miang? huh! perkataan yang paling dia benci dalam hidupnya.

"Kau tak tahu hal sebenar jadi baik diam. Sebelum kaki Aku pulak yang sampai kat muka kau." pandangan mata Arif begitu tajam seperti mahu menikam Imran. Marahnya membuak.

"Aku ni sayang adik Aku tau. Jadi lebih baik kau gi minta maaf dekat dia sebelum Aku kerjakan kau."

"Aku tak buat salah asal Aku yang kena. Dia je yang lebih." terus dia melangkah dan menarik lengan baju Naura untuk pergi dari situ. Baru dia nak lepaskan tekanan kini tambah lagi tekanannya.

"ADOI!" naik terus suara Naura apabila rasakan ada sesuatu yang terkena kepalanya. Terus Arif berpusing.

"Apa masalah kau dengan Naura? Yang kau gi attack dia asal?"

"Yang engkau risau pasal perempuan ni kenapa? Awek kau? huh lawa lagi adik Aku." Imran menyambung membaling batu kecil ke arah Naura. Memang dia sanggup lakukan apa sahaja agar adiknya Putri, gembira dan bukan merana.

"Awek atau bukan itu hal Aku bukan hal kau. Sebelum Aku baling adik kau kat sungai baik kau blah." Kata-kata Arif berbaur ancaman dan membuatkan Imran mengaku kalah. Dari dulu dia dan Arif tidak sebulu apatah lagi dengan Adif. Memang dia suka mencabar Arif dan Adif kerana dua lelaki itulah dia terpinggir dan dihina oleh orang kampung

10 minit Arif dan Naura tidak berbual. Arif rasa serba salah pula membawa Naura pergi ke sungai itu dengan adanya Imran dan Putri mesti dia tidak mampu membawa Naura pusing satu kampung.

"Naura!!" suara Maisara yang tidak jauh dari mereka berdua membuatkan Naura tersenyum. Naura melambai ke arah Maisara dan Maisara membalas lambaian itu.

"Mai dengan awak tu adik beradik ke?" laju Naura menggeleng.

"Kawan." balas Naura sepatah.

"Kalau kita?" pertanyaan apakah ini? Naura terus berlari seperti kanak-kanak ke arah Maisara yang masih setia menunggunya.

"It seems that I am not a special person in her life." perlahan Arif melepaskan nafasnya dengan berat.

'Orang dah tak nak tak payahlah kau beria nak paksa Arif! AHHHH kau ni bengap lah!'

Adif duduk bersidai di pankin rumah tok wan cuma mampu melihat wajah kecewa abangnya dari jauh. Dia masih mencuba untuk menghilangkan perasaan cintanya terhadap Naura dan rasanya akan mengambil masa yang agak lama.

Teringat dia akan ayat jiwang Arif sewaktu dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur abangnya untuk mengambil power bank.

'Cinta datang begitu saja dan akan pergi bila-bila masa. Tidak salah mencintai seseorang. Yang salah cuma cintakan hak milik orang.'

Usai menunaikan solat fardhu isyak, tok wan terlebih dahulu meminta izin untuk masuk ke tidur. Katanya esok pagi hendak menolong kawannya meniaga. Adif pula sibuk dengan gamenya manakala Maisara, Naura dan Arif duduk di luar rumah untuk menikmati waktu malamnya tanpa sebarang bunyi motor mahupun kereta.

"Chat siapa Naura?" soal Maisara setelah selesai berborak dengan Arif.

"Ibu. Setiap 1 jam dia tanya aku kat mana. See your jiran lah haiya so protective woo." balas Naura dengan menggelengkan kepalanya. Pening juga menjadi satu-satunya anak kesayangan ni. Semua perkara kena beritahu kalau tidak nanti dituduh itulah inilah. Haih.

"Then kalau tak nak ibu chat kau tiap-tiap satu jam gi kahwin. Ramai nak dekat kau. Kau je jenis kuat reject anak orang patu kata dalam group whatsapp yang kau single. Aku kalau baling cekodok ni kat kau memang puas hati Aku." Naura pekakkan telinganya. Rimas dia dengan perkataan kahwin ni. Bagi dia kalau ada jodoh tu adalah kahwinnya kalau tiada mungkin di syurga.

"Yang ni lagi seorang. Duk serius sangat apahal? Kata ngan kitaorang nak relax bagai tapi kau menghadap telefon seorang menghadap buku yang Aku ni? menghadap jalan kosong tu?" bebel Maisara lagi. Terus Naura menyumbat cekodok pisang ke dalan mulut Maisara dan memberikan telefon pintar kawannya itu.

Ting! bunyi notifikasi Maisara terus membuat Maisara tersenyum.

"Aku nak gi tandas jap." terus Arif masuk semula ke dalam rumah untuk 'menguruskan halnya'.

"Mai.." panggil Naura lembut. Terus Maisara mempalingkan wajahnya.

"Abende lu?"

"Kau tak rasa Aku ni orang bodoh ke tunggu Arif tu sedar Aku sukakan dia. Aku nak bagitahu dia yang Aku sukakan dia pun dah ibarat Aku terpaksa lepaskan kedai Aku. Susah kau tahu susah?"

"Kadang kau kena bagitahu dia yang kau sukakan dia. Kalau tak nak jadi bodoh sangat gi confess senang citer but if tak ready jangan. Terima atau tidak itu belakang cerita yang penting kau lepaskan apa yang kau tahan. Macam petang tadi Aku terpukul meja makan tok wan sebab kalah PUBG." geram pula dia bila teringat kejadian itu. Sudahlah enemy ramai lepastu pasukan dia pula lambat datang nak tolong. Akhirnya kalah macam tu je.

"Kau teringin ke nak jadi gamer ni?"

"Kau tu teringin ke nak jadi penulis ni?"

"Kau tengok Soloz jadi gamer pun dapat duit. Team Secret pun main dia dapat jugak duit. Aku ni main-main tapi dengan KDnya lagi rank tu lagi asyik jatuh." dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Serabut pula bila difikirkan semula.

"Bukan senang kau nak hidup aman kat dunia tanpa duit. Dunia sekarang banyak guna duit dan bukan otak mahupun agama. Aku tahu parents Aku tak support but Aku guna duit Aku. Aku dah ada cafe. Aku dah amek ijazah lagi. Apa je tak cukup? Kenapa kita kena hidup untuk puaskan orang tu sedangkan itu hidup kau. Noted Naura. Aku tak nak kau jadi lemah lagi."