Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 5 - Love Blue Flowers

Chapter 5 - Love Blue Flowers

Jam di dinding menunjukkan pukul 12 tengah hari dan cuaca sudah bertukar gelap. Keadaan di kedai makin sesak kerana cuti persekolahan sudahpun bermula. Mahu pengsan Naura dan yang lain kerana perlu melayan permintaan pelangannya.

"Adif!" jerit wanita yang baru masuk ke dalam kedai. Adif yang masih mengajar beberapa orang budak di meja belajar terus mengangkat wajahnya.

'Anak mana panggil Aku ni?' dia keluar dari kawasan itu dan menuju ke arah pintu masuk.

"Adif!" teruja suara gadis itu menyapa Adif. Adif kerut dahi.

"Oh kau. Nak apa?" Adif malas nak layan gadis itu dengan pakaian yang tak cukup kain dan rambut yang berwarna perang itu aish!

"You kerja kat sini ke?" soal gadis itu. Sempat dia melirik mata setiap sudut kedai itu. Kemas dan tersusun!

"Tak. Aku makan kat sini." gadis itu memukul kuat bahu Adif. Adif tidak mengaduh pun. Sakit memang sakit tapi dia tak naklah tunjuk kat orang ramai yang dia lemah.

"Aku kerja kat sini. Tapi kau jangan bagitahu abang Aku. Janji?" gadis itu mengangguk laju. Adif senyum.

"So.. mana owner kedai ni? I nak beli buku ni."

"Kak Naura! Ada orang nak jumpa." jerit Adif kepada Naura yang masih leka berbual dengan Maisara di kaunter.

"Apo?" balas Naura dengan muka marah. Adif terdiam. Tak kena masa dia nak panggil si Naura. Gadis itu baru sahaja kena marah dengan pelanggannya.

"Kau pergilah jumpa dia. Aku nak sambung kerja. Bye!" Adif melarikan diri dari pandangan kawannya, Hana.

"Assalamualaikum." sapa Hana dengan senyuman dibibir pada Maisara dan Naura di kaunter.

"Waalaikumussalam, boleh Saya bantu cik?" balas Naura mesra.

"I nak cari novel Arif Iskandar yang baru keluar. You ada?" Naura mengangguk laju. Dia memanggil Alif yang sedang duduk di pantri itu.

"Ya cik Naura?" Tanya Alif setelah tiba dihadapan. Naura diam. Tiba-tiba moodnya hilang.

"I nak cari buku Arif Iskandar yang baru keluar tu." senyum. Alif mengangguk tanda faham permintaan gadis dihadapannya.

"Sila ikut Saya cik." Alif dan pelanggan itu menuju ke rak yang berada di kedai sebelah untuk mengambil buku edisi terhad milik Arif Iskandar.

Baru pagi tadi novel itu dihantar dan tak sangka tak sampai 1 jam, buku itu berjaya dijual dengan harga berpatutan.

USAI MAKAN tengah hari, Maisara terus masuk ke dalam kedai buku Naura. Pelanggannya mula berkurangan setelah hujan sudah turun. Dan inilah yang membuat Maisara takut. Takut kalau-kalau kawannya membuat perkara yang terlebih batas.

"Naura?" tanya Maisara setelah masuk ke kedai itu. Masing-masing menunjuk ke arah pintu hitam yang ditulis nama NAURA AIRINA. Bilik kerja Naura dan tempat Naura berehat.

Maisara memulas tombol pintu dan terus menerjah masuk ke dalam bilik kerja Naura. Dia tidak kisahlah orang nak kata apa asalkan kawannya selamat. Masuk sahaja ke dalam bilik yang besar itu. Dia terdiam. Terkejut melihat Naura menangis teresak dan memukul dirinya dengan kuat.

"Kau pukul badan kau bukan dapat apa pun! Sedarlah Naura!" jerit Maisara. Dia cuba hentikan pergerakkan Naura yang cuba memukul dirinya lagi.

"Aku takut Mai!" balas Naura. Benar dia takut dengan bunyi guruh dan bunyi itu membuatkan dia menjadi orang gila yang rasa serba salah.

Adif dan yang lain mula sedar Maisara dan Naura menjerit di dalam pejabat terus menuju ke bilik kerja Naura.

Masing-masing berdiri tegak seperti menyanyikan lagu negaraku. Jeritan Naura masih bergema di telinga mereka bertiga.

"Listen.. Naura kau tak buat salah. Allah sayangkan mak kau. Setan tu yang jahat sebab dia bunuh mak kau depan kau. Aku saksi. Aku saksi yang tengok semua tu Naura." Maisara cuba tenangkan si kawan dengan mengingatkan semula peristiwa di mana arwah mak Naura dibunuh setelah pulang dari kedai.

"Tapi kalau Aku tak hidup tak ada dia nak bunuh mak Aku.. Aku punca!" teriak Naura. Maisara sebak.

"No.. Naura.. kau kena ingat mak kau baik. Dia sayang kau. Dia tak pernah bencikan kau..." kata-kata Maisara mati disitu. Dia terkejut dengan tubuh Naura yang tidak bergerak lagi. Badan Naura sudah kepanasan dan itu membuatkan semua orang panik.

Baru Adif nak mengangkat tubuh Naura, langkahnya terpaksa dihentikan saat orang lain yang menjadi penggantinya. Dia kenal tubuh yang sasa itu. Dia kenal gaya rambut itu. Baju dan haruman pun dia kenal.

Arif Iskandar. Lelaki itulah yang menjadi penggantinya. Kecewa kerana dia terpaksa menahan rasa cinta ini dan tidak boleh meluahkan perasaan kerana dia tahu abangnya juga dapat rasakan sesuatu yang sama dengan dia.

1 JAM Arif menjaga Naura yang enak dibuai mimpi itu dan akhirnya gadis itu terjaga dari tidur. Perlahan Naura bangun dari sofa dan cuba untuk memahami situasi itu. Dia mengalihkan pandangan terhadap Arif yang turut tertidur di lantai yang bersandarkan dengan sofa.

'Mimpi ke dapat tengok crush?'

Naura menampar perlahan pipinya untuk memastikan bahawa ini bukan mimpi. "Bukan? Ni.. kenapa?"

"Arif.. Arif." kejut Naura. Arif masih tidak bangun mahupun bergerak.

'Comel pulak dia ni.'

"Arif Iskandar." kejut Naura lagi.

"Hm?" balas Arif separuh sedar. Dia menggosok matanya dan memandang tepat raut wajah Naura.

' masyaAllah lawa ini orang.'

"Dah okay?" soal Arif sambil membetulkan rambutnya. Naura mengangguk.

"Jangan pengsan lagi. Nanti Saya cemas." ujar Arif dengan nada perlahan. Dia bangun dari duduknya dan terus melabuhkan punggung disebelah Naura. Tangannya laju mencapai botol air mineral. Dia membuka penutup itu dan terus menuang ke dalam cawan.

Naura melihat sahaja gerak geri Arif. Dia cuba rakamkan detik indah itu. Arif memberikan cawan yang dipenuhi dengan air putih itu kepada Naura.

"Awak tak penat ke jadi hensem?" tanya Naura tanpa berlapik. Tersedak Arif dibuatnya. Naura membuat wajah selamba walau hatinya suda berdebar.

"Tak. Kena penat ke jadi hensem?" Naura menggeleng.

"Mesti best kan jadi awak. Dahlah pandai, kaya, hensem, belajar luar negara patu ada adik yang serba boleh macam Adif." Arif ketawa sinis.

"Dia yang kena untung dapat Saya yang pandai semua benda."

"Aish yang tu tolak ketepi! Saya nak tahu macam mana awak boleh terima budak yang baru balik dari luar negara tu kerja kat sini. Patutlah sejak ni dia selalu keluar awal. Nasib baik belum pilih Universiti lagi. Ni kalau dah masuk belajar Saya juga kena marah." adu Arif. Naura tak faham.

"Tak faham? Meh Saya terangkan. Dia tu baru balik dari China. Saya tak kisah kalau dia nak kerja but parents kitaorang tak benarkan dia kerja dulu. Sebab dia pernah terlibat dalam kemalangan. And itulah alasannya " cerita Arif.

Baru sebulan adiknya menetap di Johor, dan baru sebulan juga adiknya keluar dari hospital. Adif terlibat kemalangan dalam perjalanan bertemu dengan Arif dan itulah yang membuatkan Arif rasa serba salah. Nak kerja pun dia tak kisah cuma kalau ikutkan syarat keluarganya, Adif belum boleh bekerja kerana proses untuk mengingat semua peristiwa itu mengambil masa.

'Nak tak nak memang kena berhentikan lah. Aish sabo Naura.'

MARAH betul Adif apabila Arif menyuruh dia berhenti kerja. Sudahlah dia marah kerana abangnya yang menjadi hero pada harini, kini dia menyuruh Naura berhentikan dia pula.

"Kau nak Aku duduk kat rumah sampai reput ke?"

"Aku ikut syarat mama je tau. Kau nak kena hantar balik ke kat China tu? Kalau nak cakap. Biar Aku suruh mama dengan papa hantar kau ke sana." balas Arif acuh tak acuh. Malas dia nak bukak hal ni lagi.

"Kenapa korang nak kongkong hidup Aku ya? Apa masalah korang?"

"Kau baru sebulan keluar dari hospital tau! Jangan buat hal lah." Sudahlah dia baru kena marah dengan encik Taqiuddin ini kena hadap si Adif ni lagi.

"Hidup Aku biar Aku yang aturkan. Kenapa kau sibuk!"

"Kau nak kerja kat situ atau nak ngorat Naura? Kalau kau nak dia tu pergilah amek. Aku tak hamak dengan perempuan macam dia. Nak kerja pun kerja yang bukan berat-berat. Tulang kau semua tu belum tentu elok lagi." Arif terus naik ke biliknya. Pertengkaran mereka berdua berhenti disitu. Dia tahu Arif ambil tahu tentang dia cuma dia tak nak kerana Naura mereka berdua tidak rapat lagi.

ARIF menutup kuat pintu biliknya, Dia membaling jam dan telefon pintarnya ke atas tilam. Marah dia semakin membuak dengan tajuk pergaduhan itu.

Naura. Ya itulah tajuk pergaduhan yang membuatkan Arif bengang. Salah satu sebab dia nak Naura jadi isterinya untuk melahirkan waris bagi harta keluarganya.

Harta keluarganya tidak boleh jatuh ke tangan Putri. Gadis yang tamak dan boleh lakukan apa sahaja. Gadis yang papanya ingin sangat buat menantu.

Masalahnya gadis yang dia minat itu adalah gadis yang Adif suka. Hah susah! Naura bukan gadis yang boleh hidup senang. Gadis itu ada banyak sejarah hitam dan dia perlukan seseorang untuk menolong dia keluar dari lombong yang gelap.

Arif teringat perbualan dia dan Naura ketika di dalam pejabat. Perbualan yang singkat namun mampu membuat Arif tersenyum.

"Saya sukakan dia bukan atas dasar pangkat atau rupa. Cuma atas dasar sikap dia. Tapi Saya rasa tak mampu nak bagitahu dia sebab Saya rasa tak layak untuk dapatkan dia." Luah Arif kepada Naura dengan tulus.

"Kalau awak percaya takdir Allah. Awak akan rasa layak dapatkan dia. Walau untuk seketika. Tapi bila awak dah dapat dia jangan nak burukkan dia tapi sayang dia." senyum.

"Perempuan ni lemah. Kitaorang tak nak wang atau harta awak. Kitaorang cuma nak rasa dihargai, disayangi, dan dilayan macam seorang wanita. Kitaorang lemah dan hanya lelaki yang tepat akan buatkan kami kuat. Awak faham?" Arif mengangguk.

Wanita yang lemah itulah dia ingin menjaga. Wanita yang penuh sejarah hitam itulah dia ingin membuka pintu cahaya buat gadis itu. Wanita yang jarang ketawa dan selalu menangis itulah dia mahu membuang semua segala kenangan pahit dan dia ingin meletakkan semua kenangan indah ke dalam minda itu. Jatuh cinta ke? Mungkin ya mungkin tidak.