"Cik Naura." panggil Batrisya dengan lembut. Sudah seminggu Naura asyik berdiam dan jarang bercakap dengan staf yang lain sampai naik penat Batrisya dan yang lain fikirkan cara untuk menghiburkan semula bos kesayangan.
"Ya Bat? Ada masalah ke?" soal Naura seraya mengukirkan senyuman.
"Saya tak ada masalah. Cuma Saya nak tahu lah cik Naura ni ada masalah ke sebab dah seminggu cik Naura tak bercakap dengan kitaorang. Sampaikan cik Maisara pun tak tahu apa masalah cik ni."
'Aku ada masalah ke? Sejak bila Aku ada masalah ni.'
"Saya tak ada masalah lah." Senyum. Benar dia tiada masalah. Cuma dia memang gemar termenung semenjak ini. Kadang-kadang pulang sahaja dari kerja dia terus masuk ke bilik tanpa bercakap dengan Maisara.
"Erm kalau macam tu boleh kita tutup awal sikit tak?" Ceh! Ada udang disebalik batu rupanya Batrisya ni.
"Baru pukul 2 petang. Awak nak Saya tutup kedai pukul berapa? 5 petang? 5 petang nanti ada budak-budak nak datang belajar kat sini ya." Batrisya mencebik bibirnya. Dia baru sahaja berjanji dengan Alif untuk menonton wayang bersama tapi Naura pula dia mengizinkan. Maka dia terpaksalah batalkan janjinya itu.
"Kalau kak Batrisya nak balik awal.. rasanya Saya boleh handdle kot. Lagipun petang macam ni tak ramai orang." Adif yang baru balik dari solat Zohor itu terus menyusun buku-buku yang berselerak di atas kaunter. Semestinya buku itu milik Naura. Sepanjang masa Naura akan menghabiskan masa dengan membaca buku di kaunter kadang-kadang sambil menaip sesuatu.
"Boleh kan bos?" Soal Batrisya sambil membuat mimik muka simpati.
"Hah suka hati awaklah. Ni awak nak pergi mana sampai suruh Saya tutup awal?" Batrisya memandang wajah Alif yang baru tiba di kedai itu.
"Kitaorang nak pergi tengok wayang.. tiket dah tempah.. boleh? Halah ini first time kitaorang nak balik awal ni." Pujuk Batrisya.
"Hm pergilah. Dating pun carilah waktu cuti." Bukan dia tak tahu Batrisya dan Alif mempunyai hubungan. Bukan seperti kawan atau adik beradik tetapi sebagai pasangan.
Alif mendekati Naura dan yang lain. "Bos tahu selama ni hubungan kitaorang?" Soal Alif. Naura mengangguk. Sudah lama dia tahu cuma dia tak nak besarkan hal itu saja.
"Macam mana.. cik Maisara ke yang bagitahu?" Dia terus memandang wajah Maisara yang baru masuk ke kedai itu.
"Apa bende? Aku datang nak ambil power bank eh. Hah jangan ingat Aku nak curi buku kau." Kata Maisara sambil mengambil power bank di dalam beg tangan Naura. Naura menjeling kawannya itu.
'Eh dia ni main amek je ya.'
Terus Maisara masuk ke dalam kafenya semula. Pelanggan tidak begitu ramai kerana bukan hari cuti ketika itu jadi mereka bolelah berehat buat seketika. Kalau waktu cuti memang penuh kedua-dua kedai.
Kadang-kadang sampai Naura terpaksa mengajar budak-budak yang singgah ke kedainya untuk belajar. Disitu memang dia ada menyediakan tempat khas untuk budak-budak belajar dan ianya free sahaja. Nak pinjam buku pun boleh.
Semuanya telah disediakan oleh mak ayah dia kerana keputusan dia yang cemerlang dalam SPM dan dia berjaya menghabiskan pelajarannya.
ADIF memberikan satu botol air mineral yang telah dibuka kepada Naura yang masih mengajar budak-budak disitu. Jam menunjukkan pukul 4 petang dan keadaan sudahpun sesak.
"Thanks." Ucap Naura tanpa memandang wajah Adif. Dia memberikan segala tumpuan kepada buku latihan matematik tingkatan 2 itu.
Adif turut sertai Naura yang masih membaca soalan yang diberikan di dalam buku latihan tersebut.
"Abang nak pinjam pensel boleh?" Gadis itu terus memberikan pensel kayu kepada Adif tanpa teragak-agak.
"Awak nak tolong dia kan? Hah silakan. Saya nak jaga kaunter. Bye!" Naura terus melarikan diri daripada Adif. Adif ketawa kecil. Seronok dia melihat telatah Naura yang seperti kanak-kanak.
"Pelik. Biasanya kak Naura boleh je tolong ajarkan matematik ni. Kenapa kalini dia tak boleh." Adif memandang wajah anak gadis itu dengan tepat.
"Kak Naura ada masalah kot. Sebab tu otak dia tak boleh nak proses ni." Adif pun pelik juga dengan Naura semenjak ni. Memang Naura sudah jarang bercakap dan selalu menyendiri. Kalau nak balik awal pun Naura izinkan. Dan seminggu dia bekerja disitu dia tidak mendengar langsung gelak tawa Naura ataupun bebelan Naura.
"Rasanya kak Naura tengah pening pasal novel si Arif Iskandar tu kot. Biasanya memang Kak Naura akan fikir dia nak bagi hadiah apa masa novel tu dilariskan sebab setiap kali novel tu nak dilariskan mesti Arif Iskandar tu ada sekali untuk berikan tandatangan dia tu." Adif terdiam. Naura.. minat abangnya? Abang dia iaitu Arif Iskandar?
"Kak Naura memang minat ke dengan buku Arif tu? Abang tengok macam biasa-biasa je buku tu." Nak juga dia mengorek rahsia Naura ni. Mana tahu dia boleh membantu gadis itu.
"Aish apo abang ni. Biasa? Biasa ke dengan ending dia yang dramatik. Ada sekali masa Saya datang sini Saya dengar kak Naura menangis sebab baca buku Title Of Our Love tu. Sekali dengan Saya nangis." Beria anak gadis itu menceritakan kepada Adif. Adif mengangguk sahaja.
"Ceh! Biasa je lah tu bagi abang. Ni bila novel tu nak dipasarkan?" Walaupun dia boleh bertanya kepada abangnya namun dia tak nak lah mengacau si abang yang tengah sibuk tentang urusan kerja.
"Kalau tak silap Khamis ni. Mesti kak Naura tengah fikirkan macam mana nak pergi sana. Ya lah kedai bukak dari hari Ahad hingga Khamis. Johor kan." Perbualan mereka terganggu apabila lampu dan penghawa dingin dimatikan secara tiba-tiba.
"Haih tak kan.." belum sempat anak gadis itu menghabiskan ayatnya. Adif terus berlari ke belakang saat terdengar bunyi jeritan Naura yang nyaring.
Keadaan di dalam bilik pejabat itu sangat gelap dan itu membuatkan Naura menangis dan menjerit dengan kuat.
"Mai! Mai!!" Jerit Naura. Adif yang baru tiba terus menarik keluar tubuh Naura dari bilik tersebut.
"Cik Naura.. cik Naura bawak bertenang." Pujuk Adif sambil membuka flashlight dari telefonnya.
Maisara yang baru tiba di kedai buku terus memeluk tubuh Naura. Dia menggosok belakang badan Naura seperti dia menjadi seorang ibu.
"Takut! Aku takut!" Kata Naura dengan tangisan di pipinya.
"Aku ada. Ya sabar Naura. Sabar." Pujuk Maisara lagi.
"Adif, temankan dia kat sini." Adif mengangguk tanda faham dengan arahan yang diberikan oleh Maisara.
"Cik Naura ikut Saya baca ya." Naura mengangguk sahaja. Dia benar-benar takut saat itu.
"Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu'minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna'u bi'atho-ika." Naura mengikut bacaan Adif dengan air mata yang masih mengalir. Anak mata Adif yang bersinar dan bacaan Adif yang lancar dan merdu membuatkan Naura kembali tenang.
"Tarik nafas, hembus. Tarik, hembus." Naura mengikut lagi kata-kata Adif seperti Adif itu doktornya.
"Nah minum ni." Pinta Maisara sambil memberikan cawan yang berisi air putih itu kepada Naura.
Fobia Naura benar-benar membuat dia ketakutan. Pernah dia mengajak Naura untuk pergi berjumpa doktor Psikologi namun Naura menolak sekerasnya kerana dia rasa dia boleh ubati fobia itu.
'Naura, Naura. Kalau Aku ni mak kau dah lama Aku angkut kau gi jumpa doktor.'
ARIF baru sahaja tiba di rumah seawal 9 setengah malam terkejut dengan melihat Adif yang masih belum tidur. Biasanya selepas sahaja solat Isyak, Adif akan masuk tidur terlebih dahulu kerana dia perlu ke kolej seawal 8 pagi.
"Asal tak tidur lagi?" Soal Arif. Dia menuju ke dapur untuk membasahkan tekaknya yang kering.
"Bila hari novel kau dikeluarkan?"
"Khamis ni. Tu yang Aku sibuk sikit. Kenapa?" Dia meletakkan cawan kosong itu ke dalam singki dan membuka butang bajunya.
"Tanya je." Arif mengangguk.
"Kau tahu tak macam mana nak ubat orang yang ada fobia gelap?" Soalan rawak yang diberikan oleh Adif membuatkan Arif pelik. Secara tiba-tiba sahaja tentang fobia.
"Jumpa pakar psikologi lah. Aku dulu amek kos doktor bedah bukan doktor psikologi tu."
"Asal ni? Kau takut gelap ke?" Pantas Adif menggeleng. Dia takut gelap? Huh! Tengok kakilah! Dulu dia boleh saja bertahan selama 19 jam tanpa lampu inikan sekejap.
Arif mengambil beg kerjanya dan terus naik ke bilik. Penat dia hari itu memang tak dapat nak dikatakan lagi. Dia terpaksa ulang alik dari syarikat kawannya Taufiq dan terpaksa mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan program dia.
"Khamis ni kalau ada kawan kau nak datang. Ajak dia datang rumah mama." Kata Arif sebelum dia menutup pintu biliknya.
Memang masatu Adif hanya fikirkan tentang gadis pemilik nama Naura Airina sahaja. Entah kenapa dia berasa ingin menolong Naura dengan seikhlas hati. Masuk kerja pun dia terfikir tentang Naura. Senang cerita semuanya tentang Naura lah. Tapi Naura nak ke dekat dia? Ya lah kini dia sudah tahu Naura lebih minat kepada abangnya dan bukan dia.