"Allah encik, makanlah sikit. Bukan banyak mana pon saya letak. Sepinggan nasi je pun. Makanlah ehh"
Lengan sasa Ash, Ayra elus lembut. Dia buat buat tak terkutik bila Ash pantas menepis tangannya.
"Aku dah kata kan. Aku tak nak makan. Tak nak! Kau tak paham bahasa Melayu ke apa, hah? Bentak Ash, bengang dengan pujukan lembut Ayra.
Dia memang sengaja melancarkan mogok tengah hari ini. Tujuannya supaya Ayra kena marah dengan Datin Dahlia dan tok ma jika dia mengadu sakit perut nanti.
Biar mereka tahu Ayra bukanlah wanita yang layak untuk bergelar isterinya. Jauh sekalilah daripada apa yang mereka fikirkan tentang Ayra selama dua minggu gadis itu bergelar isterinya.
"Encik janganlah macam ni. Penat tau saya masak semua ni. Encik makanlah sikit ye"
Ayra masih cuba memujuk walau tahap kesabarannya semakin menipis. Dia tahu tujuan Ash berbuay begitu, tapi dia tak peduli. Nama menyerah tidak akan sesekali.
Ini Ayra Affia lah. Takkan mudah mengaku kalah punya!
"Aku peduli apa kau penat ke tak. Dah aku tak nak makan, kau makanlah sorang sorang."
Ash berdegil. Siap berpeluk tubuh lagi. Sesekali dia tersenyum sini melihat Ayra mengeluh. Puas hati dengan tindakannya sendiri.
"Okeylah. Kalau encik tak nak makan, apa saya boleh buat."
Ayra mengalah juga. Pinggan di tangan diletak semula kedulang di sebelah kaki lelaki itu. Matanya di alih kepada Ash semula.
Lelaki itu hanya menjeling tajam.
Lalu Ayra mendongak. Mulutnya terlopong serta merta.
"Encik, apa tu?" soalnya menunjuk jari keatas. lebih tepat ke arah siling.
"Apa?" Ash yang terkejut, turut mendongak. Mulutnya ternganga tanpa sengaja. Dia tersentak bila sesuatu sudah disumbat masuk ke rongga mulutnya dengan kasar.
Baru dia nak luah, mulutnya sudah ditekup dengan tangan Ayra.
"Hah, encik suka ke tak, encik kene telan nasi tu. Saya tak kira. Jangan haraplah saya nak lepaskan encik sekarang."
Ayra terus menekan kedua tangan Ash dengan sebelah tangannya. Manakala sebelah lagi sudah menekup mulut Ash. Memaksa lelaki itu menelan. Nak tak nak, Ash terpaksa akur.
"Kau gila ke apa buat aku macam ni? Kau memang nak bunuh aku kan? Tak guna punya perempuan!" Maki As sebaik saja isi dalam mulutnya ditelan.
Terbatuk batuk dia jadinya. Bertambah tambah sakit hatinya terhadap Ayra. Guna cara kotor lagi kasar untuk memaksanya makan. Tak guna betul!
Ayra tayang sengih seraya melepaskan peganggannya.
"Ikut encik lah nak cakap apa pun. Janji encik tah makan. Sekarang ni, encik tak nak buat macam tu lahi?"
"Ewah, kau ingat kau tu siapa hah! nak paksa aku makan macam tu? Mati hidup balik pun aku takkan ikut cakap kaulah, perempuan!" Marah Ash.
"Okey. Kalau macam tu, terpaksalah saya paksa encik lagi. Sorry ye encik. Kali ni lagi kasar tau sebab saya nak koyak mulut encik pulak."
Serentak itu Ayra kembali mendekat. Pura pura mahu mengoyak mulut lelaki itu. Menjerit Ash jadinya.
"Okey, okey aku makan." Dia mengalah juga akhirnya. Bukan takut, tapi bimbang kalau hatinya luruh dari tangkainya.
Tindakan spontan Ayra sebentar tadi berjaya memporak perandakan jiwanya. Selama dia hidup, belum pernah ada gadis berani menyentuhnya tubuhnya. Mustahil dia akan membiarkan jiwanya terus dalam keadaan itu.
Jalan terbaik, mengalah. Satu jelingan tajam diberikan pada gadis yang menayang sengihnya. Puas hati usahnya berhasil.
"Hah, kan bagus kalau encik makan elok elok macam ni. Perut encik kenyang, saya pun senang buat kerja." Kata Ayra sebaik Ash membuka mulut menerima suapannya.
"Huh, Kalau tak kerana aku sakit, dah lama kau kene dengan aku tahu." marah ash sambil mengunyah nasi dengan geram.
"Yalah encik, Apa pun tunggulah sampai encik sihat. Lepas tu encik nak buat apa pun tak adanya saya nak kisah." Balas Ayra selamba.
Lalu Ash merungus tak suka dengan kata kata gadis itu.