"Baru balik ma?" Tegur Ayra sebalik terpandang kelibat Datin Dahlia melangkah kluar kereta.
Dia yang menyiram pokok bergegas menutup kepala paip lalu segera menghampiri mama mentuanya. Tangan wanita itu di salam penuh santun.
"Mana bibik? Kenapa kamu yang siram pokok? Dia buat apa sampai kamu pulak yang kene buat kerja dia?" soal Datin Dahlia tegas.
Bukan tak suka dengan kerajinan Ayra, sebaliknya bimbang jika orang gaji upahannya mengambil kesempatan atas kebaikan menantunya itu.
"Bibik ada kat dalam rumah. Dia tengah kemas ruang dapur. Jadi, saya tolong dia siram pokok petang ni. Lagipun, kerja saya da siap."Ayra ikut menapak masuk ke ruang tamu bila Datin Dahlia melangkah ke dalan rumah.
"Setakat tolong tak apalah Ayra. Jangan kamu pulak ambil alih semuanya. Mama kahwinkan kamu dengan anak mama sebab mama nak kamu jaga dia, selain daripada tengok tengokkan tok ma. Bukan sebab nak jadikan kamu pembantu rumah kita ni.."Datin Dahlia terus melabuhkan punggung ke sofa.
"Saya faham mama. Oh ya, mama nak minum? Saya ada buatkan kopi dan cucur udang tadi." Pelawa Ayra cepat.
Sengaja dia bertanya. Tidak mahu Datin Dahlia yang kelihatan letih terus terus membebel tentang perkara yang dianggapnya remeh.
Datin Dahlia menganguk perlahan. "Boleh juga."
Tak tunggu lama, Ayra bergeges ke dapur. Tak sampai lima minit, dia kembali berada depan mata Datin Dahlia.
"Jemputlah minum mama." Pelawa Ayra seraya menyorong secawan kopi kedepan Datin Dahlia.
"Terima kasih Ayra. Sedap kopi yang kamu buat ni." puji Datin Dahlia usai seteguk air hitan itu melalui kerongkongnya.
"Ash mana? Tidur ke? Soal Datin Dahlia sambil memutar pandangan ke sekeliling.
Dia jarang berada dirumah. Kesibukannya sebagai pengarah urusan selain mengambil alih tempat Ash sebagai CEO syarikat keluarga mereka menjadikan masanya bersama keluarga sangatlah terbatas.
"Taklah. Dia ada dalam bilik. Baru selesai minum petang tadi."Ayra memberi jawapan jujur tanpa menyebut nama Ash. Bukan dia tak suka, cuma dia tak nak Datin Dahlia menegurnya seperti sebelum ni.
Wanita itu tak suka bila Ayra memanggil Ash dengan panggilan encik walau wanita itu tahu sebab Ayra berbuat begitu.
"Hmm.. Tak apalah kalau macam tu." Datin kembali mencapai cawan kopinya.
"Mama nak saya urutkan badan mama tak? Saya tengak mama selalu letih. Balik kerja pun lewat malam. Sekali sekala je mama balik macam ni." Pelawa Ayra lagi.
"Tak payahlah Ayra. Mama tak biasa diurut. Lagipun mama memang selalu sibuk. Lainlah kalau suami kamu tu dah sembuh sepenuhnya. Bolehlah bantu mama semula dekat pejabat tu."
"Kan bagus kalau saya dapat bantu mama dekat pejabat. Tak adalah mama kena buat semuanya seorang diri."
Datin Dahlia tersenyum hambar.
"Kamu jaga Ash dan tok ma pun da kira tolong mama juga. Kalau tidak, memang kelam kabut mama jadinya" Datin Dahlia lepas nafas berat.
"Kami tahu Ayra, mama harap sangat suatu hari nanti suami kamu boleh tumpuhkan sepenuh perhatiannya pada syarikat. Bukan buang masa pada perkara yang tak memberi faedah kepada kita sekeluarga."
Tanpa diduga Datin Dahlia meluahkan isi natinya. Selama ini, dia jarang berkongsi rasa dengan sesiapa, kecuali mak mentuanya. Itu pun bukan semua perkara dapat dia kongsi.
Hanya sejak kehadiran Ayra, dia dengan rela hati mahu berkongsi segala galanya dengan menantunya itu. Keperibadian Ayra telah menambat hati Datin Dahlia.
"Dalam masa yang sama, mama harap kamu dan Ash dapat berikan mama cucu seramai mungkin. Masa itu, mama harap mama takkan jejakkan kaki ke syarikat lagi. Mama akan habiskan masa tua mama dengan beribadat dan bermain dengan cucu cucu mama. Harap kamu tak keberatan dengan untuk tunaikannya Ayra."
Tertelan liur yang ada di dalam tekak Ayra mendengar permintaan mama mentuanya. Dia nak mempunyai anak bersama Ash?
Huh. Dunia bertukar segi empat pun belum tentu semua itu terjadi. Nak memandang dia pun Ash tak sudi, inikan pulak nak mempunyai anak denganya.
Ayra sendiri tak ada sebarang perasaan buat suaminya itu selain menyampah dan kasihan. Belum pernah wujud dan Ayra harap takkan wujud sebab dia tak berminat untuk sehidup semati dengan lelaki banyak songeh itu.
"Err.. Mama tak makan ke cucur udang? Banyak Ayra buat tadi. Mama rasalah. Mana tahu kene dengan selera mama." Sekali lagi Ayra memperlawa untuk mengalihkan arah perbualan. Nak bercerita tentang perkara yang tak terlintas dalam kepalanya dengan lebih lanjut, memang bukan bidangnya.
Cara terbaik, ubah topik. Lebih selanat dan tk memeningkan kepala.
"Oh. Kamu ke yang buat? Tak sangka mama, pandai kamu buat cucur ni." Tangan Datin Dahlia terus menyambar sekutul cucur dari pinggan didepan mereka.
Ayra hanya mengangguk dalam senyuman. Sempat dia berdoa dalam hati. Semoga mentuanya tidak lagi menyebut tentang anak dia dan Ash di kemudian hari. Amin!