Chereads / Enternal Love Contract / Chapter 21 - Bercambah II

Chapter 21 - Bercambah II

"Tapi itulah. Nak kata apa? Semua tukan kuasa Allah. Hanya Dia yang berhak tentukan kita masih layak berada di dunia ni ataupun tidak. Kiranya encik bertuahlah sebab bukan semua orang masih hidup bila terbabit dalam kemalangan ngeri macam tu." Sambung Ayra dengan kepala terangguk angguk.

Langsung tak perasan dengan perubahan nada suara Ash. Lelaki itu sudah dikuasai emosi sendiri waktu ini.

"Hah, dah siap pun kerja saya." Ujar Ayra sebaik balutan terakhir di tubuh Ash selesai dilakukan.

Kemas dan pantas saja dia melakukannya. Seperti yang telah diajarkan oleh doktor kepadanya sebelum ini.

"Okeylah encik. Saya nak tolong bibik kas bilik tetamu sekejap. Saya dah janji dengan dia tadi."

Ayra terus meminta diri sebaik peralatan yang digunakan disimpan semula ke dalam bekas yang telah disediakan. Dia sendiri sebenarnya tak sabar sabar keluar dari sana. Segan nak berlama lama dengan lelaki itu.

Ash tersentak. Daripada sibuk memikirkan perkara yang dah berlalu, dia kembali mengalihkan perhatian kepada Ayra.

"Kau dibayat untuk jaga aku bukan? Jadi, tak payahlah kau sibuk nak kisah kerja kerja bibik pula" suara Ash jelas kedengaran tak puas hati.

Ash dapat rasakan benci yang ditanam dari awal pertemuan sudah hilang sedikit demi sedikit hingga dia ssndiri tak sedar bila rasa itu tiada lagi dalam jiwanya.

Mungkin Kerana sikap Ayra yang jenis tak makan saman dengan setiap hinaan dan makiannya membuat hati Ash lembut dengan sendirinya.

Pedahal, selama ni Ash tak pernah suka memandang mana mana perempuan yang dirasakan tidak setaraf denganya. Apatah lagi merenung dalam dalam seperti yang dilakukannya tethadap Ayra kini.

"Memanglah saya kene jaga encik, tapi tak salahkan kalau saya tolong bibik? Banyak kerja dia yang tak pernah selesai. Encik tahu apa? Tahu nak memerintah saja."

Merengus Ash dengan kata kata selamba gadis itu.

"Amboi kau. Pantang aku buka muluy, tahu nak menjawab je."

"Saya bukan sengaja nak menjawab, tapi nak fahamkan encik yang tak reti bahasa tu. Lagipun, takkanlah saya nak duduk hadap encik 24jam kut. Encik sendiri pun nanti tak selesa."

"Ye? mana tahu aku selesa ke tak? Ke, kau yang tak selesa?Ash sudah tersenyum nakal.Rasa mahu mengusik timbul dalam hatinya.

"Tapikan, kau selesa ke tak, kau tetap kene selesakan sebab muka aku je yang akan kau hadap seumur hidup tau."

Berkerut dahi Ayra. Raut nakal Ash dipandang sekilas.

"Seumur hidup? Tapi, kontrak kita hanya enam bulan. Itu pun hanya berbaki empat bulan lagi." Sambil bersuara, akal Ayra sibuk menghitung jumlah hari yang telah berlalu. Serasanya, dia tak salah menghitung kerana dia melakukan catatan.

Sengaja dia lakukan agar dia tidak terlajak hari. Tidaklah dia di tuduh sengaja mahu berlama lama di rumah besar itu. Namun, dia sudah terlupa tarik sebenar dia harus perhi dari situ nanti.

"Itu pun kalau aku ceraikan kau."

Makin berlapis berkerutan Ayra.

"Kenapa pulak encik tak nak ceraikan saya? Encik sanggup ke nak hadap muka saya sampai tua?"

"Kalau aku sanggup, kau pulak macam mana? Sanggup jugak? Balas Ash, tiba tiba saja meluah kata kata itu.

Ayra merengus halus. "Isy, apalah encik ni. melalut entah ke mana mana." Kepala Ayra tergeleng pulak. Tak berminat bil serius kata kata Ash yang dianggap gurauan itu.

"Dahlah. Saya keluar dulu yah. Nanti lambat pulak saya siapkan kerka saya." Ayra terus berlalu.

Ash tersenyum lebar. Senyumannya mati tatkala teringat kata katanya sebentar tadi. sejenak dia terfikir.

Sanggupkah dia menghabiskan hidupnya bersama gadis seperti Ayra? Sanggupkah dia menghadap raut polos itu sampai ke hari tua mereka kelak.?

Lambat lambat Ash tersenyum semula.Dia mengangguk perlahan. "Aku sangguo, asalkan dia setia kepadaku selamanya." Ash berbicara sendiri.

Satu demi satu tingkah Ayra kembali terlayar dalam fikirannya. Tingkah yang ada kalanya memyakitkan hatinya. Namun, dalam masa yang sama meninggalkan kenangan manis kepadanya.

Paling Ash suka, layanan Ayra terhadap kedua dua wanita kesayangannya. Tok ma dan Datin Dahlia.

Tak perlu mereka beritahu kepadanyam Melihat kegembiraan pada raut mereka pun Ash sudah dapat meneka harapan tok ma dan mamanya terhadap perkahwinannya dan Ayra.

Di pihaknya, Ash tiada kemahuan nak membantah. Dia sudah dapat menerima perkahwinan itu sepenuhnya. Cuma, dia tidak pasti bagaimana pula di pihak Ayra.

Memikirkan itu, akal Ash terpikirkan sesuatu. Segera telefon pintar yang sentiasa diletakkan disisihnya dicapai. Nombor seseorang didail segera.

"Ya bos" Kata seseorang sebaik saja panggilan itu dijawab.

"Aku nak kau buat sesuatu" Ash memberi arahan dalam nada serius.

"Boleha saja bos"

Lalu Ash tersenyum semula. Mulutnya kembali memberi arahan. Tegas.