Chereads / Enternal Love Contract / Chapter 22 - Kelu terkedu

Chapter 22 - Kelu terkedu

"Kenapa kau bawa aku kesini?Bosanlah." Rengus Ash, namun dia tidak membantah bila Ayra membawanya ke laman rumah.

"Apa pulak bosan? Seronak apa dapat lihat suasana hijau macam ni.Hati rasa tenang, fikiran pun rasa lapang aje tau."

Aya menyahut lembut sambil menolak penuh hati hati kerusi roda yang diduduki Ash. Matanya sendiri sudah meliar ke sekitar.

Ayra sebenarnya suka berada ditaman mini yang terdapat dihalaman ini. Terasa seolah olah berada disebuah taman indah tanpa perlu risau akan dilihat sesiapa.

Hingga diam diam dia menyimpan impian untuk memilik halaman rumah seluas halaman rumah ini juga sayu hari nanti

"Aku tak ada masa nak tengok semua nilah." rengus Ash lagi walau matanya sudah meliat ke sekitar.

Benar seperti kata Ayra. Melihat suasana hijau memjadikan resahnya berlalu pergi.Dadanya tutut terasa lapang dan tenang. Akalnya sendiri terhenti daripada terus memikirkan pelbagai perkara. Sekurang kurangnya buat masa ini.

"Sebab tulah envik kene ambil peluang ni untuk menghayati semuanya sekarang. Esok esok bila encik dal kembali sihat dan mula berkerja semula, encik hanya akan sibuk dengan kehidupan encik di luar sana saja"

Kelu lidah Ash. Terkedu sebenarnya dengan kata kata gadis itu. Terasa ada juga kebenaranya..

"Beruntung encik jadi orang kaya. Boleh dapat apa yang encik suka macam tu saja. Tak macam saya. Sudahlah hidup susah, nak dapat apa apa pun bukannya mudah. Kena betul betul berusaha barulah boleh dapat. Itu pun kalau dapatlah. Kalau tak, terpaksalah reda saja."

Ayra terus bersuara sambil tangan masih tak jemu menolak kerusi roda lelaki itu, mengelilingi kawasan laman yang luas itu.

"Sebabb tulah kau tak kisah pun dapat gelaran janda nanti, asalkan kau boleh dapat apa yang kau nak?"Sampuk Ash, sengaja mahu mengenakan gadis itu.

"Eh, siapa kata saya tak kisah? saya kisah tahu, tapi mula mula sajalah. Lepas tu, saya da tak fikir apa apa sebab saya yakin, Allah beri petunjuk kepada saya untuk terima semua ini agar saya boleh cari duit halal untuk menyara kehidupan saya dan mak. Sekurang kurangnya, menjadi isteri kontrak jauh lebih baik daripada saya melakukan kerja kerja haram seperti mencuri atau menjual maruah diri. Betul tak?"

Untuk kedua kalinya, lidah Ash terasa dikoyak memdengar kata kata lurus Ayra.