Chereads / Enternal Love Contract / Chapter 25 - Amarah

Chapter 25 - Amarah

Prangg!

Ayra yang berada di ruang tamu bergegas ke bilik sebaik terdengar bunyi itu. Sampai dimuka pintu, dia terpaku. Serpihan kaca gelas dilantai dipandang sekilas sebelum dia menghampiri Ash.

Sambil memeluk tubuh, lelaki itu menyandar tubuh di kepala katil. Rautnya jelas kelihatan tegang.

"Kenapa ni encik? Encik nak minum air ke? Saya ambilkan ye" kata Ayra. Baru dia hendak mencapai termos dimeja kecil tepi katil,Ash mengangkat tinggi tangan kananya.

"Tak payah. Aku tak dahaga." Nada suaranya jelas kedengaran tegang.

Ayra mengeluh perlahan. Pasti ada kesalahan yanh dilakukannya hari ini hingga lelaki itu boleh jadi sekeras itu. Lalu, muka tiada senyuman Ash kembali di pandang. Dia melabuhkan punggung disisi lelaki iti.

"Encik, saya minta maaf kalau ada kelakuan saya yang buat encik marah. Tapi.."

"Aku tak marahkan kau pun." Adh memintas cepat, dengan mata masih terarah kedepan. Akalnya masih berfikir tentang perkara yang baru saja sampai ke pengetahuannya.

"Habis tu, kenapa encik pecahkan gelas itu?"Ayra sudah mencekak pinggang. Bukan niatnya nak tunjuk lagak. Hanya geram dengan sikap Ash yang suka hati melepaskan geram tanpa memikirkan akibatnya di masa depan.Tahu awak kaya, tapi tak payahlah nak leraikan semua benda semata mata kerana marah!

"Bukan." Jawab Ash sepatah. Spontan dia alih pandangan bila rengusan Ayra kembali kedengaran.

"Aku geram tengok cerita ni. Dari tadi tayang adengan tembak menembak aje tak habis habis." Mata Ayra ikut serta beralih ke muka televisyen yang berada selari dengan pandangan Ash. Dia melepaskan nafas.

"Kalau ya pun marahkan cerita dalam TV, janganlah hempas gelas ke lantai. Kalu gelas plastik tak apalah nak hempas sepuluh kali pun. Ini, gelas kaca yang encik hempas. Nasib baik encik tak boleh berjalan lagi. Kalau tak, mesti kaki encik dah terkena serpihan kaca tau." Bebel Ayra sambil bangun.

Lalu dia duduk mencangkung. Serpihan kaca yang ada dikutipnya satu persatu. Langsung tak dapat menangkap sebab malibab Ash bertingkah seperti itu saat ini.

Ash Tak menyahut. Matanya masih tajam menatap muka TV yang bertentangan dengan katilnya. Manakala kepala sedang ligat memikirkan sesuatu yang langsung tiada kaitan dengan apa yang dilihatnya waktu ini.

Malah, sejak tadi tumpuannya langsung tiada disitu. TV dipasang hanya untuk menghilangkan kesunyian yang dirasakannya. Itu saja.

"Saya rasa lebih baik encik tukar siaran. Tak payahlah tengok cerita macam tu lagi. Banyak lagi cerita yang boleh encik tengok. Buat apa nak tengok cerita perang begitu kalau hanya menyakitkan hati encik saja.?" Ayra kembali berdiri. Raut serius Ash dipandang sekejap.

"Saya keluar ambil penyapu dan penyedok sekejap. Lantai ni kena sapu jugak. Manalah tahu kalau kalau masih ada sepihan kaca atas lantai ni. Ayra terus berlalu keluar usai bersuara.

Ash hanya memandang sekilas. Matanya kembali diletakkan ke muka televisyen. Giginya diketap kuat.