Chereads / Enternal Love Contract / Chapter 23 - kelu

Chapter 23 - kelu

"Tapi, bukankah orang akan kata kau mata duitan sampai sanggup jadi isteri orang yang kau tak kenal semata mata kerana duit"

"Itu terpylanglah kepada masing masing nak kata apa pun. Hidup saya, hanua saya yang tahu apa yang saya lalui. Selagi saya buat kerja yang tak bertentangan dengan agama dan budaya kita, selagi itulah saya tak kisah dengan kata kata orang." Balas Ayra sungguh sungguh

"Ye? Atau kau sebenarnya teringin nak dapat gelaran isteri orang kaya? Ash memprovok lagi. Ayra terus mencebik mulut.

"Huh. Kalau saya ada pilihan, mati hidup semula pun saya tak nak kahwin dengan orang kaya. Baik kahwin dengan orang biasa biasa saja. Kepala tak pening, hati pun tak sakit dan jiwa tenang selalu."

"Maksud kau?" Ash hanya memandang bila Ayra melabuhkan pengggung di kerusi batu di tengah tengah taman bertentangan dengannya.

"Orang kaya hidupnya sentiasa sibuk. Jarang ada masa untuk keluarga dan diri sendiri. Masa banyak di habiskan dengan mencari kekayaan saja. Sedangkan saya tak suka hidup macam tu."

"Betul, duit penting dalam kehidupan kita. Tapi, keluarga juga penting untuk kita. Bagi saya, cukuplah kalau segala keperluan hidup dapat disediakan. Tak perlu harta banyak banyak sebab adakala harta takkan bawa kita ke mana mana." Terang Ayra meluahkan rasa hatinya.

"Jadi, kau fikir orang kaya hanya buang masa mencari kekayaan? Macam tu? Soal Asl. Dia tersenyum bila Ayra menggeleng.

"Tak juga, tapi tadi tu hanya pendapat saya. Nak cari harta boleh. Malah, Islam pun menggalakkan umatnya mencari harta kekayaan sebanyak mungkin. Cuma, janganlah kerana mencari harta, kita abaikan perkara lain." Sahut Ayra.

"Harta pun bukan tertumpu kepada benda fizikal semata mata. Keluarga, kesihatan malah ketenangan juga adalah antara harta yang bernilai dalam hidup kita. Sepatutnya harta beginilah patut kita pentingka, lebih daripada harta benda. Hanya dengan cara itu kita akan mampu hidup dengan bahagia didunia ni."

"Tapi, kau dah jadi isteri orang kaya sekarang." Ash mengusik pulak.

"Eleh, sekejap je pun saya jadi isteri encik. Bukannya untuk seumur hidup." Cebik Ayra, Langsung tak ambil hati dengan usikan lelaki itu.

"Kalau aku kata kau akan jadi isteri aku untuk seumur hidup, macam mana?"

Ash menulangi soalan yang pernah diutarakannya pagi tadi. Dalam hati, dia berharap akan menyatakan persetujuannya untuk hidup bersamanya sampai bila bila. Itu harapannya sekarang. Setelah dia mengetahui segala galanya berkaitan gadis itu.

"Mustahil sangatlah saya akan jadi isteri encik seumur hidup. Orang macam encik, takkan sanggup nak hidup lama lama dengan perempuan kolot mac saya ni."

Spontan dahi Ash berkerut. Kata kata Ayra langsung tak membayangkan keyakinan Ayra terhadap kata katanya. Tak puas hati Ash jadinya.

"Eh, encik tunggu sekejap ya. Saya nak bantu bibik alih pasu bunga tu. Kejap lagi saya datang balik. Jangan pergi mana mana tau."

Ayra terus bangun sebaik ternampak kelibat bibik terkial kial mengangkat pasu besar di tepu tangga anjung rumah. Dia terus berlalu tanpa sempat Ash berkata apa apa. Pedahal lelaki itu sudah membuka mulut mahu bersuara.

Ash merengus perlahan. Kelibat Ayra yang kini sedang mengangkat pas bersama bibik direnung dari jauh.

"Kau jangan sangka lelaki jahat seperti aku ni tak ada perasaan, Ayra. Sekali aku kata hitam, sampai bila bila pun kau takkan boleh kata putih tahu." Bisik Ash penuh makna tersirat.