Chereads / Enternal Love Contract / Chapter 20 - Bercambah

Chapter 20 - Bercambah

"Aduh! Kau tak boleh cuci elok elok ke, hah perempuan? Sakit tahu!" bebel Ash sambil memjeling tajam Ayra."

Seperti biasa, gadis itu hanya tayang muka selamba.

"Dah nama pun luka. Memanglah sakit kalau kene cuci dengan ubat."

"Menjawab menjawab. Itu je yang kau tahu ya?" Aku tampar sekali, mahu berpusing kepala kau ke belakang nanti." Marah Ash.

Matanya tetap memerhati setiap pergerakan gadis itu. Dia tahu Ayra sedaya upaya melakukan kerjanya dengan cermat. Hanya hatinya tidak tenang jika tidak memarahi gadis itu setiap kali mereka bersua. Meski Ayra tak melakukan kesalahan, dia tetap akan cuba mencari kesalahan isterinya itu.

Hakikatnya, dia cuba melindungi rasa lain dalam hatinya setiap kali berduan dengan isterinya. Rasa yang semakin lama semakin bercambah dalam jiwanya.

"Kalau dah sakit, buatlah cara sakit. Tak payahlah nak tunjuk lagak mafia sangat. Tak sesuai sangatlah lagak macam tu dengan encik."

Berderu darah Ash mendengar kata kata gadis itu. Spontan raut wajanya menjadi serius.

"Kenapa? Kau tak percaya ke kalau aku kata yang aku ni sebenarnya mafia?"

Ash cuba menduga. Melihat lagak selamba Ayra yang terus menjulingkan mata keatas sebaik mendengat soalannya membuatnya pasti Ayra tak percaya dengan kata katanya.

"Huh, mafialah sangat." Ayra mencebik.

"Kalau encik ada simpan impian menjadi mafia, baik lupakan saja niat tak murni encik tu. Bukan apa, encik mungkin sesuai jadi mafia, tapi bukan dalam keadaan encik macam ni. Lainlah kau encik dah sihat walafiat. Bolehlah kut encik nak berlagak jadi apa pun yang encik suka." Sahut Ayra tanpa memperduli renungan tajam lelaki itu.

Nak marah dia? Marahlah. Bukan dia tak biasa kena marah. Hari hari sampai dia dah imun.

Cepat cepat dia tendukkan pandangan bila terperasan renungan Ash masih ke arahnya.

"Kau berminat jadi jururawat ya?"

Laju kepala Ayra terangkat.Raut Ash kembali ditatap. Hanya sekejap sebelum matanya kembali dilarikan. Tak selesa nak berlawan pandangan dengan lelaki cerewet itu. Hatinya ikut berdebar.

"Kenapa encik tanya macam tu.?" Soal Ayra dengan tangan masih tekun membuat kerja.

"Pandai kau cuci luka. Cepat baik. Tak macam jururawat sebelum ni. Cincai je kerjanya. Makin teruk adalah."

Ash memberitahu tanpa teragak agak. Sengaja dia ubah topik perbualan mereka. Matanya masih tertanam pada raut Ayra. Walau dia suda mengalihkan pandangan, namun tak sampai sesaat matanya pasti akan kembali ke raut itu.

Hingga Ash jemu nak mengalihkan pandangan ke mana mana. Pedulilah Ayra tak selesa dengan renunggannya. Dia takkan peduli asalkan hatinya tenang.

"Oh.." Ayra hembus nafas perlahan.

Cuba menenagkan hati yang tak pernah tak keruan iramanya bila bersama Ash. Tubuhnya juga turut menggeletar, namun dia tetap kuatkan hati agar tidak terlalu melayan perasaan sendiri.

"Dulu, saya teringin juga nak jadi nurse. Tapi, sebab mak tak setuju saya jadi jururawat, tak jadilah saya nak mohon kursus kejururawatan lepas habis sekolah dulu." Beritahu Ayra. Jujur saja nadanya.

"Kenapa pulak mak kau tak bagi kau jadi nurse?"

"Sebab mak tak nak saya duduk jauh daripada dia. Nanti dia rindu saya."

"Eleh, dia yang rindu kau ke, kau yang tak boleh duduk jauh daripada dia? Anak manja betullah kau ni." Kutuk Ash.

Ayra buat buat tak dengar.

"Encik, macam mana encik boleh jadi macam ni? Encik terlanggar apa sampai boleh terlibat dalam kemalangan?"

Geliran Ayra menukar arah perbualan. Kisah hidupnya, biarlah dia saja yang tahu. Dia gemar berkongsi cerita dengan sesiapa pun, tetapi tidak fikir Ash berminat untuk mengetahui tentang dirinya dengan lebih lanjut.

"Bukan aku, tapi ada lori balak yang langgar kereta aku dari arah depan." Beritahu Ash dalam nada yang sudah berubah tegang.

Panas hatinya setiap kali kejadian itu terbayang dalam ruang kepalanya. Kejadian yang hampir hampir meragut nyawanya.

Dia masih ingat. Dia baru selesai bertemu klien syarikat pada malam itu. Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba tiba saja keretanya dikejar sebuah kereta lain yang dia pasti milik musuhnya.

Waktu itu, berlaku adegan tembak menembak antara mereka. Hanya sekejap sebelum keretanya tiba tiba dilanggar oleh sebuah kereta lori balak dari arah bertentangan. Sempat dia menghumban tubuhnya keluar sebelum keretanya diseret jauh.

Mujur juga ada orang awam yang lalu kewasan sunyi itu pada waktu itu. Dapatlah dia menyelamatkan diri daripada terus menjadi mangsa kerakusan musuhnya yang tidak sabar sabar melihatnya meninggalkan dunia ini.

"Ye" Mujurlah encik selamat. Walaupun encik ambil masa untuk sembuh, tapi encik memang patut bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk hidup. Kalau lihat pada gambar gambar yang ditunjukkan mama, saya sendiri tak yakin encik boleh selamat daripada kejadian ngeri itu." Sampuk Ayra.