Chereads / Enternal Love Contract / Chapter 18 - Tok ma

Chapter 18 - Tok ma

Usai menutup pintu bilik, Baru setapak Ayra melangkah, matanya terpandang seseorang di sudut ruang tamu. Tanpa sedar dia melakar senyuman.

Kaki sudah menukar arah gerakan. Menghampiri insan yang sehingga saat ini masih tidak sedar dengan kehadirannya.

"Tok ma"

Teguran lembut itu menyentak tok ma. Wanita tua itu berkalih pandang saraya membalas senyuman manis cucu menantunya.

"Dah bagi Ash makan" soal tok ma bila terpandang dulang di tangan Ayra. Gadis itu mengangguk.

"Dah. Tok ma tengok apa kat luar tu?"

Ayra ikut lepas pandangan ke luar. Hanya sekejap sebelum matanya kembali ke raut berkedut milik tok ma.Namun kecantikkannya di zaman mudah masih terserlah di raut wajah itu.

Hingga Ayra juga mengimpikan keadaan keadaan yang sama.

"Tak tengok apa pun Ayra. Tok ma hanya pandang laman rumah kita. Tenang rasa bila dapat tengok suasana hijau dekat luar"

Mata tok ma kembali kearah luar. Tak lama mana bila kerusi rodanya ditarik lembut agar bertentangan dengan kedudukan Ayra.

Gadis itu duduk bersilah didepannya. Manakala dulang di tangan sudah berpindah ke meja kecil di tepi mereka.

"Walaupun sepuluh ribu kali kamu urut kaki tok ma ni, tok ma tak kan dapat berjalan semula Ayra. Buang masa kamu saja urut kaki tok ma macam ni hari hari." Ujar tok ma sambil mata tuanya merenung dalan gadis itu.

Sejak dia diperkenalkan dengan Ayra, Hatinya benar benar gembira. Seperti yang dia sangka Ayra memang pilihan terbaik. Gadis itu mempunyai segalanya.

Ayra mungkin miskin harta benda, tapi gadis itu kaya dari segi lain. kekayaan yang jarang jarang ada pada gadis zaman sekarang. Kerana itu lah tok ma tidak pernah tidak bersyukur dikurniakan cucu menantu sebaik Ayra setiap kali bersujud kepada yang satu.

"Tak semestinya kaki yang dal lumpuh tak boleh diurut lagi, tok ma. Walau tok ma da tak boleh jalan, tapi urutan begini tetap boleh dilakukan. Manalah tahu ada keajaiban. Kuasa Allah, siapa pun tak dapat halang, kan?" ujar Ayra sambil menurut kaki tok ma.

Nenek kepada Ashraf Daniel tu tak pernah meminta dia melakukannya. Hanya Ayra suka berbuay begitu setiap kali menghabiskan masa berbual dengan wanita tua itu.

Keramahan dan rasa rendah diri tok ma menghilangkan rasa kekok Ayra setiap kali berada dalam kalangan keluarga kecil itu.

"Kamu memang anak yang baik. Bertuah mak ayah kamu dapat anak seperti mu ayra."

Ayra tersenyum lagi.

"Apalah yang bertuahnya tok ma. Saya biasa biasanya saja orangnya. Tak ada apa pun yang istimewa pun."

"Tok ma ni orang tua Ayra. Tok ma da lama didup. Walau tok ma jarang bergaul dengan orang luat ketika muda dulu, tapi tok ma masih boleh bezakan orang yang berhati ikhlas atau sebaliknya." Tok ma tersenyum lagi.

"Tok ma, boleh saya tahu sejak bila tok ma lumpuh?"

Pudar sedikit senyumannya bila mendengar pertanyaan Ayra. Ada takungan air jernih di kelopak mata tua itu. Pasti wanita tua itu terasa dengan pertanyaan itu.

Ayra sudah risau. Cepat cepat dia menggenggam jemari tok ma. " Maaf tok ma. Saya tak ber.."

"Dah lama sebenarnya tok ma lumpuh. Semuanya gara gara kemalangan yang tok ma lalui puluhan tahun dulu."

Tak jadi Ayra bersuara bila tok ma sudah membuka mulut.Lalu dengan tangan yang masih menurut, Ayra menadahkan telinga.

"Masa tu, arwah papa mentua kamu baru dua bulan berkahwin dengan mama Ash. Tok ma dalam perjalanan ke rumah keluarga mama sewaktu kemalangan itu berlaku. Mujur ada mama Ash yang mengikuti tok ma pulang ke rumah orang tuanya tidak apa apa. Sebaliknya kaki tok ma tersepit diantara kerusi pemandu dan ruang meletak kaki depan kerusi pemandu."

Air jernih bergenang di kelopak mata segera diseka.

"Sejak tu tok ma dah tak boleh berjalan lagi. Menurut doktor, kedua dua kaki tok ma lumpuh sepunuhnya. Tok ma tak mampu ke mana mana melainkan dengan bantuan kerusi roda ni." Sambung tok ma.

"Tok ma tak cuba rawatan diluar negara lepas kemalangan tu?" Ayra beranikan diri untuk terus bertanya. Lega hatinya bila melihat senyuman tok ma lagi. Tok ma mengangguk kecil.

"Ada juga arwa tok pa ajak tok ma berubat, tapi tok ma tak mahu. Sebab masa tu mama kamu sedang mengandung suami kamu. Walaupun baru beberapa minggu dia disahkan mengandung, toka tetap bimbang kalau terjadi apa apa dekat dia masa tok ma tak ada di sini." Sahut tok ma.

"Ada apa apa lagi yang kamu nak tahu tentak tok ma?" soal tok ma siap tersenyum.

"Kamu nakndengar kisah tok ma dulu dulu?" teruja saja tok ma bertanya.

"Itu pun kalau tok ma mahu bercerita." sahut Ayra dalam senyuman.

Jujur, dia bukan seorang yang suka mengambil tahu kisah hidup orang lain. Namu, selama mengenali tok ma, dia dapat rasakan tok mas gemar kepada kisah kesah yang lampau. Jadi Ayra ambil kesempatan tu untik mengembirakannya.

Cepat cepat Ayra mengemaskan kedudukan bila tok ma mula membuka cerita. Sesekali dia tertawa bila ada kisah lucu yang terselit dalam cerita yang di sampai kan tok ma.