Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Ulfun Ain

🇲🇾HanyaSeorangWatak
--
chs / week
--
NOT RATINGS
48k
Views
Synopsis
Setelah melukakan hati seorang gadis yang bernama Mardhiyah, Sufi telah dipindahkan ke suatu alam yang sangat asing baginya. Berbekalkan petunjuk melalui kelebihan bicara hati yang dia miliki, pemuda itu diminta untuk membimbing jiwa-jiwa yang ingin melihat suatu sinar berjuang menghapuskan kegelapan yang melanda alam itu. Pada masa yang sama, seorang insan daripada masa lalu meminta dia untuk merungkaikan tujuh kunci yang ada pada tujuh insan yang hidup pada zaman Guru Muda. Guru yang merupakan insan pertama di alam itu menyebarkan ajaran Islam. Pemuda itu atau lebih dikenali sebagai Insan Penawar mempunyai kelebihan luar biasa yang berunsurkan air dan salju. Kelebihan yang mampu di zahirkan daripada lafaz mantera, gerak tubuh dan lafaz-lafaz tertentu. Dengan kelebihan itu, mampukah Sufi membimbing jiwa-jiwa yang ingin melihat sinar menentang kegelapan yang sudah bertapak lama di alam itu? Mampukah dia merungkai tujuh kunci tersebut sepertimana pesan yang telah di berikan kepadanya? Adakah wataknya akan terhenti di suatu perjalanan tanpa sempat dia merungkai segala kunci? Sungguh, kehadirannya ke alam itu terlalu banyak rahsia sehingga suatu hikayat diperlukan untuk menjawab segala persoalan.
VIEW MORE

Chapter 1 - Bab 1 - Ulfun Ain

Di suatu senja yang indah diiringi dengan merdunya irama-irama angin. Dihiasi cantiknya biasan cahaya Sang Penyinar yang terpantul di suatu tasik yang tenang. Ibarat suatu lukisan yang indah, yang diukir di atas suatu cermin yang bersinar. Sungguh damai suasana ketika itu dikala dua jiwa saling bertemu pada suatu temu janji yang tidak dirancang.

"Sufiii!!! Teriak Mardhiyah memecahkan kedamaian di tasik itu.

Seorang wanita berwajah cantik berkulit putih kemerah-merahan bersama kedua matanya yang seakan bercelak. Hidungnya mancung, keningnya pula seakan dilukis dihiasi dengan bibir kecilnya yang sangat menawan.

"Apa Mar?" Jawab seorang lelaki berwajah tampan, berambut panjang berwarna gelap pasras dagu, berhidung mancung bersama bola matanya yang berwarna hitam gelap. Wajah dan tingkahnya sangat tenang bagai tenangnya air di tengah tasik.

"Mari sini!!!" Arah Mardhiyah.

"Malas la... Tasik ini besar." Balas Sufi.

Mardhiyah berlari mengelilingi tasik tersebut menuju ke arah Sufi yang sedang duduk bersila di tepi tasik merenung dan menghayati kedamaian suasana ketika itu.

"Ish!!! Pemalas. Malas macam..." Ejek Mardhiyah.

"Macam?" Soal Sufi semula.

"Macam monyet." Ejek Mardhiyah lagi.

Sufi membalas sindiran Mardhiyah dengan tawa yang kecil.

"Monyet yang tampan kan." Puji Sufi pula.

Tanpa sebarang balasan daripada pujian itu, Mardhiyah hanya merenung kedua mata Sufi sedalam yang mungkin. Menerbitkan rasa-rasa cinta di dalam hatinya yang sudah lama berputik bahkan bertahun-tahun hingga menjadi suatu taman yang di penuhi dengan bunga-bunga rindu dan harapan. Sufi dan Mardhiyah merupakan sahabat yang tidak pernah terpisah dalam peredaran waktu. Rasa cinta pada salah satu daripada mereka sudahpun melepasi batas persahabatan. Namun yang satu lagi tetap pada pendiriannya untuk berdiri hanya di atas satu rasa. Rasa cinta terhadap tuhannya.

"Mar... Lain macam cara kau renung aku. Mesti ada sesuatu yang kau mahu. Kan?" Soal Sufi.

"Kawin." Jawab Mardhiyah.

"Kawin? Jangan fikir yang bukan-bukan la Mar." Pinta Sufi.

Gadis itu memberikan suatu jelingan yang sangat tajam bersama kedua kakinya yang mula bergerak meninggalkan Sufi. Tersentuh jiwanya dikala kebenaran dinafikan dengan permainan kata.

"Mar..." Pujuk Sufi.

"Apa?" Tanya Mardhiyah dengan nada yang tegang.

"Aku minta maaf kalau aku ada salah cakap." Pinta Sufi lagi.

Mardhiyah bergerak mendekati Sufi semula. Tanpa sebarang bicara, dia hanya memancarkan pandangannya ke arah tasik.

"Mar... Pandanglah aku." Pinta Sufi.

Mardhiyah masih tetap dengan kedudukannya bersama jiwa yang masih mengharapkan suatu pujukan yang lebih daripada Sufi.

"Mar mahu apa?" Tanya Sufi dengan nada yang lembut di hiasi dengan satu senyuman yang sangat manis.

"Ish! Mengada." Marah Mardhiyah.

"Mar... Aku sudah minta maafkan." Pujuk Sufi.

"Entahlah." Balas Mardhiyah sambil mengerutkan dahinya.

"Sayang?" Soal Sufi.

"Jangan sayang-sayang. Dosa." Marah Mardhiyah lagi.

Sufi mengeluh panjang sambil berdiri dari duduknya dikala akalnya mula buntu untuk merungkai apa yang gadis cantik itu inginkan.

"Mar... Ingin jalan-jalan di tasik ini." Terang Mardhiyah.

Sufi bergerak mendekati Mardhiyah lalu menggapai tangan gadis itu.

"Jom." Ajak Sufi.

Jiwa Mardhiyah akhirnya terpujuk apabila tingkah dan bicara Sufi sesuai pada tempatnya. Mereka berdua pun mengukir langkah mengelilingi tasik itu dihiasi dengan gelak, sindiran dan kata-kata yang mengusik jiwa. Apabila keheningan menerpa suasana untuk seketika, Mardhiyah menghentikan langkah kakinya secara tiba-tiba.

"Sufi." Panggil Mardhiyah.

Sufi menoleh ke arah Mardhiyah dikala gadis itu mula menyepikan diri.

"Ada sesuatu yang ingin aku luahkan pada kau." Sambung Mardhiyah.

"Apa dia?" Tanya Sufi.

Mardhiyah menghela nafas sedalam-dalamnya sebelum memulakan suatu luahan yang sudah lama terpendam didalam lubuk jiwanya.

"Sebenarnya... Aku penat tunggu kau." Terang Mardhiyah.

"Tunggu? Apa maksud kau?" Soal Sufi lagi.

Mardhiyah mula menyepikan diri kembali hingga memaksa suasana untuk hening seketika. Air mata kesedihan mula berguguran menghiasi wajah cantiknya itu.

"Bertahun... Bertahun-tahun aku tunggu kau... Tapi tiada noktah. Aku tahu selama ini kau faham apa yang aku rasa. Tapi..." Luah Mardhiyah bersama nada yang semakin sayu.

Di suasana yang tegang itu, Sufi dapat melihat Mardhiyah menyelitkan rasa-rasa cinta yang memenuhi jiwanya bersama dengan kelukaan. Menyimpan rasa-rasa itu bersama hakikat cinta yang bertepuk hanya di sebelah pihak.

"Tapi?" Soal Sufi.

"Tapi kau hanya diam! Kau layan aku, kau hiburkan aku, kau jadi pembakar semangat aku. Kau ingat, itu semua tiada bayaran... Aku bayar semua itu dengan perasaan aku pada kau. Tapi kau... Kau hanya diam..." Luah Mardhiyah lagi.

"Aku penat... Tolong Sufi. Bagi aku noktah. Kalau rasa di dalam hati kita tidak sama, luahkan... Jangan buat aku menanti kau untuk bertahun-tahun lagi. Jangan bagi aku jawapan yang sama. Jangan katakan kalau ada jodoh tidak kan ke mana. Bagi aku jawapan yang sangat mudah untuk bibir kau katakan. Ya atau tidak." Tegas Mardhiyah.

Mardhiyah merenung wajah Sufi dengan wajah cantiknya yang dibanjiri air mata. Merenung dengan tekad yang akan menentukan ke manakah arah hatinya selepas Sufi memberikan suatu jawapan.

"Mar... Kalaulah rasa kita berdua berbeza sudah lama aku tinggalkan kau. Kalau lah hati ini tidak terdetik untuk menyayagi dan mencintai, sudah lama aku tinggalkan kau. Kalau lah ada wanita selain kau di dalam hati ini, sudah lama aku tinggalkan kau." Jawab Sufi.

"Jadi?" Soal Mardhiyah bersama jiwa yang seakan melihat suatu sinar.

"Tapi kalau tiada jodoh, tiada guna rasa kita berdua saling bertahta di dalam hati. Kalau tiada izinNya, tiada guna kita saling menyintai. Tiada guna kita menyemai benih yang jelas menunjukkan kebahagiaan. Tapi tumbuh menjadi pohon yang akan melukakan." Terang Sufi.

"Sufi... Aku tidak ingin jawapan itu. Jawapan seperti itu yang membuatkan aku terus menanti kau selama ini. Terus menanti kau tanpa sebarang noktah." Balas Mardhiyah dengan nada yang sangat sayu.

Mardhiyah menundukkan wajahnya yang semakin suram bagai dihuni gelap gelita yang tidak bersinar dari sudut manapun sehingga Sufi juga turut menundukkan wajahnya yang mula mengalirkan air mata.

"Tidak Mar. Maaf." Pinta Sufi.

Jawapan itu menoktahkan segala persoalan yang terbentuk bertahun-tahun didalam jiwa Mardhiyah. Membunuh taman yang berbunga rindu dan harapan hanya dengan satu kata. Satu kata yang sangat melukakan hati gadis itu.

"Terima kasih... Sufi..." Balas Mardhiyah dengan senyuman yang dipaksa sehabis daya untuk terbentuk.

Mardhiyah menggerakkan kedua kakinya berpaling jauh daripada Sufi. Memulakan suatu langkah yang dihujani titisan air mata bahkan dihiasi dengan hati yang bertambah luka.

*****

Peredaran waktu memaksa suasana untuk hening seketika. Damai dan tenang seperti awalnya cerita. Tasik yang airnya biru itu masih dihiasi dengan keindahan cahaya matahari yang sinarannya semakin hilang. Angin bertiup merdu semerdu-merdunya menenangkan seketul daging yang bernama qalbu.

"Allah. Seandainya aku memejamkan mataku ini, mampukah aku melihat keindahan ini lagi." Bicara hati seorang Sufi.

Sufi memejamkan kedua matanya. Menghayati irama angin yang berlagu merdu. Merasai ketenangan yang mengalir masuk ke dalam jiwanya bagai air yang mengalir lembut hingga memaksa akalnya untuk terus memejamkan mata. Terus memejamkan mata hinggalah dia lena dibuai sepi.

"Indahnya..." Puji Sufi didalam tidurnya.

Dalam beberapa detik, telinga kanan Sufi mula berdesing lalu secara tiba-tiba muncul suara ghaib yang mengejutkan dia dari lenanya.

"Bangun!!!" Arah suara ghaib tersebut.

Suara ghaib itu membuatkan kedua mata Sufi terjaga. Dia mengusap wajahnya berulang kali seperti ada sesuatu yang berlaku didalam mimpinya. Apabila dia cuba mendongak ke langit, alangkah terkejut jiwanya melihat bulan yang berwarna merah berdarah.

"Bulan berwarna merah... Alam... Alam Ulfun Ain." Ucap Sufi.

"Mimpi yang menjadi kenyataan. Aku... Aku berpindah alam. Tapi mengapa? Penawar?" Soal Sufi yang seakan keliru dengan mimpinya yang berubah menjadi kenyataan.

"Ikuti sahaja arusnya, jika di lawan menyiksa hati. Ikuti sahaja arusnya, dihujung arus ada jawapan." Bisik hatinya yang bersuara secara tiba-tiba.

Sufi menarik nafas sedalam mungkin untuk menenangkan jiwa dan akal yang sedang bercelaru.

"Ikuti sahaja arusnya." Ucap Sufi dengan nada yang perlahan.

"Aku... Aku dari kaum Hu... Seorang Penuntut kitab Hawwa. Pengguna unsur air dan salju." Sambung Sufi lagi seakan mengingati apa yang dia alami daripada mimpi indahnya.

Sufi berdiri sambil melihat hutan kecil yang mengelilingi tasik itu. Bersama tujuan yang tidak jelas, dia cuba menelusuri hutan kecil tersebut. Dalam beberapa minit perjalanan Sufi, dia mula melihat cahaya-cahaya pelita berwarna putih terang terpancar dari arah luar kawasan hutan. Sufi cuba untuk mengikuti pancaran cahaya putih itu hinggalah dia berjaya keluar sepenuhnya daripada kawasan itu.

"Rupanya, hutan ini di kelilingi rumah." Ucap Sufi yang terpegun melihat rumah-rumah kayu yang berbentuk seperti rumah pada zaman dahulu kala.

Usai bicara Sufi, secara tiba-tiba tubuhnya kaku dikala hatinya mula berbicara sesuatu bagai bercerita kepada dirinya manakala akalnya pula menggambarkan pelbagai ilmu pengetahuan yang tidak pernah dia lihat sebelum ini ada di alam asalnya. Didalam kedudukan itu juga dia mula berbicara sesuatu tanpa kehendak daripada jiwa.

"Wahai Air, berpancarlah dikau di sekeliling tubuhku. Bangkitlah dari permukaan alam. Titisan mu menjadi gelombang, gelombangmu menjadi titisan". Bicara Sufi.

Dalam masa yang sama, satu pedang merah yang berbilah kecil terbang berpusing kencang ke arah Sufi tepat menuju ke bahagian kepalanya. Apabila pedang itu semakin hampir, terpancar gelombang air yang berpusar ke atas dari permukaan alam menjadi pendinding di sekeliling Sufi. Pedang merah itu cuba untuk melepasi pusaran air tersebut berpusing menusuk dengan kencang sehingga menghasilkan bunyi desingan. Selama beberapa minit, pedang merah itu berhenti berpusing lalu jatuh menghempap ke bumi. Jatuhnya pedang itu ke bumi, pusaran air itu pun berubah menjadi titisan air semula yang berjatuhan ke permukaan alam bagai guguran titisan hujan.

"Mantera?" Soal Sufi.

Sufi mengutip pedang merah tersebut. Ukuran bilah pedang itu sangat kecil umpama satu per empat daripada ukuran pedang biasa berwarna merah gelap. Pemegangnya dibaluti selendang berwarna merah dengan kepala yang terbentuk seperti enam kuku yang panjang berwarna merah gelap membentuk bulatan memegang bilah pedang itu.

"Cantik." Puji Sufi.

Sufi meliarkan mata pada kawasan sekelilingnya untuk mencari tahu dari arah manakah pedang itu terbang. Dari kejauhan itu, terlihat seorang gadis berbaju merah sedang menunjuk jari telunjuknya ke arah Sufi. Apabila dia cuba melihat wajah gadis itu dengan lebih jelas, kedua matanya terpana untuk seketika. Seorang gadis berwajah cantik berkulit putih kemerah-merahan dengan kedua matanya yang seakan bercelak. Hidungnya mancung, keningnya pula seakan dilukis dihiasi dengan bibir kecilnya yang sangat menawan. Wajah dan tubuhnya tetap tenang namun jiwanya berubah menjadi huru-hara. Dia sangat kenal akan wajah gadis itu bahkan terlalu kenal.

"Mar?" Soal Sufi.

Gadis itu menarik semula jari telunjuknya lalu berlari ke arah Sufi. Apabila dia berada di hadapan Sufi, rentak degup jantungnya semakin kencang. Pandangan matanya mula terikat dikala melihat seorang lelaki yang berwajah tampan dan terlalu tenang bagai tenangnya air di tengah tasik yang tidak di ganggu oleh gelora manapun. Ketenangan itu mengalir ke dalam jiwanya bersama benih rasa yang berwajahkan Sufi. Suasana itu menghanyutkan mereka berdua dalam ikatan pandangan yang sangat sempurna. Seorang terpana melihat wajah Mardhiyah dan yang seorang lagi tenggelam didalam arus cinta pandangan pertama. Pada masa yang seakan terhenti itu, seorang pemuda berwajah putih cerah dengan rambut yang panjang, tubuh yang berisi dan hidung yang mancung berlari menghampiri mereka berdua.

"Nur?" Panggil pemuda itu mengejutkan gadis tersebut dan Sufi.

"Nur?" Soal Sufi.

"Hah?" Balas Nur.

Panggilan Sufi itu menyedarkan Nur dari ilusi-ilusi rasa. Dia melihat pedangnya rapi dalam genggaman tangan Sufi. Dengan pantas dia merampas pedang tersebut lalu mengarahkannya ke wajah Sufi. Dengan tubuh yang bergetar tanpa suatu alasan, dia cuba untuk berbicara.

"Siapa kau?" Tanya Nur dengan nada yang ditegangkan dengan getaran pada tangannya.

"Sabar Nur." Pujuk pemuda itu.

Sufi cuba untuk memahami kemahuan Nur pada masa itu. Tapi dia juga berusaha memahami kemahuan dirinya sendiri yang tidak henti membayangkan wajah Mardhiyah.

"Saya Alim. Saudara siapa?" Tanya Alim mengejutkan Sufi dari buaian rasa.

"Ehem... Maafkan saya. Saya Sufian." Jawab Sufi.

Nur menundukkan wajahnya secara tiba-tiba bersama getaran yang tidak jelas pada tubuhnya.

"Maafkan saya." Pinta Nur.

"Aku ingatkan kau raksaksa." Sindir Nur lagi bersama senyuman kecil.

"Aik... Tampan macam ini kau kata raksaksa?" Soal Alim.

"Maafkan saya juga. Saya ingatkan Nur pembunuh tadi." Sindir Sufi pula.

Nur mengangkat wajahnya semula lalu direnungnya wajah tampan milik Sufi bersama jiwa yang terkesan dengan sindiran itu. Dikala ikatan pandangan hampir terjalin semula, sekumpulan penduduk kampung mendekati mereka bertiga.

"Assalamualaikum." Ucap seorang lelaki dari kumpulan penduduk kampung tersebut.

Seorang gadis yang sebaya seperti Nur bergerak mendekatinya. Berwajah bulat comel bersama matanya yang bulat. berbibir mungil, berambut pendek paras bahu dengan bola mata yang berwarna biru gelap. Kulitnya putih berseri-seri dihiasi hidungnya yang mancung seperti Nur.

"Nur… Kau tidak membunuh sesiapa kan?" Tanya Radyah yang merupakan sahabat karib Nur.

"Tidaklah. Dia tidak apa-apa." Jawab Nur sambil memandang ke arah Sufi.

Radyah menoleh ke arah Sufi.

"Haah…" Balas Radyah.

Dengan kedua matanya yang bulat itu dia merenung wajah Sufi sedalam mungkin hingga membuat degupan jantungnya seakan berlagu. Setiap detik yang disuapnya ke dalam renungan itu menghasilkan irama-irama rasa yang memberikannya ketenangan. Dia sendiri tidak mengetahui apakah rasa itu namun ianya memaksa akal melihat sesuatu keindahan yang membuat kerlipan dari matanya hilang menentang hakikat pandangan biasa. Didalam jiwanya, rasa itu datang bagaikan pedang yang tajam menusuk ke jantung tapi bukan ke jantung Sufi melainkan jantung nya sendiri. Mengunci pedang itu dengan keinginannya, melihat suatu keindahan dibalik hijab suatu persoalan.

"Ilmu Takallam. Jurus Qaltum, Durdu. Bagaimana seorang penuntut kitab Hawa boleh datang ke kampung ini?" Tanya seorang lelaki berumur 50-an yang memecahkan renungan tajam daripada pandangan Radyah.

*Ilmu Takallam adalah Ilmu mantera yang terdapat di alam Ulfun Ain. Ilmu yang berdasarkan aura putih terang sebagai tanda kemurniaan dan aura hitam gelap sebagai tanda kegelapan. Kedua aura itu terletak di dalam jiwa. Aura putih akan mendorongnya untuk melakukan perkara yang baik di alam itu manakala aura yang hitam mendorong tingkah yang sebaliknya.

"Maafkan saya. Saya Sufian dari kaum Hu. Penuntut kitab Hawwa dan unsur saya adalah air." Jawab Sufi secara tiba-tiba mengikuti skrip-skrip di dalam mimpinya.

"Pengguna aura berunsurkan air kebanyakannya lahir dalam kalangan Kaum Hu. Tapi, aku hanya merasakan aura manusia biasa daripada kamu. Sedangkan tadi kamu menggunakan mantera Durdu. Mantera yang hanya boleh digunakan oleh pengguna yang auranya itu berada pada tahap yang tinggi." Jelas Abang Rahman.

Jiwa yang mendengar terkejut mendengar penjelasan Abang Rahman tersebut manakala Sufi hanya menunjukkan wajah yang tenang.

"Maafkan saya jika saya mengganggu para jiwa yang ada di sini. Saya ini hanyalah setitis air yang mengikuti arus pancaindera saya. Saya hanya melindungi diri dari suatu bahaya yang mengancam. Saya sendiri pun tidak mengetahui dimana tahap aura saya. Saya hanya merasakan ada suatu aura berbahaya yang datang lalu bibir ini pun berkata-kata dengan sendirinya." Jelas Sufi yang mula menjadi perhatian pada mata-mata yang memandang itu dengan nada yang lembut.

"Hmmm. Rahsia di balik rahsia. Wajahmu ini tenang dihiasi dengan bicaramu yang lembut seperti air yang mengalir. Kau ini bukanlah ancaman jika dipandang dan dirasa. Sebaliknya diibaratkan seperti penawar. Kehadiran bagi kaum Hu di kampung ini sangat di alu-alukan. Tinggallah di sini tidak usah sekadar singgah." Terang Abang Rahman.

"Penawar. Seperti apa yang mimpi aku tunjukkan." Bisik hati Sufi.

Seiring dengan perbualan itu, maju seorang lelaki berwajah ceria, bertubuh besar dan gagah, berkulit putih dan berambut panjang seperti seorang pendekar berdiri di hadapan Sufi.

"Assalamualaikum saudara Sufi. Nama aku Daem pendekar di kampung ini. Kalau kau tinggal di sini maksudnya kau akan jadi sahabat aku." Ucap lelaki tersebut lalu tergelak seorang diri.

Majunya pemuda gagah itu memberi kesan kepada pemuda-pemuda yang lain untuk mengikuti tingkahnya.

"Assalamualaikum Sufi. Aku Lokh dan ini adik aku Luft. Harap saudara tidak hairan melihat muka kami yang hampir sama. Kami kembar tapi rambut aku lurus, adik aku keriting." Kata seorang pemuda yang mendekati Sufi bersama adiknya. Berwajah sangat lucu, berbadan kurus, berkulit putih dan berhidung mancung.

"Hai. Aku adik dia sekaligus menjadikan aku kembar dia walaupun aku tidak ingin. Masa dalam kandungan ibu kami dahulu, sepatutnya aku yang abang sebab aku yang pijak muka dia. Tapi masa lahir dia pula yang keluar dulu. Mungkin alam ini songsang rasanya." Sindir Luft.

Sufi tergelak kecil mendengar penjelasan Luft. Seperti kata abangnya, wajah mereka sama lucu namun rambut mereka berdua berbeza jenisnya.

"Suka hati kau pijak muka aku. Kau itu adik. Kalau aku sumpah kau jadi batu. Hah. Kau jadi ikan. Eh." Balas abangnya pula tapi kedengaran seperti abangnya itu agak lambat dalam berfikir.

"Kesian. Orang yang boleh menyumpah itu hubungan ibu dan anak. Kau lahirkan adik kau? Sumpah jadi batu, tapi yang jadi ikan. Lembab." Sindir Daem.

Mereka semua tergelak dengan sindiran tiga pemuda itu yang sepertinya sudah terbiasa sindir-menyindir.

"Assalamualaikum Sufi. Nama aku Alim. Aku perkenalkan sekali lagi ya. Kalau ada apa-apa pertanyaan kau boleh tanya aku." Terang Alim dengan suatu senyuman pada bibirnya.

"Abang." Panggil Radyah bersama wajah yang berubah merah padam.

"Abang?" Soal sahabat-sahabatnya yang terkejut mendengar panggilan gadis comel itu.

"Monyet." Sindir Nur.

"Sufi la Nur...Saya Radyah. Assalamualaikum...Abang Sufi." Ucap Radyah bersama bibirnya yang mengukirkan senyuman manis.

"Abang Sufi?" Soal sahabat-sahabatnya kembali.

"Walaikumsalam." Jawab Sufi bersama suatu senyuman.

"Cukuplah untuk perkenalan kamu semua dengan saudara ini. Waktu sudahpun menunjukkan pukul 11. Pulanglah ke rumah masing-masing. Biarkan saudara baru ini rehat. Jangan lupa datang ke surau untuk solat subuh berjemaah." Arah Abang Rahman kepada pemuda-pemuda itu.

Seiringnya arahan Abang Rahman, Pemuda-pemuda itu pun membuka langkah bergerak pulang ke rumah masing-masing bahkan kedua insan yang jatuh rasa kepada Sufi.

"Sufi, kau tinggal di rumah aku. Jangan risau, aku tinggal seorang diri." Arah Abang Rahman pada Sufi.

Sufi hanya mengangguk sebagai tanda setuju dengan pelawaan itu. Mengikuti Abang Rahman tanpa sebarang bantahan.

*****

Suasana di rumah Abang Rahman. Sesudah membersihkan diri dan solat, Sufi bergerak duduk di ruang tamu rumah sambil merenungi hikmah disebalik mimpi, keajaiban dan persoalan yang menerpa dirinya. Meskipun dia memperolehi berbagai ilmu tentang alam itu melalui gambaran akal dan bicara hati bahkan melalui suatu mimpi, tetap sahaja tiada jawapan mengenai asbab kejadirannya ke alam itu dan yang lebih membingungkan lagi adalah persoalan di antara Mardhiyah dan Nur. Dia hanya mampu mempercayai apa yang hatinya katakan. Dihujung arus ada jawapan.

"Kehadiran kau ke sini sebenarnya adalah untuk menyempurnakan benang-benang takdir." Terang Abang Rahman mengejutkan Sufi daripada lamunannya.

Sufi memandang wajah Abang Rahman seakan meminta penjelasan yang lebih lanjut. Mencari kunci-kunci yang mampu membuka setiap persoalan yang ada di mindanya pada waktu itu.

"Aku tahu kau bukanlah berasal daripada Tanah Tepian Alam ini." Sambung Abang Rahman lagi.

"Bagaimana Abang Rahman tahu?" Tanya Sufi.

"Aku mendapat sepucuk surat dari seseorang yang aku sendiri pun tidak kenal. Dia meminta aku untuk membantu kau di awal perjalanan. Katanya, suatu hari nanti akan hadir seorang Penawar yang mampu membimbing hati-hati di alam ini untuk memperjuangkan apa yang benar. Hadirnya tidak bertempat. Tidak terlalu lambat, tidak pula terlalu cepat. Dia hanyalah rahsia, dan rahsianya terselindung di balik rahsia. Aku dapat rasakan insan yang dia maksudkan itu adalah kau. Kau sendiri pun dapat rasakan kata-katanya itu berhubungan dengan diri kau sendiri. Dia meminta kau mencari tujuh kunci yang ada pada tujuh orang yang hidup pada zaman Guru Muda. Guru yang mengajarkan Islam di alam ini pada zaman dahulu kala." Terang Abang Rahman.

"Tujuh kunci dan guru muda?" Soal Sufi terhadap petunjuk yang semakin menambah persoalan di mindanya.

"Kau ikuti sahaja arusnya. Di hujung arus ada jawapan." Jawab Abang Rahman.

Sufi merenung kembali wajah Abang Rahman. Itulah yang dikatakan hatinya bahkan sangat serupa. Di hujung arus ada jawapan.

"Saya akan cuba untuk mengikutinya Abang Rahman." Balas Sufi dengan nada yang sayu.

Abang Rahman memberikan dia suatu petunjuk yang hakikatnya adalah suatu persoalan. Arus itu lah satu-satunya jalan yang mampu membawa dia kepada jawapan yang sebenar. Siapa guru muda itu? 7 kunci? Siapa pula insan yang menghantar surat itu? bahkan ada apa dengan Mardhiyah dan Nur. Dia berpindah alam sejurus sahaja dia meninggalkan suatu luka yang sangat besar di hati seorang Mardhiyah. Semakin Sufi memikirkan persoalan-persoalan itu, semakin itu jugalah lena menerpa mata dan akal fikirannya hinggalah dia terlelap bersama dengan persoalan-persoalan tersebut. Lena pertamanya di alam yang berbeza. Bermulalah hikayat seorang Sufi di suatu alam yang sangat asing baginya itu. Di suatu alam yang dihiasi dengan pelbagai persoalan. Di suatu alam yang tersimpan berbagai rahsia keindahan. Di suatu alam yang digelar 'Alam Ulfun Ain'.