Chereads / Ulfun Ain / Chapter 8 - Bab 8 - Pembunuh Bayangan

Chapter 8 - Bab 8 - Pembunuh Bayangan

Ke Esokan Harinya - Pagi yang indah disinari dengan cahaya matahari yang hangat lagi menenangkan bahangnya. Seperti hari yang sebelumnya, ketiga insan terkuat di dunia melakukan hobi harian mereka. Pada pagi itu, Ulya datang sebagai insan yang akan menggegarkan rumah Abang Rahman.

"Sufi... Rai... Kenji!" Panggil Sofea.

"Mati lah tu. Jom naik kakak." Arah Ulya.

Sofea menuruti arahan adiknya mengejutkan ketiga insan daripada buaian mimpi mereka. Dari bahagian hadapan pintu, Ulya dapat melihat Sufi yang terbentang indah di ruang tamu. Dia bergerak mendekati Sufi sambil menghentak-hentak kedua kakinya.

"Bukkk!" Ulya menendang bahagian belakang Sufi.

"Ulya." Tegur Sofea.

Pemuda tenang itu tetap tenang bangkit dari tidurnya. Meskipun tendangan itu sangat menyakitkan, dia tetap membuka matanya perlahan-lahan dan melihat siapakah gerangan yang menghadiahkan dia sebuah tendangan yang menyakitkan.

"Sakit Ulya." Keluh Sufi.

Ulya mengukirkan senyuman mencerminkan jiwanya yang merasa gembira.

"Bangun! Aku tendang lagi. Mahu!" Ugut Ulya.

"Kejap... Belum waktu tengahari lagi kan." Balas Sufi.

"Ish. Tengahari... Petang... Malam... Semua sama. Kau tetap tidur. Cepat bangun. Aku simbah kau guna air. Air dengan lumpur. Cepatlah!" Teriak Ulya.

Rai dan Kenji tersedar dengan bebelan Ulya yang menghangatkan suasana itu. Mereka cuba bangun untuk menenangkan keadaan.

"Ulya. Sabar." Pujuk Kenji.

"Tenang Sofea." Pujuk Rai pula.

"Itu adik dia yang membebel... Sofea tengah duduk depan pintu... Adik dia yang bising." Balas Kenji.

"Bukkk!" Ulya menendang Kenji.

"Sakit la Ulya." Marah Kenji.

Rai merasai dia bakal senasib seperti rakan lenanya yang lain. Kesedaran itu menyegarkan tubuhnya secara tiba-tiba.

"Banguuunnn!!!" Teriak Ulya dengan nyaringnya.

Ketiga insan terkuat itu membangkitkan diri mereka bersama kekecewaan yang terlihat jelas pada riak wajah masing-masing. Apatah lagi tuannya, terbuai-buai memaksa dirinya untuk bangun. Usai membersihkan diri, mereka berkumpul bersama di ruang tamu termasuk Abang Rahman.

"Abang Rahman tidak mengajar hari ini?" Tanya Sofea.

"Aku suruh murid-murid aku belajar sendiri." Jawab Abang Rahman.

"Apa kita buat hari ini Sufi?" Tanya Abang Rahman lagi.

"Kita soal siasat serigala mata satu." Jawab Sufi.

Riak wajah Kenji dan Ulya berubah tegang apabila mendengar arahan itu. Kebencian yang membuak mula dibangkitkan semula didalam jiwa.

"Rai... Bawa Sayr keluar." Arah Sufi.

Rai bergerak mengambil Sayr yang ada pada salah satu bilik di rumah Abang Rahman. Dia keluar daripada bilik itu sambil mengheret Sayr lalu orang tua itu dipaksa duduk di tengah ruang tamu bersama mulut yang ditutup dengan kain dan badan yang terikat dengan tali.

"Mmmm." Sayr cuba berbicara.

Dalam sesuana yang tegang itu Kenji melompat ke arah Sayr secara tiba-tiba lalu menumbuk orang tua itu tepat di bahagian mukanya.

"Bukkk!" Sayr terpelanting ke bahagian belakang terkesan dengan tumbukan Kenji.

Darah mula mengalir deras di wajah Sayr. Sufi, Abang Rahman dan Rai hanya membiarkan Kenji melepaskan amarahnya. Mereka sangat faham dengan situasi luahan jiwa yang terpendam dengan dendam. Ulya turut bergerak mendekati Sayr seperti ingin membunuh serigala itu.

"Ulya..." Pujuk Sufi.

Sofea mengemam bibirnya menahan diri. Jiwanya itu turut bergeloran dan ingin sungguh dia melihat adiknya memusnahkan manusia keji itu. Di dalam suasana yang sangat tegang itu, Ulya menghentikan langkah kakinya lalu berpusing ke arah Sufi. Secara tiba-tiba dia berlari memeluk Sufi untuk kali yang ketiga. Tangisan mula membanjiri wajah cantiknya terkesan dengan gelora amarah didalam jiwa. Dengan memeluk Sufi, Ulya merasakan amarah itu mampu diredakan meskipun ianya tidak akan hilang.

"Ulya." Panggil Sufi.

"Mmm." Jawab Ulya dalam pelukan itu.

Sufi ingin melepaskan pelukan itu tapi apabila dia melihat ke arah rakan-rakannya yang lain, Sofea, Kenji, Rai dan Abang Rahman menunjukkan isyarat tangan agar dia tetap dengan kedudukannya. Mereka dapat memahami pelukan itu bukanlah desakan suatu nafsu melainkan desakan jiwa panas yang menyala dengan kemarahan. Jiwa panas yang perlu disejukkan dengan jiwa yang tenang seperti salju.

"Ulya..." Panggil Sufi lagi.

"Mmm..." Jawab Ulya dengan nada yang sayu.

"Tenang Ulya... Sufi ada dengan Ulya." Pujuk Sofea.

Sufi memandang Sofea bersama persoalan terhadap ucapannya. Sungguh dia tidak menyangka kakaknya berbicara seperti itu.

"Tenang." Pujuk Sofea tanpa suara pada Sufi.

Rai dan Kenji tergelak kecil dalam suasana yang tegang itu apabila menyedari yang Sofea menjual Sufi demi adiknya.

"Ulya... Boleh lepaskan pelukan Ulya." Pinta Sufi.

"Tidak mahu." Balas Ulya.

"Kenapa?" Tanya Sufi lagi.

"Ulya perlukan ketenangan Abang... Jiwa Ulya tidak kuat menahan situasi seperti ini... Ulya benci dengan lelaki itu... Berulang kali dia cuba rogol Ulya... Ulya...." Luah Ulya.

Sofea bergerak mendekati Sayr dengan suatu kebencian yang hadir di dalam jiwa.

"Bukkk!" Sofea menendang kepala Sayr menambah lagi keperitannya menjadi manusia yang keji.

Sayr meronta-ronta kesakitan tanpa kebebesan gerakan dan bicara. Rai dan Kenji hanya mendiamkan diri. Memahami balasan yang hadir setimpal dengan apa yang Sayr lakukan.

"Hina kau jadi manusia. Ada akal tapi mati. Kau lebih rendah daripada haiwan." Marah Sofea.

"Pukulah dia sebelum kita siasat... Tapi jangan sampai mati ya." Arah Sufi.

Rai dan Kenji menyahut seruan itu. Mulai membelasah Sayr seperti mana darjatnya sebagai manusia yang lebih rendah daripada haiwan.

"Ulya..." Panggil Sufi lagi.

"Kejap! Ulya kata kejap kan. Sabarlah!" Marah Ulya pula.

Tergamam Sufi tanpa bicara sepertimana malam itu dia menjadi tuan Ulya. Sufi dapat merasakan suatu rasa yang sangat sakit menusuk ke dalam jiwa Ulya dari bicaranya itu. Bagai suatu pedang yang tertusuk dalam berpaut dengan suatu kebencian. Dalam detik-detik yang beredar, Ulya melonggarkan pelukannya lalu dia merenung kedua mata milik Sufi.

"Pap!" Ulya menampar Sufi.

"Fuh." Keluh Sufi.

"Aku benci kau dari sesiapun." Marah Ulya lagi lalu memalingkan wajahnya daripada Sufi.

Rai, Kenji, Abang Rahman bahkan Sofea terkejut mendengar ucapan itu. Sungguh merumitkan gadis cantik itu apatah lagi pada seorang lelaki yang selalu menafikan rasa. Ulya duduk di sebelah Sufi dengan mata yang terus memandang ke lantai. Dia tidak dapat menahan gelora rasa yang hadir tika pelukan menjadi perantara. Dia inginkan ketenangan, tapi sebaliknya pula yang dia perolehi.

"Ehem... Tiga kali dia tampar aku." Keluh Sufi.

"Sofea." Panggil Sufi.

"Hah... Ehem. Apa Ulya... Eh... Sufi?" Tanya Sofea.

Bahkan Sofea sendiri tidak keruan melihat tingkah adiknya.

"Pukau Sayr." Arah Sufi.

Mereka memandang wajah Sufi dengan suatu sinar yang dinantikan. Sofea memandang kedua mata Sayr untuk menzahirkan arahan itu. Sayr menutup matanya dengan erat ingin bagi menghalang pukauan itu menguasai dirinya.

"Putih itu indah dan bersih. Hadirlah sayang dan kasih. Putih itu indah dan bersih. Hadirlah lena dan mimpi." Bicara Sofea melafazkan Mantera Permaisuri Merpati Putih: Hamam.

Sofea terus mengulangi bicara itu selama satu minit. Meski Sayr tidak melihat tapi dia mendengar dengan jelas bicara daripada Sofea. Setelah satu minit berlalu, tubuh Sayr kaku bersama kedua matanya yang tidak berkelip.

"Satu minit." Puji Kenji.

"Dudukkan dia Rai. Keluarkan kain yang menutup mulutnya." Arah Sufi lagi.

Rai mendudukkan Sayr lalu mengeluarkan kain yang menghalang mulutnya daripada berbicara. Orang tua itu bernafas tapi tiada reaksi bagai mayat yang dihidupkan kembali.

"Sayr?" Panggil Abang Rahman.

"Ya... Saya..."Jawab Sayr dengan bicara yang lambat.

"Wuuu... Berkesan." Puji Rai.

"Kira satu hingga sepuluh." Arah Sofea.

"Satu... Dua... Tiga... Empat... Lima... Enam... Tujuh... Lapan... Sembilan... Dan... Sepuluh." Jawab Sayr.

"Kalau kau gagal, apa rancangan Livis seterusnya?" Tanya Sufi.

"Kalau kami tidak pulang ke kota dalam lima hari, Livis akan datang bersama dengan 200 Mu'un hitam... Rampas Gadis Teratai Putih... Dan... Cabut jantung Hantu Salju." Jawab Sayr.

"Mmm... Mereka sudah tahu tentang Gadis Teratai Putih." Ucap Abang Rahman.

"Ya... Aku beri tahu mereka." Ucap Sayr pula.

"Diam anjing bodoh." Marah Rai.

"Rai." Tegur Sufi.

"Maaf Sayr." Pinta Rai.

Kenji yang berada di sebelah Rai terpaksa menahan gelak dalam ketegangan itu. Dia tidak menyangka kelemahan terbesar Rai adalah permaisurinya.

"Apa kelebihan Livis?" Tanya Sufi lagi.

"Livis Serigala Merah... Antara raja bagi serigala... Auranya merah zahir menjadi gema... Dalam masa lima minit mendengar nyalakannya, jantung musuh akan digenggam sehingga pecah." Jawab Sayr.

"Aku tidak perlu lima minit... Aku hanya perlu mendung... Aku bagi dia sekelip mata untuk kehilangan kepalanya." Balas Rai.

"Livis takutkan Raja Petir." Sambung Sayr lagi.

"Hmmm... Bagus." Ucap Rai dengan bangganya.

"Mari Sufi... Hancurkan kota." Ajak Rai.

"Ya Sufi. Aku rasa kita sudah mampu hancurkan kota sebelum mereka datang ke sini." Ajak Kenji pula.

"Tenang." Balas Sufi.

"Mengapa?" Tanya Ulya dengan riak wajah yang tidak berpuas hati.

"Apa kelebihan Nephila?" Tanya Sufi memecahkan persoalan akal mereka.

Insan-insan yang ada disitu memandang wajah Sufi meminta penjelasan yang lebih jelas.

"Jorogumo." Jawab Sayr.

"Jorogumo?" Soal Sofea.

"Kelebihan apakah itu?" Tanya Kenji.

Bahkan Kenji sebagai bekas tentera Tiga Segi Berdarah pun tidak mengetahui kelebihan yang Sayr katakan tersebut.

"Nephila juga antara tunggal terkuat di dunia." Jawab Sufi.

"Maksudnya?" Tanya Rai.

"Bukan Livis seorang yang akan datang nanti... Dia akan datang bersama dengan Nephila." Balas Sufi.

"Aku belum pernah dengar tentang Tunggal Jorogumo." Soal Abang Rahman.

"Sayr tipu kita?" Tanya Sofea.

"Livis tipu dia... Mereka tahu yang Sayr dan Kenji akan kalah... Mereka tahu yang Sayr akan di soal siasat." Balas Sufi.

"Maksud?" Tanya Ulya.

"Mereka ingin kita tahu hanya Livis yang akan datang. Mustahil Livis mampu menentang Raja Petir. Buktinya, Sayr sendiri kata Livis takut dengan Raja Petir. Untuk apa dia menjual nyawa tanpa suatu kebarangkalian untuk menang. Mereka ingin kita menanti Livis tanpa sebarang kerisauan. Namun kebenarannya, Nephila juga akan datang. Sebab Nephila Tunggal Hantu Labah-Labah. Jorogumo." Jawab Sufi.

"Hantu Labah-labah. Aku pernah mendengar cerita itu di Tanah Sinaran Gelap. Kelebihan yang mampu mengawal seseorang menggunakan sepuluh jari miliknya melalui Benang Hantu." Terang Rai.

"Benang Hantu adalah benang yang keluar dari sepuluh jari pemiliknya lalu mengikat seseorang yang ingin dia kawal. Benang itu akan terjalin hanya dalam beberapa detik." Terang Sufi.

"Rai boleh bunuh dia sekelip mata. Apa yang menjadikan benang hantu itu kuat Sufi?" Tanya Sofea.

"Benang itu tidak boleh dilihat. Sangat halus dan laju tapi keras seperti besi." Jawab Sufi.

"Gila... Patutpun dia sentiasa ada di Dewan Pemerintah. Dewan tempat Raja Bulan Merah bersemayam di tahtanya." Balas Kenji.

"Raja Bulan Merah adalah bonekanya. Dia mengawal raja menggunakan Benang Hantu. Bahkan dia boleh membunuh sesiapa pun hanya dengan menggerakkan sepuluh jari miliknya. Benang itu pula keras macam besi." Keluh Abang Rahman.

"Habislah. Apa yang kita perlu buat sekarang?" Soal Sofea.

"Kalau apa yang aku fikirkan, Rai mampu membunuh Nephila dalam sekelip mata. Yang menjadi masalah, dia ada bersama dengan Serigala Merah. Bunyi juga laju seperti petir. Sekiranya Livis mengeluarkan kelebihannya gemanya melalui nyalakan, Rai akan kaku seketika lalu Nephila menggunakan pula benang hantu untuk mengawal Rai. Sekiranya Rai menyerang Nephila, Livis akan mengambil kesempatan itu untuk menyalak lalu menggenggam jantung Rai sampai pecah." Terang Sufi.

"Fuh. Bijak juga mereka. Tapi, kalau Rai menggabungkan Mantera Petir dan Gerak Tubuh: Panah Petir. Mereka berdua pasti mati dalam sekelip mata." Terang Abang Rahman.

"Itu merupakan antara satu kelemahan bagi Raja Petir." Jawab Sufi.

Bicara Sufi membuatkan mereka mengarahkan pandangan ke arah Rai untuk meminta penjelasan yang lebih jelas.

"Aku tidak boleh mengawal mantera dan gerak tubuh dalam satu masa yang sama. Tidak seperti Sufi. Petir itu terlalu laju untuk digunakan serentak menggunakan mantera dan gerak tubuh. Sebelum aku menggunakan petir, aku perlu beberapa detik untuk mengeluarkan aura." Terang Rai.

"Beberapa detik Nephila sudah mampu mengawal kau." Balas Kenji.

"Mmmm..." Sofea, Kenji dan Abang Rahman mengeluh dengan kelemahan Rai.

"Sebab itu dia selindungkan Nephila daripada pengetahuan kita." Keluh Sofea.

"Tapi dia tidak tahu kita ada Permaisuri Merpati Putih dan Ratu Ilusi." Jawab Sufi.

"Maksudnya?" Tanya Kenji.

"Dia tidak tahu yang kita akan memukau Sayr lalu meneka Nephila juga datang." Jawab Sufi.

"Apa kelebihan kita?" Tanya Abang Rahman.

"Ratu Ilusi." Jawab Sufi.

"Hmm?" Soal Ulya.

Mereka memandang Ulya mencari tahu dimana letaknya jawapan ucapan Sufi itu.

"Sufi. Teruskan. Kami mana tahu apa yang kau rancangkan." Keluh Sofea lagi.

Sufi menyilang jarinya bersama akal yang sudahpun menafsirkan suatu kesimpulan.

"Kita akan hantar semula Kenji pulang." Arah Sufi.

"Gila. Kau jual nyawa aku Sufi." Keluh Kenji.

"Tenang... Kita tidak akan hantar kau pulang begitu sahaja. Kau akan bawa jantung Hantu Salju bersama cerita yang Raja Petir membawa lari Gadis Teratai Putih atas permintaan terkakhir Hantu Salju." Terang Sufi.

"Macam mana Sufi? Kalau kau buang jantung, kau mati." Tanya Rai.

"Ratu Ilusi." Ucap Ulya memecahan segala persoalan.

"Ulya?" Tanya Sofea.

"Rahsia ekor ketiga iaitu kelebihan ilusi menjadi realiti. Sufi menciptakan jantung kedua dari bayangan akalnya menggunakan rahsia ekor ketiga." Ucap Rai.

"Pap!" Sofea menepuk tangan membenarkan ucapan Rai.

"Bijak." Puji Abang Rahman.

"Kenji akan pulang empat hari lagi bersama dengan jantung aku kedua yang dicipta mneggunakan rahsia ekor ketiga bersama cerita Rai hilang bersama dengan Gadis Teratai Putih. Kita akan hancurkan kampung ini dan sembunyikan penduduk kampung Laila di Kampung Hudap. Mereka tidak akan datang ke kampung Hudap lagi, Semuanya kerana jantung aku sudah menjadi milik mereka." Terang Sufi.

"Tapi, mereka tetap akan membunuh penduduk kampung di daerah lain." Terang Sofea.

"Kalau...." Ucap Sufi.

"Kalau?" Tanya Abang Rahman.

"Sekiranya kita hancurkan mereka terlebih dahulu, mereka tidak akan mampu mengganggu penduduk di negeri ini lagi." Jawab Sufi.

"Macam mana?" Tanya Kenji.

"Bunuh dari dalam. Itu yang Sufi rancangkan jika kita berjaya menyelamatkan Ratu Ilusi." Jawab Rai.

"Kita akan membunuh satu per satu Penguasa dalam diam. Sekiranya mereka sudah tahu aku mati, Rai pula lari dengan Gadis Teratai Putih, mereka tidak akan tahu sekiranya kita menyamar didalam kota. Hanya seorang yang pernah melihat wajah aku dan Rai. Yang lain semua sudah pun mati." Terang Sufi lagi.

"Anak Esfarza." Sambung Rai.

"Hmmm... Kita serang kota. Macam mana pula kita mahu kawal anak Esfarza?" Tanya Sofea.

"Aku dapat rasakan budak itu masih bersekolah dengan umur seperti itu." Balas Sufi.

"Hanya ada satu sekolah yang ada di kota. Sekolah Bulan Merah iaitu tempat untuk mempelajari mantera bagi pelapis tentera. Kemungkinan besar dia ada di sana." Sokong Kenji.

"Bagaimana kita ingin memastikan anak Esfarza berada di sana dan mengawal budak itu agar dia tidak mengetahui yang Sufi masih hidup?" Tanya Abang Rahman.

"Kita memerlukan seseorang yang mampu keluar dan masuk tanpa di kesan. Dia akan pastikan anak Esfarza ada di sana. Kedua, dia akan pastikan penyamaran apa yang sesuai untuk kita." Jawab Sufi.

"Siapa?" Tanya Rai.

"Bayangan." Jawab Sayr tanpa diundang.

"Terpukau pun masih boleh ikut berbincang ya." Sindir Rai.

"Betul. Bayangan mampu bersembunyi dalam bayang-bayang orang lain. Keluar masuk tanpa dikesan. Yang kerap menculik kanak-kanak yang berkelebihan adalah Sayr. Maksudnya dia tahu ada budak yang berunsurkan bayangan yang pernah dia culik. Sebab itu dia mampu menjawab soalan itu meski dia masih dalam pukauan Sofea." Terang Sufi.

"Hmmm. Setahu aku tiada siapa hamba yang ada di kota mempunyai unsur bayangan." Terang Kenji.

"Betul." Sokong Ulya lagi.

"Hamba di kota hanya ada dua. Yang tidak dapat diselamatkan dan yang Abang Rahman selamatkan. Keberangkalian budak itu ada pada Abang Rahman." Terang Sufi.

"Luft. Dia kata unsurnya harimau kumbang berbentuk bayangan." Jawab Abang Rahman.

"Pembunuh Bayangan!" Ucap Rai.

"Pembunuh?" Tanya Sofea.

"Aku pernah singgah di Tanah Sinaran Gelap sewaktu aku mencari Hantu Salju. Tanah yang paling berbahaya di alam ini. Aku pernah terserempak dengan sorang gadis berunsurkan bayangan. Gila! Aku hampir mati. Aku tengah jalan-jalan dia tiba-tiba ada di belakang aku dengan pisau kecil. Dia minta duit aku semua. Aku terpaksa bagi kalau aku gerak sikit aku mati." Terang Rai.

"Gadis?" Soal Sufi.

"Di tanah itu ada pembunuhan upahan yang sangat digeruni. Mereka menguasai unsur bayangan dan lebih menakutkan lagi, mereka bukan kaum yang mewakili unsur bayangan. Tapi hanya sebuah keluarga yang berunsurkan bayangan. Penduduk disana menggelar mereka keluarga Zilla. Sekiranya orang tidak menyukai keberadaan kau di tanah itu, mereka akan meminta keluarga Zilla untuk membunuh kau tanpa kau sedari." Jawab Rai.

"Gila... Seramnya." Balas Kenji.

"kemungkinan Luft di culik dari Tanah Sinaran Gelap bersama dengan adik beradiknya yang lain. Aku tidak tahu unsur bayangan selagi aku belum berjumpa dengan pemiliknya." Terang Sufi.

"Luft? Lokh? Macam mustahil." Jawab Abang Rahman.

"Mmm. Mereka itu lembab. Susah jadi pembunuh." Sambung Sofea dengan gelak kecil pada bibirnya.

"Kita ambil Luft terlebih dahulu. Bagi aku rasa unsur dia. Kalau betul bayangan, kita boleh teruskan rancangan kita dengan selamat." Jawab Sufi.

"Sekarang?" Tanya Abang Rahman.

"Sekarang." Jawab Sufi.

"Jadi Sayr?" Tanya Kenji.

"Berapa lama pukau kau berlangsung Sofea?" Tanya Sufi.

"Sehari." Jawab Sofea.

"Mmm. Kita akan guna dia." Balas Sufi.

"Guna?" Tanya Kenji.

"Ulya... Ilusi kau berlangsung berapa lama?" Tanya Sufi.

"Entah." Jawab Ulya sambil memalingkan wajahnya daripada Sufi.

Rai dan Sofea menunjukkan isyarat tangan pada Sufi agar di bertabah dengan tingkah Ulya.

"Ulya..." Pujuk Sufi dengan lembut.

"Mmm..." Jawab Ulya yang terpujuk dengan kelembutan itu.

"Sehari juga selagi dia masih mencium bau kuntuman sakura aku." Terang Ulya.

"Bagus. Dia akan pulang hari ini bersama dengan ilusi kau." Terang Sufi lagi.

"Ceritanya?" Tanya Ulya.

"Berikan Sayr mimpi dimana dia menjelaskan pada Rai, yang Nephila akan hadir bersama dengan Livis. Dia terpaksa beritahu kerana Rai hampir membunuhnya. Dalam masa yang sama, aku masih bertarung dengan Kenji. Aku hampir tewas tapi Rai datang menyelamatkan aku dan pada waktu itu, Sayr lari menyelamatkan diri nya sendiri. Boleh?" Tanya Sufi semula.

"Mmm. Tapi bukan Sayr tidak tahu tentang Nephila?" Tanya Ulya.

"Kalau dia tahu tanpa makluman daripada Livis, maksudnya Sayr curi-curi dengar. Dia akan menjadi pembelot di mata Livis." Jawab Sufi.

"Livis akan membunuhnya kerana risau rahsia yang lain akan terbongkar. Mereka pula akan ragu-ragu untuk menyerang kita kerana kita sudah tahu tentang Nephila. Sekaligus memberi peluang untuk kita bersiap sedia untuk menyerang kota. Bijak" Puji Kenji.

"Mmm... Bijakkan." Puji Rai pula.

"Kita akan menbuat cerita itu bertukar semula dengan kehadiran Kenji membawa jantung aku yang kedua. Kenji akan menjadi orang bawahan Livis yang dipercayai menggantikan Sayr. Pada masa itu, kita akan lebih ke arah kemenangan." Terang Sufi lagi.

"Mmm. Bijak." Puji Ulya tanpa dia sedari.

"Hah?" Tanya Sufi.

"Hah?" Tanya Ulya pula.

"Kau kata kau benci aku. Kenapa puji?" Sindir Sufi dengan senyuman sinis.

Ulya menghadiahkan Sufi jelingan manja atas permainan kata-katanya itu.

"Jadi, bila aku kena berikan manusia keji ini ilusi?" Tanya Ulya menyelindungkan tingkahnya yang terbit tanpa sedar.

"Sayr." Panggil Sufi.

"Ya... Saya Sayr." Jawab Sayr.

"Kau minta maaf seikhlas hati kau pada Kenji dan Ulya... Kau melutut dihadapan mereka berdua... Kau menangis... Kalau tidak boleh, kau paksa air mata kau keluar sampai keluar darah." Arah Sufi.

Mereka semua memandang Sufi atas ucapannya yang terbit di luar ramalan. Sayr mula melutut di hadapan Ulya dan Kenji sambil mengorek kedua matanya agar dia dapat menangis meski yang mengalir pada wajahnya itu adalah darah. Ulya sudahpun mengalirkan air mata diikuti pula dengan Kenji menyaksikan suasana yang menghayat hati itu.

"Maafkan aku ya Ulya kerana selalu meminta perkara keji daripada kau dan membunuh kedua orang tua mu. Aku sentiasa ketagih dengan tingkah aku merogol kau." Ucap Sayr pada Ulya.

Sayr bergerak melutut dihadapan Kenji pula.

"Maafkan aku anak angkat kesayanganku Kenji. Aku hanya mempergunakan kau selama ini. Aku tidak pernah pun ada sifat sayangkan kau. Aku minta maaf ya Kenji." Pinta Sayr lagi.

Sayr mengangkat wajah bersama mata yang mengalirkan darah terkesan dengan tangannya yang menggorek kedua matanya sendiri.

"Maafkan aku ya Ulya.... Maafkan aku ya Kenji... Maafkan aku ya Ulya... Maafkan aku ya Kenji..." Pinta Sayr tidak putus-putus.

Ulya mencapai tangan Sufi yang berada di sebelahnya. Gadis itu menggenggam erat tangan Sufi dikala rasa simpati dan rasa kebencian mula berperang didalam jiwanya.

"Lepaskan semua ya Ulya... Maafkan dia... Jangan disimpan belati tajam yang kau tusuk sendiri ke dalam hati itu. Kau kena cabut sendiri belati itu, tiada siapa yang dapat tolong kau termasuk aku. Sebab hati itu milikmu. Kau yang lebih memahami dirimu sendiri berbanding kami yang ada di sini." Nasihat Sufi.

"Aku maafkan kau Sayr... Meski kau bunuh kedua orang tua aku... Dendam itu itu lebih menyiksa daripada kehilangan mereka. Mereka sudah pergi tapi aku masih ada di dunia ini. Untuk apa aku melukakan kehidupan aku hanya kerana dendam sedangkan aku boleh memilih kebahagiaan. Aku relakan semua silap kau seikhlas hati Sayr." Luah Kenji dalam tangisnya.

Sofea bahkan Rai dan Abang Rahman. Mereka semua tidak dapat menahan situasi yang menyedihkan itu. Mereka turut mengalirkan air mata bahkan Ulya memeluk Sufi untuk kali yang kedua. Gelora itu memaksa tingkahnya mencari suatu ketenangan yang dapat memadam segala kebencian.

"Aku maafkan kau Sayr... Aku tidak mampu untuk mengulang kembali perjalanan hidup aku yang terbuang bersama kelukaan.... Tapi aku mampu mengukir suatu keindahan yang baru pada masa hadapan. Aku tidak ingin ada yang berpaut lagi pada rasa dijiwa ini kecuali kebahagian. Cukup... Cu.." Luah Ulya dalam pelukan Sufi.

Pedihnya bibir mejadi pelepas segala kebencian hingga luahan sukar untuk dihabiskan.

"Cukup!" Teriak Ulya.

Sufi hanya mendiamkan diri bersama wajah yang tenang. Dialah insan yang paling memahami situasi pada masa itu. Arus takdir yang menjadi guru dalam kehidupan, arus takdir yang mengajarkan manusia selepas hujan akan terbitnya pelangi yang indah. Sufi membiarkan tangisan mereka berlangsung dalam beberapa minit dihiasi dengan permohonan maaf daripada Sayr yang tidak henti dia ucapkan.

"Mmm... Sudah masanya." Ucap Sufi.

Ulya melepaskan pelukannya pada Sufi.

"Kawin." Balas Ulya sambil mengesat kedua matanya.

"Bukan." Nafi Sufi.

"Teruk wajah Sayr... Nampak macam kena belasah kan." Soal Sufi.

"Hah... Ngamlah dengan bau badan dia." Ejek Rai.

"Mari cari Luft." Ajak Sufi.

Dikala Sufi cuba untuk melangkah, dia melihat bayang-bayang Sofea bergerak meskipun gadis itu hanya mendiamkan diri.

"Luft?" Panggil Sufi.

"Luft?" Soal rakan-rakannya yang lain.

Bayang-bayang Sofea berubah menjadi besar dan semakin gelap warnanya. Keluar dua tangan daripada bayang-bayang itu mencapai lantai lalu kedua tangan itu mengangkat tubuhnya yang ada dalam bayangan. Apabila sempurna tubuh itu keluar, terlihatlah seorang pemuda berambut keriting sedang menyapu air matanya yang berjatuhan.

"Luft?" Panggil Sofea.

"Sufi... Boleh aku peluk kau?" Tanya Luft dalam tangisannya itu.

Sufi mengerutkan dahinya.

"Bayang." Ucap Sayr.

Persoalan terhadap Luft itu lebih merisaukan daripada Sayr pada masa itu. Luft bergerak mendekati Sufi lalu dia berdiri dihadapan pemuda itu. Dia meletakkan tanggan kanannya di bahagian dada sambil memejamkan mata.

"Dikau adalah aku... Aku adalah aku... Hitam dan Putih adalah aku. Akulah yang tidak berwarna." Bicara Luft.

Terbit cahaya putih dari tangan pemuda itu. Dia menjatuhkan tangannya lalu dipeluknya Sufi seerat mungkin.

"Macam mana kau tahu mantera itu?" Tanya Abang Rahman.

"Bayang." Ucap Sayr lagi.

Ulya bergerak mendekati Sayr lalu mengarahkan tangan kanannya ke wajah orang tua itu. Aura merah jambu mulai keluar dari tubuhnya berubah menjadi kuntuman bunga sakura yang menghembus ke wajah Sayr.

"Teruskan. Bagi aku masa dua puluh minit. Aku tidak boleh bergerak selagi cerita dalam ilusi ini belum habis." Terang Ulya.

"Aku sentiasa mengikuti bayangan Abang Rahman. Aku dengar semua yang kamu ceritakan." Jawab Luft sambil melepaskan pelukannya daripada Sufi.

"Aku sudah bilang... Keluarga Zilla memang gila." Terang Rai.

Luft mendengar bicara Rai itu umpama sebuah hiburan. Dia tergelak dengan kuat dikala sahabat-sahabatnya yang lain terdiam melihat tingkahnya yang menakutkan.

"Sayr bukannya culik aku. Aku yang ugut dia sewaktu aku berumur 10 tahun agar dia membawa aku lari dari Tanah Sinaran Gelap." Terang Luft.

"Apa yang kau buat?" Tanya Rai.

Luft memasukkan tangan ke dalam bayangan miliknya. Dia meraba-raba dalam bayangan itu seperti mencari sesuatu. Apabila dia keluarkan tangannya semula, dia sudahpun memegang sebuah pedang yang serupa seperti pedang samurai berwarna hitam gelap.

"Aku akan potong kepalanya dalam sedetik jika dia lawan cakap aku." Jawab Luft bersama senyuman sinis yang sangat menyeramkan.

"Betulah apa yang Rai katakan..." Balas Kenji.

"Patutpun orang tua ini cakap bayang. Dia ada kisah silam yang buruk dengan bayangan." Sokong Sofea.

"Jadi selama ini kau berlakon. Aku selamatkan kau tiga adik beradik...." Soal Abang Rahman.

"Mmm Rahman. Aku tengok kau baik. Aku ikut la kau pulang. Aku bawa sekali adik beradik aku." Jawab Luft dengan selamba.

"Kurang ajar juga mulut dia." Sindir Rai.

"Kenapa?" Tanya Sufi.

"Ketua... Ehem... Ibu aku Lesy meminta aku untuk membawa Lokh dan Lara lari daripada Tanah Sinaran Gelap. Sebenarnya...Kehidupan didalam keluarga Zilla itu tersangatlah perit." Jawab Luft.

"Mmm. Faham. Di lahirkan jadi pembunuh." Balas Kenji.

"Dari kecil lagi aku dan Leka dilatih untuk menjadi seorang pembunuh bayangan. Badan aku kurus bukan sebab aku kurang makan. Aku sudah dilatih agar orang lain tidak tahu yang aku ini adalah pembunuh bayangan." Terang Luft.

"Leka?" Tanya Sofea.

"Gadis yang mengugut Rai itu adalah kakak aku...Dia itu gila...Dia sudah pun membunuh 200 orang sewaktu berumur 13 tahun." Jawab Luft.

"Gila... Apa kau dan adik beradik kau makan." Ucap Rai.

"Kau?" Tanya Kenji.

"100." Jawab Luft sambil mengusap-ngusap samurainya yang menakutkan itu.

"Kau pun apa kurangnya gila." Marah Rai.

"Wuuu... Hebatnya." Puji Sufi.

"Hebatkan ketua." Sokong Luft.

"Kenapa ibu kau suruh kau lari?" Tanya Sufi.

"Ibu aku merupakan seorang ibu yang sangat penyayang. Dia pernah membunuh seorang bayi yang baru lahir. Kenangan pahit itu membuatkan dia tidak mahu kami mengikuti langkahnya. Keluarga Zilla hanya ada satu prinsip. Sekiranya arahan yang diberikan adalah mati, jawapannya pun mati tidak kira dia seorang bayi ataupun orang tua. Tiada siapa yang tahan hidup dalam kegelapan yang menghantui seperti itu." Jawab Luft.

"Bayi." Keluh Rai.

"Aku sudah lama mencari orang seperti kau Sufi. Orang yang mampu menunjukkan aku jalan pulang. Penat aku hidup dengan kerja membunuh orang. Aku bukan seperti Leka yang mencintai perkara keji seperti itu." Jawab Luft dengan senyuman kecil.

"Jadi, kau sudah dengar apa yang kami bincangkan selama ini?" Tanya Abang Rahman.

"Aku tidak akan masuk ke dalam Hiyar Ayil tanpa bukti yang aku boleh melihat suatu sinar." Jawab Luft.

"Lokh dan Lara pembunuh bayangan juga?" Tanya Sofea.

"Mereka tidak terpilih. Pembunuh bayangan hanyalah ahli keluarga Zilla yang mempunyai Tunggal unsur bayangan berbentuk haiwan. Sekiranya Tunggal tapi bukan bayangan berbentuk haiwan, mereka akan dibunuh. Kata Loki, mereka itu membawa bencana dalam keluarga Zilla." Jawab Luft.

"Loki?" Tanya Abang Rahman.

"Bukannya... Loki Lagenda Gagak Hitam?" Soal Rai pula.

"Ayah aku. Manusia keji yang boleh membunuh tanpa bayangan. Dia itu Hawul berkewujudan gagak hitam. Dia mampu membunuh hanya menggunakan puluhan ekor gagak." Jawab Luft.

"Kuatnya." Puji Sufi.

"Sufi... Itu adalah perkara yang menakutkan. Bukan perkara yang menyenangkan." Tegur Sofea.

"Kau?" Tanya Kenji.

"Harimau Kumbang." Jawab Abang Rahman.

"Kurang tepat Rahman." Tegur Luft pula.

Rai dan Kenji tergelak mendengar teguran daripada Luft.

"Aku puluhan.." Jawab Luft.

"Gila." Balas Abang Rahman.

"Antara Tunggal terkuat Sufi?" Tanya Rai.

"Mmm... Antara tunggal terkuat. Tunggal Mata-Mata Bayangan. Di dalam tubuh Luft ada puluhan harimau kumbang yang sedang baring menunggu mangsa. Kau yang bunuh ayah kau kan?" Tanya Sufi.

"Mmm...Bijak ketua. Dia bunuh ibu, aku bunuh dia balik." Jawab Luft.

Kejujuran seorang pembunuh bayangan yang berani membunuh ayahnya sendiri mengubah suasana di ruangan itu lebih menyeramkan daripada awalnya kedatangan Luft.

"Macam mana kau bunuh ayah kau Luft?" Tanya Sofea dengan nada yang terketar-ketar.

"Seperti mana dia membunuh ibu sewaktu tidur, seperti itu jugalah aku membunuh dia. Harimau aku mengoyakkan tubuhnya hingga berubah menjadi potongan daging-daging yang kecil." Jawab Luft.

"Apa kelamahan kau Luft?" Tanya Rai.

"Malas aku jawab." Keluh Luft.

"Kau tetap seekor harimau dan aku adalah raja petir." Marah Rai.

"Cahaya." Jawab Sufi.

"Mmm... Ketua memang bijak. Bicara hati." Balas Luft dengan senyuman kecil dibibirnya.

"Hilang cahaya, hilang bayang, aku hilang. Aku tidak akan dapat keluar lagi daripada Kotak Hitam." Jawab Luft.

"Kotak Hitam. Ruangan kosong dalam bayangan." Sambung Sufi.

"Wuuu... Kau tidak boleh lawan aku la harimau." Sindir Rai.

"Sama." Ucap Kenji.

"Mmm...Aku boleh bunuh kamu berdua tanpa berlawan." Balas Luft.

"Dia boleh bunuh kita dalam tidur Rai." Balas Sufi.

"Sudah!" Teriak Ulya yang baru selesai memberikan Sayr mimpi yang indah.

Sayr bangkit dari duduknya lalu bergerak bagaikan mayat hidup.

"Dia ingin pulang." Terang Ulya.

"Rai... Hantar dia." Arah Sufi.

"Aku masuk dalam bayangan dia. Aku akan ikut sepertimana yang Sufi rancang. Aku cari budak itu dan cari apa yang sesuai dengan penyamaran kamu semua." Terang Luft.

"Bukankah kau mati kalau bayangan hilang? Petir aku bergerak dalam mendung." Tanya Rai.

"Ketua katakan cahaya dan Kotak Hitam...Itu betul...Apa yang aku cakap lain kali jangan percaya. Itu rekaan...Kalau kelemahan kami diketahui. Maksudnya kami sudah mati." Jawab Luft.

Rai mengangguk sebagai tanda faham meski pembunuh bayangan itu seorang manusia yang merumitkan.

"Ketua... Selama aku menjalankan misi kita, tolong jagakan Lokh dan Lara." Pinta Luft.

"Mmm." Balas Sufi.

Luft masuk ke dalam bayangan Sayr lalu mereka bergerak menghantar Sayr sepertimana arahan ketua mereka.

"Gila rupanya budak itu. Nampak macam lembab...Rupanya dia sudah dilatih untuk menyelindungkan sifat asalnya." Puji Abang Rahman.

"Kau yakin dengan dia Sufi?" Tanya Sofea.

Sofea memberikan suatu persoalan yang menjadikan Sufi sebagai tumpuan.

"Siapa aku untuk menghukum dan menghalang seorang yang ingin berjuang melihat sinar. Dia itu juga manusia. Selagi manusia masih bernafas, dia masih ada hak pada dirinya sendiri untuk menentukan sama ada ingin memperjuangkan sinar ataupun membiarkan kegelapan menguasai diri sepenuhnya. Masa silam yang gelap itu hanyalah guru yang mengajarkan kita pengalaman." Nasihat Sufi.

Nasihat Sufi itu itu menyedarkan mereka, nafas itu adalah sumber utama untuk memulakan sesuatu yang baru. Siapalah dia untuk menentukan apa yang akan dilakukan oleh Luft menggunakan nafas miliknya pada masa hadapan.

"Sekarang kita buat apa Sufi?" Tanya Kenji.

"Melatih bakal anggota Hiyar Ayil yang lain. Kita perlukan orang untuk melindungi Gadis Teratai Putih." Jawab Sufi.

"Bila?" Tanya Abang Rahman.

"Malam ini, Abang Rahman terangkan kepada mereka cerita sebenar darilah awal sampai sekarang. Siapa dari mereka yang ingin berjuang dengan kita, kita akan masukkan dia menjadi anggota. Siapa yang tidak ingin, kita tiada hak untuk memaksa. Mulai esok kita akan memulakan latihan." Arah Sufi.

"Mmm... Baik." Jawab Abang Rahman.

"Aku langsung tidak menyangka Luft adalah seorang Pembunuh bayangan. Aura dia pun aku tidak pernah rasa selama ini." Keluh Sufi.

"Sama." Balas Sofea dan Rai.

"Aku fikirkan selama ini aku yang selamatkan Luft. Rupanya dia yang selamatkan diri dia sendiri bersama dengan adik-beradiknya. Bahkan dia bersembunyi dalam bayangan aku." Keluh Abang Rahman.

"Mungkin arus takdir memudahkan rancangan kita. Dengan adanya Luft, kita tidak perlu lagi risaukan tentang maklumat." Terang Sufi.

Rakan-rakan seperjuangan Sufi mengangguk membenarkan kata-katanya itu. Sungguh mengejutkan para jiwa. Luft yang lembab itu sebenarnya seorang pembunuh yang berotak cerdas. Bahkan dia memasuki Hiyar Ayil tanpa pelawaan. Cukup sekadar dia mempercayai Sufi dapat membimbingnya melihat sinar sebagai bayaran. Suatu kejutan bagi si rahsia dibalik rahsia.