Chereads / Ulfun Ain / Chapter 13 - Bab 13 - Sang Taufan

Chapter 13 - Bab 13 - Sang Taufan

Ke Esokan Harinya - Suasana pagi di Sekolah Tentera Bulan Merah, Sufi dan Mira bergurau senda seperti mana hari-hari mereka di sekolah itu. Sufi menjalankan rutin harian terbaiknya iaitu lena pada bangku kegemarannya di sekolah itu. Mira dari kejauhan bergerak mendekati pemuda itu bersama dengan ilmu baru daripada kakak kesayangannya. Mantera penendang.

"Buk!!!" Mira menendang kaki Sufi.

Dengan buaian lena pada wajah dan tingkah si hantu, dia bangkit dari lenanya menyambut tendangan itu dengan wajah yang tenang.

"Mira... Belum tengahari lagi kan." Keluh Sufi dengan matanya hampir tertutup.

Mira mengerutkan dahinya sambil mencekak pinggang.

"Abang!!!" Teriak Mira.

"Tenang ya Mira..." Pujuk Sufi.

"Macam mana Mira mahu tenang. Bagi Abang, tidur lagi penting dari Mira." Marah Mira.

"Maafkan abang ya Mira." Pinta Sufi.

Mira yang terbuai akan pujukan itu bergerak duduk bersebelahan dengan Sufi. Dengan mata yang memandang ke bawah diiringi dengan tingkah kakinya yang dihayun-hayun untuk menenangkan lagi hatinya yang sudah tenang, pasti ada suatu persoalan yang ingin dikenalpasti oleh akalnya tentang rasa Sufi terhadap Nur.

"Abang..." Panggil Mira.

"Mmm?" Soal Sufi.

"Mengapa Kak Nur dan Abang Sufi..." Soal Mira.

"Tidak." Jawab Sufi dengan ringkas.

"Iiieee..." Marah Mira.

"Bukkk!" Tendangan kedua dari Mira.

"Sakit la Mira." Keluh Sufi.

Mira tersenyum memandang reaksi abang kesayangannya yang sentiasa tenang meski berdiri dalam situasi tamparan dan tendangan yang menyakitkan tubuhnya.

"Kahwin?" Tanya Mira semula.

Sufi tersenyum kecil mendengar pertanyaan itu. Mira pula terus memandang wajah Sufi menantikan jawapan bagi persoalan akalnya itu.

"Arus takdir." Jawab Sufi dengan tenang.

"Mmm... Maksud?" Tanya Mira lagi.

Sufi menarik nafas sedalam-dalamnya. Berat bagi dirinyaa mengukirkan suatu jawapan berbeza daripada yang sebelumnya.

"Suatu hari nanti kita semua akan faham... Selagi belum tiba hari itu, Abang hanya mampu berenang menikmati arusnya takdir." Terang Sufi.

"Ish! Mira mana faham abang." Keluh Mira.

Sufi hanya memberikan suatu senyuman manis pada keluhan itu. Meninggalkan Mira dengan tanda tanya tentang alasan yang dia berikan. Jawapan yang berbeza namun suatu kesimpulan yang sama. Dalam detik-detik yang beredar, tentera Tiga Segi Berdarah datang ke sekolah itu untuk menangkap Sufi dalam gurau dan sendanya bersama dengan Mira.

"Guru Sufi?" Tanya salah seorang Tentera Merah.

"Ya..." Jawab Sufi dengan senyuman kecil.

"Tuan di tangkap kerana mencurigakan para Penguasa. Ikut kami." Arah tentera itu.

Tentera Merah bertindak menggari tangan Sufi lalu membangkitkan pemuda itu dari duduknya.

"Abang?" Soal Mira.

"Adik... Jangan ganggu urusan kami ya." Arah tentera itu lagi.

"Aku peduli apa. Bagi aku semula abang aku!" Marah Mira dengan wajah comelnya yang berubah tegang.

Tentera Merah melepaskan kawalan mereka terhadap Sufi terkesan dengan amarah gadis comel yang merupakan Penguasa mereka yang dirahsiakan itu.

"Mira... Jangan risau. Selama mana pun abang di penjara. Abang tetap abang kesayangan Mira. Jaga Kak Nur ya." Pinta Sufi.

Mira mengalirkan air mata dibuai dengan pujukan Sufi. Dia mengenggam tangannya dengan hati yang panas membara bersama wajah yang ditundukkan ke bawah. Tentera tiga Segi Berdarah mengiring Sufi semula pergi dengan kerisauan pada jiwa mereka melihat reaksi gadis comel itu. Meski mereka gentar menentang Penguasa itu, rancangan tetap diteruskan demi arahan daripada Esfarza. Air mata Mira mengalir semakin deras. Kesedihan itu memaksa kedua kakinya untuk bertemu dengan kakak angkat kesayangannya. Melepaskan segala kesedihan dengan suatu pelukan.

"Kak Nur... Abang Sufi... Abang Sufi..." Luah Mira dalam pelukan Nur.

Bicara itu mengingatkan Nur agar tindak bertindak sekiranya berlaku sesuatu pada Sufi.

"Sabar Mira.... Jangan risau ya. Sufi tidak akan apa-apa." Pujuk Nur.

"Tapi... Mira... Mira ingin bermain dengan Abang Sufi lagi..." Balas Mira.

"Tenang ya Mira... Nanti Sufi akan bermain dengan Mira lagi. Buat masa ini, Mira main dengan Kak Nur ya." Pujuk Nur lagi.

Mira hanya mampu menangis di dalam pelukan Nur. Sayang sungguh dia dengan abang yang sering dibulinya itu. Tangisan dan pujukan terus berlangsung antara mereka berdua sehinggalah Esfarza bersama tenteranya datang ke kedai Nur.

"Mira..." Panggil Esfarza.

Mira melepaskan pelukannya daripada Nur.

"Kak Nur... Maafkan Mira ya. Mira tidak akan dapat berjumpa dengan Kak Nur lagi." Pinta Mira.

Mira memalingkan wajahnya yang masih dihiasi dengan air mata bergerak meninggalkan Nur tanpa sebarang penjelasan bahkan dia langsung tidak menghiraukan Esfarza yang menjemputnya pulang di luar kedai. Mira terus mengorak langkah pulang ke Dewan Pemerintahan tanpa menghiraukan segala suasana. Sungguh hatinya membara Tiga Segi Berdarah merampas Sufi daripada kehidupannya.

"Iring dia." Arah Esfarza pada tenteranya.

Usai arahan Esfarza, dia masuk ke dalam kedai lalu bergerak mendekati Nur.

"Nur... Jangan risaukan suami kau ya." Pujuk Esfarza.

"Suami!!!" Teriak Nur seiring dengan wajahnya yang berubah merah.

"Bukan ya... Maafkan saya Nur." Pinta Esfarza dengan senyuman kecil.

"Ehem... Dia bukan suami Nur. Monyet peliharaan." Ejek Nur menyelindungkan gelora rasa didalam jiwanya.

Esfarza tergelak kecil mendengar alasan itu.

"Nur... Teruskan jaga kedai ini. Jangan buat perkara yang mencurigakan sebab selepas ini, Nephila pasti akan memerhatikan Nur. Jangan risaukan Sufi ya. Dia yang rancang semua ini. Es gerak dulu. Risau akan ada yang mencurigai perbualan kita berdua." Pinta Esfarza.

Usai bicara Esfarza, dia bergerak pergi meninggalkan Nur seorang diri. Nur pula tergamam seketika mendengar permintaan daripada Esfarza. Dia tahu tentang Lily dan Esfarza namun dia tidak mengetahui ketuanya sudahpun berjaya mengawal Esfarza sepenuhnya. Tersenyum bibirnya mendengarkan Sufi yang merancang semua ini.

*****

Pada suatu suana di Jalan Bulan Indah iaitu kawasan terbesar yang ada di Kota Bulan Merah. Tempat itu merupakan tempat tumpuan para penduduk kota, peniaga, hiburan, penyanyi bahkan pemuisi. Radyah berada pada salah satu pasar yang terdapat di jalan itu menjual herba-herbanya secara zahirnya tapi menyebarkan propaganda pada yang sebaliknya.

"Herba! Herba! Semuanya dengan harga 5 syiling emas. Mari beli. Herba!" Teriak Radyah menjual herba-herba miliknya dengan wajah dan suaranya yang comel.

Ramai pengunjung yang mendekati peniaga comel itu bukan sahaja membeli herbanya bahkan mencuba untuk mengusik hatinya. Di sebalik kegelapan yang ada di lorong-lorong pasar, Ulya memerhatikan Radyah untuk melindungi gadis itu sekiranya berlaku sebarang tingkah di luar keadaan. Pada detik-detik yang beredar, seorang wanita berumur 50-an mendekati Radyah.

"Dik... Daerah Khyt, Kg Kabus... Tentera Merah menjual organ dalaman manusia pada Negeri Padi Emas di sempadan itu. Itu merupakan hasil kewangan terbesar mereka." Bisik wanita tua itu lalu bergerak pergi tanpa mendengar balasan daripada Radyah.

Radyah mencari keberadaan Ulya namun dia tidak dapat melihat Ulya yang sedang bersembunyi memerhatikan dirinya dari suatu lorong gelap.

"Musang! Musang! 5 syiling emas." Teriak Radyah lagi dengan senyuman kecil.

Penduduk yang ada di kedainya itu mula menjauhi Radyah. Orang sekeliling pula hairan melihat tingkahnya secara tiba-tiba menjual musang sedangkan dia hanya menjual herba. Ulya yang terdengar panggilan itu bergerak mendekati Radyah dengan pakaiannya yang serba hitam berpenutup kepala.

"Kak comel." Panggil Ulya.

"Musang?" Soal Radyah.

Ulya mengerutkan dahinya.

"Kak... Ulya la... Bukan musang." Keluh Ulya.

Radyah tergelak kuat kerana terhibur dengan gelaran itu.

"Maaf ya Ulya. Kakak tidak tahu mahu panggil apa." Pinta Radyah dengan senyuman kecil.

"Kenapa kakak panggil Ulya?" Tanya Ulya.

"Mmm. Kakak dapat maklumat dari seorang peniaga tadi. Katanya, Daerah Khyt. Kg Kabus, Tentera Merah jual organ dalaman manusia pada Negeri Padi Emas. Tempat itu merupakan sempadan antara negeri ini dengan negeri pembeli dan urus niaga itu adalah keuntungan utama negeri ini." Terang Radyah.

"Maksudnya?" Tanya Ulya lagi.

"Kakak tidak tahu... Cuba bagi tahu Abang Sufi... Dia pasti tahu." Arah Radyah.

"Mmm... Baik Kak Comel. Kak, jangan panggil musang lagi tau. Kakak angkat dua jari nanti Ulya akan datang. Kakak jual musang, Kakak menakutkan pelanggan kakak." Tegur Ulya.

Radyah menahan gelaknya. Sungguh dia terhibur dengan tingkahnya itu.

"Baik Ulya." Balas Radyah.

Ulya meninggalkan Radyah membawa satu maklumat yang sangat penting bagi perancangan mereka. Maklumat yang akan memulakan suatu penyingkiran.

*****

Suatu suasana di Jalan Pejuang Berdarah dimana tempatnya Penjara Bulan Merah, Markas Livis dan Dewan Nyawa. Kawasan besar tersebut dipenuhi dengan ribuan Tentera Merah lengkap bersama kelengkapan perang. Seperti yang dikatakan Esfarza, bukan mudah bagi Sufi untuk keluar daripada penjara itu kerana bangunan besar itu terletak ditengah-tengah Jalan Pejuang Berdarah. Ianya sentiasa didalam pemerhatian Tentera Merah tidak kira didalam mahupun diluar penjara. Sufi yang sudah pun siap digantikan dengan pakaian banduan berwarna merah gelap diletakkan dalam sel bernombor 55 pada blok terakhir iaitu blok 300. Blok tersebut merupakan tempat bagi banduan yang mendapat hukuman penjara selamanya di Negeri Bulan Merah.

"Tuan... Sekarang waktu makan bagi banduan didalam penjara ini. Sila ikut kami!" Arah salah satu Tentera Merah yang mengiringi Sufi.

Sufi membalas arahan itu dengan senyuman kecil. Dia hanya menurut wataknya pada masa itu begerak diiringi dengan Tentera Merah menuju ke dewan makan. Setibanya dia di sana, bibirnya mengukir suatu senyuman yang sangat manis. Dia dapat merasakan aura sahabat yang terakhir. Apabila matanya meliar mengikuti kehendak hatinya, dia terlihat seorang pemuda berwajah tenang sedang duduk pada salah satu meja yang ada di ruangan itu. Berambut panjang berwarna putih diikat kemas dibahagian belakang kepala. Berwajah tampan dengan kulit yang putih pucat berhidung mancung dan berjambang nipis juga berwarna putih. Berbadan sasa dan tinggi yang hampir sama seperti Si Raja Petir. Dengan goresan bekas luka ke bawah yang panjang pada mata kanannya, tampan tapi sangat menakutkan dengan riak tingkahnya yang sentiasa tenang seperti Sufi.

"Tuan bebas bergerak dalam ruangan ini." Ucap tentera merah yang mengiringi Sufi.

"Terima kasih ya." Balas Sufi.

"Mmm... Kalau ada sesiapa yang menganggu tuan, katakan saja pada saya." Arah tentera itu lagi lalu bergerak pergi meninggalkan Sufi.

Sufi bergerak mendekati sahabat terakhirnya. Duduk di sebelah pemuda itu lalu mendiamkan diri seketika sambil menyilang jarinya. Mungkin perbualan yang mengasyikkan bakal tiba tidak lama lagi.

"Panjiey... Sang Taufan... Salam kenal." Ucap pemuda itu dengan suaranya yang garau memecahkan suasana yang hening seketika di antara mereka berdua.

"Mmm... Salam kenal... Sufi.. .Hantu Salju." Balas Sufi.

"Raja Petir?" Tanya Panjiey.

"Dia ada di kota ini. Memerhatikan Tiga Segi Berdarah dalam diam." Jawab Sufi.

"Isteri aku hantar kau?" Tanya Panjiey lagi.

Sufi mengangguk membenarkan pertanyaan itu.

"Kamu sedang berjuang sekarang." Balas Panjiey.

"Kau?" Tanya Sufi.

"Terpulang..." Balas Panjiey.

"Letakkan tangan kau di bahagian dada... Ikuti apa yang aku ucapkan." Arah Sufi.

Panjiey mengikuti arahan Sufi tanpa sebarang balasan.

"Dikau adalah aku. Aku adalah aku. Hitam dan Putih adalah aku. Akulah yang tidak berwarna." Bicara Sufi.

Seperti yang diarahkan Sufi, Panjiey mengikuti bicara itu. Terbitlah cahaya putih yang terang memenuhi tangannya sama seperti yang Rai dan Sufi alami usai sahaja melafazkan Mantera Tidak Berwarna: Hasyiq Qalbu. Mata-mata yang ada disitu memandang mereka berdua dengan hati yang mencerminkan kekaguman. Itulah yang Rai bicarakan, mereka bertiga adalah sahabat yang sudah ditakdirkan. Salju, Petir dan Taufan. Ketiga cahaya putih juga ditakdirkan serupa bentuknya terbit dari tangan mereka bertiga.

"Serupa..." Ucap Sufi.

"Sahabat yang ditakdirkan." Balas Panjiey.

"Apa cerita kau?" Tanya Sufi.

Kali ini, Panjiey pula yang menyilang jarinya dengan wajah yang tenang. Sungguh mereka berdua memang terbukti sahabat yang sudah ditakdirkan. Panjiey membuka bicara bersama pembukaan helaan nafas yang panjang.

"Hikayat hidup yang pahit. Lahir tanpa ibu bapa dan membesar dengan sendirinya. Unsur yang tidak berkaum. Datang di bawa aurs takdir pada siapa yang sudah ditakdirkan. Aku membesar di Tanah Pendamping Alam di suatu kampung yang tidak bernama berhampiran dengan Daerah Hala tampat duduknya Kaum Hu. Kaum yang dihancurkan oleh Kaum Amarah sejak 500 tahun yang lalu. Selepas itu mereka mengawal tanah itu dengan kebencian dan kekejian. Itulah juga yang melanda kampung aku sewaktu kecil. Dibunuh, diseksa bahkan dijadikan hamba." Luah Panjiey.

"Namun mereka tidak berjaya membunuh kau. Unsur yang tidak berkaum. Unsur angin." Sambung Sufi.

Bicara Sufi mengheningkan suasana dihiasi siulan angin yang merdu. Menenangkan para jiwa yang berada di ruangan itu.

"Aku potong separuh kepala tentera mereka menggunakan angin hinggalah datang seorang gadis yang berjaya mengalahkan dan menghentikan serangan aku. Mereka menggelarnya Puteri Ara. Dia tidak membunuh aku tapi dia meminta aku untuk pergi mencari Hantu Salju dan Raja Petir dan meminta aku menyampaikan pesannya pada Hantu Salju. Dia ingin Hantu Salju untuk mencari dirinya suatu hari nanti. Aku mencari kamu berdua darilah Tanah Ditengah Alam hinggalah ke Tanah Lautan Gelora tapi tidak jumpa. Apabila aku tiba di tanah ini, aku berjumpa dengan Esfarza. Kami berdua saling jatuh cinta sehingga aku terlupa tujuan asal Sang Taufan." Luah Panjiey lagi.

"Mmm... Arus takdir." Balas Sufi.

"Pada malam perkahwinan kami, Nephila tiba bersama dengan Lufis. Kedua mata Nephila yang terluka itu adalah disebabkan oleh pedang angin. Dia sudah buta pada masa itu bahkan kepalanya terbelah tiga. Tapi aku tidak mengetahui kelebihan sebenar Benang Hantu pada masa itu. Benang itu mampu menjahit semula organ yang terputus menjadikan pemiliknya pulih semula dari sebarang luka. Aku hanya meninggalkan bekas luka pada kedua mata penguasa itu." Sambung Panjiey lagi.

"Siapa yang membunuh Esfarza?" Tanya Sufi.

Panjiey menggenggam erat kedua penumbuknya.

"Lufis... Dia yang mengambil kesempatan itu untuk membunuh Esfarza menggunakan ular bodohnya. Lalu ular bodoh itu menghidupkan Esfarza kembali. Pada detik itulah, aku mula terikat dengan Tiga Segi Berdarah." Jawab Panjiey.

"Mmm. Kerana takut dengan kelebihan Sang Taufan yang mampu menghancurkan sebuah negeri, mereka mengunci kau di sini bersama dengan ugutan akan menghapuskan Esfarza semula." Terang Sufi.

"Aku tidak ingin dia hidup terus seperti itu. Hidup tapi sebenarnya mati. Terseksa jiwanya yang dipaksa untuk berfungsi kembali. Air mata keinginan mampu untuk menjadikan dia seperti manusia biasa. Itu yang aku inginkan. Tapi setelah lama berfikir secara mendalam di ruangan ini... Akhirnya aku tersedar, itu semua adalah arus takdir. Manusia tidak akan mengenal bangkit apabila tiadanya kisah yang menceritakan tentang kejatuhan. Kesedaran itu menghilangkan keinginan aku untuk bergantung sepenuhnya pada Air Mata Keinginan. Paling tidak pun sebelum dia pergi meninggalkan dunia ini, dia tersenyum dengan pengakhiran yang membahagiakan jiwanya. Itu sudah cukup bagi mengubati jiwa yang sedang berduka ini." Luah Panjiey.

Sufi terdiam seketika mendengar luahan Panjiey. Esfarza meminta dia untuk menyelamatkan suaminya sebelum pemuda itu tenggelam sepenuhnya di dalam gelap. Tapi apa yang Sufi lihat pada masa itu, Panjiey sudah pun menarik dirinya sendiri keluar daripada tenggelam di dalam gelap. Dia dapat melihat Panjiey adalah seorang sahabat yang sama seperti dirinya. Pasrah menanti suatu jawapan pada penghujung arusnya takdir yang berjalan.

"Jadi... Apa rancangan kau?" Tanya Sufi.

Panjiey tersenyum kecil mendengar pertanyaan itu.

"Aku ikut apa rancangan kau kerana aku dapat rasakan. Otak kau bijak. Kan ketua." Balas Panjiey.

"Macam mana kau tahu aku ketua?" Tanya Sufi dalam gelak kecilnya.

"Kalau Raja Petir unsur terkuat itu pun mengikuti arahan kau... Maksudnya antara sahabat yang sudah ditakdirkan kau yang paling bijak. Paling bijak lah yang akan jadi ketua." Jawab Panjiey.

Mereka berpandangan muka dalam beberapa detik. Tanpa gurauan dan bicara, mereka tergelak secara tiba-tiba. Terlihat jelas arus takdir yang menetapkan mereka berdua adalah suatu perhubungan yang sudah ditakdirkan. Tanpa bahan mereka berdua mampu terhibur hanya dengan berpandangan muka.

*****

Bergilirlah waktu dari siang berubah ke malam. Tepat waktu menunjukkan pukul 12 malam, Luft yang mendapat maklumat daripada Ulya berjumpa dengan Sufi melalui bayangan Kotak Hitam yang mereka berdua kongsi bersama.

"Ketua" Panggil Luft yang muncul daripada bayangan Sufi.

"Mmm. Luft." Jawab Sufi.

"Hmmm. Busuk tempat ini." Keluh Luft.

"Radyah dapat maklumat Negeri ini menjual organ dalaman manusia pada Negeri Padi Emas. Ianya merupakan keuntungan terbesar negeri ini. Jual beli itu pula berlaku di sempadan antara dua negeri iaitu Kg Kabus yang terletak di Daerah Khyt. Anggota yang lain menunggu arahan kau di Kedai Khamar." Terang Luft lagi.

"Mmm... Kejap." Pinta Sufi.

Pemuda tenang itu mula menyilang jarinya. Tingkah itu merupakan tabiat baginya sebelum memulakan suatu keputusan yang menentukan hala tuju rancangan mereka.

"Ketua..."Paggil Luft lagi.

"Sabar..." Balas Sufi.

Dalam beberapa minit berfikir secara mendalam, akhirnya keputusan berjaya disimpulkan.

"Minta Rai bawa Radyah pergi ke kampung Kabus esok. Kau ikut sekali dalam bayangan Radyah. Kau dan Rai musnahkan semua tentera mereka yang ada di sana dan sisakan seorang tentera. Penduduk kampung di sana pasti ramai yang terluka dan terseksa. Minta Radyah rawat mereka menggunakan Ilmu Syifa'." Arah Sufi.

"Seorang tentera?" Tanya Luft.

"Sebelum kau dan Rai menyerang, sembunyikan Radyah. Biarkan Rai membunuh terang-terangan dan kau pula membunuh secara senyap. Pastikan tentera yang kamu berdua sisakan tidak tahu tentang kehadiran kau dan Radyah. Cukup dia tahu cuma Rai yang berada di sana. Katakan pada tentera yang tersisa itu, sampaikan pesan Raja Petir pada Livis. Raja Petir ingin bertarung dengan dia di Kampung Kabut. Mereka akan menyangka, Raja Petir berseorangan. Kemungkinan, mereka akan membawa separuh daripada tentera di negeri ini termasuk bawahannya dan Kenji. Dengan adanya kau, Rai dan Kenji, aku yakin Livis dan bawahannya akan tewas di kampung itu." Balas Sufi.

"Fuh... Penyingkiran. Bukannya kita singkirkan Esfarza dulu?" Tanya Luft lagi.

"Kita singkirkan Penguasa Perang supaya kita tidak perlu risau dengan jumlah tentera mereka. Suami Esfarza adalah Sang Taufan sahabat yang ditakdirkan dengan Hantu Salju sama seperti Raja Petir. Dia sudah menjadi anggota Hiyar Ayil dan ianya menunjukkan Esfarza sudah pun menjadi milik kita. Kita sudah singkirkan dia lebih awal daripada Penguasa Perang." Jawab Sufi.

Luft menepuk tangan meraikan kejayaan tersebut.

"Dalam masa terdekat, Dewan Pemerintah akan bergoncangan kerana Nephila dan Esfarza pasti akan bertengkar. Minta Sofea perhatikan dewan itu untuk memastikan puncanya. Tekaan aku, mereka bertengkar disebabkan Lily. Setelah kau dan Rai menyelesaikan Livis, Kau cari Ezyr. Tanya dia bagaimana mereka melakukan kerja keji Lufis menculik penduduk di kota ini. Ada sesuatu yang aku ingin pastikan sebelum memusnahkan Penguasa seterusnya." Arah Sufi lagi.

"Maksudnya... Selepas kita musnahkan Penguasa Perang, kita musnahkan Penguasa Serpihan Kitab Majnun. Kan." Soal Luft.

Sufi mengangguk membenarkan persoalan Luft.

"Datang berjumpa dengan aku semula sekiranya semua yang aku rancang tadi berjaya. Jangan datang dengan maklumat yang terpisah. Susah aku simpulkan menjadi rancangan yang seterusnya." Pinta Sufi.

"Mmm... Baik." Balas Luft lalu masuk semula dalam bayang Sufi.

*****

Pada malam yang sama di kedai Khamar. Anggota Hiyar Ayil sudah pun berkumpul menantikan arahan daripada Sufi. Luft keluar semula pada bayangan asalnya yang terletak pada bayangan milik Sofea.

"Luft..." Panggil Sofea.

"Apa arahan Sufi?" Tanya Rai.

Luft mencapai salah satu kerusi yang ada diruangan itu.

"Rai... Radyah... Sufi arahkan kita untuk memusnahkan Tentera Merah yang mengawal sempadan urus niaga yang ada di Kampung Kabut pada esok hari. Dari tempat itu, kita akan memancing Livis keluar daripada kota ini bersama dengan bawahan mereka lalu meneruskan penyingkiran Penguasa Perang di sana. Sofea akan memerhatikan dewan Pemerintah mulai esok. Kata Sufi, Dewan itu akan bergoncangan dalam masa terdekat." Jawab Luft.

"Kenapa Radyah ikut sekali?" Tanya Radyah.

"Kata Sufi, kemungkinan penduduk di sana ramai yang terluka dan terseksa. Kita perlukan pengamal ilmu Syifa' untuk merawat mereka." Terang Luft lagi.

Radyah mengangguk sebagai tanda faham tentang arahan itu.

"Macam mana kita mahu mengumpan Livis ke sana?" Tanya Rai.

"Kita akan sisakan seorang tentera untuk menyampaikan Pesan Raja Petir ingin menentang Livis. Aku akan membantu kau nanti di balik bayangan agar mereka tidak tahu tentang kehadiran aku. Kita juga akan menyembunyikan Radyah terlebih dahulu sebelum memulakan serangan. Jika Livis mengetahui hanya kau yang berada di sana, dia hanya akan membawa bawahannya termasuk Kenji. Dia pasti yakin akan mampu membunuh kau kerana kau berseorangan. Keyakinan itulah yang akan membunuh dirinya sendiri." Jawab Luft.

"Akhirnya... Masa untuk melubangkan jantung." Balas Rai dengan senyuman manis dibibirnya.

"Esfarza?" Tanya Abang Rahman.

"Kita sudah berjaya menguasai Esfarza. Sang Taufan adalah sahabat yang sudah ditakdirkan untuk Hantu Salju sama seperti Raja Petir dan Sufi sudah pun memasukkan Sang Taufan ke dalam Hiyar Awil." Jawab Luft.

"Sang Taufan..." Ucap Sofea.

"Gila..." Balas Abang Rahman.

"Mmm. Rupanya suami Esfarza adalah sahabat kami yang sudah ditakdirkan. Lengkap." Ucap Rai.

"Sang Taufan? Lengkap?" Tanya Daem.

"Lagenda Tiga Putaran Bencana." Jawab Luft.

"Sahabat yang sudah ditakdirkan menjadi bencana. Petir, Taufan dan Salju. Unsur yang ada pada suatu bencana alam yang paling berbahaya didunia ini. Tiga Putaran Bencana." Sambung Abang Rahman.

"Hebatnya Abang Sufi." Puji Radyah.

"Memang tidak dapat dinafikan lagi kebijakan Sufi. Kita sudah menang meski belum merampas kota sepenuhnya. Sang Taufan juga antara tunggal terkuat di dunia. Sekarang, kita ada lima Tunggal terkuat di dunia." Puji Sofea.

"Siap sedia Rai... Radyah... Esok subuh kita akan gerak. Jangan lupa Sofea. Kita mesti memastikan Dewan Pemerintah bergoncangan. Selepas Livis, kita akan singkirkan Lufis." Arah Luft.

"Satu per satu tanpa mereka sedar." Balas Sofea.

"Mmm... Aku sudah sedia." Jawab Rai.

Mereka berpandangan muka dengan suatu keterujaan. Tidak mereka menyangka ketua mereka sudah mengarahkan suatu perancangan penyingkiran yang sangat bijak. Setelah satu musnah, satu lagi bakal menyusul. Begitulah seterusnya hingga kota itu menjadi milik mereka.

*****

Suatu suasana pagi dihiasi dengan mendung di Kampung Kabus yang menjadi sempadan di antara Negeri Bulan Merah dan Negeri Padi Emas. Rai, Radyah dan Luft tiba di sebuah hutan kecil yang mengelilingi kampung tersebut menggunakan petir milik Rai. Mereka menyembunyikan Radyah dan memerhatikan suasana kampung itu dalam diam sebelum menukarkan suasananya menjadi kematian para Tentera Merah. Dari persembunyian mereka, terlihat seramai 50 orang Tentera Merah siap dengan kelengkapan perang sedang menyiksa penduduk kampung bahkan ada juga tentera yang menarik gadis-gadis kampung itu ke dalam salah satu kemah tentera. Gadis-gadis itu meraung kesakitan terdengar dari teriakan mereka yang menghayat hati.

"Bodoh jadi manusia." Marah Radyah yang sudahpun mengalirkan air mata terkesan dengan raungan kesakitan gadis-gadis itu.

"Mari Luft. Gadis-gadis itu dirogol. Kita masih sempat menyelamatkan mereka." Ajak Rai dengan nada yang semakin tegang.

Luft hanya diam memerhatikan dengan jelas setiap bentuk tubuh dan bayangan milik Tentera Merah yang ada diluar kemah. Setelah hatinya berpuas hati, dia menggabungkan jari-jemarinya pada kedua tangan dihadapan.

"Kau selamat kan yang gadis-gadis yang ada di dalam kemah itu. Ada 10 orang tentera yang tersisa merogol gadis-gadis itu. 40 orang yang tersisa di luar serahkan pada aku. Aku bunuh mereka dalam sekelip mata. Jangan lupa! Sisakan seorang." Arah Luft.

Rai yang sudah pun dikelilingi dengan auranya yang berubah menjadi petir mengangguk membenarkan arahan Luft.

"Bangun harimau... Bangun... Waktunya sudah tiba... Bangun harimau... Bangun... Lepaskan nafsu membunuhmu yang terantai didalam jiwaku." Bicara Luft melafazakan Mantera Mata-Mata Bayangan: Nimruwad.

"Zettt!" Rai hilang sekelip mata menuju ke kemah tentera bersama dengan petirnya.

Setibanya Rai di kemah itu, kedua matanya menyaksikan gadis-gadis itu dirogol, dipermainkan bahkan diseksa seperti seekor haiwan. Kebencian dan kemarahan meletus pada jiwa Rai hingga salah satu tentera menyedari kehadirannya auranya yang bergetar semakin kencang.

"Ra... Raja Petir." Ucap tentera itu.

"Abang... Tolong kami..." Pinta salah satu gadis yang diseksa.

Tentera yang lain menghentikan tingkah mereka lalu memandang ke arah Rai. Wajah kegembiraan yang keji kini berubah menjadi ketakutan. Melihat seorang Raja Petir dengan muka yang sangat tegang memaksa kedua kaki mereka untuk lari. Namun kedua kaki kaku dikuasai dengan keresahan.

"Kerana kamu bangga dengan pekerjaan seperti ini. Aku sebagai Raja Petir menghadiahkan kamu jurus petir yang jarang sekali aku gunakan." Marah Rai dalam renungan tajamnya pada setiap tentera.

"Bu... Bunuh dia..." Arah salah satu tentera.

Usai arahan itu, kaki mereka tetap sahaja mendiamkan diri bersama keringat yang semakin deras mengalir membasahi tubuh.

"Panah Petir: Sembilan Panah." Bicara Rai.

Rai menarik lalu menahan nafasnya. Dalam keadaan itu, dia mengarahkan tangan kanan pada jantung Tentera Merah yang berada dihadapannya bersama jari yang tersusun rapi. Seluruh petir pada tubuhnya bergerak memenuhi tangan kanannya membentuk sebuah panah petir yang besar. Tentera yang berada di bahagian kanan Rai mula mengorak langkah untuk lari namun...

"Zettt! Zettt! Zettt! Zettt! Zettt! Zettt! Zettt! Zettt! Zettt!" Rai bergerak umpama petir dalam sekelip mata melubangkan jantung kesembilan tentera tanpa sempat setiap dari mereka melarikan diri.

"Fuuuhhhh..." Rai menghembus panjang nafasnya yang di tahan.

Tentera yang tersisa adalah tentera yang Rai arahkan tangan kanannya sebelum dia membunuh kesembilan tentera yang lain. Tentera itu terus kaku melihat rakan-rakannya yang lain rebah begitu sahaja mati dalam sekelip mata.

"Kau beruntung... Hanya Sembilan Panah Petir yang mampu aku gunakan dalam sekelip mata. Pulang ke kota. Katakan pada Livis, aku ingin bertarung dengan dia di kampung ini. Aku seorang diri akan melubangkan jantungnya. Pulang!" Teriak Rai.

Tentera itu berlari keluar daripada kemah menuju ke kota tanpa menghiraukan tentera lain yang tersisa di bahagian luar kemah. 40 tentera yang tersisa lagi tergamam seketika melihat tingkah rakan mereka yang berubah secara tiba-tiba. Mereka bergerak mendekati kemah tersebut untuk mencari tahu puncanya namun...

"Ngaarrghh." Muncul harimau kumbang yang berbentuk bayangan pada setiap daripada bayangan mereka.

"Lari!" Teriak kapten bagi 40 tentera itu.

Mereka mampu membuka langkah untuk lari. Tapi pada setiap langkah yang mereka ukir, tubuh mereka digigit, diputuskan bahkan dikoyak-koyak oleh harimau kumbang dari bayangan masing-masing. Luft dari kejauhan tersenyum melihat tingkah harimaunya.

"Lapar..." Ucap Luft dengan senyuman yang menyeramkan.

"Banyaknya harimau kau Luft." Puji Radyah.

"Terhad sebanyak 50 ekor. Sesudah mereka keluar daripada bayangan, mereka hanya akan masuk semula pada bayangan aku. Pergilah ke kampung itu dan rawat gadis-gadis yang diseksa tadi bersama dengan penduduk kampung yang lain. Aku tidak boleh berganjak selagi harimau ini masih makan." Arah Luft.

"Mmm. Seramnya." Balas Radyah dengan nada suaranya yang bergetar-getar.

Setengah jam berlangsung, 40 tentera itu akhirnya damai dengan kematian tubuh mereka yang koyak umpama daging yang dipotong kecil. Radyah terus merawat penduduk kampung termasuk gadis-gadis yang dirogol oleh Tentera Merah. Rai pula membantu penduduk kampung yang terluka bahkan ada yang tangan dan kakinya putus diseksa oleh Tentera Merah. Sungguh menghayat hati melihat wajah-wajah mereka yang begitu gembira meilhat kehadiran anggota Hiyar Ayil di tempat itu untuk menyelamatkan mereka.

"Terima kasih ya. Terlalu lama kami menderita. Akhirnya mampu kami bernafas dengan baik tanpa sebarang penyeksaan..." Ucap salah satu penduduk berumur 60-an yang tidak henti mengalirkan air mata.

"Jangan risau. Aku Raja Petir. Tentera itu sentuh kamu lagi, petir aku sentuh jantung mereka." Balas Rai lalu tergelak kuat dengan bangganya.

Penduduk yang mendengar bicara Rai tersenyum manis melihat suatu sinar yang mampu melindungi mereka dari penyeksaan. Namun di jiwa, berdebar juga rentaknya terkesan dengan ucapan si raja gila itu.

"Terima kasih kak comel... Kerana... sanggup menyelamatkan kami." Ucap salah satu gadis yang menjadi mangsa rogol Tentera Merah.

"Jangan risau ya dik... Mereka tidak akan mampu menyentuh lagi penduduk kampung ini." Pujuk Radyah dengan senyuman kecil.

Gadis-gadis itu mengangguk bersama senyuman kegembiraan dibibir mereka.

"Berulang kali mereka rogol kami kak... Berganti-ganti tentera. Yang tetap... cumalah kami... Mangsa nafsu serakah mereka. Terima kasih ya kak. Terima kasih sangat sangat." Luah gadis itu lalu bergerak memeluk Radyah seerat mungkin.

Gadis-gadis yang lain turut mengikuti tingkah itu. Memeluk Radyah untuk melepaskan bebanan jiwa mereka yang sering menjadi mangsa pelepas nafsu serakah Tentera Merah. Kesakitan itu memaksa air mata mereka untuk mengalir bahkan Radyah turut mengikuti rentaknya. Jiwanya turut merasakan betapa sakitnya menjadi wanita yang dirogol, diseksa dan dipermainkan seperti haiwan.

"Rai." Panggil Luft.

Rai memandang ke arah Luft lalu mendekati pemuda itu.

"Aku rasa... Livis akan tiba dalam masa lima hari lagi. Kita bantu Radyah menyembuhkan luka-luka penduduk kampung ini selepas itu kita sembunyikan mereka di dalam hutan. Biarkan kampung ini bersih. Mudah kita bergerak bebas untuk menghancurkan Livis." Arah Luft.

Mendengar arahan Luft membuatkan bibir si Raja Petir mengukir senyuman kegembiraan. Sungguh dia menyukai kebebasan untuk melubangkan jantung para musuhnya. Berlalulah masa bersama dengan kejayaan pertama di kampung itu sebelum mencapai kejayaan yang seterusnya. Kejayaan yang ketua mereka sendiri pun yakin Si Raja Petir, Si Api Abadi dan Si Pembunuh Bayangan mampu untuk meraihnya. Pancingan dan umpanan. Sungguh mainan rancangan yang si rahsia dibalik rahsia sudah aturkan dengan rapi dan terperinci.