Chereads / Ulfun Ain / Chapter 15 - Bab 15 - Livis

Chapter 15 - Bab 15 - Livis

Hari ke-16 bulan kelima tahun 1000 Ulfun Ain - Livis tiba di kampung Kabus bersama dengan bawahannya untuk memusnahkan Raja Petir. Pada suasana di malam hari yang dihiasi dengan mendung berbaur petir. Kehadiran Livis dan bawahannya di sambut tenang si Raja Petir di gerbang kampung. Dari kejauhan itu, Rai dapat melihat Kenji yang berada di bahagian belakang kumpulan Tentera Merah menunjukkan jari telunjuknya ke arah Livis.

"Aku punya..." Ucap Kenji tanpa suara.

Rai tersenyum kecil membalas permintaan dari Kenji tersebut.

"Raja Petir!" Teriak Livis memecahkan suasana yang hening seketika.

"Jangan teriak... Aku dengar. Sebelum kau mati... Boleh kita berkenalan?" Tanya Rai.

Livis mengangkat tangan kanannya.

"Tahan..." Arah Livis pada tenteranya.

"Kau yakin kau boleh menang seorang diri?" Tanya Livis semula.

Rai bergerak mendekati kedudukan Livis dan tenteranya.

"Aku Raja Petir. Tiada unsur yang mampu menghalang petir aku dari memotong sesuatu. Gema kau boleh buat apa dengan aku." Sindir Rai dengan sengihan kecil dibibirnya.

"Gema Seirigala Merah bukannya sekadar gema. Setiap manusia yang berubah menjadi serigala jadian akan memiliki kelebihan masing-masing berdasarkan unsur asalnya. Aku mampu mengawal gema daripada melukakan tentera aku. Ianya hanya akan memusnahkan kau seorang diri." Balas Livis dengan senyumannya yang menyeramkan.

"Zettt!!! Rai hilang sekelip mata bersama petirnya usai sahaja bicara Livis.

"Tsukkk!!!" Rai menusuk tangan kanannya ke dalam jantung Tex yang berada di hujung kanan bahagian belakang Livis.

"Lambat." Ejek Rai.

Situasi sekelip mata itu mengunci kedua kaki Livis dan tenteranya untuk seketika. Pome yang ada disebelah Tex kaku tanpa suara melihat Rai yang terus memandang ke dalam mata Tex menikmati hembusan nafas terakhir dari musuhnya itu.

"Serang!!!" Teriak Livis memecahkan belenggu ketakutan yang merantai kedua kaki tentera-tenteranya.

"Bumm!!!" Sepantas kilat juga Rai terbang ke dalam mendung bersama dengan petirnya.

Tentera Livis mula bertukar menjadi serigala hitam termasuk bawahannya sekali. Dalam kekalutan itu, Livis dengan pantas berubah menjadi serigala berwarna merah yang berukuran hampir sama seperti Mong Si Serigala Besar.

"Aaauuuggghhh!!!" Nyalakan para serigala jadian menyeru perang menentang si Raja Petir.

"Bummm!!!" Rai muncul di hadapan salah satu Mu'un hitam.

"Diam." Arah Rai.

Mu'un hitam yang terkejut dengan kehadiran Rai itu bertindak tangkas menyerang Rai menggunakan tangan kanannya yang berkuku tajam.

"Zet!!!Tsukkk!!!" Rai hilang bersama petirnya lalu menusuk jantung Mu'un tersebut dalam sekelip mata.

"Kan... Lambat kan." Ejek Rai lagi.

Dengan sadisnya situasi pengakhiran itu, Mu'un itu jatuh menghempap ke bumi tanpa sempat berbicara sesuatu. Situasi menyeramkan itu memaksa kedua kaki Mu'un-Mu'un yang lain kaku semula mengunci mulut mereka sendiri termasuklah bawahan-bawahan Livis yang dikatakan berkelebihan menjadi serigala jadian.

"Lindungi aku!" Arah Livis.

Mu'un-Mu'un hitam yang tersisa dan bawahan Livis mula mengelilingi dirinya dengan pantas termasuk Kenji yang berada di bahagian kanannya. Dalam kekalutan itu juga, Livis mula mengeluarkan auranya yang berwarna merah sambil menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Kau yang sambung menyambung... Bermain gendang diatas langit... Kau yang sambung menyambung... Bermain gendang di atas bumi." Bicara Rai melafazkan Mantera Petir: Sahham.

"Bummm!!!" Lima panah petir menyambar ke jantung Mu'un-Mu'un hitam secara rawak.

"Serang!!! Petir dari Mantera Sahham itu menyambar secara rawak. Aku sempat membunuh dia sebelum dia sempat menggunakan jurus petir yang seterusnya." Teriak Livis.

"Aaauuuggghhh!!!" Nyalak Livis dengan nyaringnya mengeluarkan gema-gema yang berwarna merah terang.

Dengan kelajuan bunyi yang meruju masuk ke telinga Rai lalu menggenggam jantung, kakinya dipaksa untuk melutut dengan kedua tangan menutup telinga. Bawahan Livis mula menyerang Rai dari setiap arah berlari menggunakan tangan dan kaki mereka dengan senyuman yang menyeramkan. Kenji tetap berada di sebelah Livis menanti masanya untuk beraksi.

"Ngaaauurrrggghh." 5 ekor harimau kumbang berbentuk bayang keluar daripada bayangan Pome dan Mong.

Pome yang melihat bayangannya mula mengeluarkan harimau kumbang berhenti daripada mendekati Rai.

"Aauugghh!" Nyalak Pome dengan kedua matanya memandang tepat ke dalam kedua mata harimau kumbang yang berada dihadapannya.

Pome cuba menghentikan tindakan harimau kumbang yang bermata merah itu dengan kelebihan pukau miliknya manakala Mong pula menggunakan tubuhnya yang keras untuk menangkis setiap serangan daripada harimau kumbang yang muncul dari bayangan miliknya. Mu'un-Mu'un yang lain terhenti untuk ke sekian kali apabila melihat kekalutan Pome dan Mong bertarung dengan harimau bayangan tersebut. Mereka menukar langkah untuk membantu kedua bawahan Livis itu tanpa menghiraukan Rai. Dalam beberepa detik yang berlalu, salah seekor harimau kumbang milik bayangan Mong berlari pantas kebahagian belakang Pome tanpa dia sedari.

"Takkk!!!" Luft berganti posisi dengan harimau kumbang itu.

Pemilik Tunggal Mata-Mata Bayangan itu merenung tajam bahagian jantung Pome dengan senyuman yang menyeramkan.

"Tsukkk!" Luft menusuk jantung Pome menggunakan samurainya sehingga menyebabkan serigala betina itu berhenti menyalak.

Luft dengan pantas menarik semula pedangnya meninggalkan lubang tusukan pada jantung Pome.

"Singgg!" Luft memotong halus leher Pome sehingga tepisah kepala dan tubuh serigala betina itu.

Kepala Pome jatuh bergolek di tanah diiringi dengan tubuhnya yang lembut menghempap ke bumi. Livis yang menyedari Pome sudahpun ditewaskan mengawal gemanya untuk memecahkan jantung Luft tanpa menghiraukan Rai. Namun belum sempat beberapa detik berlangsung pergerakannya itu...

"Tinju Api:" Bicara Kenji sambil meletakkan penumbuknya tepat pada bahagian tepi kepala Livis.

"Pusaran Api" Sambung Kenji.

Dengan jarak tiga hasta diantara Kenji dan Livis, terbit pusaran api daripada penumbuk Kenji berpusar kencang membakar sepenuhnya kepala Livis sehingga terhenti serigala itu daripada mengeluarkan kelebihannya. Panas dan bahang yang terbit dari pusaran api itu menghanguskan kepala Livis dalam beberapa minit lalu mengubah kepala Serigala Merah itu menjadi debu hitam yang perlahan-lahan hilang beterbangan di udara. Suasana yang hening menerpa seketika dengan mata-mata yang memandang ke arah Si Api Abadi dan Si Serigala Merah Tanpa Kepala.

"Hina..." Ejek Kenji.

"Pembelot!!!" Teriak Mong.

Mu'un-Mu'un hitam yang tersisa hampir seratus lebih itu terus terdiam kaku untuk kesekian kalinya. Mereka menanti arahan, namun apa kan daya, tiada siapa lagi yang mampu memberi arahan kepada mereka dalam situasi itu. Dalam kekalutan itu juga, mereka tidak menyedari si Raja Petir sudahpun berdiri mengarahkan tangan kanannya dengan jari yang tersusun rapi ke arah jantung Mong dengan auranya yang berubah menjadi petir dalam beberapa detik.

"Panah Petir: Sembilan Panah." Bicara Rai dengan kedua telinganya yang mula mengalirkan darah terkesan dari gema milik Livis.

Mong memalingkan wajahnya ke arah Rai dengan pantas.

"Zettt!!!" Rai hilang sekelip mata lalu mencul dihadapan Mong juga dalam sekelip mata.

Mong merenung ke dalam mata Rai dengan kejutan jiwa yang sangat mendalam. Jiwanya dapat merasakan, tiada apa yang dia perlu lakukan selain daripada menerima suatu kematian yang sangat mengerikan.

"Tsukkk!Tsukkk!Tsukkk!Tsukkk!Tsukkk!Tsukkk!..." Dari jantung kebahagian kanan dada. Dari bahagian kanan dada ke bahagian tengah dada. Dari tengah ke bahagian perut. Dari perut ke tangan kanan lalu ke tangan kiri.

Enam lubang pada enam bahagian tubuh Mong menjadi perhiasan kepada kematiannya.

"Tsukkk!Tsukkk!" Menyambung pula sekelip mata dari tengah paha kiri ke tengah paha kanan.

Dua lubang lagi tercipta sebagai tambahan kepada perhiasan itu.

"Mati..." Ucap Rai dengan senyuman yang menyeramkan.

"Tsukkk!!!" Panah petir kesembilan tepat menusuk ketengah bahagian kepala Mong tembus hingga kebahagian belakang kepala.

Sembilan lubang dengan bentuk tangan kanan Rai menusuk bersih ke dalam sembilan bahagian tubuh serigala besar itu. Menusuk, melompat bahkan bergerak semuanya berlaku sepantas petir yang menyambar ke bumi. Sekeras apa pun tubuh Mong, tiada unsur yang mampu menghalang petir daripada memotong sesuatu. Kematian dengan perhiasan sembilan lubang pada tubuhnya itulah yang menjadi bukti bagi kata-kata Si Raja Petir itu.

"Mmm.... Bilangan yang ramai pun tidak berguna kalau tiada yang memberikan arahan." Sindir Luft.

"Harimau... Lain kali kau buat kerja laju sikit. Sakit telinga aku mendengar anjing-anjing ini menyalak." Marah Rai.

"Kuat juga gema dia. Apa kita mahu buat dengan Mu'un yang lain?" Tanya Kenji sambil bergerak mendekati Rai dan Luft.

"Anjing-anjing yang tersisa ini tidak berbahaya. Kita ikut sepertimana cara Sufi. Kalau mereka ingin memberi kerjasama, kita selamatkan. Kalau tidak... Kita hancurkan." Jawab Luft.

"Tentera Merah." Panggil Kenji.

Mu'un-Mu'un itu memandang ke arah Kenji kaku dengan akal yang tidak mahu untuk berfungsi.

"Kalau kamu ingin menentang kami bertiga. Persilakan. Kalau tidak... Berubah semula jadi manusia. Selepas itu duduk dalam satu bulatan. Sedar kedudukan kamu sekarang. Kamu semua itu tawanan perang." Arah Kenji.

"Kalau kamu tidak ingin... Aku buatkan kamu semua ingin." Ugut Rai dengan tubuhnya yang masih dibaluti dengan petir.

Bicara mereka berdua menambahkan lagi ketakutan yang sangat mendalam di dalam jiwa, Mu'un-Mu'un itu hanya menurut tanpa banyak persoalan dari bicara. Mereka mula dibaluti cahaya hitam yang mengubah tubuh mereka menjadi manusia semula lalu duduk berkumpul membentuk sebuah bulatan manakala ketiga insan terkuat didunia itu pula menghampiri kedudukan mereka.

"Maafkan kami... Kami tidak berniat membunuh sesiapa. Tolong... Jangan bunuh kami. Kami ada anak dan bini di rumah yang perlu di beri makan." Rayu salah seorang Tentera Merah bersama air mata yang mula mengalir.

Tentera Merah yang lain mengangguk membenarkan ucapan rakan mereka itu.

"Boleh saya berbicara..." Pinta salah seorang tentera berumur 20-an.

Seorang pemuda tampan berkulit putih berambut panjang paras bahu berwarna hitam gelap dengan bola matanya yang turut berwarna hitam gelap. Dengan matanya berbentuk bulat dengan senyuman kecil yang sentiasa terukir, ketenangan pemuda itu hampir sama seperti Sufi.

"Kaum Hu... Teruskan." Balas Luft.

"Air?" Soal Kenji.

"Mmm... Mungkin." Balas Luft.

Rai dan Kenji memandang ke arah Luft dengan persoalan pada bicaranya.

"Sebenarnya kami terikat menjadi Tentera Merah. Kami tahu tangan-tangan ini sudah banyak membunuh nyawa-nyawa yang tidak berdosa. Tapi... Kami semua dipaksa untuk menjadi tentera. Kalau di beri peluang membersihkan kekotoran yang kami sudah mulakan. Kami sanggup melakukan apa sahaja. Tapi kiranya dosa kami ini tidak terampunkan... Bunuh lah aku tapi jangan bunuh tentera yang lain. Aku hidup seorang diri namun mereka ini ada anak dan isteri. Mereka masih ada tanggungjawab yang perlu mereka lakukan. Aku sanggup membayar peluang kedua bagi mereka dengan nyawa aku sendiri." Luah tentera itu dengan wajahnya yang ditundukkan.

Luft mendekati pemuda itu lalu duduk mencangkung dihadapannya.

"Angkat muka kau." Arah Luft.

Pemuda itu mengangkat wajahnya memandang ke arah Luft dengan riak yang tenang. Pasrah terbit pada jiwanya atas balasan pada dosa-dosa silam yang terpaksa dia lakukan.

"Siapa nama kau?" Tanya Luft.

Tentera muda itu mengukir senyuman kecil.

"Aryan..." Jawab tentera itu.

"Macam mana kau boleh sesat di negeri ini? Kau dari Kaum Hu kan?" Tanya Luft lagi.

Kenji dan Rai mendekati pemuda itu. Daripada pertanyaan Luft itu mereka tersedar, pemuda itu hampir sama wajah dan tingkahnya seperti Rayyan dan Sufi.

"Mmm... Kalau ikutkan rupa. Bola mata dan rambutnya hampir sama seperti hantu itu." Sokong Rai.

"Bicaranya juga sama seperti Sufi. Mengusik jiwa." Puji Kenji.

Aryan mengembus nafas lalu menyilang jarinya sama seperti yang Sufi sering lakukan.

"Kehadiran aku di tanah ini sama seperti tujuan Kaum Hu yang lain. Mencari tempat untuk berlindung di kampung Tamsa dalam daerah ini. Namun kampung itu di hancurkan oleh Tiga Segi Berdarah. Semua pemuda yang bertubuh sihat diubah menjadi Mu'un manakala penduduk yang lain diseksa, dibunuh bahkan anak-anak gadis dirogol tanpa belas kasihan. Aku ingin membantu mereka... Namun... Setiap daripada kami dituang dengan sebotol darah yang berukuran kecil. Ianya meresap kedalam tubuh dan mengawal tingkah kami untuk memakan jantung-jatung penduduk kampung yang mereka bunuh. Pada masa itu jugalah pemujaan berlaku." Luah Aryan.

"Mmm... Pada masa itu juga kamu semua terikat dengan Tiga Segi Berdarah. Dikawal." Sambung Rai.

"Darah?" Soal Luft.

"Ada seseorang yang menggunakan unsur darah dalam golongan mereka. Ianya insan Tunggal. Suatu kelebihan yang mampu mengawal tubuh badan seseorang menggunakan darah." Jawab Aryan.

"Unsur darah hanya dimiliki oleh Kaum Hu. Lufis menggunakan unsur itu. Tapi... Adakah dia seorang Tunggal?" Soal Kenji.

"Huh... Mengelirukan. Esfarza hanya katakan yang dia melakukan pemujaan. Kata Sufi pula, isterinya itu adalah pemujaan yang hidup kembali menjadi seekor ular berdarah. Tapi dia tiada mengatakan tentang Lufis itu adalah seorang Tunggal." Balas Luft.

Rai menggeleng kepalanya dengan persoalan yang mengelirukan itu. Seperti lumrah akalnya, dia tidak suka bermain teka-teki.

"Kita simpan maklumat ini. Hanya hantu itu yang mampu merungkai maklumat ini menjadi jawapan. Sekarang kita mahu buat apa dengan Aryan dan tentera yang lain?" Soal Rai.

"Entah... Kita simpan Aryan terlebih dahulu. Kita tunggu keputusan daripada ketua. Buat masa ini aku ada rancangan untuk mereka." Jawab Luft.

Usai bicara Luft, dia bergerak menghadap keseluruhan tentera yang berkumpul membentuk bulatan lalu mengarahkan jari telunjuknya ke arah Aryan.

"Dengar!" Teriak Luft.

"Pemuda ini akan menjadi ketua kamu semua. Aryan... Kampung ini merupakan sempadan antara dua negeri. Apabila pedagang dari Negeri Padi Emas datang. Katakan pada mereka yang Negeri Bulan Merah tidak lagi menjual organ dalaman. Kalau mereka cuba menyerang. Musnahkan. Jangan takut untuk berperang demi kebaikan. Biar nyawa terkorban asalkan sempat kita bersihkan tangan-tangan kita yang sudah kita kotori. Inilah langkah pertama bagi kamu semua. Lindungi penduduk-penduduk kampung." Arah Luft.

"Penduduk?" Soal Aryan.

Rai memalingkan wajahnya ke arah hutan tebal yang di sekitar mereka.

"Gadis comel!!!" Teriak Rai.

Radyah yang bersembunyi bersama dengan penduduk kampung yang lain keluar daripada kawasan hutan menuju ke arah mereka. Apabila semakin hampir, Aryan yang melihat Radyah bergerak medekati Rai merenung wajah gadis itu sedalam-dalamnya.

"Kakak.... Dari Kaum Hu?" Soal Aryan.

Radyah memandang wajah Aryan. Dia melihat wajah yang hampir sama seperti Sufi dan Rayyan.

"Adik...." Soal Radyah semula.

"Mmm... Tidak sangka dapat berjumpa dengan saudara sekaum di tempat yang keji ini. Kakak comel boleh panggil saya Aryan." Jawab Aryan.

"Tidak sangka... Nama kakak Radyah." Balas Radyah.

"Wuuu... Perkenalan antara kaum yang mengharukan. Bak kata pepatah. Hanya jauhari yang mengenal manikam." Sindir Rai.

Radyah memandang wajah Rai dengan dahi yang dikerutkan.

"Susah mahu cari Kaum Hu. Kira beruntung kalau jumpa. Hmmm..." Balas Radyah bersama sengihan kecil pada wajah comelnya.

"Mmm... Jangan terkejut sangat pemuda. Nanti aku bawa kau jumpa Kaum Hu yang lain. Kesian aku tengok kau. Hidup sendirian mungkin." Sindir Luft.

"Luft. Aku kena buat apa?" Tanya Kenji.

"Aku, Rai dan Radyah pulang ke kota terlebih dahulu. Kau jaga mereka disini. Biarkan mereka menganggap kau pun sudah terkorban bersama dengan Livis." Arah Luft.

"Baik. Kadang-kadang... Otak kau bijak juga kan." Puji Kenji.

Mereka tergelak mendengar pujian Kenji yang berbaur sindiran itu. Seperti yang dirancang, penyingkiran Penguasa Perang sudahpun berjaya. Luft masuk ke dalam bayangan Radyah dan pulang ke kedai Khamar bersama dengan Petir milik Rai membawa maklumat yang terselit berbagai persoalan.

"Bummm!!!" Rai tiba bersama dengan Radyah di Kedai Khamar.

Apabila mereka memasuki kedai tersebut, Abang Rahman dan Ezyr sedang berbincang mengenai Lufis.

"Ezyr... Bagus. Kau datang pada masa yang tepat." Ucap Luft.

"Luft..." Balas Ezyr.

"Livis?" Tanya Abang Rahman.

"Disingkirkan." Jawab Rai.

Luft, Rai dan Radyah mencapai salah satu kerusi yang ada di kedai itu.

"Maklumat apa kau bawa Ezyr?" Tanya Luft.

Ezyr bergerak mendekati mereka bertiga.

"Lufis akan menculik penduduk-penduduk kota pada bulan purnama yang berlangsung pada bulan keenam. Pada hari itu juga, dia akan menukarkan Lichesiss menjadi Tunggal Hantu Salju yang baru. Aku berjumpa dengan dia di Dewan Nyawa. Aku lihat... Lichesiss sudahpun di rantai di tengah-tengah bulatan pemujaan berbentuk Tiga Segi yang diukir daripada darah. Dia meminta aku mengetuai penculikan tersebut." Terang Ezyr.

"Mengikut alam ini... Bulan Purnama hanya berlangusng sekali dalam sebulan iaitu pada pertengahan bulan. Hari ke-15." Sambung Rai.

"Alam?" Soal Luft dan Radyah.

Rai memandang wajah Luft dan Radyah dalam suasana yang hening seketika.

"Ulfun Ain?" Soal Rai semula.

"Mmm..." Balas Luft dan Radyah.

"Lichesiss berbahaya?" Tanya Abang Rahman.

"Itu aku tidak pasti. Sebelum ini Lichesiss yang mengetuai penculikan penduduk kota. Aku hanya memberikan dia senarai rumah mana yang akan menjadi mangsa." Jawab Ezyr.

"Seperti Aryan. Mereka semua terpaksa tunduk." Sambung Rai.

"Aryan?" Soal Abang Rahman.

"Pemuda daripada Kaum Hu yang dipaksa menjadi Mu'un dalam kelompok tentera Livis. Katanya, dia berlindung di Kampung Tamsa. Tapi, dia dikawal untuk memakan jantung penduduk kampung yang dibunuh disitu menggunakan sebotol darah yang dituang pada tubuhnya. Dia juga menerangkan... Mu'un-Mu'un yang lain juga sama seperti dia. Tubuh mereka dipaksa untuk melakukan perkara keji tanpa suatu keinginan." Jawab Luft.

"Mmm... Sebotol darah. Aku belum pernah mendengar tentang perkara itu. Aku juga belum pernah melihat Lufis menggunakan sebotol darah untuk menawan musuhnya." Sambung Ezyr.

"Kaum Hu... Ada lagi saudara-saudara Sufi yang datang ke Tanah Tepian Alam rupanya." Terang Abang Rahman.

"Pemuda itu hampir sama seperti Sufi. Kemungkinan tingkah mereka berdua juga hampir sama. Tapi kami tidak mampu memasukkan dia ke dalam Hiyar Ayil tanpa keputusan akhir daripada Sufi." Balas Luft.

"Mmm... Keputusan akhir dari seorang ketua itu yang penting." Sokong Ezyr.

"Sebelum aku berjumpa dengan Sufi, maklumat apa lagi yang ada?" Tanya Luft.

Abang Rahman mencapai kerusi yang berhampiran dengan Luft. Mereka bereempat duduk berbulat dan mula menerangkan maklumat yang mereka perolehi daripada setiap anggota Hiyar Ayil dalam beberapa hari itu. Maklumat saling betukar daripada bicara darilah Pejuang Pohon, kemarahan Nephil dan juga Lufis. Usai Pertukaran maklumat, Luft meminta Radyah berdiri menghadap sinaran bulan sebagai bayangan asal untuk berpindah kepada bayangan milik Sufi.

"Kenapa mesti guna bayangan Radyah?" Tanya Radyah yang sedang berdiri menghadap sinaran bulan.

"Itu syarat Kotak Hitam. Bayangan asal mesti bertentangan dengan jantina pemilik unsur tersebut baru pemiliknya mampu berpindah ke pada bayangan milik tuannya. Kalau kau mati, aku tidak boleh berpindah semula ke dalam bayangan kau." Terang Luft.

"Pelik." Sindir Rai.

"Tunggu aku bersama dengan anggota yang lain pada esok malam termasuk Pejuang Pohon sekali. Biar semua ada agar semua daripada kita dapat mendengar arahan daripada Sufi yang seterusnya." Arah Luft.

Luft masuk ke dalam bayangan Radyah tanpa mempedulikan reaksi daripada mereka.

"Rai... Mari sini aku rawat telinga kau. Nanti Sofea marah aku pula." Sindir Radyah.

Rai tergelak mendengar gurauan gadis comel itu. Terhibur jiwanya yang berbunga rasa yang mendalam kepada Sofea.

*****

Suatu suasana dua per tiga malam di Penjara Merah. Luft muncul daripada bayangan Sufi yang baru usai menunaikan solat sunat. Panjiey duduk berzikir disebelahnya dalam satu sel yang sama.

"Aaaa... Ketua... Aku menganggu?" Tanya Luft.

Pertanyaan itu mengejutkan Sufi dan Panjiey daripada tingkah mereka.

"Luft... Apa maklumat yang kau bawa?" Tanya Sufi.

Sufi dan Panjiey mula bersila daripada berdirinya mereka berdua.

"Seperti yang dijanjikan. Terkumpul dengan banyaknya." Balas Luft.

Luft mula membuka bicara menerangkan ke semua maklumat yang dia dan anggota Hiyar Ayil yang lain perolehi. Masa yang terus beredar itu dipenuhi dengan bicaranya yang tidak putus menyampaikan segala perkara yang penting bagi rancangan perampasan mereka. Sufi dan Panjiey tenang dengan tingkah mereka menafsir dan menyimpulkan segala maklumat yang ada tanpa mengganggu penyampaian itu dengan sebarang persoalan.

"Itu sahaja maklumat yang kami dapat." Ucap Luft.

"Mmm... Pejuang Pohon, Livis, Lufis, Kaum Hu, Tunggal Ratu Ilmu Hitam yang belum sempurna. Maklumat yang terlalu banyak bahkan suatu perjuangan yang hampir kepada kemenangan. Seorang ketua yang bijak." Puji Panjiey.

"Macam mana Sang Taufan boleh ada dalam sel milik ketua?" Tanya Luft.

Sufi memalingkan wajahnya ke arah Panjiey.

"Dia mampu berubah menjadi angin dalam masa tiga detik. Sel Panjiey tidak jauh dari tempat aku. Mudah dia datang ke dalam ruangan ini, " Jawab Sufi dengan senyuman kecil.

"Ohhh... Jadi ketua. Aryan?" Tanya Luft.

"Seperti yang kau arahkan. Biarkan dia menjaga sempadan negeri bersama Kenji terlebih dahulu. Aku akan putuskan sekiranya dia akan memasuki Hiyar Ayil ataupun tidak selepas kami bertemu nanti." Jawab Sufi.

"Tapi dia kan Kaum Hu?" Balas Luft.

"Kaum itu hanyalah gelaran bagi suatu kelompok manusia. Bukannya penentu kebaikan mahupun kejahatan dalam jiwa seseorang. Cuba kau lihat dirimu sendiri. Kau lahir dalam keluarga Zilla iaitu sebuah keluarga yang ditakuti kerana gemar membunuh. Tapi, kau masih berkeinginan untuk melihat sinar akhirnya kau berusaha untuk memperjuangkannya. Mungkin dia itu berasal dari Kaum Hu. Kaum yang digelar sebagai Penawar... Tapi manusia itu tetaplah manusia. Ada keinginan terhadap cahaya... Ada juga yang berkeinginan terhadap gelap. Boleh sahaja dia itu menjadi duri dalam perjuangan kita." Terang Sufi.

Luft menepuk tangannya dengan jiwa yang terkesan dengan nasihat Sufi itu.

"Mmm... Panjiey. Kau sudah lama tinggal di Tanah Pendamping Alam. Kan?" Soal Sufi.

Panjiey mengangguk kepalanya sambil memeluk tubuh bersama mata yang terpejam.

"Dari aku kecil hingga aku dewasa. Aku kenal setiap tempat dan kaum yang ada di sana." Jawap Panjiey.

Luft memandang wajah Sufi. Pasti ada sesuatu yang ingin Sufi jelaskan daripada persoalan itu.

"Ada berapa kaum yang ada di sana?" Tanya Sufi lagi.

"Hanya ada dua. Kaum Hu dan Kaum Amarah. Kami yang tinggal di kampung yang tidak bernama hanyalah penduduk kampung yang tidak berunsur. Sekadar menumpang di tanah itu." Balas Panjiey.

"Apa maksudnya ketua?" Tanya Luft.

"Ada maksudnya mengapa Tanah Pendamping Alam hanya di huni oleh dua kaum tersebut. Kaum Hu itu mewakili unsur air. Apa pula unsur yang mewakili Kaum Amarah?" Tanya Sufi.

Luft mengubah pandangannya ke arah Panjiey.

"Darah..." Jawap Panjiey.

Jawapan itu memberi kejutan pada jiwa Luft hingga tubuh, bibir bahkan akalnya kaku untuk seketika.

"Bukannya... Darah itu unsur dari Kaum Hu?" Tanya Luft.

"Mmm... Kaum Hu itu hanya di beri gelaran mewakili unsur air kerana Kaum Hu itu sudah diumpamakan seperti Penawar. Gelaran itu bukan bermakna ke semua manusia dalam kalangan Kaum Hu itu menggunakan unsur air. Unsur sebenar yang mewakili Kaum Hu itu adalah Tujuh Lautan Jiwa. Unsur Air, unsur Salju, Unsur Raksa, Unsur Kabus, Unsur Asam, Unsur Gas dan unsur yang terkuat. Darah..." Terang Panjiey.

Sufi menepuk tangan mendengar ilmu daripada Panjiey itu. Sungguh gembira hatinya mendapat suatu ilmu yang belum pernah dia dengar apatah lagi ilmu yang berkaitan dengan kaumnya sendiri.

"Gila... Tujuh Lautan Jiwa yang mewakili tujuh unsur. Kaum yang terlalu kuat untuk ditentang. Apatah lagi unsur Darah." Puji Luft.

"Mmm... Kalau ikutkan pengalaman aku mencari Hantu Salju. Belum pernah aku mendengar kaum yang sama seperti Kaum Hu. Kaum yang memiliki kelebihan dari tujuh unsur menakutkan di alam ini. Sebab itulah berlaku kemungkinan, ada kaum lain yang merancang untuk menghancurkan Kaum Hu sejak 500 tahun yang lalu. Mereka menganggap Kaum itu sebagai penghalang bagi mereka untuk menakluk dunia ini." Terang Panjiey lagi.

"Maksudnya... Kaum yang ingin memusnahkan Kaum Hu itu sudah merancang untuk mencipta Kaum Amarah. Kaum yang mewakili unsur Darah. Unsur terkuat dalam Kaum Hu dan satu-satunya unsur yang mampu memusnahkan Kaum asalnya sendiri." Sambung Luft.

Dalam perbincangan yang mengasyikkan itu, Sufi menyilang jarinya seperti yang dia sering lakukan. Luft dan Panjiey yang mula menyedari tingkah Sufi itu dengan pantas memandang wajahnya. Pasti ada sesuatu yang si bijak itu akan bongkarkan.

"Sufi." Seru Panjiey.

"Jika difikirkan tentang Kaum Amarah yang menghancurkan Kaum Hu. Kita dapat melihat dalam cerita itu, kata kuncinya adalah unsur Darah. Cuba kamu berdua fikirkan... Tiga Segi Berdarah, Ular Berdarah dan sebotol darah yang digunakan untuk mengawal penduduk kampung. Bukankah ianya berkaitan dengan Kaum Amarah?" Soal Sufi semula.

"Pap!" Luft menepuk tangannya seakan berjaya merungkai persoalan daripada Sufi.

"Maksudnya... Kaum Bydho, juga dihancurkan oleh Kaum yang sama menghancurkan Kaum Hu dan pasti. Alasannya juga sama. Memusnahkan penghalang dalam agenda penyebaran kegelapan di alam ini." Sambung Panjiey.

Sufi mengangguk kepalanya membenarkan apa yang Panjiey jelaskan.

"Dan apa yang menyebabkan Kaum Bydho' menjadi penghalang bagi mereka?" Tanya Sufi.

"Perancang?" Soal Luft.

"Bukan... Kaum Bhydo' itu mewakili unsur pohon. Di lengkapi dengan tenteranya yang sangat ramai tidak kira daripada manusia hinggalah raksasa-raksasa hutan." Jawab Panjiey.

"Raksasa-raksasa hutan... Tunggal Raja Rimba." Sambung Luft.

"Mmm... Aku rasa... Tanah Tepian Alam ini pernah menjadi suatu kerajaan yang sangat besar. Dengan tenteranya yang terdiri daripada manusia dan raksasa-raksasa hutan. Bukankah ianya juga akan menjadi penghalang. Setiap Kaum itu ada Tunggal yang menjaganya dan tunggal yang menjaga Kaum Bydho' itu adalah Tunggal Raja Rimba. Insan yang berkelebihan mencipta tenteranya daripada tumbuhan, pohon bahkan haiwan rimba. Sebelum lahirnya penjaga itu, mereka merancang untuk memusnahkan raja bagi Kaum Bydho' kerana penjaga tidak akan berguna tanpa rajanya." Terang Sufi.

"Seperti yang kau katakan. Kaum Amarah yang menghancurkan Kaum Bydho' sama seperti Kaum Hu. Tapi... Siapa insan yang berasal daripada kaum amarah itu?" Tanya Panjiey.

"Insan yang menubuhkan Tiga Segi Berdarah." Jawab Sufi.

"Laila... Ratu Ilmu Hitam... Tiga Segi Berdarah, Ular Berdarah dan sebotol darah. Ratu Ilmu Hitam itu berkelebihan dengan pemujaan dan asas bagi pemujaan pula adalah unsur darah. Laila itu berasal daripada Kaum Amarah atau lebih jelas lagi. Kaum Hu... Dan yang mewarisi kelebihan itu adalah Lily." Sambung Luft.

"Kan... Jadi sebenarnya. Bukan Lufis yang berasal daripada Kaum Hu tapi Si Laila. Dia tiba ke Tanah ini bersama Nephila dengan misi yang diberikan oleh ketua mereka untuk menghancurkan Kaum kedua yang menjadi penghalang iaitu Kaum Bydho'. Namun semuanya berubah apabila Si Majnun tiba bersama dengan kitabnya. Mereka berdua jatuh cinta dan berjaya melahirkan Lily. Laila meninggalkan semua ilmu hitamnya bahkan dia menyambung semula penulisan suaminya dikala suaminya itu berhenti menulis. Disebabkan pembelotan itu, Nephila terpaksa membunuh Laila." Terang Sufi.

"Kitab Karangan Majnun?" Soal Luft.

"Setelah Si Majnun meninggalkan kitab itu kerana cinta, Laila ingin membongkar tujuan utama mereka kepada seluruh dunia agar manusia sedar. Kegelapan akan tersebar luas di alam ini. Dia menulis semua maklumat itu didalam Serpihan Kitab Majnun. Pemujaan Mu'un dan berbagai lagi. Sebelum maklumat itu tersebar ke seluruh dunia. Nephila membunuh Laila dan cuba untuk merampas Lily." Terang Sufi lagi.

"Bukannya dia ingin membunuh Lily?" Soal Luft.

"Dimana keinginannya. Lily kan masih hidup hingga sekarang." Sindir Panjiey.

"Jadi... Apa maksudnya Nephila membunuh Lily dalam cerita sebenar yang dibawa oleh Raja Terakhir?" Soal Luft lagi.

Sufi melepaskan silangan jarinya sambil mengukir suatu keluhan pada bibirnya.

"Terkadang... Kebenaran itu pahit untuk didengari. Keluh Sufi.

"Ketua..." Seru Luft dengan wajahnya yang dilanda kekeliruan.

"Mmm..." Jawab Sufi lalu menyilang semula jari jemarinya.

Suasan hening seketika diantara mereka bertiga.

"Sewaktu aku menjadi guru bagi Mira... Aku merasakan unsurnya yang berupa titisan darah yang membentuk Tiga Segi. Bicara hati aku memberi petunjuk... Unsur itu adalah Tunggal Ratu Ilmu Hitam. Itu adalah bukti yang Lily mewarisi Tunggal Ratu Ilmu Hitam daripada Si Laila... Ular Berdarah dan sebotol darah itu adalah bukti yang rancangan mereka masih diteruskan di negeri ini. Ianya memberi petunjuk bahawa yang penting bagi rancangan kegelapan ini adalah Tunggal tersebut bukanlah pemiliknya." Balas Sufi.

"Dan..." Sambung Panjiey.

"Dan?" Soal Luft.

"Yang membunuh Lily itu bukan Nephila... Tapi ibunya sendiri." Jawab Sufi bersama wajahnya yang ditundukkan.

"Laila... Membunuh Lily... Seorang ibu yang membunuh sinar itu sendiri." Marah Luft.

"Sebenarnya... Sinar itu bukan hanya anaknya. Sinar itu adalah kedamaian di alam ini. Seberapa kuat Ratu Ilmu Hitam itu sehingga orang yang matipun mampu dihidupkan kembali. Orang yang matipun mampu diubah menjadi seekor raksasa. Buktinya adalah Ular Berdarah yang dihidupkan semula oleh Lily. Bahkan kelebihan yang mampu menukarkan pemilik suatu Tunggal daripada pemujaan. Bukankah ianya adalah bencana kegelapan yang terbesar. Demi sinar di alam ini, Laila menghancurkan sinar miliknya sendiri. Demi kebaikan alam ini, dia membunuh anaknya sendiri." Terang Sufi.

Panjiey menggelengkan kepalanya mendengar kebenaran daripada Sufi itu.

"Tidakah kau lihat apa yang terjadi pada Kaum Hu. Lari daripada tanah mereka sendiri kerana kekejaman Kaum Amarah. Seorang pemilik Ratu Ilmu Hitam sahaja mampu memusnahkan tanah ini. Sekiranya ada dua pemilik, bukan hanya tanah ini yang hancur. Bahkan tanah yang lain. Laila membunuh anaknya bukan kerana kebencian melainkan kasih sayang yang sepenuhnya. Ibu mana yang ingin anakanya menjadi penghancur bagi berbagai keindahan pada masa hadapan. Mungkin fikirannya pada masa itu singkat kerana memilih pilihan yang kejam, tapi kita tidak berada pada posisinya. Tiada siapa yang percaya dan ingin membantu dirinya keluar daripada kekalutan itu. Pilihan apa yang ada baginya selain daripada pilihan itu." Sambung Sufi.

Luft tergamam dengan penjelasan itu. Matanya terlalu kabur untuk melihat apa yang ada disebalik gelap.

"Mmm... Tiada siapa yang ingin meletakkan kepercayaan mereka pada seseorang yang mempunyai kelebihan yang sangat menakutkan seperti itu. Sepatutnya ketua datang pada masa itu." Keluh Luft.

"Aik..." Balas Sufi.

"Nephila ingin membunuh Laila dan merampas Lily. Tapi sewaktu dia tiba, Lily sudah pun mati lalu membunuh Laila. Bagaimana dia mampu membunuh ketuanya yang sangat kuat dengan tunggal itu?" Tanya Panjiey.

Luft mengarahkan pandangannya pada Panjiey.

"Maklumat yang terbatas." Jawab Sufi.

Panjiey menghela nafas yang panjang.

"Maklumat??? Maksudnya... Semua yang ketua jelaskan adalah maklumat yang diberikan oleh seseorang?" Soal Luft.

"Mmm... Maklumat yang diberikan oleh Esfarza sendiri." Jawab Sufi.

"Mengapa kau tidak menjelaskan maklumat ini lebih awal... Bukankah kebenaran ini sangat penting bagi perjuangan kita?" Soal Panjiey lagi.

"Bukan mudah mempercayai seseorang yang asing bagi kita Panjiey. Apatah lagi perjuangan ini melibatkan jiwa-jiwa yang sanggup berkorban demi melihat sinar. Aku juga memerlukan bukti daripada setiap maklumat yang Esfarza katakan. Kita tidak tahu sekiranya isteri kau itu sudahpun dikawal Nephila ataupun Lily. Sebab itu aku memerlukan bukti untuk mempercayai setiap daripada kata-katanya." Terang Sufi.

Panjiey tersenyum memandang wajah Sufi.

"Sebab itu jugalah ketua meminta aku untuk mengumpul berbagai maklumat terlebih dahulu. Jadi sekarang, Esfarza terbukti berada di pihak kita?" Tanya Luft.

"Mmm... Penjelasan Sufi menunjukkan yang isteri aku tidak dikawal oleh penguasa yang lain. Semua maklumat yang dia jelaskan adalah benar. Apa lagi maklumat yang isteri aku berikan?" Tanya Panjiey.

"Dia berjanji yang dia akan mencari maklumat mengenai persoalan-persoalan yang tidak terjawab. Bagaimana Nephila mampu membunuh Laila, Mantera apa yang Si Majnun gunakan untuk menghidupkan semula Lily bersama kebenaran di sebalik Lufis dan juga Ular Berdarah. Dan dia juga menjelaskan, Nur menyimpan berbagai maklumat tentang Lily." Jawab Sufi.

"Bukankah ketua selalu berjumpa dengan Nur... Mengapa ketua tidak meminta dia menjelaskan segala maklumat yang dia ada?" Tanya Luft lagi.

"Kerana mereka berdua sudah diibaratkan seperti bermain di atas perahu kecil yang berada di tengah-tengah lautan. Lautan di sekeliling mereka pula dikelilingi dengan jerung yang ganas dan liar. Sufi mengambil langkah yang sangat berhati-hati demi Nur kerana satu langkah yang cuai mampu mengorbankan gadis itu." Terang Panjiey.

"Watak utama dalam perampasan ini... Nur. Sebab itu jugalah ketua masuk ke dalam Penjara Merah. Tempat yang tidak dicurigai untuk menyampaikan maklumat dan arahan." Sambung Luft.

"Mmm... Sabar itu juga penting dalam perampasan ini. Kita rahsiakan Nur terlebih dahulu sehingga penguasa yang tersisa hanyalah Nephila dan Lily." Balas Sufi.

"Jadi... Apa rancangan kita seterusnya Sufi?" Tanya Luft.

"Besok pagi... Jumpa Laviant. Aku pasti dia menyimpan banyak maklumat. Pada malam hari, ajak Hiyar Ayil dan Pejuang Pohon berbincang tentang setiap maklumat dan merancang sesuatu melalui arahan Laviant. Dalam masa Tiga hari, minta Ulya dan Ezyr datang ketempat ini. Kita akan mulakan misi menyelamatkan Esfarza daripada genggaman Nephila." Arah Sufi.

"Laviant?" Tanya Luft lagi.

"Abang kau itu lebih bijak daripada aku. Dia itu adalah perancang kedua bagi Hiyar Ayil. Aku mana mampu merancang perampasan ini seorang diri." Jawab Sufi.

"Mmm... Baiklah. Semuanya akan berlangsung sesuai arahan ketua." Balas Luft.

Luft masuk semula ke dalam bayangan milik Sufi meninggalkan kedua insan sesuai arahan ketuanya. Gugur satu, bermulalah yang lagi satu memaksa perancangan itu berlangsung sehingga tiada lagi persoalan yang muncul. Yang ada hanya kejayaan. Kejayaan yang dipimpin oleh Si Rahsia Di Balik Rahsia.