Hari yang terakhir Tahun 1000 Alam Ulfun Ain, Hari ke-30 bulan Ke Sembilan - Suasana sunyi menerpa Kota Bulan Merah darilah pagi hingga bulan mengambil kedudukannya di langit. Malam berdarah bagi Tiga Segi Berdarah. 300 Tentera Merah hanya mampu mendiamkan diri di Dewan Pemerintah bersama Nephila yang semakin uzur dikala seramai 1000 orang Pejuang Pohon memenuhi kawasan yang lain. 1500 orang lagi bersedia di hadapan pintu Tembok Zamrud Gergasi yang terhubung dengan Jalan Pejuang Berdarah. Di malam yang hening itu, Alim diiringi dengan Daem dan Myla berdiri dihadapan pintu Dewan Pemerintah.
"Salam... Nephila!" Teriak Alim.
Seruan itu membuatkan Tentera Merah yang tersisa keluar daripada Dewan Pemerintah bersama kelengkapan perang.
"Kau siapa!!!" Teriak General Tentera Merah.
Alim mengukirkan senyuman manis sebelum mendendangkan pusisi yang terakhir.
"Wahai para jiwa yang mendengar..." Ucap Alim sebagai pembuka kata.
"Bermulanya hikayat berduri, dikala malam membalut dunia...
Kuasa dan harta menguasai diri, kaum sendiri hilang percaya.
Yang lalu tidakkan berulang, kerana hakikar putaran dunia...
Yang hadapan mampu dijulang, jika sekarang mata dibuka.
Sampai bila hidup di bawah, tunduk dan akur kepada dusta...
Sampai bila menutup mata, sedangkan gelap menindas kita.
Takdir sudah memberi ruang, benar juga luas terbentang...
Jangan dibuang segala peluang...
Ayuh!!! Tiba masanya kita berjuang!!!" Puisi Alim.
Usai puisi berdendang, mendung yang berbaur petir menghiasi langit diiringi dengan hembusan angin yang sangat kencang. Suasana berubah menjadi dingin secara tiba-tiba. Pokok-pokok bergoncangan dan atap-atap rumah juga berterbangan.
"Tsukk!!!" Panah menusuk ke dalam tubuh salah satu Tentera Merah.
Tentera itu rebah bersama masa yang seakan-akan berhenti diantara mereka. Dalam beberapa detik Pejuang Pohon meruju masuk ke kwasana itu.
"Serang!!!" Teriak Myla.
"Serang!!!" Teriak General Tentera Merah dalam masa yang sama.
Peeprangan pun berlaku diantara Pejuang Pohon dan Tentera Merah. Daem dan Alim masih mendiamkan diri pada kedudukan mereka.
"Alim... Mengapa Nephila belum keluar?" Tanya Daem.
"Tidak tahu... Seperti ada yang penguasa itu nantikan." Jawab Alim.
Sofea tiba ditempat mereka melalui wujud Burung Merpati Putih.
"Alim... Mengapa Nephila belum memunculkan diri. Aslan dan Pejuang Pohon yang lain sedang menantikan kemunculan penguasa itu." Soal Sofea.
Alim menggelengkan kepalanya menunjukkan yang dirinya juga tidak mengetahui punca Nephila belum memunculkan diri. 1500 Pejuang Pohon menentang 300 Tentera Merah. Suasana dihiasi dengan bunyi pedang yang saling bergesaran dan raungan daripada insan-insan yang tewas di dalam pertempuran itu. Meski tewas sepenuhnya, Tentera Merah berjaya membunuh 200 orang Pejuang Pohon. Dikala itu, Sofea menyedari sesuatu yang ganjil berlaku terhadap Tentera Merah.
"Kawan-kawan... Cuba lihat mayat Tentera Merah ini." Arah Sofea.
Daem dan Alim mengikuti arahan itu cuba memerhatikan setiap daripada mayat Tentera Merah yang terbaring tidak bernyawa. Tubuh mereka pucat bersama kelopak mata yang memutih.
"Hanya General mereka yang kelihatan seperti mayat yang baru." Terang Daem.
"Sepertinya... Mereka sudah dibunuh sebelum berperang dengan Pejuang Pohon. Mereka seperti dikawal oleh sesuatu." Terang Sofea.
"Pukau?" Soal Alim.
Usai bicara Alim, meruju ke arah mereka puluhan Benang Hantu berwarna kelabu yang berbentuk seperti peluru bersama hujungnya yang tajam seperti pedang. Puluhan Pejuang Pohon rebah begitu sahaja terkena peluru daripada Benang Hantu yang bergerak sangat pantas itu.
"Lari!!! Teriak Alim.
Sofea ingin berubah wujud menjadi Burung Merpati Putih semula untuk lari daripada suasana itu, namun peluru Benang Hantu yang meruju ke arah mereka itu terlalu laju. Hampir sahaja Benang Hantu itu menusuk masuk ke dalam jantung Alim dan Sofea.
"Bum!!!" Rai tiba memotong Benang-Benang Hantu yang mengarah ke arah Sofea menggunakan Petirnya.
Dalam masa yang sama, Daem menggunakan tubuhnya untuk melindungi Alim.
"Pang!!!" Peluru Benang Hantu berjatuhan daripada tubuh Daem.
Dikala kekalutan itu, Sofea memandang erat kedua mata Rai. Alim pula memandang wajah Daem yang terus memejamkan mata bersama kejutan jiwa.
"Abang..." Panggil Sofea tanpa sedarnya.
"Jangan panggil abang... Tunggu kita kahwin dulu ya." Balas Rai.
Sofea menundukkan wajahnya yang berubah malu. Keterharuan memaksa dia untuk mengucapkan sesuatu yang berada di luar kawalannya.
"Daem... Daem..." Kejut Alim.
Sofea dan Rai mengarahkan pandangan ke arah Daem. Secara perlahan-lahan Daem membuka mata.
"Uish... Aku belum mati." Balas Daem.
"Macam mana... Kau boleh jadi kebal Daem?" Tanya Alim.
Didalam ketegangan itu, Nephila mengorak langkah keluar daripada Dewan Pemerintah. Pada masa itu juga Luft keluar daripada bayangan Sofea bersama riak wajah yang sangat cemas.
"Sofea... Arahkan Aslan memecah masuk sekarang. Rai... Bawa Alim pergi dari tempat ini." Arah Luft.
Mereka tergamam seketika memandang Luft yang menunjukkan suatu keresahan.
"Luft?" Soal Alim.
"Cepat!!!" Teriak Luft.
Tubuh Nephila sempurna seperti sedia kala. Bersama suatu senyuman yang menyeramkan, dia mengarahkan kedua tangannya ke arah mereka. Luft yang menyedari tingkah Nephila itu dengan pantas mengabungkan jari-jemarinya pada kedua tangan di bahagian hadapan.
"Rahsia: Peluru Benang Hantu." Bicara Nephila.
"Rahsia: Penzahiran Kotak Hitam." Bicara Luft dalam masa yang sama.
Daripada kedua tangan Nephila, terbit puluhan peluru Benang Hantu meruju ke arah mereka. Pejuang Pohon cuba untuk melarikan diri, namun ada sebilangan daripada mereka yang rebah begitu sahaja. Bayangan Luft mula membesar lalu mencipta sebuah dinding bayangan yang menghalang Sofea, Rai, Alim dan Daem daripada terkena peluru tersebut. Dinding bayangan itu menyerap peluru Benang Hantu itu lalu mengubahnya kepada aura yang berwarna kelabu terang.
"Cepat!" Arah Luft lagi.
Rai memegang Alim dengan pantas.
"Bum!!!" Rai hilang bersama Alim di dalam petir.
Sofea berubah wujud lalu terbang meninggalkan tempat itu sepantas mungkin. Nephila mengarahkan pula tangan kanannya ke arah Sofea yang berada di udara.
"Rahsia: Boneka." Bicara Nephila.
Lima Benang Hantu terbit dari setiap jari Nephila meruju ke arah Sofea.
"Tsing!!! Pedang Merah terbang memotong tangan kanan Nephila lalu memacak ke bumi.
Tangan Nephila yang putus terhempap ke bumi bersama dengan Benang Hantu yang terbit daripada jarinya. Sofea terus terbang menuju ke tempat Aslan tanpa menghiraukan suasana pertarungan yang berlaku secara tiba-tiba itu. Angin kencang mula menghiasi suasana semula.
"Fuh~" Panjiey tiba dihadapan Nephila melalui anginnya.
"Luft... Apa yang jadi?" Tanya Daem.
Luft mengeluh panjang.
"Sufi baru menyedari yang Nephila sudahpun membunuh tenteranya untuk memberi makan kepada Bayi Hantu. Bilangan Tentera Merah itu sudah mencukupi agar tubuhnya sembuh seperti sedia kala." Jawab Luft,
"Mana Sufi?" Tanya Daem lagi,
"Belum masanya dia datang. Sekiranya dia mengikuti pertarungan ini, Rantaian Rindu akan terbuka dan Lily akan sempurna menjadi Tunggal Ratu Ilmu HItam. Menentang Nephila sahaja sudahpun merumitkan apatah lagi menentang Ratu Ilmu Hitam. Kita perlu musnahkan terlebih dahulu Nephila." Arah Luft.
Daem mengangguk membenarkan arahan Luft. Dikala itu, Panjiey dan Nephila saling bertentangan mata.
"Pedang Merah milik Kaum Humairah. Gadis cantik itu rupanya." Ucap Nephila bersama senyuman yang sangat menyeramkan.
"Jangan banyak cakap." Marah Panjiey.
Panjiey mengarahkan tangan kanannya bersama jari yang tersusun rapi ke arah Nephila. Luft melepaskan Kotak HItam lalu berlari ke arah Nephila bersama pedangnya yang terhulur. Daem juga mengikuti pergerakan Luft bersama kedua penumbuk yang di genggam erat.
"Alunan Angin: Tombak Tidak Berupa." Bicara Panjiey menyeru Ilmu Gerak Tubuh berunsurkan angin.
"Tinju Api: Seribu Percikan Api." Bicara Daem menyeru Ilmu Gerak Tubuh berunsurkan api.
"Lapisan Bayangan: Tangan Bersalut Bayangan." Bicara Luft menyeru Ilmu Gerak Tubuh berunsurkan bayangan.
Aura Panjiey yang berubah menjadi angin berpusar kencang pada tangan kanannya. Penumbuk Daem pula mula dibaluti api dan tangan kanan Luft yang mengulur pedangnya mula dibaluti bayangan sepenuhnya. Melihat keindahan ketiga jenis ilmu gerak tubuh itu membuatkan Nephila tergelak kuat.
"Rahsia: Kelahiran Bayi Hantu." Bicara Nephila.
Dalam sekelip, Pusaran angin di tangan kanan Panjiey berubah menjadi tombak angin yang besar meruju ke tubuh Nephila. Daem pula melompat bersama penumbuknya yang membara ke arah Nephila dan Luft menusukkan pedangnya ke dalam bayangan miliknya sendiri.
"Pammm!!! Tombak angin Panjiey melubangkan seluruh bahagian dada Nephila.
Dalam masa yang sama...
"Tsukkk!!! Pedang Luft muncul bersama tangan kanannya daripada bayangan Nephila menusuk masuk ke dalam bahagian kepalanya daripada bahagian bawah.
Dikala lubang di bahagian dada dan kepala Nephila terbentuk indah, Daem memukul secara bertubi-tubi anggota tubuh Nephila yang tersisa hingga menyalakan api yang sangat besar.
"Daem..." Panggil Luft.
Daem melompat ke bahagian belakang menjauhi tubuh Nephila yang terbakar dengan maraknya manakala Luft menarik semula pedang yang dia pacakkan sendiri ke dalam bayangannya.
"Dia sudah mati?" Soal Panjiey.
"Tidak tahu... Sepertinya api yang Daem hasilkan bukanlah api biasa." Puji Luft.
Suasana hening diantara mereka semua. Pejuang Pohon sudahpun mengundurkan diri ke luar kawasan Dewan Pemerintahan diketuai oleh Myla. Menentang Nephila ibarat membunuh diri sendiri bagi mereka. Setelah api yang membakar tubuh Nephila hampir reda, terlihat sosok bayi yang dibaluti benang hantu menggantikan jasad Nephila.
"Bayi... Hantu?" Soal Daem.
"Bunuh?" Soal Panjiey.
Luft mendiamkan diri dikala akalnya juga tidak mengetahui sosok apakah yang mereka bertiga lihat. Dalam sekelip mata, bayi itu terurai menjadi Benang Hantu lalu berpusar dengan laju. Luft bergerak pantas ke bahagian belakang diikuti dengan Panjiey dan Daem menjauhi sosok bayi tersebut.
"Apa yang jadi?" Soal Daem lagi.
Dalam beberapa detik, Benang Hantu membentuk tubuh Nephila secara sempurna. Tanpa sebarang luka dan darah, Nephila kembali tersenyum memandang mereka bertiga. Tangannya yang putus juga kembali pulih sedia kala.
"Gila..." Keluh Daem.
"Tarian Benang Hantu: Menggila." Bicara Nephila menyeru Ilmu Gerak Tubuh berunsurkan Benang Hantu.
Luft dengan pantas menggabungkan jari-jemarinya pada kedua tangan di bahagian hadapan. Nephila juga menghulurkan kedua tangannya di bahagian hadapan.
"Daem! Bergerak dekat dengan aku! Panjiey!" Teriak Luft.
Dengan pantas Daem dan Panjiey menuruti arahan Luft bergerak mendekati dirinya. Nephila memainkan jari-jemarinya pada kedua tangan dengan pantas tanpa henti.
"Rahsia: Penzahiran Kotak Hitam." Bicara Luft.
Terbit Benang Hantu yang sangat banyak pada setiap jari Nephila memanjang dan memotong secara rawak tanpa henti. Dalam masa yang sama, bayangan Luft membesar lalu membentuk Kotak Hitam yang melindungi mereka bertiga daripada Benang Hantu yang memotong tanpa henti itu. Pokok, rumah, batu bahkan tembok meninggalkan bekas goresan yang sangat panjang terkesan dengan Benang Hantu yang tajam dan keras seperti besi itu.
"Sampai bila Kotak Hitam itu mampu bertahan." Ejek Nephila bersama gelak kuat yang sangat menyeramkan.
Benang Hantu tidak henti memotong kawasan sekeliling Dewan Pemerintah diiringi dengan jari-jemari Nephila yang tidak henti bergerak hingga menyeru kepada kehancuran besar-besaran.
"Pang!!!Pang!!!" Pertembungan diantara Kotak Hitam dan Benang Hantu yang tidak henti.
"Luft... Sampai bila Kotak Hitam ini mampu bertahan?" Tanya Daem.
"Aku... Aku hampir kehabisan aura..." Jawab Luft.
Panjiey membentang kedua tangannya.
"Mari Angin Mari... Mari Bermain Di Tempat Ini... Mari Angin Mari... Berpusarlah... Lindungi aku..." Bicara Panjiey melafazkan Mantera Angin: Shorun.
"Panjiey?" Soal Daem.
"Lepaskan Kotak Hitam ini Luft. Mantera Shorun akan melindungi kita." Arah Panjiey.
Usai bicara Panjiey, Luft pengsan secara mengejut. Perlahan-lahan bayangan Luft menghilang. Dengan pantas, angin berpusar disekeliling mereka bertiga membentuk pusaran angin yang sangat besar. Kini, Benang Hantu bertembung pula dengan pusaran angin milik Panjiey.
"Lepas satu muncul satu. Aura kau akan kehabisan juga Sang Taufan." Sindir Nephila.
"Bum!!!" Dua panah petir memotong kedua tangan Nephila.
Dengan pantas Nephila berundur ke bahagian belakang. Dalam sekelip mata, Benang Hantu menghasilkan tangan yang baru.
"Bum!!! Rai tiba bersama dengan Aslan.
"Tsukk!!!Tsukk!!!Tsukk!!!" Hujan panah yang dilepaskan oleh Pejuang Pohon tidak henti menusuk ke tubuh Nephila.
Meski puluhan panah menusuk pada tubuh Hantu Labah-Labah itu, dia masih mengukirkan senyuman menyeramkan.
"Orang tua... Bawa mereka berdua berundur. Sekarang masanya pertukaran pemain." Arah Rai bersama senyuman yang sangat menyeramkan.
Dalam ketegangan suasana itu, Nephila dengan pantas menanggalkan puluhan panah yang menusuk tubuhnya. Dalam masa yang sama, tubuhnya sembuh dengan pantas dikala setiap panah mula ditanggalkan.
"Aku Si Raja Rimba..." Bicara Aslan.
Aslan mengangkat kedua tangannya ke atas. Panjiey pula melepaskan pusaran angin miliknya. Dia memapah Luft lalu bergerak pergi daripada kawasan itu bersama dengan Daem.
"Aku perintahkan pohon-pohon di tanah yang aku pijak ini. Tumbuhlah. Tumbuh menjadi Raksasa Shajarjin." Bicara Aslan melafazakan Mantera Rahsia Raja Rimba: Shajarjin.
Akar besar yang sangat banyak mula menjalar dari bawah tanah keluar ke permukaan alam lalu membaluti tubuh Aslan hingga membentuk seekor raksasa pohon yang bertanduk lima berwarna hijau gelap. Tingginya lima kali ganda daripada ketinggian manusia bersama tubuhnya yang sangat besar.
"Arghhh!!!" Teriak Shajarjin dengan garaunya.
"Uish... Jadi raksasa manusia ini." Ejek Rai.
Shajarjin mengarahkan tangan kanannya ke arah Nephila. Nephila yang sudah pulih sepenuhnya itu merangkak memandang Shajarjin.
"Rahsia: Jelmaan Hantu Labah-Labah." Bicara Nephila.
Kesuluruhan tubuh Nephila dibaluti dengan Benang Hantu. Dia membuka mulutnya seluas yang mungkin. Dikala tangan kanan Shajarjin yang berbentuk pohon itu menjalar dengan pantas ke arah Nephila, ratusan peluru Benang Hantu terbit dari mulut Nephila tanpa henti memusnahkan pohon yang menjalar tersebut. Dalam beberapa detik berlangsungnya pertarungan diantara Shajarjin dan Nephila, Nephila menghulur kedua tangannya ke hadapan ingin menyeru Ilmu Gerak Tubuh berunsurkan Benang Hantu.
"Zet!!! Rai hilang sekelip mata lalu muncul di sebelah Nephila.
Rai mengarahkan tangan kanannya ke bahagian kepala Nephila bersama jari yang tersusun rapi. Dia menarik nafas sedalam mungkin lalu menahannya.
"Panah Petir: Sembilan Panah." Bicara Rai menyeru ilmu gerak tubuh berunsurkan petir.
"Tsuk!Tsuk!Tsuk!Tsuk!Tsuk!TsukTsuk!Tsuk!Tsuk!" Sembilan panah petir sekelip mata mencipta lubang di bahagian kepala Nephila hingga wajahnya tidak lagi kelihatan.
"Fuhhh..." Rai menghembus nafas yang dia tahan.
Panahan Petir itu membuatkan Nephila terhenti mengeluarkan kelebihannya. Tubuhnya yang merangkak sudahpun kehilangan kepala. Shajarjin menghentikan serangan dan Rai berundur sepantas mungkin kebahagian belakang. Pada suasana itu, Kenji muncul bersama Aryan dan Mu'un-Mu'un yang lain meruju ke arah Nephila. Kenji meletakkan penumbuknya ke arah tubuh Nephila yang mula menyembuhkan bahagian kepalanya.
"Nyala Api... Apa yang aku lihat, disitu kau menyala. Apa yang tangan ku arahkan, disitu kau membakar." Bicara Kenji melafazkan Mantera Api: Razazznar.
Semburan api terbit daripada penumbuk Kenji tidak henti meranapkan tubuh Nephila. Dalam beberapa detik, tubuh Nephila berubah menjadi debu lalu perlahan-lahan sembuh semula.
"Aughhh!!!" Nyalak Aryan.
Aryan dan Mu'un-Mu'un yang lain bergerak merobek tubuh Nephila tanpa henti menghalang daripada Bayi Hantu menyembuhkan tubuh Nephila sepenuhnya. Kedinginan menerpa suasana. Sufi datang bersama Laviant ke tempat itu diiringi dengan Pejuang Pohon dan anggota Hiyar Ayil yang lain.
Sinar!!!Sinar!!Sinar!!! Sorak Pejuang Pohon dan Hiyar Ayil.
"Sampai pun kau hantu... Sudah tiba masanya?" Soal Rai.
Akar yang membaluti tubuh Aslan mula terurai. Aryan dan Mu-'un-Mu'un yang lain pula mula menghentikan serangan mereka.
"Ketua... Seperti yang ketua katakan. Tubuhnya semakin lemah. Proses penyembuhan Bayi Hantu berubah perlahan." Terang Aryan.
Seperti yang pemuda itu katakan, tubuh Nephila sembuh semakin perlahan. Bahkan kedutan dan keuzuran mula terlihat pada setiap anggota tubuhnya yang mulai sembuh.
"Dialah Bayi Hantu itu." Terang Laviant.
"Kekuatan Nephila yang sebenar... Ilmu penyembuhan yang setara dengan Tunggal Ratu Ilmu Hitam." Sambung Sufi.
Mereka bergerak mengelilingi Nephila yang terbaring tidak bermaya itu.
"Aku hampir mati Sufi..." Keluh Alim.
"Aku pun tidak tahu yang Nephila mengorbankan Tenteranya demi Bayi Hantu. Tentera Merah yang dia kawal sewaktu berperang dengan Pejuang Pohon pun seakan benar." Keluh Sufi.
"Sebenarnya... Dia ini lemah daripada aku. Tapi proses penyembuhan yang dia ada sangat merumitkan." Ejek Aslan.
"Jadi... Bagaimana kita mahu membunuh hantu ini?" Soal Panjiey.
"Ada dua cara untuk menghuraikan Bayi Hantu. Pertama, pemiliknya menguraikan sendiri Bayi tersebut. Kedua, pemiliknya menggunakan Rahsia: Kelahiran Bayi Hantu." Jawab Sufi.
"Nephila sudahpun menggunakan Rahsia itu. Maksudnya, tubuhnya sudah bersatu dengan Bayi Hantu. Jasadnya dikala ini adalah nyawanya yang terakhir." Sambung Laviant.
"Kau meminta kami untuk menyerang Nephila tanpa henti agar dia menggunakan Rahsia itu rupanya. Bijak." Puji Aslan.
Nephila mula menghembuskan nafasnya secara perlahan-lahan.
"Dia bernafas." Ucap Daem.
"Ada kata-kata terakhir?" Tanya Laviant.
Nephila mengangkat tangan kanannya dikala tubuhnya semakin uzur dan membusuk.
"Rahsia..." Bicara Nephila.
"Rahsia?" Soal Alim.
Sofea, Esfarza, Nur, Myla dan Ulya datang menghampiri mereka.
"Akhirnya..." Keluh Sofea.
"Susah manusia ini mahu mati." Keluh Myla.
Sufi mendiamkan diri seketika cuba untuk menafsir apa yang Nephila cuba sampaikan. Secara tiba-tiba Laviant mengarahkan pandangan pada Sufi bersama riak wajah yang cemas.
"Sufi... Dia ingin..." Terang Laviant namun...
"Di Balik Rahsia: Sangkar Dunia." Bicara Nephila menyeru kepada jurus terkuat yang dimiliki oleh Tunggal Hantu Labah-Labah.
Sufi segera mengajukan jari telunjuknya ke arah Nephila. Dalam masa yang sama, Hujanan Beribu Peluru Benang Hantu mula berguguran di Kota itu dari atas langit bagai guguran hujan.
"Mati..." Ucap Nephila bersama senyuamn terakhir yang menyeramkan.
Mereka tergamam melihat hujanan beribu peluru benang hantu yang gugur bagaikan hujan. Setiap daripada jiwa yang melihat ingin mengorak langkah untuk lari. Tapi hujan peluru itu meliputi keseluruhan kawasan Kota Bulan Merah. Lari juga menandakan mereka tetap akan mati.
"Cepat Sufi!!!" Teriak Laviant.
"Rahsia Hantu Salju: Bisikkan..." Bicara Sufi.
Dikala menyeru Rahsia Hantu Salju, tubuh Sufi mula membekukan dirinya sendiri bersama aura yang berubah menjadi salju daripada bahagian kaki.
"Berhenti!" Arah Sufi.
Hujanan peluru benang hantu itu pun terhenti diudara secara menyeluruh usai sahaja arahan daripada Sufi.
"Rai... Panjiey... Musnahkan semua peluru itu sebelum tubuh aku membeku sepenuhnya." Arah Sufi lagi.
Dengan pantas Rai mengeluarkan auranya yang sangat banyak sambil mengarahkan jari telunjuknya ke atas langit. Panjiey pula menyilang tangan kanannya dibahagian bahu.
"Rahsia Raja Petir: Hujan Petir." Bicara Rai.
Usai bicara Rai, petir menyambar tanpa henti pada setiap daripada peluru benang hantu yang terhenti di udara.
"Rahsia Sang Taufan: Potongan Angin Membelah Langit." Bicara Panjiey.
Panjiey menggerakkan tangan kanannya menebas langit. Ratusan pedang angin terbit daripada auranya menebas ke udara menghancurkan ratusan peluru benang hantu tanpa henti. Suasana kini dihiasi dengan hujan petir dan angin yang bertiup sangat kencang.
"Waaa... Lagenda Putaran Tiga Bencana." Puji Daem.
"Mereka bertiga hanya menggunakan kelebihan Rahsia untuk menentang Rahsia Di Balik Rahsia." Puji Aslan.
Dalam beberapa minit berlangsungnya suasana petir dan angin itu, kesemua peluru benang hantu akhirnya berjaya dimusnahkan. Sufi berhenti menggunakan kelebihannya dikala separuh tubuhnya sudahpun dibaluti salju.
"Sufi..." Panggil Alim.
"Tenang... Bagi aku masa untuk salju ini cair semula." Pujuk Sufi.
Suasana kembali dihiasi dengan sorakan dan kegembiraan. Penggunaan Rahsia Di Balik Rahsia oleh Nephila menandakan yang dia tidak mampu menggunakan sebarang kelebihan lagi kerana bayaran bagi kelebihan itu adalah unsur tubuhnya sendiri.
"Meski... Aku mati... Aku tetap berjaya melengkapkan Tunggal... Ratu Ilmu Hitam." Ucap Nephila bersama nafas yang hampir hilang.
Bicara Nephila membuatkan Pejuang Pohon dan Hiyar Ayil terdiam. Didalam suasana yang hening dan semakin mendinginkan, Lily bergerak keluar daripada Dewan Pemerintah bersama wajah yang sangat tegang.
"Su... Sufi... Lily..." Panggil Alim.
Panjiey dan Rai segera mendekati kedudukan Sofea, Nur, Esfarza, Ulya dan rakan-rakannya yang lain. Mereka mengeluarkan aura masing-masing bersiap sedia menentang waris bagi Ratu Tiga Segi Berdarah yang sebenar.
"Mira..." Panggil Nur sambil bergerak mendekati Lily.
"Pap!" Sofea memegang tangan Nur.
"Jangan Nur... Kita tidak tahu sekarang dia berada di pihak yang mana..." Tegah Sofea.
Sufi dan Lily mengikat pandangan sedalam mungkin. Tiada bicara antara mereka kecuali kedua mata yang saling bertatapan. Kenji, Aslan, Aryan dan Mu'un-Mu'un yang lain bergerak ke hadapan Sufi melindungi ketua mereka daripada berlaku sebarang kemungkinan.
"Abang... Puas... Puas mempermainkan Mira?" Soal Lily bersama nada yang sangat sayu.
Lily mengarahkan tangan kanannya ke arah Nephila.
"Rahsia Ratu Ilmu Hitam: Kehancuran." Bicara Lily.
"Sempurna..." Balas Nephila bersama mata yang terus terpejam.
Darah yang berguguran di kawasan itu mula menyerap masuk ke dalam tubuh Nephila hingga menyebabkan tubuh wanita itu mengembung dengan besarnya. Apabila tubuh penguasa itu hampir pecah, Lily mengenggam erat tangan kanannya.
"Pam!!!" Tubuh Nephila pecah berkecai menjadi ketulan-ketulan daging yang sangat busuk.
Percikan darah daripada tubuh Nephila yang pecah memercik ke tubuh Kenji, Aslan, Aryan dan Mu'un-Mu'un yang lain. Dengan pantas Lily mengangkat tangan kanannya ke atas.
"Naik!" Arah Lily.
Tubuh mereka mengeras lalu terangkat ke udara secara tiba-tiba. Panjiey dan Rai cuba berrgerak pantas untuk melindungi Sufi namun pemuda tenang itu menghentikan tingkah mereka dengan isyarat tangan.
"Jangan!" Arah Sufi.
Dalam ketegangan suasana di antara mereka semua, Nur berlari mendekati Lily lalu memeluk erat budak comel itu bersama tangisan yang mula mengalir.
"Mira..." Pujuk Nur.
Suatu pelukan kasih sayang yang memaksa Mira untuk menghentikan pergerakannya.
"Mira... Kakak tidak peduli siapapun Mira yang sekarang ini. Kakak hanya ingin katakan kepada Mira. Kakak rindukan Mira." Luah Nur dalam pelukan itu.
Air mata mula mengalir pada wajah Lily bersama jiwanya yang merasakan suatu keterharuan. Dia menurunkan rakan-rakan Sufi daripada udara bersama kedua matanya yang tidak lepas daripada memandang erat wajah Sufi.
"Nur..." Panggil Sofea.
Lily melepaskan pelukan Nur lalu perlahan-lahan mendekati abang kesayangannya itu.
"Abang... Mengapa abang Sufi lambat menyelamatkan Mira." Luah Mira bersama suatu tangisan.
Dikala salju pada tubuh Sufi hilang, kedinginan suasana menenangkan jiwa mereka dihiasi alunan angin yang sangat merdu. Lily memeluk erat tubuh Sufi bersama air mata yang tidak henti berguguran. Sufi juga membalas pelukan itu bersama suatu senyuman ketenangan.
"Abang tertidur tadi... Maaf ya Mira." Gurau Sufi.
Lily tergelak kecil mendengarkan gurauan itu. Suatu gurauan yang sangat dia rindukan selama berbulan-bulan. Mata-mata yang memandang turut mengalirkan air mata melihat suasana pertemuan yang sangat mengharukan itu. Awalnya mengerikan namun di akhirnya terbit suatu kemanisan.
"Kita sudah menang..." Ucap Laviant.
"Kita menang!!!" Teriak Aslan.
Sorakan, tangisan dan tawa mula terukir. Perampasan semula akhirnya berada di puncak yang tertinggi. Pejuang Pohon bersama penduduk kota meraikannya pada setiap jalan yang ada dikota. Bendera Negeri Zamrud Mulia yang berlambangkan Pohon berwarna hijau mula menggantikan setiap daripada bendera Tiga Segi Berdarah yang berlambangkan Bulan Merah.
*****
Suatu suasana di dalam Dewan Pemerintah pada waktunya 11 malam. Sufi bersama anggota Hiyar Ayil dan Pejuang Pohon berkumpul bersama Lily di Singgahsana di Raja. Mereka berbulat untuk menoktahkan segala perkara yang perlu dinoktahkan. Hubungan diantara Esfarza dan Lily.
"Sufi?" Seru Abang Rahman.
Sufi mendiamkan diri seketika. Esfarza terus memeluk Panjiey manakala Lily pula terus memeluk Nur. Dan watak yang terpenting iaitu Ulya pula terus memeluk Sofea. Jiwa-jiwa yang berada diruangan itu mampu merasakan suatu kesedihan akan hadir tidak lama lagi menerpa ruangan itu.
"Sufi..." Seru Laviant pula.
Sufi tetap mendiamkan diri tanpa sebarang balasan.
"Kita perlu menoktahkannya Sufi..." Arah Alim.
Ulya bergerak mendekati Sufi yang berdiri ditengah-tengah ruangan.
"Abang... Ulya sedia." Terang Ulya bersama tangisan yang mula mengalir.
Sufi mengangguk membenarkan bicara Ulya. Dia mula menghulurkan tangan kanannya bersama kedua matanya yang terus merenung ke dalam mata Ulya yang tidak henti mengalirkan air mata itu.
"Ulya sedia... Sedia untuk menghapuskan bukti ini." Luah Ulya bersama nada yang perlahan dan sangat sayu.
Mereka berdua mula mengeluarkan aura masing-masing. Menghiasi suasana dengan keindahan bunga sakura dan salju. Untuk ke sekian kalinya, mata-mata yang memandang terpegun melihat keindahan itu. Dalam beberapa detik, aura Ulya mula berpusar di tangan kanan Sufi menghasilkan sehelai daun yang diatasnya ada suatu titisan putih kecil yang bercahaya sangat terang.
"Air mata... Keinginan." Ucap Kenji.
"Dan ianya berlaku." Sambung Daem.
Lily melepaskan pelukannya daripada Nur.
"Kak... Mira sayang Kak. Jangan pernah lupakan Mira ya. Meski kita tidak bersatu di alam ini. Mira sentiasa berharap. Kita akan bersatu lagi di alam yang lain." Luah Lily.
Bersama tangisan yang deras mengalir, Nur ingin menghalang Lily daripada pergi. Namun budak comel itu bergerak mendekati Sufi bersama tekad didalam jiwanya. Dia akan mengorbankan dirinya demi Esfarza.
"Abang Sufi... Mira tidak mampu menahan gelora nafsu Tunggal ini lagi. Pada bila-bila masa, Mira mampu menggunakan kelebihan ini untuk membunuh abang bersama rakan-rakan abang Sufi." Luah Lily.
Nur bergerak mendekati Mira.
"Mira..." Pujuk Nur.
"Gunakanlah Air Mata Keinginan itu untuk menghidupkan semula Esfarza. Dan.. Bunuh Mira secepat yang mungkin." Arah Lily.
"Kita boleh mengatasi masalah ini. Sekiranya Lily sudah sempurna menjadi Tunggal Ratu Ilmu Hitam. Dia juga mampu menghidupkan Esfarza kembali menggunakan Rahsia: Rantaian Jiwa dengan sempurna. Selepas itu, kita akan membuang Tunggal Lily menggunakan Air Mata Keinginan." Terang Sofea.
"Betulkah?" Soal Abang Rahman.
"Sekiranya kita ada pilihan... Kita tidak perlu membunuh Lily." Sokong Myla.
Mereka semua melihat suatu sinar di dalam kesedihan suasana itu.
"Mustahil." Balas Laviant.
"Apa yang mustahil?" Soal Panjiey bersama nada yang tegang.
"Seperti kata Sufi... Tiada siapa yang mampu menghidupkan manusia kembali secara sempurna. Hanya Air Mata Keinginan yang mampu mengubah takdir." Jawab Rai.
"Tapi Rahsia itu juga mampu menghidupkan manusia kembali. Buktinya kewujudan Lily pada masa ini." Nafi Alim.
"Rahsia itu bukannya menghidupkan Lily. Rahsia itu memulihkan Lily kerana pada masa itu Lily belum mati." Terang Laviant.
"Betulkah Sufi?" Soal Abang Rahman.
Sufi tidak menghiraukan segala persoalan itu. Dia hanya mendiamkan diri bersama jiwanya yang dipalu oleh tanggungjawab yang sangat besar. Tanggungjawab untuk menoktahkan suatu pilihan.
"Abang Sufi..." Panggil Ulya.
"Rahsia: Rantaian Jiwa itu adalah sumpahan. Bukanlah suatu mantera yang mampu menghidupkan manusia kembali secara sempurna. Sepertimana aku memberikan sumpahan pada Esfarza bersama sifat rindu, harapan dan kasih sayang pada Panjiey. Sepertimana aku memberikan sumpahan pada Marya agar berubah menjadi Ular Berdarah. Kelebihan itu hanyalah sumpahan. Tidak lebih daripada itu." Terang Lily bersama tangisan yang tidak henti mengalir.
Keluhan diirngi tangisan menghiasi suasana di kala kebenaran sudahpun terungkap.
"Hanya ada satu pilihan. Dan yang menentukan pilihan itu. Hanyalah Esfarza dan Lily. Bukan kita." Terang Laviant.
"Abang!!!" Teriak Lily.
Sufi menoleh ke arah Lily bersama wajahnya yang turut dihiasi kesedihan.
"Bunuh... Bunuh Mira. Jika abang sayangkan Mira. Jangan biarkan Mira tersiksa bersama nafsu membunuh ini. Abang... Mira sayang abang. Tapi, ini adalah takdir diantara kita dan Kak Nur." Luah Lily lagi bersama nada yang sangat sayu.
"Adakah... Ini yang diramalkan oleh Si Majnun?" Soal Nur juga bersama tangisan yang tidak henti berguguran.
Lily mendiamkan dirinya. Baginya, berat untuk menjelaskan ramalan Si Majnun yang terbit pada akalnya usai Rantaian Rindu terurai. Ingatan yang terakhir, ingatan yang menoktahkan segala pilihan.
"Mira cuba untuk mengubah takdir." Terang Esfarza.
Panjiey terduduk daripada berdirinya dia apabila mendengarkan bicara kekasih hatinya itu.
"Maksudnya... Si Majnun sudahpun meramalkan suasana ini. Dan yang akan pergi... Adalah Esfarza." Terang Rai.
Esfarza bergerak mendekati Sufi lalu mencapai daun yang mengandungi Air Mata Keinginan tersebut.
"Sufi... Takdir sudah ditentukan... Yang pergi... Tidak akan kembali." Nasihat Esfarza bersama suatu senyuman.
Esfarza bergerak mendekati Lily lalu menuangkan Air Mata Keinginan di bahagian kepala budak comel itu.
"Es..." Panggil Panjiey.
Aura merah berdarah mula terurai daripada tubuh Lily menandakan unsur Tunggal Ratu Ilmu Hitam mula menghilang daripada jiwanya.
"Rakan-rakan... Meski waktu kita bersama tidak panjang. Ingatlah aku dalam memori kamu semua. Jangan pernah lupa, nama Esfarza juga pernah berjuang bersama Hiyar Ayil." Luah Esfarza bersama senyuman yang menyelindungkan suatu kesedihan.
Panjiey bergerak memeluk Esfarza yang mula mengeluarkan sinar berwarna putih.
"Abang... Jangan pernah bersedih ya. Meski kita terpisah di alam ini. Yakinlah, kita tetap akan bersama di alam yang lain." Luah Esfarza.
"Bagaimana..." Balas Panjiey dalam tangisnya.
Bicara yang terputus itu mengheningkan suasana yang dihiasi dengan air mata. Didalam suasana itu juga Nur menggenggam erat tangan Sufi. Akalnya membayangkan bagaimana sekiranya dia dan Sufi menempuh suasana seperti itu. Jiwanya pula merasakan segala rasa yang berkemungkinan hadir diantara mereka berdua.
"Bagaimana mungkin Es... Bagaimana mungkin Abang tidak bersedih jika memori terindah yang terpahat didalam jiwa ini adalah kisah cinta kita berdua... Bagaimana mungkin Abang tidak bersedih jika wanita pertama yang memiliki jiwa ini adalah Es... Bagaimana mungkin..." Luah Panjiey.
"Abang..." Balas Esfarza bersama nada yang sangat sayu.
"...Aku tidak bersedih...Jika aku mencintai Es di masa lalu, masa ini dan masa yang akan datang. Aku janji, aku tidak akan menyalahkan takdir tentang suasana ini. Tapi aku tidak mampu berjanji agar tidak menangis dikala teringatkan Es. Kerana tangisan itu bukan sekadar kesedihan dikala memikirkan tentang kehilangan isteriku. Tangisan itu juga suatu kegembiraan dikala teringat yang aku juga pernah memiliki wanita seindah ini." Sambung Panjiey.
Mendengarkan luahan itu menambah lagi gelora di jiwa Esfarza sebelum kepergiannya meninggalkan alam itu. Tubuhnya semakin hilang dimamah cahaya putih yang bersinar terang.
"Abang... Seperti masa lalu dan yang akan datang..." Ucap Esfarza bersama suara yang semakin hilang.
"Aku sentiasa mencintaimu." Sambung Esfarza dan Panjiey.
Usai bicara itu, Esfarza hilang sepenuhnya bersama Tunggal Ratu Ilmu Hitam. Bulan Merah dan Sungai Berdarah kembali kepada hakikat asalnya sebagai tanda negeri itu bebas daripada kekejaman. Kini, bulan itu disinari dengan cahaya bulan berwarna putih untuk yang pertama kalinya selama 300 tahun. Untuk yang pertama kalinya juga mereka merasakan sungai yang berwarna biru.
*****
Heningnya suasana yang dihiasi dengan tangisan tanpa sebarang bicara. Dikala Panjiey hanya berdiri dengan tangisan yang tidak henti daripada gugur.
"Orang tua... Sudahlah. Masa sudahpun menoktahkannya. Kau jangan sedih lama-lama. Ada banyak lagi musuh yang kita perlu selesaikan." Sindir Rai.
Sindiran si Raja Petir membuatkan tawa mereka mula kembali merawat kesedihan yang menerpa suasana.
"Nur... Kau genggam tangan aku. Kau kata, kau tidak ingin lagi perkara yang bukan-bukan berlaku diantara kita berdua." Sindir Sufi bersama senyuman sinis.
Nur melepaskan genggaman tangannya dengan pantas.
"Suka hati akulah." Marah Nur.
Mira memeluk Nur secara tiba-tiba.
"Kak... Layakkah Mira meneruskan kehidupan ini." Soal Mira.
Nur mengusap lembut dahi Mira dengan penuh kasih sayang dari jiwanya.
"Layaklah... Mira kan anak ibu." Pujuk Nur.
Mira memandang erat wajah Nur sedalam mungkin bersama jiwa yang mencerminkan keterharuan yang tidak terbatas. Dia mengarahkan pula pandangannya ke arah Sufi.
"Abang Sufi jangan mahu mengada. Abang Sufi tetap abang Sufi." Sindir Mira.
"Aik. Abang belum cakap apa-apa lagi Mira." Keluh Sufi.
"Bukkk!!!" Mira menendang Sufi secara tiba-tiba bersama senyuman manis.
Gelak dan tawa memenuhi suasana melihat cara budak comel itu bermanja dengan ayah barunya.
"Selamat datang budak comel." Ucap Sofea.
"Kau sudah menjadi manusia biasa. Nama kau sekarang Mira. Aku akan melindungi kau wahai bidadari kecil Hiyar Ayil." Ucap Rai dengan senyum bangganya.
"Kehilangan Esfarza adalah takdir. Kehadiran Mira juga adalah takdir. Jika jawapan ini yang diberikan oleh arusnya takdir yang berjalan. Aku pasrah berenang didalam arusnya. Kerana aku tahu, kebahagiaan itu bukan hanya mencintai Esfarza. Memiliki kamu semua juga adalah suatu kebahagiaan bagi aku." Nasihat Panjiey bersama tangisan yang hampir reda.
"Pandai kau berkata-kata." Sindir Laviant.
"Patutlah Rai panggil kau sebagai orang tua. Kau terlalu matang bagi kami orang tua." Sindir Aslan.
"Aku tidak kisah jika kau menjadi gila orang tua. Asalkan kau tidak lembab macam kembar itu." Ejek Daem.
"Kawan-kawan..." Panggil Lokh.
Mereka memandang ke arah Lokh.
"Laviant?" Tanya Abang Rahman.
"Cantiknya istana ini. Kita dimana?" Tanya Lokh.
Akhirnya, penghibur tiba memberikan mereka gelak dan tawa sebagai penutup suasana malam yang dihiasi berbagai permainan rasa. Meski kehilangan Esfarza sangat memilukan, tapi tangisan tidak boleh berlangsung terlalu lama. Mereka meraikan kejayaan mereka menawan Negeri itu dan meraikan kedatangan Mira sebagai ahli keluarga baru Hiyar Ayil. Namun dibalik itu semua, ada insan yang tersenyum bersama jiwa yang berpaut luka. Kenji yang berdiri dipenjuru ruangan melihat jelas genggaman tangan diantara Nur dan Sufi. Jiwanya berjaya merungkai, sebenarnya dia adalah orang yang ketiga didalam perhubungan Nur dan Sufi. Meski perampasan semula sudahpun berjaya, permainan rasa tetap akan berlangsung. Sungguh Rahsia di balik Rahsia.