Chereads / Ulfun Ain / Chapter 9 - Bab 9 - Gadis Teratai Putih

Chapter 9 - Bab 9 - Gadis Teratai Putih

Matahari hampir kehilangan sinarnya. Rai yang diarahkan menghantar Sayr tiba disuatu jambatan yang panjang dan lebar terbentuk daripada susunan batu putih yang besar. Jambatan itulah yang menghubungkan Daerah Laila dengan Kota Bulan Merah yang terpisah dengan sebuah sungai berwarna merah berdarah yang mereka gelar sebagai Sungai Berdarah.

"Bum!!!" Rai tiba membawa Sayr di Jambatan Hayat.

Luft keluar daripada bayang-bayang Sayr bersama dengan pakaian serba gelap seperti seorang pembunuhan upahan di hiasi dengan dua pedang samurai berwarna hitam di bahagian belakangnya.

"Tunggu Sayr." Arah Luft.

"Wuuu... Pembunuh bayangan." Puji Rai.

"Rai... Bagi tahu Ketua tentang tiga syarat ini. Pertama, jangan bagi tahu orang lain yang aku hilang selain daripada mereka yang sudah tahu dan yang akan tahu. Kedua, jangan cari aku biar aku yang cari Sufi sendiri. Ketiga, katakan pada Sufi dia itu tuan aku. Sekiranya dia mati aku pun mati kerana Kotak Hitam itu menghubungkan kami berdua. Faham. Aku gerak dulu." Terang Luft.

"Maksudnya?" Tanya Rai.

Tanpa menghiraukan pertanyaan daripada Rai, Luft masuk semula ke dalam bayangan Sayr meninggalkan Rai bersama dengan persoalan tiga syarat pembunuh bayangan.

"Fuh... Padahnya jadi pembunuh. Merumitkan." Keluh Rai.

"Sayr! Pulang ke kota." Arah Rai.

Sayr yang masih hanyut dalam pukauan Sofea bersama ilusi Ulya bergerak menuruti arahan itu. Dia mula berjalan seorang diri bersama tubuh yang terbuai-buai menuju ke Kota Bulan Merah berdampingan dengan seorang pembunuh yang sedang bersembunyi didalam bayangannya.

*****

Siang berganti malam secara sempurna di negeri itu dikala bulan menunjukkan tepat waktunya 10 malam. Anggota Hiyar Ayil sudahpun berkumpul di rumah Abang Rahman menantikan ketibaan bakal anggota yang lain.

"Hantu... Harimau itu meminta aku untuk menyampaikan tiga syarat pada kau. Pertama, kau itu tuannya. Kedua, jangan cari dia. Ketiga, jangan bagi tahu yang dia hilang." Terang Rai.

Sungguh seorang raja yang bijak dalam menyampaikan pesan.

"Ringkasnya." Ucap Kenji.

"Kau mesti lupa kata-katanya yang lain." Sindir Sufi.

"Aku lupa la. Dia cakap laju sangat." Keluh Rai.

"Rai... Kalau Rai sampaikan pesan yang salah macam mana." Tegur Sofea.

"Maafkan Rai, Sofea... Harimau itu bercakap laju sangat. Kita bagi Hantu ini fikirkan sendiri ya." Pujuk Rai.

"Ish." Keluh Sofea yang pasrah dengan tingkah rajanya itu.

"Sebenarnya itu bukanlah syarat...Ianya maklumat." Terang Sufi.

"Misi belum jalan maklumat sudah ada?" Soal Kenji.

"Apa yang Luft maksudkan Hantu?" Tanya Ulya.

"Betulkah kau mahu tahu?" Soal Sufi semula.

"Ish! Cepat. Aku bagi kau mimpikan aku baru kau tahu." Marah Ulya.

Ulya tidak menyedari yang bicaranya itu bertentangan dengan tujuan asalnya.

"Mimpi?" Soal Kenji.

"Kau dan aku?" Soal Rai.

"Betul Ulya?" Soal Sofea.

"Aaahhhh!" Teriak Ulya.

"Merumitkan..." Sindir Sufi.

"Ish!" Keluh Ulya sambil duduk di sebelah Sofea bersama wajah yang berubah malu.

"Maksud Luft yang pertama, jangan pernah sebut nama dia sekiranya kita bersama dengan orang lain selain daripada anggota Hiyar Ayil. Kedua, sekiranya aku inginkan maklumat daripada dia, dia yang akan cari aku dan arahan aku yang akan tentukan sama ada maklumat itu perlu disampaikan pada anggota yang lain ataupun tidak. Ketiga, dia sudah pun mengikat kontrak sebagai pembunuh bayangan dengan aku dan kami berdua berkongsi kelebihan Kotak Hitam. Dia boleh muncul dalam bayangan aku dimana pun aku berada." Terang Sufi.

"Ohhh... Hebatnya Kotak Hitam." Puji Sofea.

"Hah... Lebih kurang macam itu yang dia katakan. Rai sudah bilang kan Sofea, Si hantu ini pasti akan faham." Puji Rai.

Sofea memberikan jelingan tajam kepada Rai kerana mampu menyimpulkan suatu pesan menjadi kesimpulan.

"Tuan dan pembunuhnya lebih kurang sama. Tuannya lagi lah...Merumitkan." Sindir Ulya.

"Boleh pula bersuara." Balas Sufi.

Ulya mengangkat penumbuknya ke arah Sufi.

"Kau mahu." Marah Ulya.

Sufi membalas ugutan manja Ulya dengan senyuman. Membuatkan gadis itu tertunduk malu kerana jiwa yang merasakan kemanisan. Dalam beberapa waktu, Abang Rahman tiba bersama dengan bakal anggota Hiyar Ayil yang lain. Dikala Nur memasuki rumah itu, pertembungan pandangan di antara dia dan Kenji menghasilkan suatu ikatan. Radyah memasuki rumah Abang Rahman tanpa menghiraukan Kenji dan Nur.

"Sofea. Siapa gadis cantik ini?" Tanya Radyah.

"Adik aku Ulya. Ulya." Panggil Sofea.

"Hai kak... Comelnya... Saya Ulya." Puji Ulya.

Wajah Radyah berubah merah padam mendengar pujian itu.

"Hai... Ehem. Radyah. Kenapa kau tidak beritahu Sofea kau ada adik cantik macam kau." Puji Radyah pula.

"Nanti Abang Rahman terangkan." Jawab Sofea dengan senyuman kecil.

"Aku lagi cantik dari dia la kak." Sindir Ulya.

Mereka tergelak menghiasi suasana perkenalan itu. Nur yang terikat pandangan dengan Kenji memutuskan ikatan itu secara paksa bergerak duduk di sebelah Radyah. Namun pemuda itu tetap mengunci pandangannya terhadap Nur. Meski ikatan pandangan itu memberi kesan terhadap bayangan akal Nur, namun jiwanya masih bertahtakan wajah Sufi

"Kak... Cantiknya." Puji Ulya pada Nur..

"Nur... Nama saya Nur. Salam kenal ya." Balas Nur.

Nur mengukirkan suatu senyuman tanpa mengetahui Ulya juga insan yang jatuh rasa pada Sufi. Ulya pula menyelindungkan memori jiwanya yang melihat jelas temu janji diantara Nur dan Sufi di Kampung Hudap dengan suatu pujian.

"Boleh saya panggil kak Nur?" Tanya Ulya.

"Boleh." Jawab Nur dengan senyuman kecil.

"Kak Nur boleh panggil saya Ulya. Saya adik Sofea." Terang Ulya bersama suatu senyuman yang sangat manis.

Sungguh Ulya mengetahui itulah gadis yang berbahagi rasa dengan Sufi. Terkesankah hatinya atau dia cuba untuk menghormati suatu hubungan yang lebih awal terjalin.

"Cantikkan Nur adik Sofea." Puji Radyah lagi.

"Haah... Cantik dari Sofea." Sindir Nur.

"Betulkan kak." Sokong Ulya.

"Kau berkakak lah dengan Nur." Rajuk Sofea.

"Boleh." Balas Ulya menghangatkan lagi hati kakaknya dengan suatu sindiran.

"Hmmm. Kakak merajuk ni. Pujuklah." Balas Sofea.

Mereka tergelak mencerminkan jiwa yang merasakan kegembiraan pada bicara mereka yang mula menjalinkan suatu ikatan. Empunya segala rasa dan watak utama pula mendiamkan diri tidak terusik dengan segala rasa yang terjalin pada masa itu meski matanya melihat bahkan telinganya itu mendengar. Membuat suatu kesimpulan ringkas didalam jiwanya tanpa menghiraukan yang dia itu juga mempunyai rasa yang sedang bergelora.

"Baik... Aku akan terangkan awalnya cerita hingga lah cerita yang sekarang agar kamu semua faham mengapa kamu duduk di ruangan ini." Arah Abang Rahman menghentikan segala bicara dan renungan.

Abang Rahman mulai menerangkan pada anggota Hiyar Ayil dan yang bakal menjadi anggota Hiyar Ayil tentang awalnya cerita dia dengan Sufi hinggalah mereka sudah mampu berkumpul seramai itu. Hikayat Majnun, Raja Terakhir, Tiga Segi Berdarah bahkan Hiyar Ayil, semuanya dijelaskan secara terperinci sebelum memasukkan rakan-rakan mereka yang lain ke dalam suatu bayangan yang memperjuangkan sinaran keindahan.

"Ulya sudah masuk Hiyar Ayil?" Tanya Nur.

"Sudah Kak Nur. Abang Sufi yang masukkan Ulya." Jawab Ulya.

"Tidak sangka monyet itu boleh jadi ketua." Sindir Nur.

"Kan... Perangai macam hantu." Sindir Ulya pula.

"Mmm... Gatal." Sindir Radyah.

"Aik... Jauh pemikiran kau Radyah." Ejek Sofea.

Gadis-gadis cantik itu tergelak lagi untuk ke sekian kalinya bahkan bahan gurauan mereka itu pula adalah ketua mereka sendiri.

"Sedihlah Hikayat Si Majnun yang sebenar kan." Ucap Radyah.

"Haah... Orang yang berkorban sanggup tenggelam dalam gelap. Yang ada hanya cinta. Tiada lain selain cinta. Kesian sangat." Sokong Ulya.

"Kan... Tapi apa kan daya. Mencintai seseorang itu adalah pilihan kita sendiri. Taruhannya pula adalah cinta. Tiada siapa yang tahu rasa apa yang akan dibayar oleh taruhan kita pada masa hadapan. Luka atau bahagia." Nasihat Nur bersama senyuman manis memandang kedua sahabatnya itu.

"Betul!" Sokong Radyah dan Ulya.

"Macam ada pengalaman la Nur." Sindir Sofea dengan senyuman sinis.

"Ish... Mana ada... Aku belum pernah jatuh cinta." Nafi Nur.

"Sama." Jawab Radyah.

"Entah... Kak Sofea seorang yang sedang dilamun cinta sekarang ini." Sindir Ulya.

"Siapa Ulya?" Tanya Nur.

Ulya menunding jarinya ke arah Rai.

"Hensemnya... Rambut dia perang semula jadi." Puji Radyah.

"Mmm... Badan dia sasa pula tu...Ngam sangat dengan kau Sofea." Puji Nur pula.

"Tapi dia itu gila. Kesian." Sindir Ulya.

"Betul ka Sofea?" Soal Nur dan Radyah.

"Hmmm." Keluh Sofea.

Mereka menggelakkan Sofea kerana cintanya pada Rai yang tidak berselindung dibalik hijab rasa apa pun. Ego mereka pula menggelakkan mereka kerana rasa yang mereka cuba nafikan meskipun sudah terbentuk menjadi taman rindu dan harapan.

"Semua pun sudah memahami apa yang kita akan lakukan. Tiba masanya kamu semua menjadi Hiyar Ayil." Arah Abang Rahman.

"Tidak sangka abang kau pandai berlakon selama ini. Kau ada bakat apa Lokh?" Tanya Daem.

"Aku pura-pura jadi lembab. Tapi aku memang lembab. Hah. Hebatkan." Puji Lokh.

"Hmmm. Macam mana kau boleh jadi abang Luft ya." Keluh Alim.

"Kesian kau." Sindir Daem.

"Kamu semua letakkan tangan kanan kamu di bahagian dada. Selepas itu ikut apa yang Sufi akan ucapkan nanti." Arah Abang Rahman lagi.

"Ketua..." Panggil Lokh.

"Dikau adalah aku... Aku adalah aku... Hitam dan putih adalah aku... Aku lah yang tidak berwarna." Bicara Sufi.

Usai mengikuti bicara Sufi, terbitlah cahaya keindahan yang hangat pada setiap tangan yang mengucapkan. Menghangatkan suasana ketika itu.

"Rasmi." Ucap Sufi mengejukan rakan-rakannya dari buaian kehangatan jiwa masing-masing.

"Waaa... Cantiklah. Bunga putih." Puji Radyah.

"Hangat. Tenang." Puji Nur.

"Macam mana tangan aku boleh ada pelita Sufi. Lain macam la lampu dia." Soal Lokh.

"Sufi pasangkan tadi masa kau tutup mata. Aku kencing sikit tangan kau." Sindir Daem.

"Oh ya ka. Patut la panas. Tapi indah la Daem. Boleh kau kencingkan lagi." Pinta Lokh dengan senyuman manis di bibirnya.

"Aku letak petir aku sikit. Kau mahu petir yang lebih besar lagi." Sindir Rai pula.

Gelak dan tawa menghiasi suasana dikala Lokh menjadi penghiburnya.

"Baiklah. Semua sudahpun rasmi. Apa yang kita kena buat seterusnya Sufi?" Tanya Abang Rahman.

Sufi menyilang jarinya sebagai petunjuk bahawa akalnya akan menzahirkan suatu arahan yang mengusik jiwa.

"Kita ada dua misi utama. Merebut kota dan melindungi Gadis Teratai Putih." Jawab Sufi.

Mata-mata yang ada disitu memandang wajah Sufi dengan suatu persoalan. Mereka tahu mereka akan merebut kota semula demi sinar di masa hadapan. Namun Gadis Teratai Putih itu tidak tersenarai dalam penjelasan Abang Rahman sebelum mereka bergelar anggota Hiyar Ayil.

"Gadis Teratai Putih?" Soal Alim.

"Siapa?" Tanya Radyah.

"Kau." Jawab Abang Rahman.

"Hah." Kejut Radyah, Nur bahkan para pemuda yang baru bergelar Hiyar Ayil.

"Si comel ini." Soal Daem.

"Apa maksudnya Gadis Teratai Putih?" Tanya Lokh.

Ada kalanya bicara Lokh mampu merungkai suatu persoalan hingga ke dalam isinya.

"Bunga yang kewujudannya adalah seorang gadis dan ianya bukanlah unsur Tunggal. Alam ini menggelarnya Wujud. Seorang manusia yang wujud bersama suatu kelebihan tanpa menggunakan sebarang unsur. Tingkahnya, bicaranya ataupun pemikirannya adalah kelebihan. Unik dan berbeza daripada manusia lain." Jawab Sufi.

"Wujud Gadis Teratai Putih." Ucap Alim.

"Aku ingatkan Gadis Teratai Putih itu Tunggal Sufi." Balas Abang Rahman.

"Aku pun ingatkan dia tunggal." Sokong Rai.

"Apa bezanya Sufi?" Tanya Sofea.

"Tunggal itu adalah unsur yang memberikan manusia kuasa luar biasa berbeza dengan orang lain. Takdir tidak akan membiarkan insan Tunggal bebas mengahancurkan dunia ini sesuka hati. Disebabkan itu takdir menghadirkan pula insan Wujud. Sekiranya unsur Tunggal itu tertulis pada kitab-kitab sebagai mitos atau lagenda. Maksudnya unsur tunggal itu boleh berulang semula pada masa hadapan. Sebagai contoh, sekiranya Tunggal Raja Petir pada zaman dahulu adalah seorang perempuan. Pada zaman ini pemilik unsur Tunggal Raja Petir adalah seorang lelaki." Jawab Sufi.

"Mmm... Raja yang gila pula." Sindir Abang Rahman.

"Maksudnya, insan Wujud hanya ada satu sepanjang zaman. Wujud yang tidak akan berulang semula. Sekiranya insan itu meninggalkan alam ini, ia tidak akan ada pengganti lagi." Balas Sofea.

"Keseimbangan alam." Balas Lokh dengan senyuman kecil.

Sufi memandang wajah Lokh bersama suatu kekaguman pada jiwanya. Dia tidak menyangka insan itu mampu menyimpulkan kesemua penjelasannya itu dalam dua kata.

"Wuuu... Apa jenis pengukur yang perlu dia gunakan Lokh...Pembaris." Sindir Daem.

"Guna pembaris untuk jual ikan. Kan Lokh." Sindir Rai.

"Aku teka la. Aku pun hebat macam adik aku. Kan aku kata. Aku lembab. Eh." Puji Lokh.

Mereka menggelakkan Lokh atas bicaranya yang selalu tersalah arah namun Sufi hanya mendiamkan diri. Dia mengukirkan senyuman kerana akalnya sendiri tidak menyangka pemuda lembab itu mampu berbicara sesuatu yang benar meski dia tidak berkehendak dengan ucapannya itu.

"Jadi... Apa kelebihan Wujud Gadis Teratai Putih?" Tanya Nur.

"Air Mata Keinginan. Air mata tangisan Radyah yang mampu mengembalikan seseorang yang telah pergi dalam beberapa minit. Kan hantu?" Soal Rai.

"Tidak semestinya. Air Mata Keinginan itu adalah air mata yang gugur daripada Wujud Gadis Teratai Putih kerana keinginannya yang terdalam pada masa itu. Sekiranya keinginannya yang terdalam pada masa itu ingin menghidupkan semula orang yang dia sayang, akan terselit satu titisan bercahaya dalam tangisannya itu yang akan mewujudkan keinginannya tersebut. Sekiranya keinginannya yang terdalam pada masa itu ingin memusnahkan seseorang. Orang yang dia inginkan akan musnah sekelip mata." Jawab Sufi.

"Gila." Balas Kenji.

"Sebab itu Tiga Segi Berdarah inginka dia. Macam mana mereka tahu sedangkan Wujud itu bukannya unsur yang mampu dilihat?" Tanya Sofea.

"Aku kurang pasti." Keluh Sufi.

"Hah... Mungkin mereka membuat suatu ramalan. Kan." Teka Lokh mengejutkan semua telinga yang mendengar.

"Guna apa. Pembaris?" Sindir Daem.

"Bukan kan Lokh. Mereka renung awan. Lepas itu mereka nampak muka si comel ini. Kan Lokh." Sindir Rai pula.

Sindiran itu sungguh menyakitkan sehingga menyeru semula gelak dan tawa mereka. Lokh pula hanya tersenyum kecil memandang Sufi tanpa menghiraukan sindiran daripada sahabat-sahabatnya.

"Wujud Penawar." Ucap Lokh tanpa suara pada Sufi dengan suatu senyuman sinis dalam gelak dan tawa rakan-rakannya yang lain.

Itulah pertama kalinya Sufi berasa sangat terkejut pada suatu situasi. Tiada siapa yang tahu gelaran bagi kelebihannya itu melainkan dirinya sendiri. Kelebihan bicara hati yang menjadi suatu petunjuk baginya di alam itu. Namun insan itu yang rakan-rakannya katakan lembab mampu merungkainya dalam situasi yang tiada siapa pedulikan apa yang dia bicarakan. Menjadikan dia insan kedua yang mengetahui gelaran bagi kelebihan Sufi. Wujud Penawar.

"Ehem. Aku rasa apa yang Lokh katakan itu benar. Walaupun dia tidak berniat untuk mengucapkannya." Balas Sufi memecahkan gelak dan tawa rakan-rakannya.

"Biar betul Sufi?" Tanya Daem.

"Kemungkinan mereka membuat suatu ramalan. Aku tidak pasti menggunakan apa, tapi ramalan itu dibawa oleh seseorang yang berasal daripada Kaum Hu." Balas Sufi.

"Ohh. Betul rupanya. Kan. Sudah aku kata. Aku lembab. Eh." Puji Lokh.

Mereka memandang wajah Lokh lalu mereka memandang wajah Sufi.

"Maksudnya abang Sufi?" Tanya Radyah.

"Setiap kaum pasti akan ada insan yang membuat suatu ramalan pada masa hadapan. Tidak kira menggunakan semangkuk air, pesan, pemujaan atau sebagainya. Ada yang salah pada ramalan itu tapi ada juga yang berkemungkinan betul pada ramalan itu. Sebagaimana kaum Amarah memusnahkan Kaum Hu kerana mencari Gadis Teratai Putih. Mereka pasti membuat suatu ramalan bahawa gadis itu akan lahir pada masa hadapan. Ramalan itu berkemungkinan diketahui oleh Kaum Hu yang selamat daripada peristiwa itu. Ciri-ciri gadis itu, petunjuk gadis itu adalah Teratai Putih dan berbagai lagi." Jawab Sufi.

"Radyah dari kaum Hu. Satu kaum dengan Sufi." Balas Nur.

"Fuh. Semakin merumitkan." Keluh Rai.

"Apa petunjuk bagi Gadis Teratai Putih?" Tanya Abang Rahman.

"Kemungkinan...Bola matanya yang berwarna biru dan..." Jawab Sufi.

"Degupan jantungnya." Sambung Kenji.

"Jantung?" Soal rakan-rakanya yang lain.

"Mu'un berkelebihan mendengar dan mengenal degupan jantung manusia. Mungkin, degupan jantung Radyah berbeza dengan degupan jantung manusia yang lain. Itu yang membuat Sayr mengenal dia itu Gadis Teratai Putih." Jawab Kenji.

"Sembilan puluh sembilan peratus logik." Jawab Sufi.

"Dimana logiknya hantu?" Tanya Rai.

"Semasa kita berbincang mengenai Gadis Teratai Putih tempoh hari, hanya Kenji seorang yang pernah mendengar mitos itu. Maksudnya, Tiga Segi berdarah menyebarkan sebuah cerita yang seakan mitos tapi sebenarnya benar. Sebab itu juga mereka mengutamakan pemujaan Mu'un berbanding pemujaan yang lain. Mereka ingin membuat tentera yang boleh mencari dimana keberadaan Gadis Teratai Putih melalui kelebihan mereka mendengar degupan jantung seseorang. Degupan jantung Gadis Teratai Putih kemungkinan berbeza dengan manusia lain. Semasa aku melihat Radyah mengeluarkan Air Mata Keinginan, dia mengalami kejutan jiwa. Degup jantungnya terhenti seketika namun air matanya terus mengalir." Jawab Sufi.

"Logik." Sokong Sofea.

"Fuh. Akhirnya logik." Ucap Rai.

"Insan yang menguasai Cop Hamba itu adalah insan yang membawa ramalan tersebut." Terang Abang Rahman.

Lokh menepuk tangan terkesan dengan kebijakan ketuanya itu.

"Bijak nya ketua. Tapi siapa Gadis Teratai Putih?" Tanya Lokh.

"Aik. Kau letak telinga kau mana. Kaki." Marah Rai.

Sufi tergelak mendengar kelembapan Lokh. Akhirnya dia berjaya merungkai siapakah Abang Luft itu sebenarnya. Namun dia masih menyimpan jawapan itu sebagai suatu rahsia.

"Ehem. Kita akan memastikan siapa insan itu apabila kita sudah menyamar di kota nanti." Arah Sufi dengan gelak kecil di bibirnya.

"Tapi abang... Bagaimana Radyah mahu menggunakan Air Mata Keinginan. Kelebihan itu Radyah sendiri pun tidak tahu di mana letaknya." Keluh radyah.

"Mmm. Macam mana Sufi?" Tanya Abang Rahman.

"Air Mata Keinginan itu hadir tidak bertempat. Ianya di bawa oleh arus takdir secara tiba-tiba. Menghidupkan orang yang sudah mati itu adalah suatu perkara yang sangat mustahil. Hanya arus takdir yang mampu mengubah sesuatu perkara yang mustahil berlaku sebaliknya." Jawab Sufi.

"Mmm. Betul. Tiada siapa yang mampu menentang takdir. Sekiranya takdir kita mati pada hari itu, kita tetap akan mati. Tapi takdir jugalah yang mampu mengubah sebaliknya. Perantaranya adalah Air Mata Keinginan." Sokong Sofea.

"Betul." Jawab rakan-rakannya membenarkan nasihat itu.

"Bijakkan Sofea aku." Puji Rai.

"Bijak. Kau sebaliknya." Sindir Kenji.

"Tapi kita juga kena ingat. Bukan semua manusia berfikiran seperti kita. Ada yang tamak dengan kegelapan sampaikan syarat itu mereka abaikan demi kuasa. Mereka akan cari Radyah sampai dapat demi kelebihan Wujud itu. Sebab itu kita kena lindungi Radyah. Kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku pada Radyah ataupun alam ini jika tangan yang salah menggunakan kelebihan itu." Nasihat Sufi.

"Ish. Bencinya aku dengan kebijakan si hantu ini." Marah Ulya.

"Kan. Perangai macam monyet tapi bijak. Inilah antara satu takdir yang perlu diubah." Marah Nur.

"Kamu dua marah atau suka dengan Sufi." Soal Sofea.

"Marah." Balas Nur dan Ulya serentak.

Radyah hanya mendiamkan diri bersama air mata yang mula mengalir. Sungguh berat baginya sebagai seorang gadis yang comel membawa kelebihan yang menjadi rebutan. Dia tidak ingin menjadi Wujud Gadis Teratai Putih. Yang dia inginkan hanyalah menanam bunga-bunga rasa dan harapan pada taman hatinya yang berwajahkan Sufi.

"Radyah... Jangan menangis ya. Ulya ada untuk melindungi Kak Radyah." Pujuk Ulya.

"Kalau kau mahu peluk aku Radyah peluklah. Mana tahu beban kau berkurang. Aku pun ada kelebihan menyejukkan hati seseorang." Pujuk Nur dengan senyuman kecil dibibinya.

Usai bicara itu Radyah memeluk erat tubuh Nur. Melepaskan kesedihannya sebagai seorang gadis comel yang membawa kelebihan Wujud yang menjadi bebanan baginya pada insan-insan yang dia sayangi.

"Tenang Radyah. Cuba kau tengok muka ketua kita. Ada dia takut dengan ancaman-ancaman yang ingin merebut kau daripada kami. Dia itu sentiasa tenang sebab dia tahu apa yang dia rancang itu pasti berjaya. Kalau dia kata kita menang, kita pasti akan menang. Kalau dia kata kita lindungi Gadis Teratai Putih, maksudnya tiada siapa yang akan dapat merebut Radyah daripada kita." Luah Sofea sambil tersenyum memandang ketuanya yang bijaksana itu.

Gadis-gadis cantik itu merenung wajah Sufi. Bukan luahan Sofea yang masuk di akal dan hati mereka tapi rasa yang berwajahkan Sufi yang memotong rasa-rasa yang lain pada jiwa masing-masing. Sungguh menafikan bahkan membenci si hantu. Tapi bila mana kedua mata memandang, terbit pula yang bertentangan.

"Cukup kan. Semua sudah pun tahu tentang tujuan kita. Kita teruskan rancangan untuk melindungi Radyah." Ucap Sufi memecahkan renungan ketiga-tiga gadis.

"Sombong." Marah Ulya.

"Suka mengarah orang." Marah Nur.

"Suka memalukan Radyah." Marah Radyah pula.

"Alahai. Aku minta kamu tiga letakkan harapan pada dia. Bukannya benci. Kesian Sufi." Tegur Sofea.

"Tidak mahu." Balas ketiga-tiga gadis itu.

Permainan rasa yang diselindungkan disebalik lakonan suatu kebencian.

"Apa yang kita akan buat Sufi?" Tanya Alim.

"Aku bahagi kita semua pada beberapa kumpulan. Pertama, kumpulan yang akan mengiringi penduduk kampung Laila ke kampung Hudap. Kita akan menjadikan kampung itu sebagai tempat perlindungan dan menukarkan namanya menjadi kampung HitamPutih." Jawab Sufi.

"Siapa yang akan membawa mereka ke sana?" Tanya Daem.

"Abang Rahman, Alim, Ulya, Sofea dan bawa Lara sekali. Aku akan minta Rayyan jaga Lara di kampung itu." Jawab Sufi.

"Jadi Radyah?" Tanya Nur.

"Aku yang akan menjaga Radyah bersama dengan Lokh." Jawab Sufi.

"Lokh?" Soal rakan-rakannya.

"Lokh akan jadi pembantu aku." Balas Sufi lagi.

"Boleh Sufi. Tapi aku lembab. Harap faham ya." Jawab Lokh.

"Harap faham Sufi." Sambung rakan-rakannya yang lain.

"Gatal." Marah Radyah.

"Aik. Kau mahu ka tidak Radyah? Rayyan belum mampu untuk menjaga kau. Dia perlu melatih dirinya terlebih dahulu untuk bertarung menggunakan satu tangan. Kalau aku merisaukan, aku minta orang lain jagakan kau." Balas Sufi.

"Tidak payah." Marah Radyah lagi.

"Maksudnya?" Tanya Sufi lagi.

"Dia benarkan kau jaga dia lah. Monyet." Sindir Nur.

"Hantu." Sambung Ulya.

"Fuh. Makin ramai yang benci aku." Keluh Sufi.

"Aku Sufi. Apa aku perlu buat?" Tanya Daem.

"Hmmm. Rai akan latih kau. Kau dan Rai akan menjadi benteng hadapan Hiyar Ayil. Kamu dua hancurkan kampung ini dan kampung Sakin." Jawab Sufi.

"Boleh." Balas Rai dan Daem.

"Aku?" Tanya Nur.

"Jual sayur." Sindir Sufi.

Nur menggenggam erat kedua tanggannya mendengarkan sindiran Sufi itu.

"Monyet sombong." Marah Nur.

"Hantu yang suka mengambil kesempatan." Marah Ulya pula.

"Ketua yang gatal." Sambung Radyah.

Radyah juga ingin membenci Sufi dengan wajah comelnya itu meski jiwanya mencerminkan yang sebaliknya.

"Mmm. Apa boleh buat la Sufi." Keluh Sofea.

"Kesian kau hantu. Muka kau tampan. Tapi gadis-gadis cantik ini benci kau pula." Sindir Rai.

"Kesiannya kau Sufi. Kalau aku jadi gadis cantik. Aku kejar kau. Tapi mereka bertiga benci kau. Sakit mungkin." Sindir Daem.

"Kan. Sakit. Sufi yang bijak ini jugalah yang mereka benci. Lokh kan ada." Sokong Alim.

Lokh hanya mendiamkan diri kerana tidak memahami sindiran itu ditujukan kepada dirinya. Bermain dengan bayangan akalnya sendiri yang terbang entah ke mana.

"Kesian kan aku. Tidak apa lah. Nur. Kenji akan melatih kau." Arah Sufi.

Terpana Kenji seketika dikala mendengar arahan daripada Sufi. Itulah yang jiwanya nantikan. Dan dikala Nur memandang Kenji, hadir rasa sedetik terhadap Kenji didalam jiwanya. Seorang lelaki tampan bersama rambut yang disisir kemas berwarna perang. Bahkan matanya yang sepet menambah lagi ketampanannya dengan tubuh yang sasa. Wanita mana yang tidak jatuh rasa.

"Untungnya kak Nur." Puji Ulya.

"Haah la Nur. Tampan la Kenji." Puji Radyah memecahkan pandangan Nur pada Kenji.

"Ehem. Kau mahu dengan dia Radyah. Kita boleh tukar." Balas Nur dengan senyuman kecil.

"Tidaklah. Takut. Dia itu hensem sangat." Keluh Radyah.

"Sama. Bahaya kalau jiwa wanita kita ini tidak kuat untuk memandang wajah Kenji. Kuatkan semangat ya Nur." Sokong Sofea.

"Ish. Janganlah." Keluh Nur.

Arahan Sufi itu mencipta berbagai kekeliruan. Sepertinya, dia ingin menjual rasa didalam jiwanya demi kebahagiaan Kenji ataupun demi keegoaannya sendiri.

"Kita akan berkumpul di Jambatan Hayat semula selepas tiga hari. Kumpulan aku akan berada di Pohon Zamrud Mulia. Kumpulan Rai akan memusnahkan kampung, Kumpulan Abang Rahman akan menghantar penduduk kampung ke Kampung Hudap dan Kumpulan Kenji bebas untuk berlatih di kampung ini." Arah Sufi lagi.

Kenji dan Nur ingin berbicara. Mengajukan beberapa soalan untuk menzahirkan persoalan rasa.

"Pap!" Sufi menepuk tangan menghalang kesemua anggotanya dari meneruskan pertanyaan.

"Itu sahaja ya. Semua boleh bersurai sambil memikirkan tugas masing-masing. Aku, Radyah dan Lokh akan bergerak awal pagi." Arah Sufi dengan senyuman kecil dibibirnya.

Anggota Hiyar Ayil hanya mampu mengangguk membenarkan arahan Sufi dikala Kenji dan Nur mula dibuai-buai oleh rasa. Lokh? Wujud Penawar? Lokh pula menambah rahsia dalam hikayat ini. Apa yang tersimpan pada tubuh pemuda lembab itu sehingga dia mampu mengenal Sufi adalah Wujud Penawar sedangkan tiada insan didunia ini mengetahui perkara itu melainkan Sufi. Sungguh Rahsia di balik Rahsia.