Chereads / Ulfun Ain / Chapter 12 - Bab 12 - Mata Cermin

Chapter 12 - Bab 12 - Mata Cermin

Hari Pertama Bulan Kelima Tahun 1000 Alam Ulfun Ain - Lima bulan dalam peredaran waktu berlangsungnya penyamaran Hiyar Ayil di Kota Bulan Merah. Tanpa jejak dan pengetahuan daripada musuh terbesar mereka, setiap anggota berjaya menjiwai watak masing-masing. Pada pagi di hari itu, Luft bertemu dengan Sofea di salah satu lorong gelap yang ada di Kota Bulan Merah.

"Luft." Seru Sofea.

Dalam beberapa detik seruan Sofea, bayangan yang ada pada penjuru lorong itu mulai membesar. Luft memunculkan diri daripada bayangan tersebut bersama dengan pakaiannya yang lengkap sebagai seorang pembunuh bayangan.

"Sini!" Arah Luft.

Sofea bergerak mendekati Luft dan pada masa yang sama, dia terlihat seorang budak perempuan sedang memerhatikan mereka berdua di penghujung lorong.

"Budak kecil Luft." Ucap Sofea.

"Mmm... Berjaya." Balas Luft.

Usai bicara Luft, dia masuk semula ke dalam bayangan meninggalkan Sofea seorang diri. Dengan sebuah lakonan pada tingkahnya, Sofea bergerak mendekati budak perempuan tersebut.

"Adik. Ayah dan ibu mana?" Tanya Sofea.

"Nama saya Azira." Balas budak kecil itu.

Seorang budak perempuan berambut pendek berwarna hitam paras bahu, bekulit sawo matang dan berhidung mancung. Ketika Sofea merenung kedua mata budak itu, bola matanya berwarna putih bersih ibarat suatu cermin yang memantulkan wajah Sofea ke dalamnya.

"Siapa kakak?" Tanya Azira.

"Saya Sofea." Jawab Sofea dengan senyuman manis dibibirnya.

"Lelaki tadi itu siapa kak?" Tanya Azira lagi.

"Suami kakak. Nama dia Luft. Kami berdua tinggal di Jalan Bulan Gelap nombor rumah 55. Kakak terpaksa pergi dari kota hari ni sebab ada urusan di luar kota. Itu yang kena jumpa dengan dia sebelum jalan. Minta restu." Jawab Sofea.

"Azira tidak tanya pun." Sindir Azira.

Sofea mengerutkan dahinya mendengar sindiran budak kecil itu.

"Dia kerja apa kak? Macam mana dia boleh keluar daripada bayang-bayang?" Tanya Azira lagi.

"Mmm. Azira tanya kakak?" Gurau Sofea.

"Ish! Kakak la." Marah Azira.

"Betul mahu tahu?" Soal Sofea lagi.

"Mmm. Mahu." Jawab Azira.

Sofea mengusap lembut kepala Azira.

"Kami memperjuangkan kebaikan dalam bayangan. Memperjuangkan apa yang sepatutnya penduduk negeri ini selayaknya dapat daripada pemerintah mereka. Suatu hari nanti, negeri ini akan aman semula. Aman dari kekejian dan kegelapan yang pemerintah berikan pada rakyat di negeri ini. Kami semua orang kuat tau. Ada yang yang boleh keluar dari bayang macam suami kakak dan ada macam-macam lagi. Letakkan harapan pada kami ya." Terang Sofea.

"Mmm. Hebat. Nanti Azira fikirkan mahu letak harapan atau tidak." Balas Azira.

Sofea tergelak mendengar balasan budak kecil itu.

"Kakak pergi dulu ya dik." Pinta Sofea.

"Kejap." Pinta Azira.

Sofea menghentikan pergerakannya lalu bibirnya tersenyum manis kembali.

"Macam mana kakak dan rakan-rakan kakak berbincang. Kota ini dipenuhi dengan musuh-musuh kakak?" Tanya Azira.

Sofea menoleh semula ke arah Azira.

"Mmm...Setiap malam pada pukul 11, kami semua akan berbincang di rumah kakak. Sebab itu tiada orang yang tahu." Balas Sofea bersama gelak kecil dibibirnya.

Sofea mengukir langkah meninggalkan Azira seorang diri. Setiap jawapan yang dia berikan seakan terselit suatu perancangan.

*****

Suatu suasana di Sekolah Tentera Kota Bulan Merah yang terletak di Jalan Bulan Gelap. Sufi berjaya menjadi seorang guru di sekolah tersebut. Pada hari pertama penyamaran mereka, dia menunjukkan mantera durdunya dengan wajah yang tenang di hadapan para guru. Dengan kehebatan dan kebijaksanaannya itu, dia di ambil menjadi seorang guru lalu berjumpa dengan Mira yang merupakan murid kesayangannya di sekolah itu.

"Abang Sufi!" Teriak Mira dari kejauhan.

Gadis kecil berambut putih paras dada dengan wajahnya yang sangat comel dan tingginya separas dengan perut Sufi. Berkulit putih pucat dengan bola mata yang berwarna merah gelap dan matanya yang berbentuk sederhana sepet. Sufi yang sedang duduk di salah satu bangku yang ada pada taman kecil di sekolah itu menoleh ke arah Mira menyahut panggilan tersebut.

"Mira..." Balas Sufi.

Mira mendekati Sufi sambil menghentak-hentak kedua kakinya.

"Pap!" Mira menampar Sufi.

"Sakit Mira." Keluh Sufi.

"Abang kata mahu ajar Mira ilmu Syifa' pagi ini. Tapi abang tidur memanjang dari pagi. Hmm." Marah Mira.

"Abang mengantuk Mira. Jom kita belajar sekarang ya." Pujuk Sufi.

"Ish! Tidak mahu. Sekarang sudah tengahari baru abang Sufi mahu ajar Mira. Abang Sufi tidur lah sampai besok. Tidur puas-puas." Marah Mira lagi.

Tergamam Sufi seketika mendengar bebelan murid kesayangannya itu.

"Mira..." Pujuk Sufi.

"Apa Mira Mira." Marah Mira.

"Jom jalan. Kita datang kedai Kak Nur ya. Mahu?" Pelawa Sufi.

Mira yang termakan akan pujukan itu memandang wajah Sufi bersama kemarahan pada wajahnya yang comel. Dia bergerak mendekati Sufi lalu di capainya tangan pemuda itu.

"Cepat! Nanti ibu ambil Mira." Arah Mira.

Sufi berdiri dari duduknya lalu membawa Mira bergerak menuju ke kedai Nur yang terletak tidak jauh dari Sekolah Bulan Merah. Dari hari pertama Sufi menjadi guru di sekolah itu, Mira sudahpun menjadikan dia sebagai guru kegemaran bahkan seorang lelaki yang sangat dia sayangi. Mungkin kerana ketenangan pemuda itu turut mengalir ke dalam jiwanya. Membasahi setiap sudut dengan suatu keindahan dan kegembiraan. Dalam beberapa minit perjalanan Sufi dan Mira, mereka tiba di kedai makan milik Nur.

"Kak Nur." Panggil Mira usai sahaja memasuki kedai Nur.

Nur menyahut panggilan adik angkat kesayangannya itu yang mula terhubung sejak empat bulan yang lalu. Dengan sifat penyayang Nur, Mira mengikat hatinya untuk menggemari gadis itu sebagai kakak kesayangannya.

"Mira..." Balas Nur dengan suatu senyuman manis dibibirnya.

Mira mendekati Nur lalu duduk bersama di salah sebuah meja yang ada di kedai itu.

"Mesti monyet itu ada buat sesuatu dengan Mira hari ini kan. Dia mahu kakak pujuk Mira la tu." Sindir Nur.

"Ya la kak. Sehari dia tidur. Janji ini janji itu la. Lepas itu dia bayar semua janji dia itu dengan tidur. Abang monyet." Marah Mira.

"Aik." Balas Sufi.

"Mira ada buat macam yang kak Nur ajar?" Tanya Nur.

"Ada kak. Hampir hari-hari Mira bagi penampar tapi tidak berkesan. Apa yang Mira perlu buat lagi kak?" Pinta Mira.

"Mmm. Kalau monyet memang macam tu Mira. Lepas ni Mira tendang dia." Jawab Nur.

"Baik!!!" Teriak Mira.

Mira dan Nur memandang wajah Sufi dengan suatu senyuman sinis di bibir mereka berdua.

"Ujian dalam arus takdir kali ini...Pedih ya rupanya." Keluh Sufi.

Sufi hanya mampu menggeleng kepalanya dengan kepasrahan pada arus takdir yang berlangsung pada masa itu dan yang akan datang. Pemuda itu tidak menyangka murid kesayangannya itu berguru dengan Nur. Wajah tampannya terlalu tenang hingga para wanita gemar memberikan penampar pada wajahnya itu. Dengan keindahan pada suasana ketika itu, mereka menghiburkan hati dengan gelak dan tawa diiringi dengan si hantu sebagai bahannya. Di dalam waktu yang terus beredar, ibu Mira datang bersama dengan pengawal Kota Bulan Merah.

"Mira..." Panggil Esfarza yang merupakan Satu dari Empat Penguasa Tiga Segi Berdarah.

Berwajah putih pucat, berhidung mancung dengan matanya yang bulat. Berambut hitam gelap diikat kemas dibahagian belakang bahkan bola matanya juga berwarna hitam gelap. Cantik dan anggun wanita itu bagai seorang permaisuri dengan pakaiannya yang bergaun putih terang.

"Ibu...Kejap ya..." Sahut Mira.

"Kak Nur. Nanti esok Mira datang lagi ya. Mari abang Sufi." Arah Mira.

"Baik Mira. Sayang Mira." Balas Nur.

"Sayang kakak juga." Balas Mira semula.

Sufi dan Mira mendekati Esfarza lalu bergerak bersama keluar daripada kedai Nur.

"Bawa Mira jalan dulu. Saya ada sedikit nasihat untuk guru Mira." Arah Esfarza pada tenteranya.

Tenteranya membenarkan arahan itu mengiringi Mira bergerak pulang ke kota meninggalkan Esfarza dan Sufi. Sufi memandang wajah Esfarza dengan tenang. Menantikan sesuatu dari wanita yang cantik bagaikan patung itu.

"Seperti yang dijanjikan, esok kau akan masuk penjara di Jalan Perang Berdarah. Kau tidak boleh keluar dengan mudah. Penjara itu dikelilingi dengan tentera Pejuang Berdarah." Terang Esfarza.

"Mmm... Pastikan Nur selamat ya." Pinta Sufi.

Esfarza mengangguk sebagai tanda setuju dengan permintaan Sufi lalu bergerak meninggalkan Sufi dengan pantas. Sufi masuk semula ke dalam kedai Nur.

"Nur..." Panggil Sufi.

Nur bergerak mendekati Sufi menyahut panggilan itu.

"Jaga Mira ya. Jangan ikut berbincang pada malam ini dan seterusnya sampai aku berjumpa dengan kau semula. Apapun yang jadi dengan aku jangan bertindak. Teruskan penyamaran kau dan jaga Mira macam anak kau sendiri." Arah Sufi.

Nur mengerutkan dahinya mendengarkan arahan daripada Sufi tersebut.

"Tapi... Kita belum pernah berbincang selama lima bulan ini. Macam mana dengan maklumat yang aku ada?" Tanya Nur.

"Jangan risau...Simpan dulu maklumat itu. Kau watak terpenting dalam penyamaran ini. Kau tidak boleh diketahui dan diragui." Pinta Sufi.

"Tapi..." Balas Nur.

"Nur..." Pujuk Sufi.

"Ish!" Keluh Nur.

"Boleh ya Nur..." Pujuk Sufi lagi.

Nur menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju pada arahan ketuanya. Dengan suatu senyuman kecil, Sufi meninggalkan Nur dengan suatu persoalan pada arahannya itu.

*****

Waktu terus beredar hingga siang berganti malam secara sempurna. Bulan pada masa itu tepat menunjukkan pukul 11 malam. Sufi menuju ke Jalan Bulan Gelap pada rumah yang bernombor 55.

"Assalamualaikum...Hantu..." Ucap Sufi di hadapan pintu rumah bernombor 55 itu.

Sebelum sempat pintu rumah itu terbuka, Sofea muncul dari kegelapan suatu lorong yang ada di jalan itu bergerak mendekati Sufi.

"Assalamualaikum." Ucap Sofea mengejutkan Sufi.

"Walaikumsalam." Balas Sufi lalu menoleh ke arah Sofea.

Dalam masa yang sama, pintu rumah itu terbuka. Terlihat sesorang lelaki berambut botak berumur dalam 50-an, berbadan sasa dan berwajah bengis.

"Sufi... Sofea... Masuk cepat." Arah lelaki itu.

Sufi menuruti arahan itu bersama Sofea.

"Sihat Grogor?" Tanya Sufi.

"Sihat. Naiklah. Yang lain sudah ada di sana." Pelawa Grogor.

Sofea dan Sufi menaiki tingkat ke dua yang ada di rumah itu. Apabila mereka memasuki salah satu bilik, terlihat satu cermin besar pada dinding bilik itu berukuran hampir dua kali ganda tubuh manusia dan lebarnya memenuhi ruangan pada dinding sehingga mencecah ke lantai.

"Cermin Naq." Ucap Sofea.

"Mmm... Lorong rahsia kita yang tembus di rumah lagi satu... Mari Sofea." Ajak Sufi.

Sufi berdiri di hadapan cermin besar itu bersama Sofea lalu meletakkan tangan kanannya pada cermin itu.

"Wahai Cermin Naq. Cermin kembar di dua tempat. Kau dan dia sama. Yang berbeza hanyalah tempat." Bicara Sufi melafazkan mantera Cermin Naq.

Usai bicara Sufi, cermin itu mulai bergelombang umpama gelombang air. Sufi memasukkan tangannya ke dalam cermin tersebut.

"Mari." Ajak Sufi lagi.

Sofea mengikuti arahan Sufi memasuki cermin itu lalu tembus pada cermin yang sama namun di bilik dan rumah yang berbeza. Sofea hanya mengikuti langkah Sufi tanpa sebarang bicara bergerak turun dari tingkat dua menuju ke ruang tamu rumah. Setibanya di ruang tamu, Daem dan Abang Rahman sudah pun ada di sana. Rumah itu berbentuk seperti sebuah kedai arak namun air yang dijual dikedai itu hanyalah jus buah biasa yang disusun seperti susunan botol kaca arak.

"Duduk Sofea." Pelawa Abang Rahman sambil mengarah tangan kanannya ke meja tengah yang ada di kedai itu.

Sofea mengikuti arahan Abang Rahman duduk di meja itu di kelilingi dengan anggota Hiyar Ayil yang lain.

"Empat bulan." Ucap Sufi.

Suasan berubah tegang secara tiba-tiba. Tanpa sedar Sofea, Luft keluar daripada bayang-bayang miliknya. Belum sempat gadis itu menoleh, Luft bergerak pantas meletakkan pedang samurainya rapat di leher Sofea.

"Mmm." Jawab Luft.

"Kau gerak kau mati." Bisik Luft.

"Apa... Apa yang kau buat?" Soal Sofea dengan wajahnya yang berubah cemas.

"Apa yang kau buat?" Tanya Luft semula.

"Hah?" Soal Sofea lagi.

"Tenang." Pujuk Sufi.

"Sofea tidak akan datang ke tempat ini menggunakan Cermin Naq." Terang Abang Rahman.

Wajah Sofea semakin cemas bahkan tubuhnya mula menggeletar.

"Siapa dia Luft?" Tanya Daem.

"Entah... Cuba kau tunjukkan diri. Aku bagi kau 30 saat untuk berfikir sebelum samurai ini berada di tengah leher kau." Ugut Luft lagi.

Sofea kaku memandang samurai di lehernya itu.

"28... 29..." Hitung Luft.

Samurai itu sudah pun melukai leher Sofea tinggal menunggu untuk di tekan masuk namun akhirnya gadis itu membuka mulutnya.

"Mata..." Ucap sofea.

"Mata?" Soal Daem.

"Tunggal Mata Cermin." Sambung Sufi.

"Mmm. Mati." Balas Luft.

"Kejap... Bagi aku peluang." Pinta Sofea.

"Tahan Luft." Tegah Sufi.

Luft melepaskan pedangnyanya dari leher Sofea lalu meletakkan bilah pedangnya yang tersangat tajam itu di tengah kepala Sofea.

"Peluang atau terbelah dua." Ugut Luft.

Sofea dibaluti cahaya biru yang terang. Dalam sekelip mata, dia berubah menjadi seorang lelaki berambut pendek bewarna hitam disisir kemas. Kulitnya berwarna gelap, berhidung pesek, berbadan kurus dan tinggi.

"Ini hasil kau Luft?" Tanya Daem.

"Mmm. Akar pohon Tiga Segi Berdarah iaitu maklumat bagi segala maklumat. Lama aku dengan Sofea cari dia. Dia jadi budak perempuan pagi tadi." Jawab Luft.

Daem menepuk tangan. Maklumat bagi segala maklumat. Ikan kecil yang diumpan dengan suatu lakonan.

"Tenang... Kenalkan diri kau dengan terperinci... Kalau kau masih cemas, tarik nafas terlebih dahulu. Tenangkan diri ya." Pujuk Sufi.

Lelaki itu merenung wajah Sufi. Tenang jiwanya mendengar bicara pemuda itu. Dia menarik nafas menenangkan dirinya sehabis mungkin sebelum memulai soal siasat yang akan menghasilkan maklumat bagi segala maklumat.

"Nama aku Ezyr. Mata-mata bagi Tiga Segi Berdarah." Terang Ezyr.

"Aku perhatikan kau sudah lima bulan di seluruh kota ini. Manusia yang boleh berubah sekelip mata kepada tubuh orang lain. Asalkan kedua matanya jelas melihat tubuh orang itu, dia boleh meniru dan berubah menjadi orang tersebut. Sesuai dijadikan mata-mata. Memerhatikan penduduk yang mencurigakan ataupun tidak lalu melaporkannya kepada Empat Penguasa." Terang Luft.

"Siapa kau... Kau perhatikan aku selama ini tanpa aku sedar." Soal Ezyr.

"Pembunuh Bayangan. Dia boleh bunuh kau juga tanpa kau sedar kalau dia mahu." Jawab Abang Rahman.

"Pembunuh... Bayangan... Macam mana kamu tahu aku Tunggal Mata Cermin?" Tanya Ezyr lagi.

Luft mengarahkan telunjuknya ke arah Sufi.

"Hantu..." Ucap Ezyr.

"Hai..." Balas Sufi dengan senyuman manis dibibirnya.

"Hantu Salju belum mati... Sinar..." Balas Ezyr.

"Sinar?" Soal Daem dan Abang Rahman.

Ezyr menundukkan wajahnya.

"Apa yang kamu mahu tahu?" Tanya Ezyr tanpa menghiraukan persoalan Daem dan Abang Rahman.

"Bum!!!" Rai dan Ulya tiba di kedai Abang Rahman melalui petir milik Rai.

Ulya bergerak mendekati Sufi lalu menendang kaki pemuda itu dengan suatu senyuman rindu pada bibirnya.

"Lima bulan kan. Hantu." Balas Ulya. dengan senyuman kecil dibibirnya.

Sufi hanya membalas gurauan Ulya dengan suatu senyuman kecil.

"Ulya." Panggil Ezyr.

Rai dan Ulya memandang Ezyr.

"Hantu... Bunuh?" Tanya Rai.

"Sabar..." Jawab Sufi.

"Cermin... Itu wajah sebenar kau rupanya. Hodohnya." Sindir Ulya lagi.

"Macam mana kau boleh hidup Ulya? Bukannya Hantu Salju bunuh kau sebelum Kenji bunuh dia?" Tanya Ezyr.

Telinga yang mendengar memandang wajah Sufi meminta penjelasan yang lebih lanjut.

"Bukannya Ulya tiada dalam cerita kau Sufi?" Tanya Rai.

"Mmm. Bila masa aku minta Hantu Salju bunuh Ratu Ilusi?" Tanya Sufi pula.

Mereka mengarahkan pandangan pula ke arah Ulya. Sungguh membingungkan cerita yang di reka oleh Ratu Ilusi itu.

"Aku tambah sendiri." Jawab Ulya dengan nada yang perlahan.

"Boleh Sufi?" Tanya Abang Rahman.

Sufi memandang Ulya dengan suatu senyuman hingga memaksa gadis cantik itu menundukkan wajahnya dengan rasa bersalah pada tingkahnya yang lalu.

"Ezyr... Tiga Segi Berdarah percaya dengan cerita itu?" Tanya Sufi.

Ezyr menangguk membenarkan pertanyaan Sufi.

"Mereka tidak terlalu peduli dengan cerita itu. Mereka hanya inginkan jantung Hantu Salju. Jantung Hantu Salju menutup segala misi yang ada termasuk mencari Gadis Teratai Putih." Jawab Ezyr.

"Mmm.... Boleh." Jawab Sufi.

Ulya menjeling wajah Sufi bersama rasa bersalah yang berubah menjadi keterharuan. Menyelindungkan rasa yang hadir tanpa diundang.

"Nasib baik. Kalau mereka tidak percaya, aku hancurkan kota ini demi Sofea dan Ulya." Ugut Rai.

"Raja Petir." Ucap Ezyr dengan wajahnya yang berubah cemas kembali.

"Kesian kau. Kalau ikutkan hati, kami boleh bunuh kamu semua dalam sekelip mata. Nasib baik ketua kami ini bagi arahan untuk selamatkan dahulu siapa yang ingin diselamatkan." Ugut Luft lagi.

Ezyr menundukkan wajahnya. Berdebar jantungnya berhadapan dengan insan-insan luar biasa yang sebenarnya adalah musuh bagi Tiga Segi Berdarah itu.

"Mmm. Tunjukkan wajah setiap dari Penguasa Tiga Segi Berdarah dan perkenalkan diri mereka secara terperinci." Arah Sufi.

Luft menarik semula samurainya dari kepala Ezyr. Ezyr berubah sekelip mata mengikuti arahan Sufi dengan wujud penguasa yang pertama iaitu Livis. Berambut hitam panjang dengan jambang dan misai yang lebat juga berwarna hitam, Mukanya bengis, berbadan sasa dan sedikit berisi.

"Livis Penguasa Perang atau di gelar Serigala Merah. Kelebihannya adalah gema dari nyalakannya yang mampu memecahkan jantung musuh yang mendengar nyalakan itu. Kelemahannya, dia tidak mampu untuk bergerak selagi dia masih menggunakan kelebihannya tersebut. Dia ada empat orang bawahan yang kuat. Mong Si Serigala Sasa, Tex Si serigala laju dan Pome Si Serigala Betina yang mampu memukau dengan pandangan mata serigalanya. Jika bertentang mata dengan dia selama dua minit, musuhnya akan terpukau. Bawahannya yang terakhir adalah Kenji Si Api Abadi." Terang Ezyr.

"Sofea aku lagi hebat." Puji Rai.

"Kau... Hmmm." Sindir Ulya.

Daem dan Abang Rahman menggelakkan Rai mendengar pujian berpaut sindiran daripada Ulya tersebut.

"Maksudnya, aku sudahpun terpukau sewaktu memandang keduan matanya pada pagi tadi. Permaisuri Merpati Putih." Balas Ezyr.

"Ya la. Kau hanya menunggu Sufi di hadapan rumah No 55 dari lah pagi sampai ke malam. Sudah aku katakan, kami boleh musnahkan kamu semua dalam sekelip mata." Sambung Luft.

"Pukau, Bayang, Hantu, Petir, Ilusi... Siapa yang kami sedang hadapi sebenarnya." Keluh Ezyr.

"Bawahan Livis yang terakhir Kenji... Mmm... Maksudnya rancangan awal kita berjaya secara sempurna. Kan Sufi?" Soal Abang Rahman.

"Kenji pun bersama dengan kamu semua." Soal Ezyr.

"Mmm... Arus takdir." Jawab Sufi.

"Seterusnya?" Tanya Sufi lagi.

Ezyr dibaluti cahaya biru semula lalu berubah sekelip mata menjadi seorang wanita berumur 30-an. Rambutnya panjang dan keriting di biar lepas. Wajahnya pula putih pucat dengan mata yang hitam kesemuanya. Di kedua matanya itu terdapat parut luka yang panjang terukir hingga ke dagunya. Bibir wanita itu mengukir suatu senyuman yang sangat menyeramkan bahkan giginya berbentuk seperti gigi jerung. Sungguh menakutkan gadis itu bagai jelmaan hantu yang berwujudkan wanita.

"Seramnya..." Ucap Ulya.

"Hodoh sungguh muka dia." Sindir Daem.

"Penguasa Pemerintahan. Nephila atau Hantu Labah-Labah. Kelebihannya adalah sepuluh jari miliknya yang mampu mengawal Benang Hantu. Wanita ini sungguh kuat hingga dia tidak perlukan tentera bawahan. Siapa yang dia ingin, dia akan kawal atau bunuh menggunakan Benang Hantu termasuk Raja Bulan Merah. Dia yang mengawal pemerintahan di negeri ini dan memberi arahan kepada Penguasa yang lain." Terang Ezyr.

"Seperti yang diramalkan." Balas Abang Rahman.

"Dialah ketuanya." Ucap Daem.

"Seterusnya." Balas Sufi.

Ezyr berubah lagi ke wujud yang seterusnya. Seorang gadis cantik yang berwajah seperti patung. Berwajah putih pucat, berhidung mancung dengan matanya yang bulat. Berambut hitam gelap diikat kemas dibahagian belakang bahkan bola matanya juga berwarna hitam gelap.

"Esfarza?" Tanya Daem.

"Langit dan bumi bezanya Esfarza dengan Nephila." Puji Rai.

"Cantiknya kakak ni." Puji Ulya.

"Esfarza merupakan Penguasa Pemujaan. Dia adalah penguasa baru yang menggantikan Luis iaitu penguasa yang dibunuh oleh Nephila sendiri. Kami sebagai bawahan bahkan penguasa yang lain tidak tahu mengapa Nephila membunuh Luis secara tiba-tiba. Kehadiran Esfarza menjadi penguasa pun semuanya di luar pengetahuan kami. Hanya Nephila dan Esfarza yang tahu rahsia mereka berdua. Aku belum pernah melihat kelebihan Esfarza. Tugasnya hanya menjaga anaknya di sekolah tentera tidak lebih dari itu." Terang Ezyr.

"Lily?" Soal Rai.

"Sufi..." Seru Abang Rahman.

"Tenang. Bagi Ezyr habiskan tugas dia dulu." Arah Sufi.

Mereka mengangguk membenarkan arahan Sufi. Tidak sabar jiwa mereka menantikan maklumat yang akan diberikan oleh si bijak itu berkaitan dengan Esfarza dan anaknya.

"Yang terakhir." Arah Luft.

Ezyr berubah menjadi seorang lelaki kurus berkulit putih dan pendek. Bola matanya berwarna hijau gelap, matanya berbentuk bulat, pipinya cengkung ke dalam dan bibirnya berwarna hitam gelap.

"Lufis Pemerintah Serpihan Kitab Majnun... Mereka juga menggelarnya Ular Berdarah. Kelebihannya adalah ular besar yang sentiasa berdampingan dengan dia berwarna merah darah dan bisa ular itu mampu mengawal aliran darah dalam tubuh musuhnya. Bawahannya hanya ada seorang iaitu anaknya sendiri seorang gadis cantik yang bernama Lichesis. Dia tidak pernah keluar daripada Dewan Nyawa iaitu dewan pemujaan yang berada di bawah markas Livis. Aku sendiri pun baru sekali berjumpa dengan dia. Dia meminta aku untuk mencari penduduk kota untuk dijadikan uji kaji pemujaan. Ada yang kata, dia ingin menghidupkan semula bininya yang mati dibunuh. Sebab itu dia melakukan banyak pemujaan menghidupkan orang mati." Terang Ezyr.

"Berjaya?" Tanya Luft.

"Dalam 50 kali, semuanya gagal." Jawab Ezyr.

Anggota Hiyar Ayil mula mengeluarkan aura masing-masing terbawa dengan emosi dalam jiwa mereka. Ezyr hanya menundukkan wajahnya yang pasrah dengan takdir yang akan menimpanya pada masa itu.

"Tenang..." Pujuk Sufi.

"Kaum Hu. Dia yang buat Cop Hamba?" Tanya Abang Rahman.

Anggota Hiyar Ayil mendekati Ezyr dengan wajah yang tegang. Ingin sungguh mereka mendengar jawapan itu terutamanya Ulya.

"Ya." Jawab Ezyr.

"Hantu. Kita sudah jumpa siapa yang kita perlu bunuh terlebih dahulu." Seru Rai.

"Mari." Sokong Ulya dengan jiwa yang semakin membara.

"Tenang..." Tegur Sufi.

"Kita sudah jumpa puncanya Sufi. Cop Hamba itu yang menyakitkan ramai insan di negeri ini." Balas Abang Rahman.

"Sabar." Pujuk Luft lagi.

"Hmm...Kalau Sufi tidak ingin. Aku akan akur." Jawab Rai.

"Tapi Abang..." Ucap Ulya yang ingin sungguh menafikan arahan Sufi itu.

"Jangan terbawa dengan emosi. Kita kekurangan bukti untuk mengatakan yang Lufis itu berasal daripada kaum Hu dan yang mengganggu fikiran aku adalah anaknya. Meski ayahnya adalah seorang yang suka dengan kekejian, anaknya belum tentu bersifat seperti itu. Ianya masih jiwa yang mampu diselamatkan. Kalau tujuan kita ini membunuh secara membuta, apa beza kita dengan mereka. Kita selamatkan dahulu siapa yang ingin di selamatkan baru kita musnahkan siapa yang perlu dimusnahkan. Boleh ya." Nasihat Sufi.

Suatu nasihat yang mengheningkan suasana. Di kala itu, secara tiba-tiba Ezyr bergerak memeluk Sufi seerat yang mungkin.

"Sufi... Maafkan aku ya kalau permintaan aku ini berlebihan. Tapi, boleh kau selamatkan aku dari kegelapan. Aku sudah lama hidup di jalan ini. Hidup aku kosong tiada warna. Aku pernah terfikir untuk menamatkan diri aku sendiri. Arahan demi arahan. Aku juga ingin mempunyai rakan seperti Ulya dan Kenji. Tapi... Peranan aku dalam Tiga Segi Berdarah sangatlah perit. Aku tidak dibenarkan bercerita, mempunyai keluarga, rakan apatah lagi melakukan perkara lain selain daripada menjadi mata-mata. Sedangkan aku lahir pun anak yatim piatu. Aku hidup sendiri tanpa keindahan darilah dulu hingga sekarang tiada kesudahan. Aku ingin di selamatkan. Boleh ya Sufi." Rayu Ezyr.

Air mata Ezyr mengalir deras bahkan anggota Hiyar Ayil turut mengikuti rentaknya. Seperti yang di katakan Sufi, selamat kan dulu siapa yang ingin di selamatkan kerana didunia ini, terlalu ramai insan yang tenggelam di dalam gelap menanti seseorang yang mampu menyelamatkan mereka.

"Sinar..." Ucap Abang Rahman dalam tangisan yang tidak ketara.

"Sebab itu aku akur jika si hantu yang memberi arahan. Dia tidak sama seperti kita. Kita memahami jiwa kita sendiri tapi dia memahami jiwanya dan juga jiwa orang lain." Puji Rai.

Sufi menepuk halus belakang Ezyr sebagai tanda pujukan. Sungguh mendalam kata-kata pemuda itu.

"Tenang. Dalam pelukan ini, letakkan tangan mu di bahagian dada. Selepas itu ikut apa yang aku ucapkan." Arah Sufi.

Ezyr mengikuti arahan itu didalam tangisannya.

"Dikau adalah aku, aku adalah aku... Hitam dan putih adalah aku... Aku lah yang tidak berwarna." Bicara Sufi.

Ezyr menuruti setiap kata dari bicara Sufi dengan suatu harapan yang baru. Terbitlah cahaya putih dari tangannya untuk yang kesekian kalinya menenangkan suasana.

"Kau sudahpun diselamatkan." Ucap Sufi dengan suatu senyuman.

Ezyr melepaskan pelukannya sambil menyapu air matanya yang gugur tanpa henti. Anggota Hiyar Ayil yang lain menepuk tangan meraikan kebebasannya dari cengkaman Tiga Segi Berdarah.

"Kau ada Cop Hamba?" Tanya Sufi.

"Lufis tidak memberikan aku Cop Hamba sebab dia tahu, aku akan terikat dengan dia. Aku tiada keluarga selain daripada dia. Tiada siapa yang akan menyelamatkan aku dan tiada siapa yang akan mendengarkan apa yang aku luahkan." Jawab Ezyr dengan suatu senyuman manis.

"Bagus... Kau bebas sekarang. Jangan menangis dan meluah lagi. Kau buat aku menangis." Pinta Daem.

"Harap badan sahaja yang besar. Menyedihkan." Sindir Luft.

"Daripada kau... Hati kering macam harimau kau." Sindir Daem semula.

Luft tergelak kecil mendengar sindiran Daem. Dia adalah satu satunya anggota Hiyar Ayil selain Sufi yang langsung tidak terkesan dengan luahan Ezyr. Meski setitis air matapun tidak jatuh dari matanya. Sungguh hatinya terlalu kering dengan pengalaman yang berpaut pada riwayat hidupya.

"Baiklah. Teruskan Ezyr." Arah Sufi memecahkan suasana yang mengharukan itu.

"Teruskan... Maksudnya Sufi?" Tanya Abang Rahman.

"Ada lagi satu Penguasa yang dirahsiakan. Hanya Ezyr dan Empat Penguasa yang tahu. Sebab itu aku dan Sofea cari dia terlebih dahulu." Jawab Luft.

Ezyr meneruskan perubahan wujudnya kepada wujud yang terakhir. Seorang gadis kecil berambut putih paras dada dengan wajahnya yang sangat comel dan tingginya separas dengan perut Sufi. Berkulit putih pucat dengan bola mata yang berwarna merah gelap dan matanya yang berbentuk sederhana sepet.

"Lily?" Soal Ulya.

"Macam mana... Anak Esfarza boleh menjadi penguasa?" Soal Rai.

"Sufi yang lagi tahu tentang perkara ini. Empat bulan lalu, dia yang meminta aku dan Sofea carikan Tunggal Mata Cermin. Itu adalah maklumat yang dia dapat dari Esfarza." Jawab Luft.

"Es.. Kejap... Dalam tempoh lima bulan ini kau sudah berjaya menawan satu Penguasa Sufi?" Soal Daem.

"Bijaknya." Puji Ezyr.

"Ish! Bencinya. Aku lima bulan jaga Radyah. Dia sudah menawan satu Penguasa." Marah Ulya.

"Dari anak kepada ibunya. Bijak. Tapi apa yang dimaksudkan dengan Penguasa Lily Sufi?" Tanya Abang Rahman.

Sufi duduk dari berdirinya dia di tengah ruang tamu kedai itu. Dia menyilang jarinya sebelum menunjukkan kebijaksanaannya yang bakal memukau para telinga yang akan mendengar.

"Maksudnya... Lily adalah anak Si Majnun dan Si Laila. Itulah yang membawa makna Penguasa yang dirahsiakan." Jawab Sufi.

"Anak Si Majnun... Bukannya dia sudah mati?" Soal Daem.

"Tiada bukti yang menunjukkan anaknya sudah mati. Bahkan hikayat itu sendiri tidak mengetahui apakah kesudahan anak mereka." Jawab Sufi.

"Tapi Sufi... Apa yang membuktikan anak mereka masih hidup hingga ke zaman ini?" Tanya Abang Rahman lagi.

"Ianya bermula dari suatu persoalan... Sewaktu aku, Radyah dan Lokh memeriksa rumah Si Majnun yang terletak di Hutan Zamrud Mulia, tiada sebarang bukti yang menunjukkan anaknya mati ataupun dikubur di sana. Mungkin ianya masih kurang jelas untuk mengatakan anak mereka masih hidup. Namun apabila di ingat kembali tentang seorang budak kecil yang terserampak dengan aku dan Rai sewaktu menentang 20 ekor Mu'un beberapa bulan yang lepas, kemungkinan dia adalah anak mereka yang menziarahi pusara ibunya kerana suatu kerinduan. Dua bukti yang terarah kepada satu kesimpulan." Terang Sufi.

Para jiwa yang mendengar penjelasan itu tergamam untuk seketika. Jauh sungguh pemikiran ketua mereka diantara logik dan teori.

"Ezyr... Kau tahu Lily itu anak Si Majnun dan Si Laila?" Tanya Rai.

"Tidak. Aku hanya tahu Lily itu Penguasa yang dirahsiakan. Aku ada mendengar Hikayat Si Majnun daripada Lufis. Tapi dia tidak pernah mengatakan Lily itu adalah anak mereka berdua." Jawab Ezyr.

"Jadi Esfarza?" Tanya Daem.

"Mmm. Persoalan seterusnya, mengapa Luis di bunuh tanpa penjelasan dan digantikan dengan Esfarza tanpa penjelasan. Ianya berkait rapat dengan persoalan mengapa ada dua Penguasa Pemujaan. Seperti yang kita ketahui, Penguasa Pemujaan adalah Esfarza dan Penguasa Serpihan Kitab Majnun adalah Lufis. Bukannya Penguasa Serpihan Kitab Majnun juga tujuan utamanya adalah pemujaan. Mengapa perlu ada dua penguasa Pemuajaan." Soal Sufi.

"Peliknya... Mengapa tidak disekalikan." Balas Ulya.

"Luis dibunuh tanpa penjelasan." Soal Abang Rahman.

"Cuba kamu semua lihat Penguasa yang dirahsiakan itu. Berapa umurnya?" Tanya Luft.

Mereka memandang wajah Ezyr yang berkewujudan seperti Lily itu.

"Dia masih sekolah kan?" Tanya Daem.

"Bukan bengap... Dia adalah budak kecil yang abadi sehingga sekarang. Mustahil anak Si Majnun dan Si Laila masih berumur seperti itu pada zaman ini sedangkan hikayat itu bermula sewaktu Raja Pohon Zamrud Mulia yang pertama. Dia sudah pasti tua dengan hayatnya yang panjang." Jawab Abang Rahman.

"Maksudnya... Mantera Si Majnun itu memberi kesan kepada pertumbuhan usia Lily." Sambung Ulya.

"Benar... Maksudnya usianya itu tidak berubah. Kekal mejadi seorang budak perempuan hingga ke zaman ini. Dalam masa yang sama, jiwanya juga tidak berubah menjadi matang. Dia masih perlukan kasih sayang seorang ibu dan ayah. Sebab itu mereka mencipta satu lagi Penguasa. Penguasa yang direka untuk menjadi ayah dan ibu bagi Lily. Namun, Luis tidak mampu untuk membahagiakan Lily sebagai seorang ayah angkat lalu mereka mengantikan Luis dengan seorang ibu." Terang Sufi.

"Esfarza. Ibu kepada Lily. Sebab itu penggantian Luis tiada penjelasan." Sambung Ezyr.

"Gila... Macam mana hantu ini boleh baca perancangan mereka. Lebih dari bijak kau ini hantu." Puji Rai.

"Macam mana kau boleh kuasai Esfarza ketua?" Tanya Luft.

"Mmm... Teori tetaplah teori... Yang mengubahnya menjadi logik adalah bukti.." Jawab Sufi.

"Maksudnya... Esfarza sendiri yang membuktikan teori Sufi. Dan maksudnya... Esfarza juga ingin diselamatkan." Sokong Abang Rahman.

"Aku yakin Luis menjadi ayah kepada Lily secara paksa. Maksudnya Esfarza juga dipaksa untuk menjadi ibu. Aku cuba tawarkan dia pertolongan untuk keluar dari keterpaksaan itu. Seperti yang aku katakan, tiada siapa yang ingin terikat dengan sesuatu tanpa kebebasan diri sendiri. Kalau ada penawarnya, tiada siapa yang ingin menolak. Dia terima tawaran aku." Jawab Sufi.

Mereka menepuk tangan terharu dengan kebijaksanaan teori dan logik yang dipersembahkan oleh ketua mereka.

"Jadi, apa yang mengikat Esfarza?" Tanya Abang Rahman.

"Mayat hidup. Dia itu adalah seorang pengantin wanita yang dibunuh oleh Nephila pada malam perkahwinannya. Mereka merasa ibu yang terbaik adalah darah manis yang baru meraikan suatu perkahwinan. Selepas dia mati, Lufis melakukan pemujaan untuk menghidupkan dia kembali tapi Esfarza tidak sempurna menjadi manusia. Yang mati tetap sahaja mati. Dia tidak mampu memberikan kasih sayangnya kepada Lily. Rasa cinta yang dia bawa semasa dia hidup kembali hanya satu. Rasa cinta pada kekasihnya hatinya." Jawab Sufi.

"Suaminya." Sambung Ulya.

"Jadi dia akan dimusnahkan?" Tanya Daem.

"Kemungkinan dia akan dimusnahkan. Yang menjadi masalah, suaminya juga ada disini. Mereka akan membunuh suaminya sekiranya dia melanggar arahan. Suaminya pula terikat dengan Esfarza. Mereka menjanjikan Air Mata Keinginan yang mampu menghidupkan secara sempurna Esfarza kembali dengan syarat, suaminya terus berada di penjara dan mereka berdua tidak boleh bertemu. Itu yang di katakan oleh Esfarza." Terang Sufi lagi.

"Apa yang dia minta daripada kau pula ketua?" Tanya Luft.

"Dia meminta aku untuk menyelamatkan suaminya di Penjara Merah sebelum dia tenggelam di dalam kegelapan kerana ujian yang menimpa dirinya. Dia juga mengatakan, terdapat ramai tentera Berdarah yang mengawal Daerah Khyt. Tempat di mana dia dan suaminya berkahwin. Mereka menjadikan penduduk di sana sebagai jantung simpanan untuk pemujaan." Jawab Sufi.

"Jadi... Apa yang kita perlu buat. Maklumat sudah pun ada ditangan kita." Soal Daem.

"Kau bawa maklumat apa Daem?" Tanya Luft.

"Mmm... Aku yang buatkan pedang tentera Tiga Segi Berdarah. Aku tidak sangka aku hebat menjadi tukang besi." Jawab Daem.

"Itu bukan maklumat. Lima bulan itu yang kau bawa. Lokh pun boleh." Sindir Luft.

"Sekurang-kurangnya ada harimau. Ohh ya. Mengapa yang lain tidak ikut berbincang?" Tanya Daem.

"Kita biarkan Lokh dan Alim buat kerja mereka. Radyah pula terus dalam pemerhatian Ulya. Aku minta dia sebarkan propaganda untuk menyeru peniaga menentang kejahatan dan kekejian pemerintah negeri ini." Jawab Sufi.

"Aku ingatkan tugas Radyah itu hanya untuk mengaut keuntungan dengan mukanya yang comel." Sambung Daem.

"Nur?" Tanya Ulya.

"Esfarza meminta Nur untuk mengikat Lily ataupun Mira. Aku sering bawa dia berjumpa dengan Nur. Dia menganggap Nur sebagai kakak kesayangannya dan dalam masa yang sama, dia akan menganggap Nur sebagai ibunya." Terang Sufi.

Mereka bertepuk tangan untuk yang ke sekian kalinya mendengar perancangan Sufi itu.

"Besok... Aku akan masuk ke dalam penjara. Jangan ada yang melawat aku kecuali Luft. Dari dalam penjara aku akan sampaikan arahan seterusnya melalui Luft. Kamu teruskan watak masing-masing. Ada masanya aku akan meminta Luft untuk menyeru perbincangan. Pada masa itu, rancangan seterusnya akan berlangsung." Arah Sufi.

Ezyr berdiri lalu berubah kewujud asalnya.

"Aku Sufi?" Tanya Ezyr.

Mereka memandang wajah Sufi. Menantikan apa tugas bagi mata-mata baru mereka.

"Kau cari dimana Lichess dan dimana jantung aku. Kita cuba selamatkan gadis itu. Sentiasa menyamar sebagai mata-mata Tiga Segi Berdarah. Aku tidak ingin kehilangan ahli keluarga yang baru." Arah Sufi lagi.

Rai mendekati Ezyr lalu memeluk pemuda itu.

"Selamat datang pemuda hitam." Sindir Rai.

Mereka tergelak dengan sindirian itu lalu mengikuti tingkah Rai menyambut kedatangan pemuda itu dalam anggota mereka. Sungguh suatu perbincangan yang sangat bijak dari seorang ketua. Bahkan Sufi mengetahui tentang anak Si Majnun dan Si Laila yang masih hidup. Dia juga adalah Penguasa yang dirahsiakan. Tapi mengapa Penguasa itu dirahsiakan. Masih tersimpan rahsia di balik penjelasan Sufi itu. Sungguh si rahsia di balik rahsia sentiasa membingungkan.