Chereads / Ulfun Ain / Chapter 3 - Bab 3 - Puteri Mawar Merah

Chapter 3 - Bab 3 - Puteri Mawar Merah

Dua Hari Berlalu - Sufi terlena selama dua hari tanpa sebarang gangguan bahkan tanpa kejutan daripada Abang Rahman. Mungkin insan itu memahami, kelelahan Sufi sangat mendalam asbab kelebihannya yang memakan tenaga. Dia membiarkan si pemuda berwajah tenang merehatkan diri selama dua hari berturut tanpa sedarkan diri. Di pagi hari yang kedua didalam buaian lena, Nur datang untuk mengejutkan Sufi.

"Sufi!" Teriak Nur dari bahagian luar rumah Abang Rahman.

Sufi tidak terkesan dengan panggilan itu meskipun pintu rumah Abang Rahman terbuka luas.

"Monyet." Ejek Nur pula.

"Mungkin dia masih tidur. Aku naiklah." Bisik hati Nur.

Nur menaiki rumah Abang Rahman untuk mengejutkan Sufi. Apabila dia tiba di hadapan pintu, Sufi terbaring dengan lenanya di ruang tamu.

"Sufi!!!" Teriak Nur.

Akhirnya si pemuda berwajah tenang itu terkesan dengan seruan maut daripada Nur.

"Mmm... Mar..." Jawab Sufi tanpa sedarnya.

"Mar?" Soal Nur.

"Mati." Bisik hati Sufi.

"Marah apa?" Tanya Sufi menyelindungkan kesalahan daripada bicaranya itu.

"Eh... Nur bukan marah la." Nafi Nur.

"Abang Rahman minta aku pergi ke kampung Hudap. Dia meminta aku untuk memeriksa keadaan kampung itu." Sambung Nur lagi.

"Mmm..." Balas Sufi lalu membaringkan tubuhnya semula.

"Monyet... Bangun la... Kau sudah tidur dua hari." Arah Nur.

Sufi tetap mendiamkan diri tanpa sebarang reaksi.

"Ish! Abang Rahman minta kau temankan aku. Katanya jalan ke kampung itu berbahaya." Marah Nur.

"Kan... Senang." Sindir Sufi lalu membangkitkan diri semula bergerak menyiapkan diri.

Nur hanya mampu mengemam bibirnya kerana terlalu geram dengan tingkah Sufi. Sufi membersihkan diri dan mengganti solat yang dia tinggalkan selama dua hari. Akalnya sendiri tidak menyangka kelebihan yang di keluarkan pada dua hari yang lalu meminta bayaran untuk lena selama dua hari tanpa sedar. Setelah usainya dia melaksanakan solat, dia kembali ke ruang tamu. Pada masa itu, Nur pula yang terlena di pintu rumah Abang Rahman.

"Aik... Aku bangun kau tidur." Keluh Sufi.

"Bangun." Arah Sufi sambil bergerak menuju ke bahagian luar rumah.

"Kejap." Pinta Nur bersama mata yang masih terpejam.

"Kau jaga rumah ya." Sindir Sufi.

"Ish." Keluh Nur.

Nur mengejar langkah Sufi yang sudahpun berada di hadapan rumah Abang Rahman.

"Aku ambil herba dulu. Abang Rahman suruh aku jual." Terang Nur.

"Penjual sayur?' Ejek Sufi.

"Monyet." Balas Nur.

Mereka berdua menuju ke rumah Nur untuk mengambil herba lalu memulakan perjalanan mereka ke kampung Hudap dengan menaiki kuda. Kedua insan itu hanya mendiamkan diri tanpa sebarang bicara kerana hati masing-masing sentiasa berperang untuk menafikan rasa-rasa yang semakin mekar bunga-bunganya. Hampir sahaja pergerakan mereka sampai ke simpang tiga, akhirnya salah satu daripada mereka terpaksa untuk mengalah.

"Jauh jalan ke kampung Hudap?' Tanya Sufi memecahkan segala keheningan.

"Jauh... Dan dekat." Jawab Nur.

"Kesian." Balas Sufi.

Nur tersenyum kecil.

"Dekatlah... Lepas simpang tiga itu, dalam 15 minit kita akan sampai... Kampung itu berhampiran dengan laut." Jawab Nur.

"Senang kan." Sindir Sufi lagi.

"Monyet." Balas Nur.

Mereka pun berjalan bersama-sama bagai dua merpati yang mata hatinya tidak dapat melihat rasa. Mereka hanya sindir menyindir yang disebaliknya itu adalah suatu ketagihan pada hati yang merasai keindahan. Si pemuda sudahpun melupai tentang asal bicara mulutnya dahulu pernah melukakan suatu hati yang berwajah serupa seperti Nur. Si gadis pula tidak mengerti yang dia cuba nafikan pada pandangan pertama itu sudahpun hilang dibongkar rasa dan harapan. Dan seperti yang dikatakan si gadis, perjalanan mereka sudahpun melebihi 15 minit.

"Kau kata 15 minit. Sudah 20 minit kita jalan tapi belum sampai di Kampung Hudap." Keluh Sufi.

Nur tergelak dengan kuat mendengar keluhan itu.

"Aku mana tahu... Aku cuba ramal. Nanti kau cakap seorang diri... Kesian pula." Balas Nur dalam gelaknya itu.

"Selamat tinggal penjual sayur." Balas Sufi lalu menggerakkan kudanya untuk berlari laju meninggalkan Nur di bahagian belakang.

"Tunggu... Sufi..." Pinta Nur sambil menggerakkan kudanya mengejar kedudukan Sufi.

Dengan acara kejar mengejar itu dihiasi dengan gelak dan tawa, tanpa sedar kedua insan mereka sudah pun tiba di destinasi mereka.

"Cantiknya." Ucap Nur yang takjub dengan suatu pemandangan laut yang indah.

Kedua insan terpegun melihat keindahan yang ada di kampung tersebut. Bagai suatu temu janji yang tidak di rancang tapi dibawa oleh arusnya takdir. Mempertemukan kedua insan itu dengan suatu keindahan hingga terdiam untuk sejenak menghayati alunan laut yang berwarna biru disinari dengan cahaya matahari yang berlabuh di tengah langit. Penduduk kampung hanya melakukan kerja harian mereka sebagai nelayan. Berjual beli hasil laut, berbual dan bergelak tawa. Situasi yang menambah lagi keindahan temu janji yang dinafikan oleh hati kedua insan.

"Jual la sayur kau." Sindir Sufi memecahkan rasa takjub pada jiwa mereka berdua.

"Tolong aku." Pinta Nur.

Mereka berdua bergerak ke tengah kampung menjual herba seperti tujuan asal mereka sambil memeriksa keadaan kampung tersebut. Seorang gadis memakai jubah hitam berpenutup kepala mengikat pandangan Sufi secara tiba-tiba. Gadis mencurigakan itu sedang memandang erat mereka berdua di salah sebuah rumah yang ada di kampung itu.

"Sufi." Panggil Nur memutuskan ikatan pandangan Sufi.

Sufi menoleh ke arah Nur.

"Kau." Sindir Nur lalu menunjukkan ketam besar yang ada ditangannya.

Sufi melihat seekor ayam sedang berjalan mendekati Nur. Dia mengarahkan jari telunjuknya ke arah ayam tersebut.

"Kau" Balas Sufi.

Nur memandang ayam yang mendekatinya itu bersama suatu senyuman. Dia tersenyum kerana zahinya sindiran, tapi di dalam jiwa ia mencerminkan yang sebaliknya.

"Ayamlah konon.." Balas Nur tanpa suara.

Sufi menoleh semula ke arah gadis yang mencurigakan itu dan seperti dugaannya, gadis itu hilang menambah lagi kecurigaan yang bermain-main di dalam akal.

*****

Berlalulah masa sehingga matahari merubah kedudukan menjadi petang. Sufi keluar daripada surau yang ada di kampung itu usai menunaikan solat asar.

"Sufi... Sekarang sudah petang." Ucap Nur yang risau dengan hadirnya malam tidak lama lagi.

"Ada jalan singkat untuk pulang ke kampung Laila?" Tanya Sufi semula.

"Ada...Tapi kata Abang Rahman jalan itu berbahaya." Jawab Nur.

"Kita guna jalan itu." Arah Sufi.

"Tapi..." Nur cuba untuk menafikan.

"Kau mahu jual sayur sampai malam?" Sindir Sufi.

"Ish! Marilah." Marah Nur pula.

Mereka pun memulakan pergerakan demi menghargai cahaya matahari yang hampir hilang sinarnya itu dengan menggunakan jalan singkat seperti yang Nur katakan. Dalam perjalanan mereka, kedua mata Nur tidak lepas daripada memerhatikan pohon-pohon tua yang menyeramkan apatah lagi perjalanan mereka diiringi senja yang semakin berlabuh. Sufi tenang menunggang kuda tanpa menghiraukan suasana yang menyeramkan itu hinggalah cahaya sirna sepenuhnya.

"Garrr." Ngauman suatu makhluk muncul secara tiba-tiba dari bahagian hadapan mereka.

"Sufi." Panggil Nur.

"Aku ada depan kau." Jawab Sufi dengan tenang.

"Apa itu Sufi?" Soal Nur.

Usai bicara Nur, Sufi berhenti secara mengejut apabila melihat suatu sosok makhluk yang besar umpama sebuah rumah bersama tubuh yang di penuhi dengan batu berwarna putih berada tidak jauh di hadapan mereka. Nur bergerak turun dari kudanya lalu mendekati kedudukan Sufi.

"Sufi..." Panggil Nur.

"Kau ada bawa pedang kau?" Tanya Sufi.

"Tinggal." Jawab Nur.

"Tunggu sini. Jangan lari ya. Nanti kau hilang." Arah Sufi.

"Tapi..." Balas Nur.

Nur cuba menghalang Sufi daripada meninggalkan dirinya keseorangan. Namun pemuda itu tetap dengan tekadnya ingin berhadapan dengan makhluk batu itu. Sinaran bulan menyinari kedudukan mereka bagai membantu si pemuda berwajah tenang. Dia berjalan hingga kedudukannya berada hampir dengan makhluk tersebut.

"Garrrr." Bicara makhluk itu dengan suaranya yang hampir tenggelam.

"Kami mahu pulang. Boleh kau berganjak daripada menghalang jalan ini?" Tanya Sufi.

"Garrrr!!!" Teriak Makhluk itu lagi.

Makhluk batu itu mengangkat tangan kanannya yang besar lalu mengarahkannya kepada Sufi. Pemuda tenang itu membalas reaksi makhluk batu tersebut dengan senyuman kecil.

"Tenang." Balas Sufi.

Sufi melepaskan auranya yang berubah menjadi hawa dingin berwarna putih menyebar mengelilingi dirinya. Setibaya tangan makhluk itu dihadapan Sufi, dengan pantas dia menggunakan tangan kanannya untuk menahan serangan itu. Makhluk batu itu cuba menggerakan lagi tangan kirinya ke arah Sufi.

"Wahai Salju... Kedua mataku memandang ke arah musuhku... Terbitlah dikau... Padamkan musuh ini dari pandanganku." Bicara Sufi melafazkan Mantera Salju: Shasha.

Dalam masa sedetik, tangan kanan makhluk batu yang bertembung dengan tangan kanan Sufi mula membeku dengan pantas lalu menyebar ke seluruh tubuh. Tangan kirinya terhenti secara paksa kerana mulai membeku seperti tangan kanannya. Salju itu menyebar sangat pantas sehingga mengubah makhluk itu menjadi bongkah ais berwarna putih berukuran hampir sama seperti sebuah rumah.

"Sufi!!!" Teriak Nur secara mengejut.

Dengan pantas Sufi menoleh ke arah Nur. Satu lagi makhluk batu berhadapan dengan Nur hingga memaksa tubuh gadis itu kaku bersama mata yang saling berpandangan dengan mata makhluk batu itu. Nur mula mengalirkan air mata ketakutan dan tubuhnya mula mengeluarkan aura berwarna merah gelap yang berubah menjadi kuntuman-kuntuman bunga mawar merah. Haruman yang terhasil daripada kuntuman bunga mawar merah tersebut membuatkan makhluk itu melutut secara tiba-tiba. Dikala masa seakan terhenti diantara Nur dan makhluk itu, Sufi bergerak mendekati Nur.

"Nur." Panggil Sufi.

Nur memandang wajah Sufi bersama air matanya yang tidak henti mengalir. Dia berlari ke arah Sufi lalu memeluk erat tubuh pemuda itu tanpa sedar dari akalnya sendiri. Dan dikala itu, bertembunglah kedua-dua rasa tanpa kehendak dari jiwa kedua insan.

"Sufi... Tolong Nur..." Pinta Nur dengan nada yang sayu.

"Kau takut gelap ya." Balas Sufi.

"Makhluk itu sudahpun melutut... Dia tidak akan menganggu kita lagi." Pujuk Sufi.

"Mmm..." Balas Nur.

Nur terus menutupi wajahnya di dada Sufi. Membasahi baju pemuda itu dengan air matanya. Dalam masa yang sama, jiwanya merasakan ketenangan. Suatu ketagihan yang membunuh ketakutan dengan keindahan.

"Nur... Lepaskan pelukan kau ya." Pujuk Sufi.

"Nur mahu lepaskan. Tapi Nur tidak mampu bergerak. Nur tidak tahu kenapa." Balas Nur bersama nada yang diiringi tangisan.

"Tenang..." Pujuk Sufi lagi.

Kuntuman mawar merah masih berguguran terzahir dari aura merah milik Nur. Terlihat anggun dan cantik gadis itu bagaikan seorang Puteri. Sufi pula terus melepaskan aura dinginnya yang berwarna putih bagai seorang Hantu yang berwajah tampan. Dalam ketenangan itu ada rasa-rasa yang memainkan peranannya. Yang memaksa tubuh Sufi untuk tetap dengan kedudukannya. Yang memaksa Nur untuk tetap dengan tingkahnya. Sungguh suatu temu janji yang luar biasa. Hadir tanpa keinginan namun berlaku kerana arusnya takdir yang mengalir. Rasa-rasa itu bermain untuk seketika dengan hiasan mawar merah dan suasana yang dingin lagi menenangkan.

"Nur..." Panggil Sufi.

Nur berjaya melepaskan pelukannya lalu dia merenung tajam kedua mata Sufi. Wajahnya dihiasi dengan mata yang berkaca bersama bibir yang digigit kerana malu dengan tingkah yang dia lakukan.

"Pap!" Nur menampar wajah Sufi.

"Kenapa Nur... Muka aku macam makhluk itu?" Tanya Sufi.

"Mari pulang." Ajak Nur sambil memalingkan wajahnya daripada Sufi.

Kedua mata Nur masih berkaca tapi wajahnya berubah menjadi merah padam.

"Sakitnya..." Keluh Sufi.

Tanpa sedar mereka berdua, makhluk batu yang melutut di hadapan Nur sudah pun duduk kembali dan menanti arahan daripada Nur. Nur mengabaikan makhluk itu kerana jiwanya yang terlalu malu dengan tingkahnya. Dia menaiki semula kuda miliknya tanpa sebarang bicara.

"Nur... Kalau kau malu pun kau minta la makhluk itu pulang semula ke dalam hutan. Dia tunggu arahan daripada kau." Pujuk Sufi.

"Aaahhh!!!" Teriak Nur dengan sangat nyaring.

"Kau la yang arah dia. Kau dengan dia sama, tiada beza." Marah Nur pula.

"Fuhhh..." Keluh Sufi lagi sambil bergerak menaiki kuda miliknya.

"Dua-dua tiada beza. Dua-dua menakutkan aku." Ucap Nur dengan nada yang sangat perlahan bersama kedua mata yang terus memancar ke bawah.

"Kalau makhluk itu ikut kau pulang, kau jadikan la dia haiwan peliharaan ya." Sindir Sufi lalu mengerakkan kuda miliknya.

Nur hanya mengikuti arahan Sufi dan mengikut pergerakan pemuda itu. Dia buntu kerana akalnya terus memikirkan Sufi sepertimana peristiwa tempoh hari yang berpusing bagaikan jam. Ke kiri lalu ke kanan akhirnya berputar tiada kesudahan. Mereka terus bergerak tanpa sebarang bicara sehinggalah tiba di hadapan rumah Abang Rahman.

"Sufi." Panggil Nur.

Sufi menoleh ke arah Nur menyahut panggilan itu.

"Jangan..." Ucap Nur.

"Jangan bagi tahu Abang Rahman kau peluk aku." Sambung Sufi dengan senyuman sinis.

"Monyet." Balas Nur lalu bergerak pergi meninggalkan Sufi.

Sufi menaiki rumah Abang Rahman dikala waktu menunjukkan pukul 8 malam. Pada masa itu, Abang Rahman sedang duduk diruang tamu seakan menunggu ketibaan Sufi.

"Sufi." Panggil Abang Rahman.

"Ya Abang Rahman." Jawab Sufi.

"Aku tahu kamu berdua akan selamat. Duduklah... Ada perkara yang aku ingin bincangkan." Pelawa Abang Rahman.

Meski kelelahan, Sufi tetap menuruti arahan itu. Dia duduk berhadapan dengan Abang Rahman.

"Ada benda penting yang aku kena bagi tahu kau. Sepatutnya perkara ini aku sampaikan dua hari yang lalu. Tapi aku tengok kau penat sangat. Aku tunggu kau bangun terlebih dahulu." Terang Abang Rahman.

Sufi hanya mendiamkan diri bersama senyuman kecil pada bibirnya. Dia sendiri tidak menyangka yang tubuhnya mampu terlena selama dua hari.

"Sebenarnya... Aku ingin menceritakan tentang Hikayat Si Majnun yang sebenar kepada kau dimana hikayat ini berkait rapat dengan asal usul negeri ini." Terang Abang Rahman.

"Hikayat sebenar?" Soal Sufi.

"Mmm... Hikayat yang aku ceritakan pada malam itu adalah suatu cerita yang sudah di manipulasi untuk menyelindungkan asal usul negeri ini. Hikayat yang sebenar tersimpan bersama dengan keturunan Raja Terakhir Negeri Zamrud Mulia iaitu budak yang memberikan aku Pesan Si Pemberi Pesan. Sebelum negeri ini di rampas dan diubah menjadi Negeri Bulan Merah pada 200 tahun yang lalu, negeri ini digelar sebagai Negeri Zamrud Mulia yang berada dibawah kepimpinan Raja Alaf." Jawab Abang Rahman.

"Siapa yang rampas Abang Rahman?" Tanya Sufi.

"Tiga Segi Berdarah dan ketua mereka adalah Ratu Ilmu Hitam." Jawab Abang Rahman.

"Ratu? Laila?" Soal Sufi seakan terkejut mendengar gelaran itu.

"Mmm... Laila. Seperti awalnya hikayat, Si Majnun merupakan seorang ilmuan yang mengembara keseluruh alam hanya untuk menulis berbagai ilmu di dalam kitabnya. Namun setibanya di negeri ini, dia jatuh cinta pada Si Laila dan meninggalkan segala penulisannya. Sebenarnya Si Majnun di anggap gila bukanlah kerana cintanya yang tidak berarah pada awalnya. Dia di anggap gila kerana berusaha mengubah Si Laila menjadi seorang yang lebih baik daripada menjadi Ratu Ilmu Hitam hingga dia sanggup meninggalkan ilmunya. Si Laila adalah seorang gadis yang sangat mencintai kanak-kanak dan sangat berkeinginan untuk mendapatkan zuriat. Itulah sinar yang Si Majnun berjaya lihat. Sinar yang mampu mengubah kehidupan Si Laila." Terang Abang Rahman.

"Lalu Si Majnun mengorbankan dirinya demi kekasih hatinya. Hasyiq Qalbu." Balas Sufi seakan berjaya membaca alur cerita Si Majnun.

"Si Majnun berkahwin dengan Si Laila tanpa wali dan saksi. Dia ingin memberikan Si Laila zuriat hingga dia sanggup tenggelam didalam kegelapan. Apabila mereka sudah berkahwin, cintanya itu berubah menjadi tidak berarah. Jika awalnya dia mencintai Si Laila kerana ingin mengubahnya, akhirnya dia mencintai wanita itu hanya kerana cinta. Tiada sebab yang lain hanyalah cinta. Si Laila pula keluar daripada Tiga Segi Berdarah kerana indahnya ketulusan cinta Si Majnun pada dirinya." Balas Abang Rahman.

"Mereka berjaya mendapatkan zuriat?" Soal Sufi.

"Si Laila berjaya melahirkan seorang anak. Itulah sinaran permulaan bagi perubahannya menjadi seorang wanita yang baik. Dia meninggalkan segala ilmu hitamnya dan hidup bahagia bersama Si Majnun." Jawab Abang Rahman.

"Jadi, bagaimana dengan Tiga Segi Berdarah?" Tanya Sufi lagi.

"Ceh!... Tiga Segi Berdarah itu terlalu tamak dengan ilmu hitam. Hilang satu berganti satu. Mereka jadikan pembantu Si Laila menjadi ketua yang baru iaitu Nephila. Selepas itu, mereka membunuh Si Laila kerana risau dengan maklumat yang dia ketahui bahkan anaknya juga dibunuh. Di waktu pembunuhan itu berlangsung, Si Majnun menyampaikan surat Si Pemberi Pesan kepada Raja Alaf. Apabila dia kembali ke rumah mereka yang terletak di tengah hutan, Si Laila sudahpun mati digantung pada sebuah pohon di luar rumahnya. Dia melihat anaknya masih berdarah dan belum mati sepenuhnya lalu dia membawa anaknya ke sungai yang memisahkan Daerah Laila dengan Kota Zamrud Mulia. Di sungai itulah dia tenggelam di dalam gelap sepenuhnya." Terang Abang Rahman lagi.

"Dia melakukan mantera hitam untuk memulihkan kembali anaknya." Sambung Sufi.

"Dia berjaya menggunakan mantera hitam untuk memulihkan anaknya lalu membawa anaknya yang hidup kembali itu menghadap Si Laila. Namun jawapannya tetap sama, Si Laila sudahpun mati untuk selama-lamanya. Dia membawa jasad isterinya itu ke kampung ini lalu menggunakan Mantera Tidak Berwarna: Hasyiq Qalbu untuk mengetahui adakah dia berjaya mengubah Si Laila menjadi seorang wanita yang baik. Akhirnya, Si Laila berubah menjadi cahaya putih yang besar lalu menghilang di hadapan Si Majnun." Sambung Abang Rahman.

"Mantera Tidak Berwarna: Hasyiq Qalbu. Mantera yang menunjukkan ketulusan hati seseorang. Hitam bererti kegelapan dan putih bererti kebaikan. Si Majnun berjaya mengubah Si Laila." Terang Sufi.

Abang Rahman menganggukkan kepalanya menyokong ucapan Sufi.

"Hasyiq Qalbu itu tidak boleh digunakan pada orang lain selain diri sendiri kecuali kekasih hati yang berpaut mati." Ucap Abang Rahman.

"Apa yang terjadi dengan Si Majnun selepas itu?" Tanya Sufi.

"Dia berubah menjadi raksasa hitam yang sangat besar umpama sebuah gunung setelah Si Laila hilang daripada pandangan matanya. Mereka menggelar raksasa itu sebagai Raja Hitam iaitu makhluk yang membawa aura kegelapan yang sangat banyak dimanapun dia berada. Hikayat itu menceritakan lagi bahawa Si Majnun menggunakan Rahsia: Janji Nyawa dimana Kelebihan itu yang membuatkan dia berubah menjadi Raja Hitam. Ada yang kata, Raja Hitam itu masih hidup hingga ke saat ini." Jawab Abang Rahman.

"Raja Hitam adalah Si Majnun bukanlah Si Laila. Anak mereka? Dan... Apa yang dimaksudkan dengan Rahsia: Janji Nyawa?" Tanya Sufi lagi.

"Tiada siapa yang tahu tentang kesudahan anak mereka. Bahkan tiada siapa yang tahu apakah Rahsia: Janji Nyawa itu." Jawab Abang Rahman.

Sufi mengeluh panjang dikala hikayat sebenar tidak mampu merungkai kesemua persoalan.

"Meski hikayat itu tidak membongkar segala rahsia, namun jawapannya itu tetap ada. Kita hanya perlu mencarinya." Pujuk Abang Rahman.

"Bagaimana?" Soal Sufi.

"Semuanya bermula tentang bagaimana Hyn Hitam dan Mu'un mampu wujud di negeri ini." Jawab Abang Rahman bersama senyuman kecil.

"Serpihan Kitab Majnun? Serpihan Kitab Majnun yang menulis tentang Hyn Hitam dan Mu'un. Dan kitab itu hanya tersimpan di Kota..." Jawab Sufi.

"Pap!" Sufi menepuk tangan dikala akalnya berjaya merungkai petunjuk yang diberikan oleh Abang Rahman.

"Jawapan bagi persoalan itu semua ada pada Tiga Segi Berdarah dan juga Serpihan Kitab Majnun. Untuk merungkai segala persoalan, kita perlu memusnahkan Tiga Segi Berdarah." Terang Sufi.

"Dan kita juga perlu mengubah negeri ini kepada Negeri Zamrud Mulia semula. Kita perlu membantu Raja Terakhir untuk menaikkan semula tahtanya." Terang Abang Rahman.

"Tapi Abang Rahman, Si Majnun memberikan Pesan Si Pemberi Pesan kepada Raja Alaf pada 200 tahun yang lalu. Bagaimana dia tahu yang Abang Rahman lahir pada zaman ini bukannya pada zaman itu. Bukankah jarak masa itu terlalu jauh?" Soal Sufi.

Mendengarkan persoalan Sufi yang bertubi-tubi itu membuatkan Abang Rahman tergelak kecil.

"Si Pemberi Pesan itu mampu melihat apa yang akan terjadi pada alam ini di masa hadapan. Sebab itulah dia tahu yang aku akan lahir pada zaman ini. Zaman di mana Insan Penawar akan menghapuskan segala kegelapan. Dia juga meminta aku untuk menubuhkan Hiyar Ayil, sebuah kumpulan yang akan memperjuangkan kebaikan dibalik bayangan. Dia memberikan petunjuk kepada aku tentang seseorang yang akan menjadi pencetus kepada perjuangan ini. Hadirnya tidak bertempat, tidak terlalu cepat tidak pula terlalu lambat dan insan itu adalah dirimu Penawar. Kaulah yang akan mengetuai Hiyar Ayil." Terang Abang Rahman.

Permulaan yang sangat mengejutkan akal fikiran Sufi sehingga memaksa suasana untuk hening seketika.

"Jika Si Majnun yang menjadi penyampai Pesan Si Pemberi Pesan pada 200 tahun yang lalu, itu bermakna dia juga pernah bertemu dengan Si Pemberi Pesan. Kan?" Soal Abang Rahman seakan memberikan Sufi suatu petunjuk.

Sufi merenung wajah Abang Rahman dikala akalnya cuba merungkai apa yang ingin orang tua itu sampaikan.

"Tujuh Kunci? Si Majnun juga antara satu daripada tujuh kunci yang hidup pada zaman guru muda. Kan?" Soal Sufi semula.

Abang Rahman mengangguk membenarkan persoalan Sufi bersama suatu senyuman.

"Rancangan perampasan negeri ini bukan hanya untuk memusnahkan kegelapan yang cuba disebarkan oleh Tiga Segi Berdarah. Tetapi juga untuk merungkai kunci yang dibawa oleh Si Majnun. Kunci yang memberikan petunjuk kepada kunci yang seterusnya." Terang Sufi.

"Kini kau sudah faham. Tugas kita bukan hanya untuk merampas negeri ini tetapi juga merungkai kunci yang pertama. Syarat bagi Hiyar Ayil ialah Mantera Tidak Berwarna: Hasyiq Qalbu. Mantera ini akan menunjukkan ketulusan hati seseorang untuk berjuang bersama dengan kita. Putih bererti kebaikan dan hitam bererti kegelapan. Aku sudahpun memasukkan Raja Terakhir dan seorang mata-mata untuk memerhatikan Tiga Segi Berdarah di Kota Bulan Merah. Di luar Tembok Zamrud Gergasi juga ada sekumpulan pejuang yang menanti hari di mana kita akan memulakan rancangan perampasan negeri ini." Terang Abang Rahman.

Sufi meletakkan tangan kanannya di bahagian dada usai sahaja bicara Abang Rahman.

"Dikau adalah aku, aku adalah aku. Hitam dan putih adalah aku. Aku lah yang tidak berwarna." Bicara Sufi melafazkan Mantera Tidak Berwarna: Hasyiq Qalbu secara tiba-tiba.

Tangannya mulai bersinar dengan cahaya putih yang terang. Apabila dia melepaskan tangannya itu daripada bahagian dada, cahaya itu pun hilang sekelip mata.

"Sudah Abang Rahman. Aku sudah menjadi Anggota Hiyar Ayil." Terang Sufi.

"Bagaimana kau tahu lafaz mantera Hasyiq Qalbu?" Tanya Abang Rahman.

"Bicara hati. Bicara hati yang sering memberikan aku petunjuk Abang Rahman." Jawab Sufi.

"Mmm... Memang benarlah kata Si Pemberi Pesan. Insan Penawar. Mulai detik ini kau sudah boleh merancang bagaimana kita akan merebut kota semula. Aku akan membantu kau mencari anggota yang lain untuk berjuang bersama-sama dengan Hiyar Ayil." Terang Abang Rahman.

Sufi mengangguk membenarkan arahan Abang Rahman bersama jiwa yang dihimpit pelbagai persoalan rasa. Secara zahirnya dia cuba memahami wataknya di alam itu. Menjadi seorang ketua kepada kumpulan yang akan memperjuangkan kebaikan dibalik bayangan. Namun Hikayat Si Majnun yang sanggup terjun ke dalam kegelapan demi kekasih hatinya itu mengusik jiwa Sufi yang dilanda suatu persoalan rasa. Rasa kepada Mardhiyah dan Nur sebagai penerusnya. Mampukah dia terus menafikan atau akhirnya dia akan merelakan. Mampu kah dia mengorbankan rasa itu demi watak yang akan menjadi suatu penentu di alam itu. Sungguh, rahsia dibalik rahsia.