Chereads / Ulfun Ain / Chapter 6 - Bab 6 - Si Api Abadi

Chapter 6 - Bab 6 - Si Api Abadi

Ke Esokan Harinya - Indahnya matahari menyinari alam itu di pagi hari. Seperti yang di katakan si hantu yang bijaksana, seluruh alam kehilangan mendung pada hari itu. Hanya matahari yang memancar panas tanpa sebarang gangguan di atas langit. Hari Soltus Musim Panas. Seperti yang mereka rancangkan juga, si Hantu dan si Raja gila masih lena meskipun matahari menunjukkan waktunya tiba pukul 10 pagi. Sofea mencari-cari keberadaan Sufi dan Rai kerana risau yang rancangan mereka akan gagal. Dia berubah menjadi burung merpati putih lalu terbang menuju ke rumah Abang Rahman. Apabila dia memasuki rumah Abang Rahman alangkah terkejutnya dia, insan yang menawan hatinya bersama ketuanya yang bijaksana masih terbentang indah di ruang tamu.

"Rai!!!" Teriak Sofea.

Sufi membuka matanya untuk melihat kehadiran insan yang mengganggu lenanya yang indah itu.

"Rai... Isteri kau datang." Ucap Sufi yang masih terbuai-buai dengan lena.

"Mmm... Suruh dia..." Ucap Rai. Dia membuka matanya secara mengejut.

"Sofea. Ehem. Sofea sudah lama sampai?" Tanya Rai pula melindungkan tingkahnya dengan Sufi yang amat mencintai lena itu.

"Ish! Bangunlah Rai. Kalau Kenji datang macam mana." Marah Sofea.

"Maaf Sofea. Aku mimpi kau tadi." Balas Rai lalu tersenyum kecil.

Kejujuran Rai membuatkan degupan jantung Sofea berirama lagu rasa sehingga membuatkan wajahnya berubah malu.

"Kau buat apa dengan dia dalam mimpi itu." Sindir Sufi.

"Ish! Sufi." Marah Sofea.

"Kejap ya Sofea. Aku siapkan diri dulu... Jangan risaukan Kenji... Sekiranya dia menggugat hati Sofea, bunuh!" Pinta Rai.

"Cepatlah... Nanti rancangan kita gagal macam mana." Tegur Sofea.

"Tenang..." Pujuk Sufi.

Sungguh kedua insan yang luar biasa. Lena lagi penting dari menyelamatkan dunia bagi mereka. Usai Rai dan Sufi membersihkan diri, mereka duduk diruang tamu bersama Sofea.

"Abang Rahman mana?" Tanya Sufi.

"Dia ada di surau bersama dengan rakan yang lain. Dia kata, dia akan bersiap sedia sekiranya berlaku benda yang tidak terkawal." Jawab Sofea.

"Hanya ada dua kebarangkalian hari ini, pertama Sayr dan Kenji datang bersama dengan tentera mereka." Terang Sufi.

"Kedua?" Tanya Rai dan Sofea serentak.

"Hanya Sayr dan Kenji." Jawab Sufi.

"Bicara hati?" Tanya Sofea.

"Bukan...Tekaan." Jawab Sufi.

Sofea dan Rai mengangguk sebagai tanda faham. Sufi bukan sahaja berkelebihan dengan bicara hati tetapi juga kebijaksanaannya. Kebijakan itulah yang paling berbahaya ada pada si pemuda itu.

*****

Suatu suana di surau diantara Abang Rahman dan murid-muridnya.

"Betulkah Abang Rahman mereka akan menyerang hari ini?" Tanya Alim.

"Itulah maklumat yang kita dapat." Jawab Abang Rahman.

Matahari tegak di atas kepala. Dari kejauhan terdengar larian kuda yang kencang menuju ke arah kampung. Abang Rahman bergerak keluar surau memastikan kehadiran itu adalah insan yang mereka tunggu-tunggu. Apabila larian itu hampir, terlihat dua orang lelaki sedang menunggang kuda mendekati Abang Rahman. Dari kejauhan itu Rai sudah pun menepuk tangan membenarkan tekaan Sufi.

"Dua orang." Ucap Sofea.

"Pelikkan." Balas Sufi dengan senyuman kecil dibibirnya.

"Maksudnya?" Tanya Rai.

"Kita sudah menang. Mari Rai!" Jawab Sufi ringkas.

Sofea dan Rai berpandangan muka. Ingin mereka meraikan tapi mereka tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan bicara Sufi. Pada waktu itu, Sayr meliarkan matanya mencari dimanakah kedudukan insan yang mereka cari-cari.

"Rahman. Aku tahu kau sembunyikan musuh-musuh itu. Sebelum Kenji leburkan semua yang ada di kampung ini, serahkan mereka kepada kami. Kau jangan risau. Anak aku kelemahan mereka berdua." Arah Pacik Sayr.

Seorang General Bulan Merah berumur 50-an berbadan gemuk. Rambutnya putih, mukanya bengis bersama mata kirinya yang buta.

"Tidak perlu mencari-cari...Kami datang dengan sendirinya." Balas Sufi yang bergerak bersama Rai mendekati Sayr.

"Anak..anak...Dari jauh lagi aku sudah terhidu bau badan kau. Kau mandi ka tidak orang tua." Sindir Rai.

Abang Rahman turut tergelak mendengar sindiran si raja gila itu.

"Kurang ajar mulut pemuda itu. Kenji! bunuh pemuda yang sombong itu." Arah Sayr pada anak angkatnya.

Sufi mendongak ke langit memerhatikan dimanakah kedudukan matahari pada itu. Matahari sudahpun berganjak sedikit dari tengah langit namun bahangnya masih panas seperti mana panasnya ianya tegak di atas kepala.

"Hantu." Panggil Rai.

"Tunggal yang belum sempurna." Jawab Sufi.

"Maksud?" Tanya Rai lagi.

"Kau serang bapa dia yang busuk itu. Mari." Jawab Sufi tanpa menghiraukan persoalan Rai.

Rai mengeluarkan tangan kanannya dengan jari yang tersusun rapi.

"Panah Petir: Anak Panah." Bicara Rai.

Auranya yang ungu terang mula keluar daripada tubuhnya lalu berkumpul di tangan kanannya. Aura itu berubah menjadi petir yang bergetar-getar membentuk tangan kanannya menjadi seperti suatu anak panah yang berwujudkan petir.

"Salam." Ucap Kenji.

Seorang pemuda berwajah tampan dengan rambutya yang paras telinga disisir kemas berwarna perang. Matanya sepet, berhidung mancung dan berkulit putih cerah. Sungguh seorang lelaki yang sangat menawan. Apatah lagi badannya yang separa sasa itu disarungi dengan baju besi berwarna merah gelap. Suasana hening seketika diiringi dengan siulan angin yang menyepikan. Salam dari Kenji itu seakan-akan memberi masa seketika sebelum suatu pertarungan yang mengasyikkan akan berlaku.

"Walaikumsalam." Ucap Sufi lalu tersenyum manis.

Penduduk kampung yang berkumpul di surau hanya diam dengan renungan mata yang mencerminkan jiwa kekaguman. Nur hanya diam dalam kalangan penduduk kampung itu. Dia sudahpun menyediakan pedangnya dibahagian belakang demi menyelamatkan Sufi sekiranya berlaku suatu yang tidak diingini. Mana mungkin dia membiarkan pemuda yang memiliki hatinya tewas dengan suasana itu.

"Dia kau punya." Ucap Rai.

Rai bergerak menuju ke hadapan Sayr tanpa menghiraukan Kenji bersama tangan petirnya. Dia jauh lebih menakutkan dari sesiapa yang ada di situ. Sayr pula kaku melihat Rai meski dia ingin bersuara, bergerak dan mengalihkan matanya namun tidak berdaya dia sebagai orang tua yang berhadapan dengan seorang raja.

"Woiii orang tua busuk. Kau lawan aku. Tunjukkan apa yang kau ada sebagai panglima. Aku bagi kau lima minit serang aku." Arah Rai bersama senyuman kecil di bibirnya.

Sayr tetap tidak bergerak kaku seperti orang mati. Sungguh Raja petir yang sangat menakutkan.

"Semoga kita dua terhibur ya." Pinta Kenji dengan wajah yang ceria.

Kenji menggenggam penumbuknya dengan erat lalu menaikkannya bagai seorang petinju. Sufi pula menghulur tangan kirinya dengan jari-jemari yang tersusun rapi dan menyimpan tangan kanannya dibahagian belakang.

"Tinju Api; Nyalaan Seribu bara api." Bicara Kenji yang menyeru ilmu gerak tubuh berunsurkan api.

Penumbuknya mulai menyalakan api yang terang. Apinya tidak terlalu besar tetapi melekat padat pada kedua penumbuknya itu.

"Aliran Air: Arus Pendamping." Bicara Sufi pula dengan wajahnya yang tenang.

Auranya mula mengalir di kedua tangan lalu berubah menjadi air yang kelihatan seperti arus deras berukuran kecil. Dari arah surau, Daem mampu mendengar ilmu gerak tubuh yang Kenji bicarakan itu.

"Wuuu... Itu tinju api yang hanya mampu digunakan oleh penuntut yang auranya berada pada tingkat tinggi." Terang Daem.

"Maksudnya, Sufi dan pemuda tampan itu berada pada peringkat yang sama. Kan." Sambung Alim pula.

"Mmm. Bahkan dua unsur yang tidak mampu bersatu. Air dan Api." Jawab Daem.

Pertarungan itu merupakan dua unsur yang tidak boleh bersatu secara hakikat. Pertarungan antara dua insan yang sama pada peringkat aura mereka.

"Mari." Ajak Kenji dengan nada yang tenang lalu berlari kencang ke arah Sufi.

Kenji menumbuk sangat laju tepat ke wajah Sufi secara bertubi-tubi bagai senapang yang tidak henti dari melepaskan butir-butir pelurunya. Sufi hanya menepis setiap serangan itu menggunakan tangan kirinya lembut bagai kain basah yang menepis puluhan butir peluru. Setiap tumbukan yang Kenji lontarkan menjadikan api pada penumbuknya itu semakin menyala dengan besar namun panasnya pula semakin berkurang kerana arus ditangan Sufi yang menukarkan haba tersebut menjadi wap-wap air.

"Kenapa tangan kanan kau?" Soal Kenji semasa melontarkan tumbukan-tumbukannya yang padu dan laju itu pada Sufi.

Kenji mengangkat lutut mengarahkannya pada dagu Sufi. Sufi cuba menepis lutut Kenji itu menggunakan tangan kiri. Apabila tangan kirinya itu menepis lutut Kenji dengan pantasnya Kenji menumbuk pipi kiri Sufi menggunakan tangan kanannya yang berapi dengan kencang bagai paku yang di hentak masuk dengan sangat kuat oleh suatu tukul yang berapi. Sufi terpelanting jauh daripada Kenji bersama tubuhnya yang tergolek di atas tanah. Secara logiknya, dia mampu menepis tumbukan Kenji tersebut menggunakan tangan kanan. Tapi entah mengapa, tangan kanan Sufi itu bagaikan tangan yang tidak berfungsi.

"Ish!" Marah Nur pada Kenji.

Nur mengambil pedangnya yang ada di bahagian belakang.

"Jangan Nur. Abang Sufi tidak apa-apa. Cuba lihat wajahnya." Tegah Radyah.

Nur merenung ke wajah Sufi. Seperti yang Gadis comel itu katakan, wajah Sufi tetap tenang seperti biasa tanpa ada sebarang kesan tumbukan. Arus yang terdapat ditangan Sufi itu adalah pelindung bagi seluruh tubuhnya. Apabila setiap bahagian pada tubuhnya itu terdapat ancaman yang datang, arus itu bergerak secara sendirinya menjadi pelindung pada bahagian tubuh yang terancam tersebut. Sufi bangkit dari baringnya lalu memandang Kenji dengan senyuman yang semakin manis.

"Wahai air." Bicara Sufi.

"Wrasshhh!!!." Beribu titisan air mula naik ke permukaan alam mengelilingi tubuhnya.

"Mantera air?" Soal Kenji. Dia mengarahkan kedua telapak tanganya ke arah Sufi.

"Nyala Api." Seru Kenji pula lalu terbit api kecil di tengah-tengah kedua telapak tangannya tersebut,

"Titisan mu menjadi gelombang, gelombang mu menjadi titisan." Sufi menghabiskan lafaz manteranya.

"Apa yang aku lihat, disitu kau menyala. Apa yang tangan ku arahkan, disitu kau membakar." Bicara Kenji dalam masa yang sama.

Usai sahaja bicara Sufi dan Kenji tersebut, keluar api besar dari kedua telapak tangan Kenji yang menyembur bagai arus api menuju ke arah Sufi. Apabila semburan api besar itu menyentuh titisan-titisan air yang mengelilingi Sufi, sekelip mata pusaran air memancar ke atas dari permukaan alam melindungi Sufi daripada api tersebut. Bertembunglah semburan api dan pusaran air umpama ombak laut dan ombak api yang saling beradu. Pertembungan air dan api itu menghasilkan wap-wap air yang sangat panas hinggakan penduduk kampung turut merasakan bahangnya.

"Panasnya. Mereka berdua masak apa?" Soal Luft.

"Bukankah mereka berdua sedang bertarung?" Tanya Lokh pula.

"Bukanlah. Mereka bercerita la." Sindir Daem dengan suatu jelingan kearah Lokh.

"Mantera Durdu dan mantera Razaznar. Pertembungan air dan api." Ucap Abang Rahman yang berkumpul di surau bersama dengan penduduk kampung yang lain.

Dalam pertembungan antara air dan api itu, Kenji berlari kencang menuju ke arah Sufi. Dia meletak penumbaknya yang menyala itu pada dinding pusaran air tersebut.

"Tinju Api: Pusaran Api." Bicara Kenji.

Daem terkejut mendengar jurus tinju api yang Kenji bicarakan itu.

"Aku belum pernah mendengar jurus itu. Dari mana pemuda tampan itu belajar?" Soal Daem dari arah surau.

"Dia selama jiwa aku rasa." Jawab Luft dengan selambanya.

"Bijak... Dia selami jiwa lalu nampak anjing. Selepas itu dia keluarkan pula pusaran api dari gambaran anjing itu...Bijak...Sangat bijak." Marah Daem.

Usai sahaja bicara Kenji, terbit pusaran api yang besar dari penumbuknya itu mencipta lubang pada pusaran air milik Sufi. Dia melihat wajah tenang milik Sufi sedang merenung dirinya dengan suatu senyuman dari lubang pusaran api yang dia buat. Kenji melompat masuk lalu mengarahkan penumbuknya tepat ke wajah Sufi. Dia tidak menyedari yang tangan kanan Sufi itu sudahpun berada di samping tubuhnya seakan-akan Sufi bakal menggunakan tangan kanan itu untuk beraksi.

"Tinju Api: Seribu Percikan Api." Bicara Kenji.

"Maaf ya Hantu Salju." Pinta Kenji lagi.

Apabila penumbuk Kenji yang laju itu seinci dekat dengan Sufi, secara tiba-tiba pergerakannya terhenti. Dia cuba untuk menggerakkan penumbuknya dengan sehabis daya. Tapi penumbuknya itu tidak menuruti apa yang akalnya arahkan. Bahkan semakin lama dia merasakan tubuhnya semakin sejuk. Dia merasa sangat tenang tapi ketenangan itu terlalu menyakitkan bagai di paksa untuk tenang tanpa keinginan. Dia dapat merasakan dadanya seperti di sentuh oleh sesuatu yang tersangat sejuk lalu membeku dan menyebar perlahan-lahan kebahagian tubuh yang lain. Apabila dia tunduk, dia melihat tangan kanan Sufi menyentuh dadanya yang sedang membeku. Dia mengangkat wajahnya semula memandang ke arah Sufi.

"Hari ini Soltus Musim Panas. Mana mungkin kau boleh gunakan salju dengan bahang yang panas." Soal Kenji yang terkejut dengan keajaiban yang berlaku di luar ramalan itu.

"Sekarang kau ada di mana. Di dalam pusaran air milik aku kan. Pusaran ini yang melindungi kita berdua daripada bahang matahari." Balas Sufi lalu tersenyum kecil.

"Kau umpan aku masuk dalam pusaran air kau." Balas Kenji.

"Cop Hamba. Aku boleh selamatkan kau dan aku boleh bunuh kau sekarang kalau aku mahu. Kau belum sempurna menjadi Tunggal Si Api Abadi sebab kau tidak berubah menjadi manusia api meski hari ini adalah Soltus Musim Panas. Manusia yang dibaluti tubuhnya dengan lingkaran api yang membawa bahang matahari di mana pun dia berada. Sebab itu jugala kau dan Sayr hanya datang berdua. Agar aku dan raja gila itu berfikir, kau sudah cukup kuat untuk mengalahkan kami. Menyelindungkan fakta yang kau itu Tunggal yang belum sempurna." Terang Sufi dalam kekalutan itu.

Sayr yang kaku berhadapan dengan Rai darilah awal pertarungan Sufi dan Kenji mula membuka bicara. Dia seakan dapat membaca anak angkatnya itu sudahpun di kalahkan.

"Ken!!!" Teriak Sayr.

"Bukkk!!!" Rai menendang kepala Sayr dengan kencang hingga pengsan menyembah bumi.

"Kau ini orang tua busuk. Aku bagi kau lima minit kau kaku. Aku biarkan kau, kau berbicara pula. Sudahlah busuk macam bangkai." Sindir Rai.

Penduduk kampung mulai tersenyum apatah lagi Nur dan Radyah. Sungguh wajah mereka terpancar keceriaan. Ingin mereka meraikan namun keduanya risau dengan rasa yang berwajahkan Sufi itu akan kelihatan jelas pada tingkah mereka. Radyah hanya mampu tersenyum kecil dengan jiwa yang bersorak kuat. Dia tahu dia hanyalah gadis yang menumpang rasa dan yang berada disebelahnya itu pula yang berbahagi rasa. Dalam keceriaan ada pula kesedihan.

"Seperti yang kau katakan, aku belum sempurna menjadi Tunggal Si Api Abadi kerana belum ada percikan api dari rasa yang ada di dalam jiwaku. Aku tidak ingin menjadi kuat. Aku hanya ingin merasai keindahan bersama insan yang aku sayang. Namun semuanya di bunuh oleh mereka hanya kerana aku ada kelebihan ini." Luah Kenji dengan senyuman kecil dibibirnya.

Sufi hanya diam mendengar luahan Kenji. Dia sangat memahami keaadaan insan itu. Terpaksa menjadi sebuah senjata sedangkan dia itu juga manusia yang punya jiwa untuk disayangi.

"Apa bayarannya?" Tanya Kenji semula.

"Maklumat... Ulya." Jawab Sufi.

"Mmm.. Dengan satu syarat. Aku hanya membantu kamu di negeri ini. Selepas itu aku ingin pergi mencari keindahan untuk hidup aku sendiri. Boleh?" Pinta Kenji.

"Setuju." Balas Sufi.

Sufi menarik semula tangannya dari dada Kenji. Pusaran air miliknya berhenti lalu berubah menajdi titisan-titisan air yang banyak berjatuhan ke permukaan alam seperti hujan. Ais yang membeku di dada Kenji juga mula lebur apabila bertemu dengan keasliannya bahang matahari yang panas.

"Ikut aku." Arah Sufi.

Kenji menuruti arahan itu bergerak dengan Sufi menuju ke rumah Abang Rahman. Rai yang melihat Sufi berjaya menawan Si Api Abadi itu pun bergerak ke rumah Abang Rahman sambil mengheret Sayr yang sudah tidak sedarkan diri.

"Tampan juga lawan Sufi kan Nur." Puji Radyah.

Nur menoleh ke arah Kenji. Dalam masa yang sama Kenji dapat merasakan gelora rasa dalam jiwanya memanggil-manggil. Dia dapat merasakan percikan api kesempurnaan Tunggalnya ada berhampiran. Dalam masa yang sama, dia juga menoleh ke arah Nur.

"Dia." Ucap Kenji tanpa sedarnya.

Nur dan Kenji mulai bertatapan mata. Pertama kali seumur hidup Kenji merasakan rasa-rasa yang sangat asing baginya hingga kedua langkah kakinya terhenti. Rasa itu terlalu indah bahkan membunuh rasa-rasa yang lain ada di jiwa. Nur pula tertanya-tanya dengan tingkah pemuda tampan itu. Sufi tersedar akan tingkah Kenji lalu dia juga menghentikan langkah kakinya. Apabila dia cuba memahami situasi itu, dia melihat Nur dan Kenji terikat dengan suatu pandangan Alangkah terkejtunya dia setelah merasakan unsur Kenji lengkap menjadi Tunggal Si Api Abadi. Dia berjaya memahami api abadi itu adalah cinta pandangan pertama Kenji kepada Nur yang mewujudkan cinta sepenuh hati yang abadi.

"Nama dia Nur." Ucap Sufi memecahkan renungan Kenji.

"Nur." Balas Kenji dengan wajah ceria bagai melihat sinar.

Sufi meneruskan langkahnya yang terhenti tanpa menganggu ikatan pandangan itu. Dia menjadikan suasana itu sebagai suatu penafian rasa yang ada di dalam hatinya. Rai yang mengheret Sayr terserempak dengan Kenji yang kaku dalam ikatan pandangan lalu dia berhenti seketika menyedarkan pemuda itu dari dunia bayangan akalnya.

"Api cacat... Ikut Sufi. Orang kampung bukannya suka dengan kamu berdua. Lain yang jadi nanti." Arah Rai.

Kenji memutuskan ikatan pandangan yang menghadirkan rasa-rasa indah secara paksa. Meski terputus pandangan, rasa itu tetap akan mengikat.

"Kenapa dia renung kau Nur?" Tanya Radyah.

"Entah." Jawab Nur.

Nur tidak tahu dan tidak ingin dia mengetahui mengapa tingkah pemuda tampan itu mengelirukan rasa kerana pemilik rasa dalam hatinya itu sudahpun menawan dia untuk ke sekian kalinya.

*****

Suatu suasana di rumah Abang Rahman diantara Sufi, Rai, Sofea dan Kenji.

"Mana Cop Hamba kau?" Tanya Sufi.

Kenji membuka baju besinya dan baju dalam yang di lapis pada tubuhnya. Terlihat sasa tubuhnya itu dengan kulit yang putih cerah. Dia memusingkan badan menunjukkan bahagian belakangnya ke arah Sufi. Terukir suatu bulatan besar memenuhi bahagian belakang tubuhnya berbentuk ukiran daun pohon yang diwarnai dengan warna darah yang sudah membeku dan melekat padat pada kulit.

"Seramnya." Keluh Sofea.

"Suatu penyiksaan." Sokong Rai.

Sufi meletakkan tangan kanannya ditengah ukiran Cop Hamba milik Kenji.

"Wahai air..." Bicara Sufi.

Titisan air dari permukaan alam mula naik memasuki celah-celah rumah dan tingkap mengelilingi Sufi dan Kenji.

"Pulihkan unsurmu yang sakit, yang tidak mengenal, yang sudah berubah. Jalan ke akhir, pulang ke awal." Sufi menyelesaikan lafaz mantera Hiyad.

Tititisan-titisan itu terbang menusuk masuk ke dalam Cop Hamba berpusing-pusing membentuk pusaran air yang kecil. Kenji hanya menahan kepedihan yang dia rasakan daripada proses pembuangan Cop Hamba itu. Dalam satu minit, Sufi menarik semula tangannya. Pusaran air itu berubah menjadi titisan bercampur darah lalu mengalir jatuh ke lantai daripada tubuh Kenji.

"Hilang." Ucap Sofea.

"Mmm." Balas Sufi.

Tanpa mereka sedari Kenji sudahpun mengalirkan air mata. Dia merasakan permulaan kepada suatu keindahan yang akan dia kecapi. Jelas kelihatan perit hidupnya menjadi seorang hamba kepada Sayr.

"Terima kasih." Pinta Kenji dalam tangisan yang tidak ketara.

"Api cacat. Jangan la menangis. Malu la kita sebagai lelaki berwajah tampan." Pujuk Rai.

"Rai." Tegur Sofea.

"Ehem. Maafkan saya ya Kenji." Pinta Rai pula.

Kenji mendekati Sufi tanpa menghiraukan sindiran Rai. Dalam ketenangan itu dia memeluk Sufi dengan seerat mungkin. Air mata yang dia cuba tahan bertingkah yang sebaliknya dikala wajah tampannya dibanjiri dengan air mata kegembiraan. Sufi menepuk halus bahagian belakang Kenji sebagai tanda pujukan.

"Tenang." Pujuk Sufi.

"Aku di culik sewaktu aku berumur 10 tahun. Di depan kedua mata aku mereka membunuh ayah dan ibu. Aku ingin memeluk ayah dan ibu buat kali yang terakhir tapi aku tidak mampu. Aku hanyalah seorang budak yang diukirkan sebuah tanda untuk dijadikan seorang tentera. Seorang tentera yang dihalang dari mengenal apa itu cinta dan apa itu kasih sayang. Terima kasih Sufi kerana membuka suatu permulaan kepada suatu keindahan bagi aku." Luah Kenji bersama nada yang sangat sayu.

"Sedihnya..." Ucap Sofea yang turut mengalirkan air mata.

"Tenang... Sesuatu kekuatan jiwa tidak akan dijumpai tanpa adanya kisah sedih dalam hidup ini." Pujuk Sufi dalam pelukan itu.

Kata-kata yang sungguh bermakna bagi Kenji. Mereka membiarkan Kenji menenangkan dirinya. Memulihkan segala luka yang terpahat didalam hatinya. Hidup dalam keterpaksaan itu sungguh menyakitkan apatah lagi menjadi seorang hamba. Sofea berubah menjadi burung merpati putih lalu menuju ke kampung Hudap untuk memberikan kabar baik kepada insan seterusnya yang tersiksa dengan Cop Hamba.

*****

Tibanya waktu 10 malam pada bulan yang menjadi tanda di atas langit, Sufi, Rai dan Abang Rahman memulakan rancangan seterusnya. Mendapatkan maklumat daripada Kenji.

"Macam mana penduduk kampung Abang Rahman?" Tanya Rai.

"Aku meminta mereka untuk rahsiakan peristiwa tadi. Kalau ada yang buka mulut, bukan kau dan Sufi sahaja yang dibunuh. Seluruh kampung ini akan musnah. Aku ugut mereka seperti itu" Jawab Abang Rahman.

"Mereka tidak akan berani untuk mengganggu kampung ini selagi aku dengan Sayr tidak pulang. Mereka takutkan Hantu Salju dan Raja Petir. Hari Soltus Musim Panas pun sudah berlalu. Mereka tidak ingin menggandaikan Mu'un yang lain begitu sahaja tanpa keberangkalian untuk menang." Terang Kenji.

"Bagus. Buat masa ini kita selamatlah maksudnya." Balas Abang Rahman.

"Seperti yang dipersetujui. Ulya ada di kampung Hudap untuk mengawal tingkah penduduk kampung itu agar tidak lari daripada kampung." Terang Kenji.

"Betul la tekaan kau Sufi. Untuk apa?" Tanya Rai.

"Bulan purnama malam esok mereka akan menukarkan penduduk kampung itu menjadi serigala jadian. Hyn hitam yang menyerang kampung ini adalah pemujaan dari mayat penduduk kampung Sakin. Mereka sudah pun membunuh penduduk kampung itu pada malam sebelum Hyn hitam menyerang kampung ini." Terang Kenji lagi.

"Jadi, penduduk kampung yang aku bantu itu adalah ilusi Ulya. Dia memberi petunjuk melalui bicara salah satu penduduk tentang Serpihan Kitab Majnun." Sambung Abang Rahman.

"Kau dan murid-murid kau tidak membantu sesiapapun. Kamu hanya berdiam diri bersama mata dan mulut yang terbuka. Yang kamu lihat itu adalah mimpi di alam sedar. Ilusi Ulya tidak mewujudkan sesuatu benda. Ia hanya memberikan mimpi-mimpi kepada sesiapa yang menghidu wangian auranya." Terang Kenji.

"Wuuu... Hebat. Macam mana kau tahu? Kau ada masa itu?" Tanya Rai.

"Aku dan Ulya sudah lama menjadi hamba Sayr. Sayr selalu meminta benda-benda yang keji daripada Ulya. Aku selalu membantu dia meletakkan kuntuman bunga sakura miliknya didalam baju Sayr. Daripada kuntuman bunga itu, Sayr akan bermimpi dengan ilusi Ulya." Jawab Kenji.

"Dia rogol Ulya." Marah Rai.

Bersama kemarahan dalam jiwa Rai, dia bergerak menemui Sayr yang di sembunyikan dalam salah satu bilik yang ada di rumah Abang Rahman.

"Belum pernah." Nafi Kenji membuatkan Rai menghentikan langkah kakinya.

"Ulya sentiasa bersama dengan ilusinya untuk menyelamatkan dirinya sendiri. Bukan Sayr seorang yang ingin menodai dia bahkan rakan-rakan Sayr yang lain pun mengikuti jejaknya. Mereka yang terkena ilusi Ulya itu tidak akan menyedari yang mereka sedang berilusi." Sambung Kenji lagi.

"Wuuu... Hebat adik aku rupanya." Puji Rai.

"Pemujaan seterusnya adalah kampung Hudap dan di ikuti pula dengan kampung Laila. Mu'un yang aku bunuh tempoh hari adalah pengikut Sayr. Sayr yang berjaya melarikan diri daripada aku." Terang Sufi.

"Sayr menuju ke kampung Sakin untuk memusnahkan Abang Rahman dan murid-muridnya semasa ilusi Ulya berlangsung. Namun tujuaannya itu terhalang dikala dia bertembung dengan Hantu Salju." Balas Kenji.

"Sayr berhenti bukan hanya kerana aku. Dia juga berhenti kerana terjumpa dengan Gadis Teratai Putih." Nafi Sufi.

Rai dan Abang Rahman menunjukkan riak terkejut mendengar penjelasan daripada Sufi itu.

"Gadis Teratai Putih itu bukannya mitos?" Tanya Kenji.

"Kaum Amarah memusnahkan Kaum Hu kerana mencari Gadis Teratai Putih. Maksudnya Gadis Teratai Putih itu ada." Terang Sufi.

"Siapa Gadis Teratai Putih?" Tanya Abang Rahman.

"Gadis dari kaum Hu yang disembunyikan oleh ibunya di kampung ini." Jawab Sufi.

"Radyah!!!" Ucap Rai dan Abang Rahman serentak.

"Aku sudah melihat salah satu kelebihan Radyah sebagai pemilik Teratai Putih. Teratai yang wujudnya adalah seorang gadis." Terang Sufi lagi.

"Apa?" Tanya Rai.

"Air mata gadis itu mampu mengembalikan nyawa seseorang yang terputus dalam beberapa minit." Jawab Sufi.

"Kenapa cerita ini aku belum pernah dengar." Ucap Rai.

"Sama. Tidak pernah lagi aku dengar tentang Gadis Teratai Putih. Ada syarat Sufi?" Tanya Abang Rahman.

"Aku pun kurang pasti. Bicara hati aku hanya memberi petunjuk tentang Gadis Teratai Putih dan kelebihannya. Syaratnya aku tidak tahu." Balas Sufi.

"Tiga Segi Berdarah sudah tahu tentang ini?" Tanya Abang Rahman.

"Mungkin. Kami sebagai hamba tidak mendapat maklumat lebih daripada apa yang tuan kami berikan. Bahkan Empat Penguasa pun aku tidak tahu siapa mereka." Jawab Kenji.

"Semakin rumit." Keluh Rai.

"Kita selamatkan dahulu Ulya pada esok malam. Abang Rahman jaga Radyah di kampung. Setelah Ulya selamat, kita akan ada seseorang yang mampu mereka-reka cerita menjadi benar. Ianya akan membantu kita untuk menghancurkan Tiga Segi Berdarah dalam diam." Arah Sufi.

"Setuju." Ucap Rai.

"Jadi Kenji juga akan masuk ke dalam Hiyar Ayil?" Tanya Abang Rahman.

"Kenji hanya akan membantu kita untuk memusnahkan Tiga Segi Berdarah. Selepas itu, kita akan menghormati keputusan saudara ini mencipta keindahan untuk dirinya sendiri. Dia tidak akan menyertai Hiyar Ayil." Jawab Sufi.

"Mmm... Baiklah." Balas Abang Rahman.

"Kenji... Kau bersembunyi terlebih dahulu di rumah Abang Rahman. Selagi kau belum pulang, Tiga Segi Berdarah akan ragu-ragu untuk menghantar tentera mereka ke kampung ini." Arah Sufi lagi.

"Mmm... Baik." Jawab Kenji.

"Sofea belum pulang Hantu." Ucap Rai.

"Dia akan pulang... Tenang." Balas Sufi.

Risau sungguh si Raja Petir dengan Permaisurinya. Si Hantu berjaya menawan Si Api Abadi dan mendapatkan maklumat tentang Ulya. Bahkan dia menjual rasa demi Si Api Abadi yang jatuh rasa kepada Si Puteri Mawar Merah. Seterusnya, menawan si Ratu Ilusi yang akan membantu mereka membunuh Tiga Segi Berdarah dalam diam sepertimana yang dirancangkan oleh si Hantu. Suatu rancangan perampasan yang semakin mekar bunga-bunganya. Sungguh, rahsia di balik rahsia.