Chereads / Ulfun Ain / Chapter 5 - Bab 5 - Permaisuri Merpati Putih

Chapter 5 - Bab 5 - Permaisuri Merpati Putih

Ke Esokan Harinya - Matahari berkedudukan di langit menunjukkan waktu sudahpun berada pada waktunya 10 pagi. Dua sahabat yang kekuatannya luar biasa itu menjalankan hobi harian mereka. Lena dan terus lena di ulit mimpi. Sahabat-sahabat mereka yang lain terus berlatih di gelanggang ilmu bersama dengan Abang Rahman. Tapi bagi mereka berdua, lena lebih penting daripada latihan. Tanpa dugaan dan sedar mereka, Nur datang ke rumah itu atas permintaan Abang Rahman.

"Assalamualaikum. Monyet!!!" Teriak Nur.

Seperti kebiasaan, Sufi tidak terusik dengan seruan itu. Sahabat karibnya pula mengikuti jejaknya.

"Mati mungkin dua orang gila itu." Soal Nur.

Dia menaiki rumah Abang Rahman. Apabila dia menolak pintu, terbentanglah dua insan berkuasa luar biasa itu di ruang tamu bersama lena mereka.

"Monyet! Bangun!" Arah Nur.

Rai tersedar dengan sindiran Nur tersebut. Dia membuka mata untuk melihat siapakah yang datang menganggu mimpi indahnya itu.

"Hmmm... Hantu... Isteri kau datang." Ucap Rai lalu menutup matanya kembali.

"Mmm... Suru la dia pulang." Balas Sufi.

"Woiii mangkuk... Bangunlah... Ayam pun sudah bangun waktu sekarang... Kamu dua mahu makan ka tidak." Marah Nur.

Sufi duduk dari baringnya cuba untuk menyegarkan matanya memandang Nur yang berdiri di depan pintu memegang sayur.

"Sayur apa ada?" Sindir Sufi sambil mengesat-ngesat matanya.

"Pappp!!!" Nur membaling sayur yang ada ditangannya tepat di bahagian kepala Sufi.

"Sakit Nur." Keluh Sufi.

"Abang Rahman minta aku masakkan kamu dua makanan. Bangun cepat sebelum aku masakkan kamu dua kayu." Marah Nur lagi.

"Garang betul isteri kau hantu." Sindir Rai yang baru bangkit dari baringnya.

Nur mendekati Rai lalu mengutip semula sayur yang dia baling ke arah Sufi.

"Pap!!!" Nur memukul kepala Rai menggunakan sayur yang sama.

Nur memalingkan wajahnya dari kedua insan yang luar biasa itu. Sebelum dia bergerak ke bahagian dapur, dia sempat menendang paha Sufi bersama suatu senyuman kecil yang terukir pada wajahnya.

"Ini bukannya garang. Tapi sakit jiwa." Sindir Sufi.

Sufi meninggalkan sahabatnya bergerak menuju ke bahagian dapur untuk membersihkan diri namun pertembungan berlaku diantara dia dan Nur.

"Kau masak apa?" Tanya Sufi.

Nur memandang wajah Sufi lalu memberikan suatu jelingan yang sangat tajam.

"Kau sakit?" Tanya Sufi lagi.

"Kau yang sakit. Kerja kau tidur memanjang lepas tu aku yang tolong masakkan makanan kau. Hmm." Marah Nur bersama suatu sengihan.

"Kalau kau masih malu dengan tingkah kau tempoh hari, aku sudah maafkan kau. Kau tenang. Aku pandai simpan rahsia." Sindir Sufi.

Sindiran yang berpaut suatu kemanisan memaksa tingkah gadis itu memberika renungan yang sangat tajam kepada Sufi.

"Monyet... Kalau kau kata dengan orang lain, aku jawablah kau rogol aku. Senang kan." Balas Nur.

"Kalau kau kata kau kena rogol, mesti Abang Rahman kawinkan kita. Senang kan." Balas Sufi semula dengan senyuman kecil dibibirnya..

"Pap!!!" Untuk kali yang kedua Nur memberikan tamparan kepada Sufi.

"Sakit Nur." Balas Sufi dengan wajahnya yang tenang itu.

"Suka ambil kesempatan." Marah Nur.

"Bahagian mana yang aku ambil kesempatan Nur. Kau yang peluk aku." Nafi Sufi.

"Ahhhh!!!" Jerit Nur dengan kuatnya bersama wajah yang berubah merah padam.

Mendengar jeritan itu, Rai menuju ke bahagian dapur dengan pantas.

"Hantu... Isteri kau itu sakit. Marilah bawa dia berubat." Sindir Rai pula.

"Kamu dua masak sendiri." Marah Nur lagi.

Jiwa Nur tidak dapat menahan gelora rasa yang berbaur malu itu hingga memaksa tingkahnya untuk pergi meninggalkan Sufi dan Rai.

"Pap!" Sufi memegang tangan Nur menghalang dia daripada pergi.

"Nur... Masaklah... Sehari aku belum makan lagi. Nanti kita jual sayur sama-sama lagi ya." Pujuk Sufi dengan nada yang lembut.

Kelembutan bicara Sufi menenangkan jiwa Nur. Dia berpusing kembali bersama hati yang membara dengan segala rasa yang ada. Sungguh suasana yang romantik bagi Rai hingga dia menghadiahkan sebuah tepukan.

"Nur...Sayur sahaja yang ada?" Tanya Rai.

"Mmm." Jawab Nur ringkas.

"Hantu. Mari kita tangkap ayam." Ajak Rai.

"Mari." Jawab Sufi.

Nur menoleh ke arah Sufi.

"Ayam siapa kau mahu tangkap?" Tanya Nur.

"Ayam Nur...Yang boleh kita makan." Jawab Sufi.

"Ish! Ya la ayam. Kamu berdua mahu mencuri kan." Soal Nur.

"Banyak ayam di dunia ini Nur kenapa pula perlu mencuri...Dalam hutan pun ada ayam. Kalau dalam hutan itu pun tiada, aku hancurkan kota itu demi kamu berdua." Balas Rai.

"Mari Sufi...Nanti isteri kau habis masak." Ajak Rai.

"Kau tunggu sini...Kami buat kerja sekejap ya." Pinta Sufi.

Nur hanya mampu melihat tingkah kedua insan yang luar biasa tapi nampak seperti lemah itu. Apatah lagi hatinya masih membara hingga membuat tubuhnya kaku untuk seketika dalam peredaran waktu. Sufi dan Rai menjalankan rancangan mereka menangkap ayam di bahagian luar rumah Abang Rahman. Tingkah mereka itu menjadi bualan dan sindiran pada Abang Rahman dan murid-muridnya yang sedang berlatih di gelaggang ilmu.

"Mereka berdua tangkap ayam?" Soal Alim.

"Habis ayam aku." Keluh Abang Rahman.

"Gila...Jika inilah kesannya menjadi seorang insan yang berkelebihan...Aku sanggup ditakdirkan lembab untuk selama-lamanya." Keluh Luft.

"Mmm...Terlalu kuat pun menyiksa diri juga..." Sindir Daem.

"Kenapa dengan ayam itu?" Tanya Lokh.

"Mereka berdua mahu buat perhiasan Lokh...Gantung depan pintu rumah Abang Rahman." Sindir Daem.

Seperti kebiasaannya, bicara Lokh seringkali menjadikan dia sebagai tumpuan diakhir perbualan. Menjadikan dia sebagai bahan yang mampu menghiburkan jiwa-jiwa yang mendengar.

*****

Berjalanlah waktu meninggalkan memori sehingga bulan mengambil kedudukannya di langit. Usai solat Isyak, Rai dan Sufi bergegas pulang ke Rumah Abang Rahman.

"Pelik dua pemuda baru di kampung kita ini." Soal salah seorang penduduk kampung yang keliru melihat tingkah dua sahabat karib itu.

Setibanya mereka di rumah Abang Rahman, mereka duduk di ruang tamu memulakan sindiran yang menggembirakan.

"Hantu. Kalau kau jumpa seorang wanita yang akan menggegarkan segala rasa dalam hati kau, adakah..." Soal Rai.

"Tidak." Jawab Sufi ringkas.

"Aku belum habis cakap hantu." Marah Rai.

"Kau?" Tanya Sufi semula.

"Aku belum pernah ada kekasih hati...Bagi aku...Sekiranya arus takdir menghadirkan dia dalam hidup aku...Aku akan terus katakan pada dia rasa yang hadir dalam jiwa ini pada masa itu juga." Jawab Rai.

Usai sahaja bicara Rai, datang seekor merpati putih yang bulunya berawarna putih berkilau masuk melalui tingkap rumah Abang Rahman. Burung itu hinggap di hadapan Rai.

"Hantu...Burung apa ini?" Tanya Rai.

Sufi merenung tajam burung merpati tersebut. Akalnya menggambarkan suatu ilmu secara tiba-tiba.

"Berubahlah." Arah Sufi.

"Apa yang berubah?" Tanya Rai lagi.

Dalam beberapa detik, burung merpati itu mulai di baluti cahaya putih yang terang lalu perlahan-lahan cahaya itu membesar membentuk tubuh seorang gadis. Apabila cahaya itu sirna, berdirilah seorang gadis berwajah putih berseri bersama hidung yang mancung bermata sepet. Rambutnya yang ikal mayang itu diikat kemas dibahagian belakang dihiasi dengan suatu senyuman manis daripada bibir kecilnya. Keanggunanan dan kecantikan wanita itu memakai gaun berwarna putih sungguh memukau mata apatah lagi yang merenung gadis itu adalah seorang pemuda berwajah tampan berambut perang. Bagai hilang kekuatan Si Raja petir apabila melihat gadis secantik itu.

"Aku mencintai kau." Ucap Rai tanpa sedarnya bersama tubuh yang kaku dan mata yang tidak lepas daripada memandang gadis serba putih itu.

"Mmm?" Soal gadis itu.

Dalam masa yang sama, gadis itu juga jatuh rasa pada pandang pertama terhadap Rai. Dua pasang mata yang saling bertembungan bersama dua rasa di dalam dua hati yang berbunyi kedua-duanya.

"Apa yang terjadi?" Soal Sufi.

Kedua pasangan itu tidak lepas dari ikatan pandangan yang sempurna. Tidak terusik oleh bicara manapun kecuali rasa yang membara di dalam jiwa.

"Assalamualaikum...Sofea?" Soal Abang Rahman yang baru tiba daripada surau.

"Hah?" Balas Sofea tersedar dari segala lamunan rasa.

"Ehem...Maafkan saya." Pinta Rai.

"Permaisuri Merpati Putih." Panggil Sufi.

Gelaran itu membuatkan si gadis serba putih menoleh ke arah Sufi dengan pantas.

"Macam mana...Sufi tahu?" Tanya Sofea.

Sufi menunjukkan jari telunjuknya ke arah Abang Rahman.

"Dia ketua kita Sofea." Jawab Abang Rahman.

"Ketua bagi Hiyar Ayil." Balas Sofea.

Keterujaan hadir pada jiwa Sofea apabila mengetahui penyelamat keadaan tiba tepat pada masanya.

"Raja bagi permaisurinya." Sampuk Rai lalu menundukkan wajahnya dihadapan Sofea.

Tingkah Rai membuatkan Sofea tergelak kecil.

"Sanggupkah bercinta dengan seekor burung yang selalu menjadi mata-mata?" Tanya Sofea lalu tersenyum manis kepada Rai.

"Perlukah pertanyaan itu kalau kedua hati sudah membenarkan?" Tanya Rai semula sambil membalas senyuman manis yang Sofea berikan.

Bicara yang memaksa ikatan pandangan untuk terjalin kembali diantara mereka berdua.

"Raja gila... Pandai kau mencuri hati ya." Sindir Sufi.

Rai dan Sofea tidak menghiraukan bicara itu. Ikatan pandangan itu lebih mengusik jiwa bagi mereka berdua.

"Pap!!!" Sufi menepuk tangannya menyedarkan kedua insan.

Rai bergerak mendekat Sufi lalu menundukkan wajahnya manakala Sofea pula bergerak mendekati Abang Rahman turut menundukkan wajahnya.

"Apa jadi Sufi?" Tanya Abang Rahman.

"Entah... Kata si gila ini raja bagi permaisurinya." Sindir Sufi.

"Eh..Bukan!!!." Jawab Rai dan Sofea serentak.

"Hmmm... Maklumat apa kau bawa Sofea?" Tanya Abang Rahman menghalang dari kedua pandangan terikat kembali.

"Ehem... Maaf... Sofia dapat tahu tentang Empat Penguasa Tiga segi berdarah. Penguasa Pemujaan iaitu Esfarza, Penguasa Perang iaitu Livis, Penguasa Serpihan Kitab Majnun, Lusif dan ketua mereka Penguasa Pemerintahan, Nephila. Esfarza merupakan penguasa yang baru menggantikan Luis. Dia ada anak nama Lily dan setiap daripada penguasa ini ada orang bawahan mereka kecuali Nephila." Terang Sofea.

"Lily... Budak kecil yang kita nampak itu Sufi." Sampuk Rai.

"Aik... Bijak pula kau." Sindir Sufi lagi.

"Daripada apa yang tentera Tiga Segi Berdarah kata, semasa 20 ekor Mu'un ditugaskan membawa anak Esfarza berjalan-jalan di hutan Zamrud Mulia, mereka telah dimusnahkan dalam sekelip mata oleh dua orang Tunggal." Terang Sofea lagi.

"Mmm... Tunggal. Insan yang berkelebihan luar biasa dari setiap kaum. Kelebihan yang hanya ada satu di alam ini tidak terdapat pada manusia yang lain. Yang memusnahkan Mu'un-Mu'un itu adalah mereka berdua. Tunggal Hantu Salju dan Tunggal Raja Petir." Terang Abang Rahman.

Apabila mendengarkan gelaran Tunggal Raja Petir, kedua mata Sofea terarah sepenuhnya kepada Rai.

"Tunggal Hantu Salju dan Tunggal Raja Petir. Antara unsur terkuat di dunia." Sokong Sofea.

"Mmm. Dua-duanya adalah anggota Hiyar Ayil." Sambung Abang Rahman lagi.

"Ya Sofea. Kalau ada apa-apa yang Sofea perlukan, katakan sahaja pada aku ya. Aku bunuh semua yang ingin menggugat hati Sofea." Terang Rai dengan wajahnya yang berubah tegang.

"Sabar raja gila." Tegah Sufi.

Sofea juga terkejut mendengarkan bicara si Raja Petir. Akalnya menafsirkan yang jiwanya sudahpun jatuh rasa pada seorang lelaki gagah yang separuh gila.

"Apa lagi maklumat yang ada Sofea?" Tanya Sufi.

"Panglima Sayr iaitu orang bawahan Livis akan datang ke kampung ini esok hari. Mereka ingin mencari Hantu Salju dan Raja Petir." Jawab Sofea.

"Ingin menjadikan hamba lagi?" Tanya Abang Rahman.

"Bukan. Mereka ingin mengambil jantung Tunggal Hantu Salju. Mereka ingin melakukan pemujaan untuk menggantikan pemiliknya." Jawab Sofea.

"Hamba? Jantung? biarkan mereka datang membawa tentera satu negeri ini. Aku pun ingin berjumpa dengan mereka yang menggugat hati Sofea." Balas Rai lalu berpeluk tebuh dengan bangganya.

"Eh bukan. Mereka tidak menggugat hati Sofea." Balas Sofea.

"Hamba?" Tanya Sufi.

"Mmm. Cop Hamba yang mengikat hambanya dan tuannya dengan ukiran simbol di mana-mana anggota tubuh hambanya. Ukiran yang dibuat menggunakan unsur tuannya bercampur darah dari 100 orang manusia yang dibunuh." Jawab Abang Rahman.

"Aku belum pernah mendengar tentang perkara ini." Ucap Rai.

"Hanya kaum Hu yang mampu melakukan proses pembentukan Cop Hamba. Kaum Hu yang menguasai unsur darah dan berkemungkinan, ada daripada Penguasa Tiga Segi Berdarah yang berasal daripada kaum Hu." Terang Sofea.

"Antara salah satu hamba mereka adalah adik Sofea... Ulya..." Sambung Abang Rahman lagi.

"Hantu, bunuh!" Arah Rai.

"Sabar Raja gila...Bertenang...Kita dengar terlebih dahulu maklumat daripada Sofea sampai habis." Tegur Sufi.

Rai menarik nafas dan menghembusnya secara perlahan untuk menangkan diri.

"Tiga Segi Berdarah menculik ramai budak-budak dari Tanah lain yang mempunyai kelebihan Tunggal. Tapi sewaktu aku menjadi bawahan Livis, aku sempat menyelamatkan yang lain. Luft, Lokh, Lara, Sofea dan adiknya. Mereka semua adalah mangsa daripada penculikan Tiga Segi Berdarah. Mereka memerlukan insan-insan luar biasa demi kuasa di negeri ini. Menjadikannya sebuah negeri pemujaan yang sukar untuk di kalahkan." Terang Abang Rahman.

"Nur?" Tanya Sufi.

"Nur tidak tersenarai dalam penculikan itu. Aku terjumpa dia memeluk Pedang Merah di balik suatu pohon semasa peperangan kaum Bhydho' dan kaum Humairah. Dia itu membesar tanpa ibu dan ayah. Yang menyusukan dia waktu kecil pun ibu Radyah." Terang Abang Rahman.

Sufi terkesan mendengar penjelasan itu. Dia tidak tahu gadis yang selalu bermain kata dengan dia itu adalah anak yatim piatu daripada kecil.

"Patutpun isteri Sufi cantik. Dari Kaum Humairah rupanya." Sindir Rai.

"Isteri?" Tanya Sofea.

"Kau jangan dengar betul cakap orang gila itu Sofea." Sindir Abang Rahman.

"Radyah pun kaum Bhydho'?" Tanya Sufi.

"Kaum Bhydho' itu adalah penduduk negeri ini. Radyah dan keluarganya bukanlah berasal daripada negeri ini. Keluarganya merantau ke negeri ini untuk mencari tempat perlindungan kerana kaum mereka dihancurkan oleh kaum Amarah. Sewaktu tiba di kampung ini, ayahnya sudahpun meninggal dunia. Selepas dia dan Nur berumur 8 tahun, ibunya pula yang meninggal dunia." Jawab Abang Rahman.

"Kau seorang la yang jaga budak-budak ini dari kecik kan. Bagusnya orang tua ini." Puji Rai.

"Mulut." Tegur Sofea.

"Ohh. Maafkan saya Abang Rahman." Pinta Rai.

"Yang di hancurkan Kaum Amarah itu adalah Kaum Hu. Radyah dan aku satu kaum." Ucap Sufi sekaligus menjadikan dia sebagai tumpuan.

"Isteri kedua kau... satu kaum dengan kau..." Sambung Rai.

"Isteri kedua?" Soal Sofea.

"Bukan." Nafi Sufi.

"Betulah apa yang Sufi katakan... Yang dihancurkan oleh Kaum Amarah itu adalah Kaum Hu. Mereka dengki dengan kelebihan-kelebihan yang ada pada kaum Hu." Sokong Abang Rahman.

"Sofea..." Ucap Sofea.

"Apa itu Sofea?" Tanya Rai.

"Sofea dan Ulya berasal dari Tanah Lautan Gelora. Sayr membunuh ibu dan ayah depan mata kami lalu menculik kami berdua ke tanah ini. Abang Rahman hanya mampu menyelamatkan Sofea seorang." Jawab Sofea dengan nada yang semakin sayu bersama air mata yang mula mengalir.

"Mana Sayr sekarang?" Tanya Rai dengan nada yang tegang.

"Tenang Rai." Pujuk Abang Rahman.

"Mana Ulya?" Tanya Sufi.

"Aku berjaya selamatkan Sofea sewaktu Sayr membawa dia ke kota. Tapi adiknya..." Jawab Abang Rahman.

"Dia sudah menjadi hamba Sayr dan terikat dengan Cop Hamba. Dia yang membuatkan ilusi untuk Abang Rahman sebagai petunjuk kepada Hiyar Ayil. Pemuda yang memberitahu tentang Serpihan Kitab Majnun pada Abang Rahman itu adalah ilusi Ulya. Dia ingin memberitahu, bahawa Tiga Segi Berdarah akan memulakan rancangan besar-besaran mereka." Luah Sofea dalam tangisannya.

"Ilusi?" Tanya Rai.

"Permaisuri Merpati Putih dan Ratu Ilusi. Kedua-duanya adalah Tunggal." Jawab Sufi.

"Mmm... Sewaktu aku mencari Hantu Salju di Lautan Gelora, rakyat di sana heboh mengatakan tentang kematian Raja dan Permaisuri Kota Alam Bunga. Anak mereka diculik dan anak mereka itu adalah tunggal yang mampu memukau dan yang satu lagi mampu mencipta ilusi. Adakah..." Soal Rai.

"Mmm... Pukau... Permaisuri Merpati Putih adalah unsur cahaya putih terang yang berbentuk burung merpati. Burung Merpati Putih itu hakikatnya dicintai orang dan hidup berdampingan dengan manusia. Pemilik unsur ini mampu berubah menjadi seekor burung merpati putih dan juga memukau seseorang apabila mendengarkan manteranya selama satu minit." Terang Sufi.

"Kenapa Sofea tidak menyelamatkan Ulya?" Soal Rai lagi.

"Cop Hamba. Sofea tidak mampu menyelamatkan Ulya sebab Ulya terikat dengan Cop Hamba." Jawab Sofea.

"Cop Hamba hanya boleh dibuang menggunakan unsur tuannya bersama dengan kerelaan dan kehendak dari tuannya. Itu yang menguatkan mantera Cop Hamba. Meski Sofea memukau Sayr untuk membuang Cop Hamba Ulya, sekiranya tiada kerelaan dan kehendak dari Sayr, Cop Hamba itu tidak akan mampu dibuang. Cop Hamba juga tidak terikat dengan ilusi kerana ilusi hanya mewujudkan mimpi, bukanlah realiti." Terang Abang Rahman lagi.

"Jadi, apa yang kita perlu buat untuk menyelamatkan Ulya?" Tanya Rai.

"Ada satu lagi cara untuk melepaskan Cop Hamba." Jawab Sufi memecahkan segala kebuntuan.

"Apa?" Tanya Sofea.

"Aku boleh membuang Cop Hamba milik Ulya menggunakan mantera Hyad milik Kaum Hu." Balas Sufi.

"Bukannya mantera itu hanya boleh digunakan oleh pengguna unsur air tingkat tinggi?" Tanya Sofea lagi.

"Sufi itu sudah mencapai tingkat tinggi dalam auranya." Terang Abang Rahman.

Sofea merenung wajah Sufi bersama tangisan yang gugur untuk ke sekian kalinya. Dia tidak menyangka akan ada sang penyelamat yang mampu menyelamatkan adik kesayangannya itu.

"Bagaimana kau tahu tentang semua ini hantu?" Tanya Rai.

"Bicara hati." Jawab Sufi.

Mereka mengangguk dengan keterujaan. Sungguh insan itu luar biasa dengan bicara hatinya.

"Tapi... Sewaktu Sofea memerhatikan Tiga Segi Berdarah di kota, Sofea tidak melihat Ulya. Sudah Seminggu dia hilang." Terang Sofea.

"Aku rasa gadis yang mencurigakan di kampung Hudap itu adalah Ulya." Balas Sufi.

"Jadi? Bunuh?" Tanya Rai.

"Tenang. Aku belum tahu unsur Ulya yang sepenuhnya. Sekiranya dia masih dikawal oleh Tiga Segi Berdarah, kita tewas begitu sahaja dengan ilusinya. Kuat macam mana pun, ilusi itu mewujudkan impian daripada mimpi. Mudah insan macam kita yang sukakan lena ini tewas." Tegur Sufi.

"Bicara hati? Kau tahu unsur Sofea." Balas Rai.

"Bicara hati memberikan aku petunjuk tentang Ratu Ilusi namun aku tidak tahu bentuk unsurnya apa. Sekiranya api yang mampu membuat ilusi, ianya akan bertentangan dengan unsur aku. Aku tahu Sofea Permaisuri Merpati Putih sebab dia ada dekat dengan aku sekarang." Jawab Sufi.

"Maksudnya?" Tanya Abang Rahman.

"Itulah kelebihan Tunggal Hantu Salju. Unsur asal Salju adalah air. Dia mampu mengubah air itu menjadi salju ataupun mengubah Salju menjadi air. Dia mampu merasakan bentuk unsur seseorang melalui air yang keluar masuk daripada pernafasan manusia." Terang Sofea.

"Patut pun kau bijak." Puji Rai.

"Kita perlukan bukti yang gadis aku lihat di kampung Hudap itu adalah Ulya dan petunjuk agar gadis itu tidak berbahaya. Sekiranya kita serang dia secara buta-buta, sia-sia kita datang untuk menyelamatkan dia." Nasihat Sufi.

"Ada apa-apa maklumat lagi Sofea?" Tanya Abang Rahman.

Sofea menggeleng kepalanya menafikan pertanyaan Abang Rahman.

"Kau kata, esok Sayr akan datang ke kampung ini kan?" Tanya Sufi.

"Haah. Kenapa?" Tanya Sofea semula.

"Dia tidak akan datang seorang diri." Jawab Sufi.

"Maksudnya dia akan bawa bawahan dia yang berkelebihan. Mana mungkin mereka datang dengan tangan kosong menentang dua orang terkuat di dunia." Sambung Abang Rahman.

"Haah... Anak angkat kesayangan Sayr. Nama dia Kenji pengguna unsur api dari kaum Nar." Balas Sofea.

"Kaum Nar bukannya ada di Tanah Sinaran Terbit? Bagaimana dia boleh sampai ke Tanah ini?" Tanya Rai.

"Penculikan!!!" Jawab Rai dan Sofea serentak.

"Sekiranya dia pengguna unsur api, dan dia juga di culik daripada Tanah Sinaran Terbit, maksudnya dia juga mempunyai kelebihan Tunggal. Api dan air tidak boleh bersatu secara hakikat. Adakah mereka hanya ingin mengalahkan Sufi seorang? Bagaimana dengan Rai?" Tanya Abang Rahman.

"Apa kelemahan Tunggal Raja Petir?" Tanya Sufi.

"Mendung." Jawab Rai.

"Kau perlukan mendung untuk mengawal Petir sepenuhnya. Kemungkinan Kenji Tunggal Si Api Abadi." Jawab Sufi.

"Hmm? Macam mana kau tahu?" Tanya Sofea.

"Bicara hati." Jawab Abang Rahman.

Sofea mengangguk dengan senyuman kecil dibibirnya. Dia terlupa yang Sufi mempunyai petunjuk daripada bicara hati.

"Tunggal Si Api Abadi merupakan insan yang berkelebihan menggunakan api sepenuhnya apabila Soltis Musim Panas. Dia mampu mendapatkan cahaya matahari tanpa ada sebarang gangguan." Terang Sufi lagi.

"Soltis Musim Panas hanya berlaku dua kali setahun." Balas Sofea.

"Mereka menunggu hari esok untuk menyerang Hantu Salju dan Raja Petir kerana esok adalah hari Soltis Musim Panas iaitu hari dimana mendung hilang daripada alam ini. Hari dimana seluruh alam akan merasai cahaya matahari." Terang Abang Rahman.

"Mereka menunggu kelebihan Si Api Abadi. Apa pula kelemahan Tunggal Hantu Salju?" Tanya Sofea lagi.

"Bahang matahari yang terlalu panas." Jawab Sufi.

"Habislah." Keluh Rai.

"Habislah. Esok sudah pasti bahangnya panas." Keluh Abang Rahman lagi.

"Macam mana kita mahu menang?" Tanya Sofea.

"Tunggal Si Api Abadi juga merupakan antara satu unsur yang terkuat di dunia." Jawab Sufi.

"Apa maksudnya?" Tanya Rai.

"Tiga Segi Berdarah menculik Kenji kerana Tunggal yang dia miliki juga merupakan antara unsur yang terkuat di dunia. Pada bila-bila masa dia boleh membunuh Tiga Segi Berdarah jika berlangsungnya Soltis Musim Panas. Untuk mengelak dia dari membunuh Tiga Segi Berdarah... Cop Hamba." Jawab Abang Rahman.

"Mereka mengawal Kenji daripada Cop Hamba. Kemungkinan Cop Hamba milik Sayr sebab itu hanya Sayr yang datang esok." Terang Sufi.

"Kalau kita bunuh Sayr, Cop Hamba Kenji akan hilang?" Tanya Rai.

"Pasti?" Soal Sofea.

"Tidak. Cop hamba tetap akan mengikat sehingga mati meskipun tuannya mati. Orang lain boleh mewarisi Cop Hamba itu selagi dia boleh menggunakan mantera Cop Hamba." Nafi Sufi.

"Jadi? Macam mana? Peninglah." Keluh Rai.

"Hanya kaum Hu yang boleh mencipta Cop Hamba. Meskipun Sayr mati. Kaum Hu yang membantu Sayr mengukir Cop Hamba Kenji masih mampu mewarisikan Cop Hamba itu. Kan Sufi?" Soal Abang Rahman.

"Jadi kita kena bunuh kaum Hu yang membantu Sayr?" Tanya Rai lagi.

Sufi menangguk membenarkan persoalan daripada Rai.

"Tapi kau tahu siapa orang itu?" Tanya Sufi semula.

"Hmm. Mesti insan itu dirahsiakan agar Cop Hamba itu tidak mudah di buang. Mereka tamak dengan insan yang bergelar Tunggal. Apatah lagi antara Tunggal terkuat di dunia." Keluh Abang Rahman.

"Jadi, apa yang kau fikirkan Sufi. Akal kami semua buntu." Keluh Sofea.

"Kaum Hu." Balas Sufi.

"Sufi boleh membuang Cop Hamba milik Kenji." Balas Abang Rahman.

"Ya la... kan.." Ucap Sofea.

"Jadi, kau akan tolong dia buang Cop Hamba. Kalau dia tidak ingin?" Tanya Rai.

"Aku kena betarung dengan dia esok. Aku kena tunjukkan dengan dia yang aku boleh membuang Cop Hamba. Hidup menjadi seorang hamba itu sangat tersiksa apatah lagi jika tuannya itu berperangai keji. Tiada siapa yang mahu jadi hamba di dunia ini. Sekiranya ada penawar, tiada hamba yang ingin menolak." Jawab Sufi.

Sofea membanjiri wajah cantiknya dengan air mata untuk yang ke sekian kali dikala akalnya membayangkan kehidupan hamba yang adiknya rasakan selama ini.

"Sabar ya Sofea... Aku ada. Jangan risau." Pujuk Rai.

Sofea mengesat matanya sebagai tanda jiwanya terpujuk mendengarkan bicara Rai.

"Sayr macam mana Sufi?" Tanya Abang Rahman.

"Rai akan hancurkan musuh-musuh yang lain. Meskipun Raja Petir tidak dapat digunakan esok, Rai tetap penuntut Kitab Baraq iaitu Kitab yang mengajarkan tentang unsur petir. Unsur yang tiada siapa mampu menghalang dari unsur itu memotong sesuatu. Dia masih mampu menggunakan auranya untuk menggunakan mantera atau gerak tubuh berunsurkan petir. Dia akan menangkap Sayr dan yang lain musnahkan. Kita hanya inginkan maklumat daripada Kenji untuk menyelamatkan Ulya. Kita tidak boleh membunuh Sayr kerana aku risau Cop Hamba akan bertukar tangan dan Ulya akan terikat pula dengan orang lain. Selepas kita berjaya menyelamatkan Ulya, aku serahkan Sayr kepada kamu semua." Jawab Sufi.

"Bijak... Memang hantu yang bijak. Tidak sia-sia kau jadi ketua." Puji Rai.

"Sofea, esok kau pergi ke kampung Hudap. Pastikan siapa yang ada disana dan pastikan Ulya pun ada di sana. Beritahu Ulya, jangan pulang ke kota." Arah Sufi.

"Baik ketua." Balas Sofea.

"Kalau dia pulang ke kota pun, kita boleh hancurkan Tiga Segi Berdarah untuk dapatkan dia semula. Kalau Kenji ada dengan kita, macam mana mereka mahu lawan tiga unsur terkuat di dunia." Ucap Rai dengan bangganya.

"Aku ada rancangan lain untuk hancurkan kota yang direka oleh Tiga Segi Berdarah. Buat masa ini, kita kumpul terlebih dahulu sesiapa yang ingin berjuang dengan Hiyar Ayil. Kita hancurkan mereka tanpa mereka tahu siapa kita." Arah Sufi.

Tepukan diberikan oleh anggota-anggota Hiyar Ayil apabila mendengarkan arahan bijak yang ketua mereka sampaikan.

"Siap sedia untuk esok... Mereka melangkah sahaja di gerbang kampung, kita terus mulakan rancangan." Arah Sufi lagi.

"Baik!" Sahut anggota Hiyar Ayil.

Sungguh seorang ketua yang bijaksana. Permulaan rancangan perampasan dan penyelamatan yang bijak. Wataknya di alam itu bukan sekadar Penawar tetapi juga seorang perancang bagi suatu perampasan.