Chereads / Ulfun Ain / Chapter 4 - Bab 4 - Raja Petir

Chapter 4 - Bab 4 - Raja Petir

Bulan Merah bercahaya dengan indah pada malam itu. Keindahan cahayanya itu memancar terang ke wajah Sufi yang sudah pun nyenyak di buai lena.

"Bangun." Suatu suara ghaib kedengaran di telinga Sufi mengejutkan dia daripada lena yang mengasyikkan.

Sufi hanya merenung bulan merah yang menyuluh wajahnya itu. Menghayati dan menikmati suatu suasana yang tenang lagi menenangkan.

"Dua per tiga malam." Ucap Sufi.

Sufi bangkit dari baringnya lalu bergerak membersihkan diri dan mengambil air wudhu' bersiap sedia untuk menunaikan solat sunat Tahajjud. Usai sahaja dia melakukan solat Tahajjud dia bergerak ke surau Laila untuk menanti waktu Subuh yang bakal mengambil kedudukannya di dalam peredaran waktu. Setibanya di surau, suasana hening dan gelap tidak berpengunjung menghiasi situasi.

"Hmmm." Keluh Sufi.

Sufi masuk ke dalam surau lalu duduk berzikir menggunakan jari-jarinya. Dalam beberapa minit, seorang gadis bertelekung biru muda memasuki surau itu semasa dia khusyuk mengalunkan zikir. Apabila gadis itu melihat Sufi, kakinya berhenti melangkah. Dia hanya mendiamkan diri, merenung dan mendengar alunan zikir yang merdu dari suara Sufi. Setelah sekian lama, kaki gadis itu berasa lenguh lalu dia pun duduk. Pergerakannya sampai ke pendengaran Sufi hingga membuat pemuda itu menoleh dengan pantas ke arahnya.

"Radyah?" Panggil Sufi yang melihat Radyah sedang duduk bersimpuh memandang wajahnya dengan riak wajah yang seakan tidak tahu apa-apa. Terlihat jelas wajahnya yang comel bersama kulitnya yang berubah menjadi merah padam.

"Hah? Ehem… Maaf Abang. Saya…" Jawab Radyah lalu buntu akalnya mencari alasan untuk menyelindungkan renungan tajamnya terhadap Sufi.

"Habislah." Bisik hati Radyah.

"Kau mahu solat sunat?" Tanya Sufi dengan nada yang lembut.

"Lembutnyaaa…" Balas Radyah tanpa dia sedari.

"Aik." Soal Sufi.

"Eh… Bukan." Nafi Radyah sambil menggeleng kepalanya.

"Radyah tunggu waktu Subuh." Jawab Radyah lagi dengan senyuman comelnya memandang ke wajah Sufi.

"Kalau aku merisaukan kau, aku boleh berzikir di luar surau sambil menanti waktu Subuh." Balas Sufi.

"Ehem… Tidak perlu. Radyah masuk ke ruangan wanita. Abang Sufi teruskan berzikir. Maaf mengganggu." Terang Radyah lalu bergegas memasuki ruang wanita.

Sufi diam melihat tingkah Radyah yang tidak keruan itu tanpa sebarang persoalan rasa. Dia hanya menyambung semula alunan-alunan zikir di bibirnya yang terputus untuk seketika. Suatu pertembungan rasa yang hanya berbunyi di salah satu jiwa.

"Apa aku buat." Bicara Radyah sambil mengusap wajahnya yang comel itu.

Tidak lama selepas itu, penduduk kampung mula berkumpul di surau Laila. Sufi duduk di tangga surau bersama dengan sahabat-sahabat barunya.

"Sufi, apa yang perlu aku buat supaya aku ni hebat macam kau?" Tanya Lokh.

"Sufi itu hebat, sebab dia sudah dilahirkan untuk menjadi hebat. Kau itu lembab, sebab kau lahir-lahir lembab." Sampuk Luft pada pertanyaan abangnya itu lalu tergelak bersama-sama dengan sahabatnya yang lain termasuk Sufi.

"Kalau aku lembab... Aaa....." Balas Lokh namun terkunci akalnya mencari cara untuk membalas sindiran itu.

"Mana Abang Rahman Sufi?" Tanya Alim.

"Masa aku keluar dari rumah pagi tadi, Abang Rahman masih tidur." Jawab Sufi.

"Ohhh... Kau tidak ikut kami latihan Sufi?" Tanya Alim lagi.

"Nantilah. Aku belum tahu betul tentang mantera-mantera ini." Jawab Sufi.

"Dia tidak boleh ikut latihan. Banyak benda dia kena buat." Ucap Abang Rahman yang baru tiba di kawasan luar surau.

"Allahuakhbar Allahuakhbar." Azan berkumandang di surau Laila.

"Lekas. Azan sudah berkumandang. Jangan ponteng solat." Nasihat Abang Rahman pada murid-muridnya.

Murid-muridnya pun bergegas mengambil wudhu' untuk menunaikan solat Subuh berjemaah. Usai sahaja solat Subuh berjemaah, Sufi terus mengorak langkah bergerak pulang ke rumah Abang Rahman meninggalkan sahabat-sahabatnya yang lain di surau. Dia mengejar lenanya yang terputus pada dua per tiga malam tersebut.

*****

Tepat matahari memancar menunjukkan masa berkedudukan pada pukul 9 pagi, murid-murid Abang Rahman sudahpun berkumpul di gelanggang ilmu bersedia memulakan latihan pagi mereka manakala Sufi masih menghanyutkan diri di dalam lena.

"Assalamualaikum." Ucap Abang Rahman.

"Seperti yang aku janjikan, hari ini adalah berita gembira. Kita akan berlatih sampai tibanya waktu Zohor. Rehat sebentar. Lalu kita sambung semula sehingga petang." Terang Abang Rahman lagi.

"Kita belajar apa Abang Rahman?" Tanya Lokh.

"Tiba masanya kamu mengenal unsur dalam tubuh kamu masing-masing. Alam ini semakin berbahaya. Kamu kena kenal kekuatan kamu yang tersimpan untuk berjuang menentang kegelapan di alam ini." Arah Abang Rahman.

Murid-murid Abang Rahman mula tertanya-tanya tentang ucapannya itu. Belum pernah mereka mendengar Abang Rahman menjelaskan tentang mengenal unsur tubuh mereka. Kebiasaannya, mereka hanya melakukan mantera yang mereka tahu lalu Abang Rahman menegur apa yang mereka perlu baiki.

"Abang Rahman, ajarkan saya tinju api. Mohon tunjuk ajarnya." Pinta Daem secara tiba-tiba memecahkan suasana yang hening seketika.

"Sabar pendekar... Sabar... Abang Rahman kan kata kita kena belajar selami jiwa. Rugi badan besar tapi hmmm." Ejek Luft.

"Kau itu lembab macam abang kau. Semangat pun lembab." Balas Daem.

"Ya Luft. Aku memang lembab. Kan Luft." Sokong Lokh.

"Hmmm. Kesian." Keluh Luft.

Telinga yang mendengar tergelak dengan tingkah Lokh itu. Sindiran mengarah ke dirinya dan dia menyokong pula sindiran itu.

"Kamu duduk bersila, lalu buat satu barisan memanjang dengan jarak sehasta." Arah Abang Rahman memecahkan gelak dan tawa mereka.

Murid-murid Abang Rahman pun berbaris memanjang mengikuti apa yang dia arahkan.

"Tidak pernah pula Abang Rahman ajar kita macam ini kan Luft. Selalunya, dia terus menyuruh kita tunjukkan mantera apa yang kita sudah belajar. Lalu marah." Bisik Lokh lalu tergelak kecil.

"Tidak baik cakap belakang. Bagus-bagus jadi manusia, ingin jadi pisau pula." Tegur Daem.

"Kau berbisik macam aku tidak dengar. Mulut kau itu besar. Kau berbisik macam mana pun bunyinya macam kau berteriak." Sindir Abang Rahman.

"Tutup mata kamu. Selami jiwa kamu sedalam-dalamnya, lalu lihat warna dan bentuk apa yang ada dalam jiwa kamu itu." Arah Abang Rahman lagi.

"Maksudnya Abang Rahman, aku kena hilang terlebih dahulu baru masuk ke dalam jiwa atau aku masuk ke dalam diri aku lalu berubah menjadi jiwa... Eh… Macam mana?" Tanya Lokh dengan nada yang tertanya-tanya.

"Abang Rahman!!! Aku nampak anjing. Tolong!!!." Teriak Luft pula.

"Bukkk!" Daem memukul kepala Luft.

"Aduh! Kenapa kau pukul kepala aku. Sakit pendekar." Marah Luft.

"Anjing mana kau nampak. Kampung kita mana ada anjing." Marah Daem pula.

"Macam mana bentuk anjing yang kau nampak?" Tanya Abang Rahman.

"Dia macam kucing Abang Rahman. Tapi besar dari kucing berwarna hitam gelap macam bayang. Mata dia menakutkan. Seram Abang Rahman." Terang Luft.

"Anjing ka kucing?" Soal Nur.

"Itu kucing lembab." Sindir Daem.

"Kesiannya kau." Sindir Alim.

"Itu kucing Luft oiii...Harimau kumbang kan?" Tanya Abang Rahman.

"Haah Abang Rahman. Harimau kumbang. Warna hitam kan?" Tanya Luft semula.

"Haiii. Kau yang selam jiwa kau atau Abang Rahman?" Soal Alim.

"Aku lah." Jawab Luft dengan selamba.

"Jadi!!!" Teriak sahabat-sahabatnya termasuk gurunya sendiri.

"Bagus lagi monyet. Bijak." Sindir Nur. Dalam sindiran itu ada pula kerinduan.

Tergelaklah jiwa-jiwa yang mendengar untuk kesekian kalinya. Mereka meneruskan pembelajaran untuk mengenal unsur asal masing-masing. Dalam waktu yang terus berjalan, ada insan yang masih berpaut dengan lenanya. Sufi terus dibuai lena hingga terlupa yang waktu itu sentiasa berputar. Lelahnya semalam menyelamatkan rasa-rasa dalam temu janji Si Puteri dan Si Hantu memaksa dia untuk menikmati lena di pagi hari hinggalah mendung mula mengambil kedudukannya di langit secara tiba-tiba.

"Macam mana boleh tiba-tiba mendung?" Tanya Abang Rahman.

"Langit mesti marah sekarang." Ucap Lokh.

Insan yang lain memandang wajah Lokh kerana ucapannya yang berubah luar biasa pada masa itu. Dalam masa yang sama, Sufi terjaga dari lenannya secara mengejut. Sepertinya, Si Hantu dapat merasakan ada sesuatu yang akan membuat jiwanya bergelora.

"Aaaugghhhhh!!!" Nayalakan serigala yang banyak dari arah Pohon Zamrud Mulia.

"Abang Rahman." Panggil Luft.

"Kawan-kawan kau Luft." Sindir Daem dalam kekalutan itu.

Di kala Abang Rahman dan murid-muridnya kaku mendengar nyalakan serigala itu, Sufi sudah pun menaiki kuda dan bergerak pantas menuju ke Pohon Zamrud Mulia. Dia bahkan tidak menghiraukan sahabat-sahabatnya yang ada digelanggang ilmu termasuk Nur. Nur pula memandang wajah Sufi dengan kerinduan. Terbit kerisauan dalam hatinya melihat Si Hantu yang bertingkah aneh secara tiba-tiba itu.

"Abang Rahman?" Tanya Alim

"Biarkan Sufi terlebih dahulu. Ambil kuda masing-masing. Siapkan diri kamu semua. Kita akan bantu dia." Arah Abang Rahman.

*****

Suasana di Hutan Zamrud Mulia. Hanya beberapa minit perjalanan Sufi, dia tiba pada destinasinya.

"Pohon Zamrud Mulia..." Ucap Sufi.

Sufi melihat 20 ekor Mu'un sedang mengelilingi sebuah pohon gergasi yang berukuran seperti sebuah rumah bahkan tingginya mengejar langit. Kulitnya sangat indah dilapisi dengan beribu pertama Zamrud berwarna hijau terang berkilau-kilau. Berhampiran pohon gergasi itu ada seorang gadis kecil berambut putih paras dada sedang berdiri memandang Sufi dikelilingi dengan Mu'un-Mu'un hitam yang berukuran hampir dua kali ganda tubuh manusia. Wajahnya sangat comel dan tingginya separas dengan perut Sufi, berkulit putih pucat dengan bola mata yang berwarna merah gelap dan matanya yang berbentuk sederhana sepet. Sufi terus berbalas pandangan dengan gadis itu tanpa menghiraukan Mu'un-Mu'un yang sedang memerhatikannya.

"Siapa kau?" Tanya salah satu daripada Mu'un itu.

Sufi tidak menghiraukan pertanyaan itu. Dia mendongak ke langit dengan senyuman manis yang masih terukir dibibirnya. Langit yang mendung kini dihiasi petir yang sambung menyambung di atas langit. Tidak cukup paluannya di atas langit, dia berirama pula di permukaan alam. Menyambar tanah-tanah di sekeliling Sufi dan Mu'un-Mun itu dengan liar tidak berarah.

"Woi!!! aku tanya kau pemuda. Berani kau mengabaikan aku." Marah Mu'un itu dengan suaranya yang menyeramkan.

Sufi mula menyebarkan auranya yang berubah menjadi salju yang banyak dan dingin berwarna putih. Mu'un-Mu'un itu berubah cemas melihat keindahan salju milik Sufi. Mereka merasakan, hawa dingin dari salju-salju itu menusuk masuk ke dalam tubuh mereka. Menenangkan tapi menyakitkan, indah tapi menakutkan. Dalam suasana yang tenang itu, salah seekor Mu'un menyerang Sufi kerana dipaksa akan ketakutan di dalam jiwanya. Ketika serigala itu ingin mengorak langkah, salju-salju itu meruju ke arahnya bagai taburan peluru membekukan Mu'un itu hanya dalam beberapa detik. Indah bangkainya menjadi bongkah ais hingga keindahan itu menjadi ketakutan yang mendalam pada Mu-Mun yang lain.

"Kita serang ramai-ramai Hantu ini. Saljunya pasti tidak akan berfungsi." Arah salah satu daripada Mu'un yang tersisa.

Bersama arahan yang bagaikan sinar kejayaan bagi mereka, Mu-un yang tersisa berlari kencang bahkan ada yang melompat ke arah Sufi dengan kuku-kuku mereka yang besar dan panjang.

"Bummm!!!" Lima panahan petir menyambar tepat pada jantung lima ekor Mu'un yang hampir menerkam Sufi. Bergegar bumi yang mereka pijak terkesan dengan dentuman petir itu.

Lima ekor Mu'un itu hanya rebah ke bumi bersama dada yang berlubang tanpa sebarang reaksi bahkan Mu'un yang lain kaku dengan sendirinya. Kaki mereka tidak ingin melangkah lagi kerana akal mereka menafsirkan, selangkah maksudnya mati.

"Petir. Dua unsur." Ucap salah seekor Mu'un.

"Bukanlah... Tenang..." Balas Sufi lalu memberikan senyuman yang sangat manis pada Mu'un-Mu'un yang kaku tersebut.

"Bummm!!!" Satu panah petir menyambar tepat dihadapan Sufi.

Hilangnya panah petir itu dalam masa yang sama muncul seorang pemuda yang tinggi dan berbadan sasa sedang memandang wajah Sufi dengan senyuman kecil. Wajahnya tampan berkulit putih dengan mata yang menawan meski kelihatan menakutkan. Hidungnya mancung bahkan keningnya halus terbentuk seakan dilukis. Rambutnya yang panjang dibiar lepas paras bahu berwarna perang semula jadi menambah lagi ketampanan pemuda tersebut.

"Sahabat?" Tanya pemuda itu.

Sufi menghulur tangan kanannya untuk bersalaman dengan pemuda tersebut sebagi jawapan.

"Sahabat." Jawab Sufi.

Pemuda itu dengan pantas menyambut huluran tangan Sufi untuk bersalaman. Suasana hening tanpa bicara. Semakin banyak salju yang terhasil daripada aura Sufi manakala pemuda itu pula di kelilingi dengan petir yang bergetar-getar berwarna ungu terang yang terhasil daripada aura miliknya.

"Salam kenal sahabat... Raja Petir... Rai." Ucap pemuda itu.

"Salam kenal... Hantu Salju... Sufi." Balas Sufi.

Ikatan sahabat yang mereka ucapkan nampak baru pada zahirnya. Tapi sebaliknya seakan ada sesuatu ikatan yang sudah lama terjalin. Hanya menunggu arus takdir untuk mempertemukan mereka berdua. Mu-un-un itu pula diam tanpa bicara. Semakin bertambah ombak ketakutan menghempas ke jiwa mereka. Melihat suasana yang dihiasi dengan petir dan salju, sungguh indah tapi menakutkan bagi mereka.

"Bunuh?" Tanya Rai.

"Bunuh." Balas Sufi.

Usai berbicara, kedua pemuda itu menunjukkan kekuatan masing-masing. Rai hilang dalam sekelip mata bersama petirnya, lalu muncul juga sekelip mata pada bahagian belakang salah satu Mu'un yang ada di situ.

"Tsukkk!" Tangan Rai di baluti petir yang bergetar-getar menusuk masuk ke jantung Mu-un itu. Dia hilang semula lalu muncul pada salah satu lagi Mu'un.

"Tsukkk!Tsukkk!Tsukkk!Tsukkk!Tsukkk!." Tangan Rai yang tidak henti melubangkan dada Mu'un-Mu'un yang ada di situ dalam sekelip mata.

Sufi hanya diam dengan wajahnya yang tenang. Membekukan Mu-un-Mun yang ada di sekitarnya menggunakan ratusan bebola salju miliknya yang menyebar menghiasi suasana. Tanpa sebarang mantera ataupun gerak tubuh, Mu'un-Mu'un itu hanya membeku tanpa sempat menyerang tubuh Sufi. Sungguh, dua pemuda yang berkuasa luar biasa. Apabila Abang Rahman dan murid-muridnya tiba ke tempat itu, tiada bicara dari mereka hanya mata yang terpegun dan bibir yang ternganga memandang keajaiban petir dan salju itu. Tidak sampai 10 minit dalam peredaran masa, Mu-un itu mati dalam sekelip mata. Ada yang terbaring di permukaan alam bersama dada yang berlubang dan ada yang mati kaku membeku di baluti dengan salju.

"Bersih?" Tanya Rai.

"Habis." Jawab Sufi.

Mereka berdua tersenyum bagai sahabat karib yang baru bertemu setelah lama terpisah oleh waktu.

"Gila." Ucap Daem.

"Bagaimana Raja Petir boleh ada di tanah ini?" Tanya Abang Rahman memecahkan segala persoalan dan keheningan.

Rai memandang wajah Abang Rahman.

"Siapa dia ini hantu? Bunuh?" Tanya Rai dengan wajah yang selamba.

"Jangan... Dia itu sahabat." Tegah Sufi.

Mata-mata yang memandang terkejut mendengarkan bicara daripada Rai. Bagai seorang penjahat yang berwajah tampan tapi bersahabat dengan seorang penawar yang berwajah tenang.

"Ohhh. Hai. Aku Rai. Raja Petir berasal dari Tanah Di Tengah Alam. Waktu aku umur 9 tahun, kaum aku dimusnahkan oleh banyak kaum. Aku pun tidak tahu mengapa mereka sangat benci dengan kaum aku sehingga ibu dan ayah aku pun mati dalam peristiwa itu. Aku menjelajah ke seluruh alam ini hanya untuk mencari Hantu Salju. Itulah pesan terakhir dari ibu dan ayah. Mereka pesan, aku dan salju tidak akan terpisah. Sahabat karib yang sudah di takdirkan oleh waktu." Terang Rai memperkenalkan dirinya dengan ringkas.

"Macam mana kau boleh selamat?" Tanya Alim.

"Aku bunuh semua yang menyerang kaum kami. Bersih." Jawab Rai lalu tergelak kuat.

"Gila... Budak berumur 9 tahun sudah kuat macam itu." Puji Luft.

"Macam mana kau tahu Hantu Salju ada di sini?" Tanya Abang Rahman.

"Aik orang tua ini. Aku sudah terangkan yang aku menjelajah ke seluruh alam. Pengguna salju itu ada tapi tidak ramai. Dalam kalangan mereka hanya ada satu Hantu Salju. Hantu yang mata dan rambutnya hitam gelap. Menenangkan pada mata yang memandang sebagi sahabat. Tapi menyakitkan pada mata yang memandang sebagi musuh. Itu adalah dia." Jawab Rai lalu mengarahkan jari telunjuknya ke arah Sufi.

"Dia bukan menjawab pun soalan Abang Rahman." Sindir Alim.

"Hanya satu yang memiliki kelebihan itu. Dan gerak hati aku pada hari ini mengatakan dia ada di tanah ini." Sambung Rai lagi.

"Hmmm. Akhirnya dia nampak bijak sedikit." Sindir Daem pula.

"Gila...Kurang ajar mulut dia." Sindir Lokh dengan nada yang seakan berbisik.

"Zett!!!" Rai hilang sekelip mata lalu muncul di belakang Lokh.

"Bibir kau besar. Kau berbisik pun macam kau berteriak. Aku boleh tolong kecilkan." Ugut Rai menakutkan Lokh.

Wajah Lokh berubah pucat terkesan dengan tingkah Raja Petir yang seakan gila itu.

"Mmm. Walaupun mulut dia ini kurang ajar. Sekiranya dia sahabat Sufi, maka dia sahabat kita juga. Bawalah dia pulang ke rumah aku Sufi. Tidak berarah budak ini aku lihat. Mari yang lain. Kita pulang." Sindir Abang Rahman.

Rai tergelak dengan kuat mendengarkan sindiran daripada Abang Rahman. Mereka bergerak pulang dengan ketakjuban melihat kelebihan luar biasa kedua insan itu. Namun apabila mereka memikirkan tentang perangai Rai, berubah takjub itu menjadi suatu ketakutan.

"Mana budak itu hantu?" Tanya Rai.

"Entah." Jawab Sufi.

"Kau ikut kuda aku pergi ke kampung Laila. Kalau kau sesat, entah siapa lagi yang kau akan bunuh nanti." Sindir Sufi.

Rai terus dengan gelak dan tawanya menunggang kuda bersama Sufi menuju pulang ke kampung Laila. Suatu salam perkenalan yang sangat menakjubkan ibarat suatu perhubungan yang ditakdirkan untuk menjadi bencana. Sekelip mata dalam pertarungan yang mengasyikkan, 20 ekor Mu'un mati begitu sahaja. Budak comel yang mereka lihat pula hilang. Suatu persoalan yang menambah persoalan.

"Macam mana kau tahu aku akan datang?" Tanya Rai.

"Mimpi." Jawab Sufi.

"Macam mana kau tahu aku ada di sini?" Tanya Sufi.

"Hmmm. Aku terjumpa Mikah seorang penjual kitab sewaktu aku mencari kau di Kota Matahari Emas. Dia kata, ada orang yang ingin berjumpa dengan aku di daerah Laila. Lima tahun aku cari tempat ini. Hari ini aku jumpa tempat ini, hari ini aku jumpa kau dengan salju-salju kau sekali." Jawab Rai.

"Kota Matahari Emas?" Tanya Sufi lagi.

"Kota besar di tanah gersang itu la. Tanah Sinaran Terbit." Jawab Rai.

"Kenapa dalam mimpi aku sahabat yang lagi satu pun datang sekali." Tanya Sufi.

"Entah. Mikah kata ada orang yang ingin jumpa aku di sini. Aku mana tahu sama ada kau atau dia. Aku sudah jumpa kau. Cukuplah." Jawab Rai.

"Mmm." Keluh Sufi.

Mereka berjalan bersama-sama dihiasi dengan cerita Rai yang kerjanya hanya melubangkan jantung musuhnya sehinggalah mereka tiba di kampung Laila. Sufi ternampak Nur yang sedang merenung dirinya dari arah surau.

"Sufi." Ucap Nur dengan perlahan.

Akhirnya terubat juga rindu yang sering Nur nafikan itu bahkan matanya mula berkaca. Dengan pantas dia menyelindungkan tingkah yang tidak terkawal itu.

"Kekasih kau?" Tanya Rai memecahkan renungan Sufi.

"Orang gaji." Jawab Sufi.

"Cantik macam itu jadi orang gaji. Bagus jadi isteri kau." Balas Rai.

Sufi hanya diam mendengar bicara Rai yang menambah lagi gelora rasa pada jiwanya. Mereka tiba di rumah Abang Rahman pada masanya waktu zohor hampir kehilangan kedudukannya. Abang Rahman singgah di surau bersama murid-muridnya manakala Sufi terus membawa Rai pulang ke rumah Abang Rahman.

"Kecil rumah ini." Ejek Rai.

"Letakkan tangan kau di bahagian dada." Arah Sufi.

Tanpa sebarang alasan, Rai mengikut arahan sahabatnya itu.

"Ikut apa yang aku cakap. Dikau adalah aku, aku adalah aku. Hitam dan putih adalah aku, akulah yang tidak berwarna." Arah Sufi lagi.

"Dikau adalah aku. Aku adalah aku. Hitam dan putih adalah aku. Akulah yang tidak berwarna." Sambung Rai.

Usai bicara Rai melafazkan mantera Hasyiq Qalbu, terbit cahaya putih ditangannya sama sepertimana cahaya yang terbit daripada tangan Sufi. Hangat dan menenangkan jiwanya yang keras itu. Dia bermain dengan cahaya itu sehingga hilang dalam sekelip mata.

"Hilang?" Soal Rai.

"Rasmi." Balas Sufi.

"Entahlah... Aku tidak faham pun apa yang terjadi tadi. Aku ikut sahaja apa yang kau arahkan. Kau dengan cahaya itu lebih kurang sama. Membingungkan." Sindir Rai.

"Nanti kau tahu la. Jom solat." Ajak Sufi.

Rai hanya mengangguk sebagai tanda penerimaan terhadap pelawaan Sufi itu. Usai sahaja mereka solat Zohor dan solat Asar, mereka berdua hilang didalam arus lena. Sungguh, kedua insan yang hebat dan kedua-duanya mencintai lena.

*****

"Allahuakhbar Allahuakhbar." Azan Maghrib di surau Laila.

"Rai." Kejut Sufi yang sudahpun membersihkan diri.

Rai tidak mengendahkan panggilan itu membiarkan lena terus menguasai tubuhnya.

"Mentang-mentang kau Raja Petir...Kau ingat...Gelaran itu menjamin kau daripada sambaran petir..." Sindir Sufi.

"Kejaplah hantu." Balas Rai dengan mata yang masih tertutup.

"Marilah ke surau. Nanti kita lewat pula." Ajak Sufi.

Rai membangkitkan diri secara mengejut.

"Tunggu aku. Aku mahu mandi." Balas Rai.

Sesudah Rai membersihkan diri, mereka berdua bergerak ke surau Laila bersama-sama. Dalam perjalanan itu, mereka bertemu dengan Radyah yang memakai telekung berwarna biru muda.

"Radyah." Panggil Sufi.

Radyah menoleh ke arah Sufi.

"Abang?" Soal Radyah.

"Isteri kau?" Tanya Rai dengan selamba.

"Isteri?" Tanya Radyah. Wajahnya mula berubah merah padam diiringi jantungnya yang mula bermain lagu-lagu rasa.

"Ya." Jawab Sufi dengan selamba.

Mendengar jawapan daripada Sufi, Radyah tidak dapat menahan rasa itu. Matanya mula berkaca kerana terharu mendengarkan jawapan daripada Sufi. Tiada persoalan yang ada hanya keindahan. Tiada penafian yang hanya ada harapan.

"Semua gadis cantik di kampung ini isteri aku, pemuda yang lain mahu kahwin dengan siapa." Sindir Sufi.

Sindiran Sufi mengubah yang indah jadi yang sebaliknya. Dia tidak tahu bahkan tidak terniat, bicaranyanya itu memusnahkan suatu keindahan.

"Mana lah aku tahu. Wajah kau kan tampan. Manalah tahu sudah ada gadis yang menawan hati kau." Balas Rai.

"Radyah jalan dulu." Ucap Radyah secara tiba-tiba.

Radyah memalingkan wajahnya dengan pantas dari kedua pemuda itu. Sufi tidak mengetahui apa puncanya Radyah bertingkah seperti itu namun naluri Radyah berjaya menilai apa sebenarnya yang diucapkan oleh Sufi. Ucapan itu menunjuukan ada suatu hubungan yang mula terjalin diantara Sufi dan Nur. Adakah dia terlalu cinta hingga dia tidak sanggup menerima kenyataan yang Sufi dan Nur mulai menanam benih rasa. Sungguh, cinta yang berbunyi disebelah hati itu menyakitkan. Hari indah yang dimulakan dengan gadis bertelekung biru, di akhiri juga dengan gadis bertelekung biru. Bezanya yang awal itu mekar, yang akhir itu layu.