Chapter 44 - Bab 42

"Duduk sini."arah Blaze sambil menepuk tempat kosong di sebelahnya.

Hana pandang sekeliling bilik muzik itu dengan renungan hairan."Buat apa kita dekat sini?"tanya dia.

Blaze yang duduk menghadap piano tu pandang jengkel ke Hana. Kenapa la susah sangat bercakap dengan Hana ni?Ada je songehnya.

"Kau ni kalau di cakap sekali tu dengar terus tak boleh ke?Perlu banyak bertanya?Duduk je la!"arah Blaze dengan jengkel.

Hana berkerut kening tak puas hati dengan sikap bossy Blaze. Dengan muka bercemberut tak puas hati, dia duduk di kerusi piano itu. Meninggalkan jarak beberapa inci di antara mereka.

Blaze kerling ke kanannya sebelum melepaskan keluhan letih apabila melijat jarak mereka berdua. Nak je dia beritahu Hana yang dia tak suka berjauhan dengan Hana. Kalau bukan sebab ego...memang tak dia nak beritahu.

Terus Blaze hulur tangan ke belakang badan Hana. Dia pegang pinggang gadis itu dan menarik Hana untuk merapatkan jurang mereka berdua sehingga lengannya berselisih dengan lengan Hana.

Hana menahan nafas terkejut apabila tangan Blaze menyentuh pinggang dan tubuhnya berlaga dengan tepi badan lelaki itu. Dengan muka terkejut dia berpaling memandang Blaze. Keningnya berkerut tak faham. Lelaki ni memang tak boleh nak letak tangan dekat diri sendiri ya?Sesuka hati je pegang orang!

"Senior...apa sebenarnya kita buat dekat sini? Saya ada kelas yang kena hadiri. Lain lah senior. Boleh buat ikut suka sebab tempat ni parent senior yang punya. Tapi tidak saya. Saya ada gred yang saya kena jaga. Ada hati ibubapa yang saya kena jaga. Masa depan yang kena jaga. Diri yang kena jaga. Kalau senior nak ponteng kelas atau buat sesuatu di luar jadual...sampai jejaskan gred sendiri jangan libatkan saya-"bebel Hana tanpa henti.

Blaze buat muka jengkel lantas memalingkan mukanya ke sisi dan sondong merapatkan wajahnya ke wajah Hana. Tanpa amaran dia mengucup bibir gadis itu sepintas lalu.

Tindakan itu terus membuatkan Hana terdiam serta merta. Mata gadis itu terbutang kaku apabila bibirnya dikucup dengan Blaze begitu sahaja.

Keadaan menjadi senyap serta merta.

"Bagus."ucap Blaze bila Hana mendiam beberapa saat kemudian."Sekarang diam dan dengar."arah Blaze sebelum tunduk memandang papan kekunci piano.

Hana menelan air liur saat menahan diri dari bersuara. Takut kalau lelaki itu cuba mengucupnya semula.

Perlahan-lahan jari jemari runcing Blaze mula menari di atas papan kekunci piano dengan anggun sekali. Menghasilkan alunan lagu yang mendayu-dayu menenangkan telinga mendengar.

Hana yang lihat terpegun sendiri disitu. Dia memandang jari jemari Blaze tetapi tidak lama selepas itu dia memandang tepi wajah Blaze pula. Menilik rupa paras tenang tanpa emosi marah atau menakutkan itu dengan sengih fangirlnya.

Lama Hana tatap tepi muka Blaze sampai tidak berkedip matanya. Terpegun dengan ketampanan Blaze. Macam mana ya lelaki ni boleh nampak menjengkelkan dan dalam masa yang sama menggamit hati?

Blaze memalingkan mukanya sewaktu jari jemarinya masih menekan papan kekunci piano apabila perasan dirinya di perhatikan. Dan apabila dia bertemu mata dengan Hana, Blaze menarik senyuman ikhlasnya.

Hana yang melihat senyuman itu ibarat dipanah cupid cinta. Nafasnya tersekat di kerongkong. Jantungnya seakan berhenti berdetak apabila melihat senyuman yang tidak pernah dia lihat di wajah Blaze. Yang mana berjaya mencuit hati kecilnya.

Blaze kembali memandang papan kekunci pianonya dan memainkan lagu yang dia kuasai dengan cekap dan tertib.

"Kau tahu main piano?"tanya dia sambil menekan kekunci piano itu dengan pro.

Hana tersentak dari lamunannya serta merta.

"Huh?"nganganya kebingungan.

"Tahu main piano tak?"soal Blaze sekali lagi, tetapi bernada tenang bersahaja.

Hana pandang papan kekunci yang ditekan jari jemari Blaze dengan minat. Cantik betul jari lelaki ni. Kalau dia gengam apa rasanya?

"Tahu."jawab Hana dengan jujur.

Blaze berhenti. Dia pandang Hana lalu mencapai tangan gadis itu untuk diletakkan atas papan kekunci itu serta merta.

"Mainkan sebuah lagu untuk aku."arah dia seperti biasa.

Dasar bossy!Hana pandang Blaze bingung-bingung semasa jari jemarinya diramas lembut dengan Blaze tanpa lelaki tu sedar

"Kalau saya mainkan satu lagu, saya boleh masuk kelas?"soal Hana semasa jengah sedikit kepala kerana teringin melihat wajah kacak bersama senyuman manis tadi sekali lagi.

Blaze menjungkit bahu. "Bergantung sama ada cara kau mainkan lagu tu memuaskan ke tak." kata lelaki itu sambil memandang Hana.

Hana membuat muka menyampah sebaik mendengar jawapan itu. Sama je la dia mainkan lagu ke tak, still Blaze takkan lepaskan dia macam tu. Dia kemudiannya mula memanaskan badan. Dia renggangkan jari jemari dan lehernya. Lalu meletakkan jarinya di atas papan kekunci itu dengan dramatic.

Sampaikan Blaze yang lihat menjuling mata menyampah.

"Dah la cepat...sengaja je lambat-lambat." gesa Blaze dengan nada jengkel.

Hana jeling geram ke Blaze, tak reti menyabar betul!

"Sekarang persembahkan. Master piece saya." ujar Hana dengan suara dalam dibuat-buat.

Mulanya Blaze excited nak dengar, sekali bila dia dengar, lagu Twinkle Twinkle little star rupa-rupanya yang dimainkan Hana.

Berdekah ketawa lelaki itu dibuatnya sepanjang masa Hana mainkan cebisan lagu kanak-kanak legend itu.

Hana yang mendengar suara ketawa Blaze ikut tersenyum. Tanpa sedar hatinya berbunga-bunga taktala mendengar ketawa Blaze.

Oleh kerana suka lihat wajah menakutkan Blaze bertukar kepada remaja lelaki yang normal dan ceria, Hana terus memainkan lagu tersebut walaupun tersalah not.

"Serius?banyak-banyak lagu...ini je yang kau tau?"soal Blaze.

"At least saya cuba okay."balas Hana dengan menyampah. Dia turunkan tangan dia ke bawah lepas tu. Tak nak lagi main piano tu. Buat malu je.

Dengan sisa senyuman di bibir, Blaze pandang tepi muka Hana dengan senyap. Lama dia tak nampak Hana. Mujurla Hana tak apa-apa.

Hana pandang ke sisi lepas perasan dirinya di perhatikan. Terus bertentang mata dibuatnya dengan Blaze. "Ada apa?"soalnya serta merta.

"Kau dah sihat sepenuhnya ke?"soal Blaze.

Hana berkerut kening tak faham. "Huh?"

"Aku dengar kau jatuh sakit?"

Hana pandang Blaze dengan mata tak berkedip. Lelaki depannya ini risaukan dia ke? "Tak ada apa-apa. Cuma demam biasa."jawab Hana.

"Jangan jatuh sakit lagi."Blaze kembali memandang papan kekunci piano semula.

"Kenapa?senior risaukan saya ke?"tanya Hana penuh berharap.

"Kalau kau sakit, tak ada siapa lagi yang aku boleh bulikan lagi..."seloroh Blaze dengan bersahaja masa tekan kekunci piano di situ.

Hana yang dengar buat muka. Patutnya dia tak berharap!Lelaki macam Blaze mana lah tahu simpati!