Chapter 45 - Bab 43

Akhirnya dia terpaksa ponteng kelas pada hari itu apabila Blaze tahan dia sehingga habis kelas pada satu hari itu. Selepas luangkan masa di dalam bilik muzik, Blaze heret Hana ke suatu tempat rahsia dalam akademi itu. Tempat terlarang yang mana para pelajar mahupun pensyarah sendiri tak dibenarkan untuk jejak kaki di situ.

"Kita dekat mana ni?"soal Hana semasa memegang kuat lengan Blaze sewaktu menyusuri koridor sunyi dan menakutkan semacam. "Jom la kita pergi dari sini..macam menakutkan je tempat ni?"gesa Hana dengan kening berkerut.

Blaze cuma jalan bersahaja dengan kedua-dua tangan dalam poket seluar. Dia dah biasa dengan semua tempat dalam akademi ni. Jadi sikit pun dia tak takut atau rasa gelabah.

"Ikut je la."ujar Blaze.

"Saya nak masuk kelas..."bisik Hana sambil bersandar rapat di belakang badan Blaze semasa mereka semakin dalam di koridor tidak bercahaya tu. Entah mana-mana je la Blaze nak bawa dia ni. Lelaki ni nak sembelih dan sorokkan badan dia dalam tempat ni ke?

"Shh...ikut je la."bisik Blaze.

Hana ikut tanpa bersuara tak lama lepas tu. Dia ikut je sambil memeluk erat lengan Blaze.

Tak lama berjalan, mereka tiba di depan sebuah pintu. Dipermukaan pintu itu terdapat plak bertulisan merah dan putih. 'DILARANG MASUK' jelas tertulis di atasnya.

Mata Hana membulat bila tengok plak tersebut. Dan semakin bulat mata dia bila Blaze dengan selamba membuka pintu tersebut. "Apa senior buat ni.."desis Hana dengan keras sambil menarik lengan Blaze. Menghalang lelaki tu dari terus melakukan kesalahan.

"Hish...ikut je la."Blaze pegang lengan Hana lalu menarik gadis tu semasa berjalan masuk ke dalam ruangan tu.

"No!Saya tak nak. Macam mana kalau ada orang nampak.Tak ke masalah nanti.."geleng Hana sambil undur ke belakang.

Blaze tak dengar. Dia tarik Hana dengan mudah walaupun Hana bergelut bagai nak rak. Setelah diheret Hana ke dalam, dia tutup pintu lalu menguncinya dari dalam.

Hana berdiri kaku dekat situ lepas tengok ruangan seperti bilik bacaan lama. Tapi nampak klasik dan sangat cantik.

Deretan buku tersusun kemas di setiap rak yang ada di situ. Perapian lama di tepi dinding menyalakan api. Cahaya itu buatkan bilik itu kelihatan romantik dengan suasana gelap malap itu.

"Wahh...cantiknya.."gumam Hana dengan perlahan semasa dongak memandang ke atas siling bilik tu.

Terdapat tingkat atas berbentuk bulat di dalam bilik tu jugak. Dan semuanya dipenuhi buku. Merata-rata buku dapat di lihat dalam bilik tu.

Blaze jalan mendekati set sofa yang menghadap perapian di tepi bilik itu sambil menanggalkan kot akademi dari badannya. Setelah itu dia duduk menghenyak punggung di atas sofa tersebut.

"Hei...duck face..ambik kan aku buku dekat meja panjang depan tingkap tu."arahnya pada Hana tak lama lepas tu.

Hana yang sibuk mengamati suasana ruangan tu tersentak. "Hah?Buku?"soal dia.

"Ya...dekat meja sana tu.."juih Blaze ala-ala bos di sofa itu.

Hana palingkan kepala dia ke meja panjang depan tingkap. Lantas dia gerak mendekati meja tersebut. Setiba dia di depan meja itu, Hana pandang buku-buku yang berada di meja itu. "Yang mana satu?"tanya dia sambil belek satu persatu buku di situ.

"Yang depannya ada logo ukiran bunga dan pokok timbul."jawab Blaze bernada malas tanpa memandang Hana.

Mata Hana bergerak setiap kali melihat buku-buku di situ. Setelah menjumpai buku tersebut, dia jalan mendekati sofa di mana Blaze sedang duduk. Dia berdiri menyerahkan buku tu ke Blaze lepas tu.

"Nah."

"Duduk."arah Blaze sewaktu menarik tali leher dari kolar lalu diletakkan ke lengan sofa.

Hana berdiri dekat situ dengan buku di suakan ke Blaze. "Saya nak balik kelas.."kata Hana.

Dengan jelingan gelap menakutkan seperti mahu marah, Blaze pandang Hana sewaktu membuka dua butang dari atas kemejanya.

"Duduk aku kata.."arah Blaze guna mata supaya Hana duduk dekat sebelah dia.

Sambil menarik muncung tak puas hati Hana duduk henyak punggung ke sofa tu. Suka hati je nak mengarah dia tu ini. Geram betul!

Blaze tarik Hana lalu sandarkan Hana ke dada dia. Sementara dia sandar ke penjuru sofa tu dengan selesa. Setelah itu dia pegang buku yang Hana ambil tadi lalu di letakkan atas riba Hana.

Kening Hana terangkat tinggi tertarik lepas dia sedar buku yang diambil tadi rupa-rupanya sebuah photo book. Di dalamnya terdapat kepingan gambar yang banyak.

"Uh?Ini senior ke?"tanya Hana lepas tengok gambar baby dekat muka surat depan dimana sebuah gambar family berada.

Blaze peluk belakang badan Hana semasa sandarkan pipi dia ke tepi kepala Hana. "Ha'ah..gambar lama aku dengan mama aku masa dia hidup."jawab Blaze.

Hana tilik setiap satu gambar di situ dengan minat. "Kenapa buku gambar ni boleh ada dekat sini?"tanya dia semasa selak ke muka surat lain.

Mata Blaze termenung ke gambar dimana dia sedang di bantu mama dia untuk berdiri masa berusia beberapa bulan. Dia tengah menangis dalam gambar tu, dan mama dia cuma tersenyum indah.

"Aku malas nak ulang alik ke rumah, jadi aku bawak mana-mana yang penting dan letakkan dalam bilik ni..."jawab Blaze dengan perlahan.

Hana ketawa lepas tengok gambar comot Blaze masa lelaki tu berusia beberapa tahun. Terus dia pandang ke tepi. Nak tengok masih comel lagi tak muka tu.

Blaze bertentang mata dengan Hana bila gadis tu pandang dia dengan senyuman di bibir.

"Asal?"tanya dia dengan muka hairan.

Hana tilik setiap inci wajah Blaze dengan minat. Well...masa kecik comel, tapi bila besar tak comel dah. Handsome adalah. Dari mata, rambut, pipi, hidung, bibir. Semuanya perfect! Nampaknya dia terjatuh cinta pada Si Jerk Face ni.

"Tak ada apa-apa.."jawab Hana tanpa alihkan mata dia dari Blaze. Kuss!Aura lelaki ni memang betul-betul telah memukau dia.

Blaze yang berasa tergoda bila dipandang macam tu dengan Hana terus pegang bawah dagu Hana lalu memagut bibir merah jambu itu dengan lembut.

Hana tersentak, mata dia terbuka luas sejurus itu. Tidak menjangka hal ini. Tak bergerak membalas kucupan itu, dia cuma diamkan diri tak melawan.

"Balas balik..."arah Blaze pada Hana semasa Hana diam tak bergerak.

Hana yang terkejut dengan arahan itu serta merta balas kucupan itu. Dia cengkam kain kemeja dada Blaze sebagai sokongan.

Blaze kemudiannya pegang belakang kepala Hana supaya rapat kepadanya dan terus mengucup Hana. Kini dia yakin yang dia mungkin dia dah jatuh cinta pada Si Duck Face ni.