Chapter 50 - Bab 48

Suasana di kelab catur itu senyap seperti biasa apabila ahli kelab bola keranjang tidak masuk ke tempat itu kecuali yang seorang itu.

Selepas waktu kelas, biasanya pelajar kelab catur akan duduk lepak di situ. Sama ada menyiapkan kerja sekolah atau berlatih bermain catur.

Kalau setiausaha dan Bendahari biasanya mereka siapkan kerja kelab mereka. Nadine yang sedang duduk berhadapan dengan ahli kelab caturnya yang lain sedang tekun bermain catur diganggu.

"Mana Hana?"soal Blaze sewaktu lelaki itu sedang baring melunjur di atas sofa sambil melambung-lambung bola keranjang ke udara.

Satu hari suntuk ni dia duduk dalam kelab tu semata nak jumpa Hana tapi bayang gadis itu langsung tidak kelihatan.

Nadine yang dengar buat tidak dengar. Malas dia nak hiraukan Blaze. Pergi lantak laki tu.

"Wei...aku cakap dengan kau ni Nadine. Jangan nak buat pekak boleh tak!"Blaze bangun dari baringnya lalu duduk memandang Nadine.

Tapi gadis itu sikit pun tidak hiraukannya. Sakit hati punya pasal, dia campak bola dekat ke meja bulat dimana set catur berada atasnya.

Bola tersebut membuatkan meja tersebut bergoyang dan semua buah catur di atas papan tersebut jatuh tumbang berterabur.

Nadine yang baru sahaja hendak mencapai buah caturnya tergamam taktala melihat keadaan tersebut. terus dia palingkan kepala ke arah Blaze dengan jengkel.

"Apa masalah awak ni!"marah Nadine dengan kening berkerut.

"Aku tanya kau kan?"soal Blaze dengan bersahaja.

"Tak nampak ke saya tengah main tadi!"sungut Nadine.

"Mana Hana?Kenapa dia tak masuk kelab?"soal Blaze yang tidak menghiraukan bebelan Nadine.

Nadine berdengus jengkel lalu mula menyusun semula buah catur di atas papan.

"Awak ingat dia tu tak ada life macam awak ke?Selain nak terperuk dan ponteng kelas tak buat apa-apa?"balas Nadine.

Blaze bangun dari duduknya dan jalan menghampiri Nadine. Hal itu membuatkan beberapa orang pelajar lelaki di situ dengan serentak berdiri tegak. Bersedia untuk pertahankan Nadine tapi Nadine angkat tangan ke arah mereka. Tidak mahu jejaskan reputasi mereka semata kerana lelaki bernama Blaze Hunter ni.

"Kau dengan mulut longkang tu kalau tak ada yang baik keluar, better jangan bercakaplah"arah Blaze semasa berdiri di tepi Nadine.

"Apa kurangnya awak..."balas Nadine dengan muka tidak puas hatinya.

Blaze angkat tangan hendak menyentuh Nadine, sekali Nadine palingkan muka memandang dia, tangan Blaze tergantung di udara. Wajah Adam terlintas dalam fikirkan Blaze. Buatkan lelaki itu mengetap gigi dan terus menurunkan tangan ke bawah.

"Kalau bukan sebab Adam lama dah tangan aku naik dekat muka kau..."katanya dengan bengang.

"Buatlah...awak ingat saya takut dengan awak...orang lain boleh lah awak takutkan. Saya tak peduli lah." Nadine bangun dari duduknya dan berdiri dengan yakin di depan Blaze walaupun ketinggian dia hanya mencecah dada lelaki itu.

Blaze pandang Nadine dengan geram.

"Awak dengar ya...saya takkan izinkan awak dekati Hana dengan mudah apa lagi biarkan dia bersama dengan lelaki tak guna macam awak... " Nadine tunding jari ke dada Blaze setiap kali bercakap. Lalu dia mengecilkan mata, pandang tak suka seakan mencabar Blaze. "Sekali saya nampak dia menangis hanya kerana awak...sebab awak...saya takkan teragak-agak untuk apa-apakan awak."kata Nadine dengan renungan berapi dia.

Blaze tampar jari Nadine jauh dari dadanya.

"Oh ya ke...kita tengok. Sekali Hana ada dalam tangan aku, jangan kau mimpi untuk ada dekat dengan dia walau seinci pun.""balas Blaze sebelum berpaling dari situ dengan renungan berang dia.

Nadine yang dengar terus menyirap, dia menjerit dekat situ dan menghentak kaki kegeraman. "Yahhhhh!You son of b*tch!!!!!!"

Blaze kemudiannya menghubungi Candice. Untuk bertanyakan sama ada dia ada melihat Hana dimana tak. Sekali tu Candice jawab panggilan, Candice jawab ada. Tanpa membuang masa Blaze terus atur langkahnya ke tempat dimana Hana berada.