Chapter 49 - Bab 47

Melihatkan mesej yang dihantar oleh lawannya buatkan dia left game tu dan offline. Setelah itu laptop tersebut di tutup. Dia online sebab orang ni jer, selain tu dia tak pernah main dengan mana-mana user yang lain.

"Kau dah habis main?"tanya Adam di meja belajar semasa Blaze bangun dari kerusi.

"Mmm..."jeda Blaze sebelum tumbang di atas katil dalam keadaan meniarap.

Adam kembali fokus pada kerja sekolahnya semasa Yuta berjalan masuk bersama Ace dekat sisi dengan bakul pakaian di tangan masing-masing.

"Ramai orang?"soal Blaze pada Ace. Tidak mahu bercakap dengan Yuta sebab kes tempoh hari masih terkesan padanya.

"Boleh lah...kalau kau nak cuci pakaian sekarang boleh jer."jawab Ace semasa meletakkan pakaiannya yang siap basuh, dikeringkan dan diiron dekat bilik dobi tadi di tepi katil. Badan dia penat sebab satu hari ni tak sempat nak berehat. Dengan malas kasutnya di tendang tanggal dari kaki lalu tumbang di atas katil.

Yuta bergerak ke arah almari pakaian dan mula menyusun pakaiannya ke dalam almari. Uniform yang telah siap digosok tadi digantung pada hanger lalu dimasuk ke dalam almari.

"Aku dengar kelab kau buat renovate lagi?"soal Yuta sewaktu meletakkan gulungan stoking dan boxer dalam laci.

Blaze baring telentang menghadap siling. Malas nak jawab soalan Yuta. Biar situ. Lelaki tu dah ada tunang tapi gatal dan bercinta dengan perempuan lain. Lelaki jenis apa tu?Nak berebut dengan dia lagi tu. Tak puas lagi ke apa yang Yuta dah ada.

"Kelab kau renovate lagi?Bukan ke bulan lepas dah?"Adam pandang tidak percaya.

Blaze melepaskan keluhan panjang. "Ha'ah..." jawabnya pada Adam.

Ace yang sedang terbaring itu bangun sedikit dari baring untuk memandang Blaze. "

"Habis tu kau duduk dekat mana?"

Blaze menarik sengih panjangnya."Kelab Catur"

Apabila perkataan itu keluar dari mulut Blaze, mata pensel tekan Adam terus patah sewaktu lelaki itu menulis jalan kira-kira Akaunnya.

Sementara Ace memandang kejung ke arah Blaze.

Yuta membelakangkan almari untuk menghadap katil Blaze.

"What?"soal Yuta, Adam dan Ace dengan serentak.

"Aku duduk dekat kelab catur sementara waktu sampai semuanya selesai."ulang Blaze.

Well ini adalah pelan payback dia untuk Nadine. Gadis tu cuba jarakkan dia dengan Hana kan. So dia ambil pendekatan dengan pindahkan diri dia dekat pada Hana sendiri. Dan pada masa yang sama dia boleh jengkelkan Nadine dengan lebih kerap. Memandangkan Nadine pernah ada isu dengan Candice.

Adam terus terbayang muka bengang Nadine dalam kepala. Teman wanitanya itu pasti tidak suka dengan semua ini. Ace yang dengar berasa terkilan sebab Blaze boleh duduk satu tempat dekat dengan Hana. Yuta pula hanya mengetap rahang menahan sabar sebab tahu kenapa Blaze buat semua ni.

"Sejak bila?"tanya Adam.

"Tengah hari tadi."jawab Blaze sambil mengoyang-goyangkan kaki yang bersilang di katil senang hati.

"Nadine dia..."soal Adam meleret.

"Yup...she very piss off."jawab Blaze dengan bersahaja.

Adam menggeleng kepala. Hairan dia dengan Blaze. Suka sangat nak menjengkelkan Nadine.

"Kau tahu kalau kau nak ambil hati Hana kau kena belajar ambil hati orang sekeliling dia." seloroh Ace yang kenal dengan sikap Blaze yang suka sakitkan hati orang dan menjengkelkan.

"Buat apa...asal aku dapat Hana dah cukup. Orang lain...nah I don't think so."komen Blaze sambil memejam mata lalu menggoyangkan kakinya dengan riang.