Hana pandang skrin laptopnya dengan lama sewaktu Nadine di belakang sedang ke hulu hilir bilik melakukan sesuatu sambil membebel.
"Aku tak tahu apa masalah mamat tu! Aku tahu dia sengaja buat semua tu sebab nak annoyingkan aku."bebel Nadine semasa mengutip kain kotor dari katil, lantai, tempat gantung tuala dan dalam almari lalu dicampak dengan kasar ke bakul pakaian kotor.
Hana memandang skrin dimana game online catur sedang berjalan. Dia terima jemputan empat pemain. Tiga darinya adalah ahli kelab caturnya sendiri satu lagi adalah ID Appleinmyeye.
Hana berasa teragak-agak hendak terima jemputan lelaki itu. Dia tak nak terus menerus di desak untuk beritahu identiti sebenar dengan user ini.
"Candice dengan mata gatal dia tak tak berhenti-henti usha budak kita. Nak rosakkan dia orang lah tu macam dia rosakkan budak lelaki dalam kelab dia tu...aku benci betullah. Buat rosak mood. Seminit dia orang dalam ruang tu dah buat aku tak boleh bernafas." bebel Nadine yang berjalan masuk ke dalam bilik air. Membebel di dalamnya sampai bergema suara gadis itu.
Dua kali bunyi notifikasi dari laptop memberitahu dia jemputan untuk bermain dengannya mendesak dia supaya terima pelawaan mereka. Hana menggigit bawah bibirnya dalam dilemma.
"Aku sumpah. Satu hari tu aku ada kuasa, aku lenyapkan lelaki tu dari muka bumi ni!"sumpah Nadine sambil membawa tuala kotor dari bilik air lalu disumbat dalam beg kecil pengasing pakaian. Beg itu kemudian dicampak ke dalam bakul pakaian kotor.
Hana tekan butang ENTER. Dia kini masuk ke set perlawanan dimana dia dengan ID AppleInMyeye.
Seperti yang diduga, user itu menghantar chat padanya.
Appleinmyeye : Kenapa lambat accept?
Black Rose. : Busy.
Appleinmyeye. : Buat apa?
Hana termenung memandang skrin.
"Aurgh...menyirap betul lah aku..."Nadine mencekak pinggang sewaktu berdiri di tengah ruang. Mencari apa-apa yang tertinggal untuk dibawa ke bilik dobi nanti. Malas dia nak ulang alik sebab jarak asramanya ke bilik dobi tu tiga tingkat. Kalau ada lif tak apa jugak. Ini tidak, sudahlah tiada lif, jauh lagi tu.
ID itu menghantar pesanan kepada Hana. "Goodluck Black Rose."Hana baca pesanan itu.
"Kau dah kumpulkan semua pakaian kotor kau belum?"soal Nadine semasa menghampiri bakul pakaian kotor Hana.
Hana gigit hujung ibu jari tangannya saat membawa kedua-dua kaki rapat ke dada dan dia peluk kedua-dua kaki itu. "Dah..." jawabnya sambil meletakkan dagu di atas lutut. Dia perlu hentikan lelaki misteri ni dari terus cuba cari tahu dirinya.
Waktu itu lawannya menggerakkan buah catur. Dan gilirannya tiba.
"Tuala lap muka dengan pakaian dalam kau dah asingkan belum?"soal Nadine semasa menyelongkar bakul pakaian Hana.
Hana menggerakkan buah caturnya kepada tempat yang senang untuk dia kalahkan. Perkara yang dia tidak biasa buat. Tapi dekat sini sekarang dia tiada hati nak bermain. Dia nak tunjukkan permainan ni bosan supaya ID AppleinmyEye akan berhenti pelawa dia main.
"Belum."jawab Hana.
"Aku beritahu kau eh...nanti kalau kau ke kelab dan mamat selenge tu ada jauhkan diri dari dia. Lelaki tu bukan apa-apa selain masalah je."pesan Nadine sambil mengasingkan pakaian dalam Hana dan tuala lap muka Hana keluar dari bakul pakaian.
Hana terkejut, dia pandang lawannya kini turut sengaja meletakkan buah catur secara rambang tanpa strategi. Sebab Hana yang menggerakkan buah caturnya dengan cara yang sama.
"Okay."balas Hana dengan kening berkerut. Langsung tak dengar apa yang Nadine bebelkan.
"Dah jom kita gerak."ajak Nadine sewaktu gerak ke arah katil. Mencapai telefon bimbitnya sebelum berdiri di belakang kerusi Hana.
"Jom..."Hana tinggalkan mesej yang dia akan left game sebab nak cuci kain. Lalu dia tutup laptopnya dan bangun dari situ.