Chapter 47 - Bab 45

12 orang AJK kelab bola keranjang yang berdiri di tengah ruang itu ternganga melihat interior design kelab catur dengan kagum setelah menjejak kaki ke tempat itu.

Bilik itu luas dan mempunyai dua tingkat. Tingkat atas semuanya terdiri daripada rak buku dan plak anugerah kemenangan kelab itu sejak bertahun-tahun yang lalu. Lampu chandelier tergantung tinggi di siling berbentuk kubah.

Tingkat bawah pula terbahagi kepada beberapa bahagian. Sebelah kanan ruang itu terdapat set sofa, lengkap dengan perapian, meja makan dengan enam kerusi padanya.

Sebelah pintu masuk adalah bilik pantri siap dengan peti sejuk lagi tu.

Berdekatan jendela terdapat lima set meja kerja lengkap dengan komputer dan kerusi kerja, tempat dimana AJK kelab catur buat bekerja.

Penjuru bilik adalah meja sidang. Sebuah whiterboard besar terlekat di dinding menghadap meja sidang tersebut.

Sebelah kiri ruang itu terdapat empat buah meja bulat yang tersedia dengan set catur dan bangku kaki panjang.

Lalu mata mereka terhenti di tangga berpusar dimana semua AJK kelab catur sedang berdiri memandang mereka dengan muka tak puas hati.

"What a pleasure welcoming?"seloroh Blaze semasa jalan mendekati set sofa berwarna merah merun. Dia sandarkan punggung di belakang sofa itu dan menyilang tangan menghadap Nadine dan anak buah gadis itu.

Nadine mengetap gigi menahan sabar. Dia menjeling menyampah ke arah mereka sebelum mula bergerak hendak menghadap Blaze.

"Dengar ya. Sini ada peraturan. Sama ada ikut atau berhambus. Pilihan ditangan awak

semua."Nadine pandang anak buah Blaze pula. Terutama sekali Candice. "Pertama dilarang buat bising. Kedua jaga kebersihan. Ketiga jangan sentuh apa-apa tanpa kebenaran. Ketiga jangan buat tempat ni macam tempat sendiri."sebut Nadine dengan serius.

Blaze yang dengar menarik sengih sinis selepas mendengarnya, tetapi tidak bersuara.

"Tempat awak semua ada dekat tingkat atas. Apa yang awak perlukan ada dekat atas. Selain tu, jangan sentuh apa-apa."Nadine pandang Candice yang sedang mengentel hujung rambut dengan jari telunjuk.

Blaze mengerling ke ruang bawah itu dengan minat.

"Nah..aku rasa aku lebih suka dekat bawah." Nadine bergerak hendak bersuara tetapi Blaze terlebih dahulu menyampuk. "Fikirkan semula sebelum aku sebut satu saja perkataan dan kelab kau akan ditutup sepenuhnya."ugut Blaze dengan renungan mencabar dia pada Nadine.

Nadine mengepal penumbuk menahan sabar, keningnya mencerun tajam sampai merah padam muka gadis itu sebab marah.

"Tempat aku peraturan aku. Pertama semua apa aku cakap kau jangan bantah. Kedua apa aku buat jangan masuk campur. Ketiga, jangan berani-berani lawan aku. Keempat tempat ni memang aku punya."sebut Blaze dengan nada mendatar dan tenang bersahaja.

Anak buah Nadine bergerak hendak mempertahankan Nadine. Mereka bergerak mahu menyerang Blaze, tetapi anak buah Blaze dengan serentak bergerak hendak pertahankan kapten pasukan mereka pula.

Tidak pasal-pasal ruangan itu tegang seakan dua negara bertembung di sempadan negara dan siap hendak berperang. Semua di situ saling memberi renungan laser mereka.

Mendabik dada menunjuk dominasi masing-masing. Sementara Nadine berdiri di situ dengan renungan tajam, Blaze hanya sandar selamba di sofa bersama senyuman sinis di bibir.

Ketika semua orang di situ berperang membalas renungan, pada masa itulah pintu terbuka, Hana berjalan masuk dengan set minuman di kedua-dua tangan dan mulut menggigit plastic roti.

Bila gadis itu jejak kaki ke dalam bilik itu, matanya terarah pada kumpulan manusia yang saling menghadap antara satu sama lain.

Oleh kerana terkejut dia ternganga sampai plastic roti yang digigitnya jatuh ke lantai.

Serentak itu Nadine dan Blaze berpaling ke arah Hana. Mereka memandang Hana dengan kening terangkat lalu berdiri menghadap Hana dengan serentak.

"Hana ke sini."panggil mereka berdua pada masa yang sama menghulur tangan mahukan Hana.

Nadine dan Blaze saling menjeling taktala mereka berdua memanggil Hana pada masa yang sama.

Hana yang dengar membutang mata sebab tak tahu apa yang perlu dilakukan. Macam mana lah puak air dan puak api ni boleh duduk satu tempat.

"Umm...I think I'm forgetting something...gotta go..."ujar Hana sambil tunjuk ke belakang bahunya dengan kekok.

Dia dengan kalut meletakkan minuman untuk rakan-rakan sekelabnya di atas almari sebelum memecut keluar dari situ. Apa sekalipun masalah mereka, dia tak nak terlibat. Bukan masalah dia!