Chapter 43 - Bab 41

Setelah di beri tunjuk arah ke mana dan apa yang dia perlu buat oleh Blaze melalui pesanan ringkas. Hana seorang diri merentasi koridor belakang yang biasanya sunyi sebab pelajar lain tak guna laluan lama akademi tu.

Sambil menyanyi kecil, Hana bergerak ke hujung koridor untuk tiba di tangga yang akan membawa dia terus ke lorong belakang bangunan.

Namun semasa dia membelok ke selekoh tangga, langkahnya terus terhenti apabila bertembung dengan lelaki bersama rokok di tangan sedang duduk di anak tangga membelakangkannya.

Disebabkan dia adalah peminat dan fanatik terhadap orang itu, hanya sekali pandang saja dia tahu siapa orang tu berdasarkan belakang badan lelaki itu.

"Senior Yuta?"panggil Hana dengan perlahan.

Kepala itu tersentak memandang ke depan sebelum lelaki itu berdiri dengan kalut dan berpaling memandang Hana.

Mata Hana terbutang luas apabila bertemu muka yang dia suka pandang sebab rupa paras manis dan sejuk mata memandang kini tercela dengan kesan lebam dan luka.

"My goodness..senior. Apa yang dah berlaku?" soal Hana dengan kening mencerlung.

Yuta sembunyikan puntung rokok ke belakang badan sewaktu memandang Hana.

"Hana..."sebut lelaki itu yang bingung tak tahu nak buat apa. Kenapalah waktu ni jugak Hana muncul.

Hana pandang Yuta lalu ke putung rokok lelaki itu. Tak tahu pula dia lelaki perfect ni merokok.

"Sorry kalau ganggu."sebut Hana. Dia masih ada perasaan suka pada Yuta. Tapi tak adalah sampai satu tahap hendak rosakkan hubungan pertunangan orang lain.

Sejak dia tahu kenyataan Yuta telah bertunang, Hana telah tekad untuk tidak terlalu berharap dan menaruh perasaannya pada Yuta selain perasaan dia sebagai seorang peminat sahaja.

Rindu jangan cakaplah. Memang rindu sangat, itu yang sampai demam bagai tu. Tapi nak buat macam mana, dah bukan jodoh dia untuk menjadi kekasih Yuta, terpaksalah dia undurkan diri awal-awal.

"Tak adalah...kenapa awak boleh ada dekat sini?"soal Yuta.

Bau asap rokok menerawang di udara, membuatkan Hana kawal diri untuk tidak berkerut hidung.

"Saya?"Hana tunjuk jari ke dirinya sendiri. Dia cuba fahamkan situasi di depannya. Kalau dia beritahu Yuta dia nak jumpa Blaze rasanya lelaki ini tidak kisah.Yalah dah ada tunangkan. Lagipun dia bukannya ada apa-apa dengan lelaki ni. "Saya nak jumpa Senior Blaze."jawab Hana.

Kening Yuta berkerut.

"Blaze?Ada apa awak nak jumpa dia?"soalnya,tiba-tiba rasa tak puas hati.

"Uhmmm..."Hana berjeda panjang. Lantas menjungkit bahu. "Saya tak tahu."

"Tak payah. Awak balik ke kelas awak. Tak perlu jumpa dia."sentap Yuta.

Hana berkerut kening, dia pandang pelik akan reaksi lelaki itu. Dah kenapa?Tiba-tiba je.

"Patah balik Hana."minta Yuta dengan tegas.

Hana melentokkan kepala hendak meneliti Yuta dengan lama, tidak faham kenapa lelaki ini kelihatan sedih dan terganggu.

"Maaf...saya kena pergi."ucap Hana yang memberi tunduk hormat kecil pada Yuta dan melewati lelaki itu untuk menuruni tangga begitu saja.

Yuta berdiri tegak di situ sambil memandang lantai. Rokok yang ada di tangan terus terjatuh di atas anak tangga itu. Dia nak halang, tapi bila teringat akan status dirinya yang telah bertunang, menghalang dia dari berbuat begitu.

Hana dongak ke atas tangga. Memandang pelik ke arah tangga itu selepas tiba di hujung bawah tangga. Masih terfikir kenapa Yuta bereaksi begitu.

Setelah itu, dia meneruskan perjalannya. Tak lama kemudian Hana berjalan dia tiba di lorong yang sama. Lorong dimana kali pertama Blaze kiss dia. Sebaik dia tiba di situ, dia di sapa dengan kesunyian yang menakutkan.

"Senior?"panggil Hana sambil pandang kanan dan kirinya. Lelaki tu kan, suka sangat tau buat dia macam ni. Katanya nak jumpa dekat sini, tapi lelaki tu tak munculkan diri lagi.

Tengah Hana asyik melihat sekelilingnya sesuatu melompat turun dari tembok batu di belakangnya dan melayah turun di situ.

Hana pun kemudiannya berpaling la ke belakang apabila dia mendengar bunyi jatuh di belakangnya.

"BOO!"sergah satu suara. Sekali bila Hana toleh ke belakang, menjerit terkejut dan berlari setempat dia bila sesuatu atau seseorang yang mengenakan topeng Kabooki Man berdiri di depannya.

"Arghhh!!"teriak Hana dengan kuat.

"Ahahahahahahaha..."gelak Blaze sambil menanggalkan topeng. Berdekah-dekah lelaki itu ketawa sampai peluk perut sebab senak.

Lepas sedar siapa gerangan Kabooki Man tu, Hana berkerut kening, dia tarik muncung tak puas hati dia."Apa ni!"marah Hana dengan muka merah padam sebab terkejut.

"Alolo...terkejut ya. Kesiannya dia."agah Blaze sambil mengusap kepala Hana.

Hana tepis tangan Blaze dengan jengkel.

"Hish!"renggus Hana."Berhenti buat saya terkejut macam tu."dia buat muka nak menangis.

Bersama sisa ketawa dia, Blaze kucup pipi Hana."Comel je...kau patut tengok muka kau tadi."

Hana tampar dada Blaze dengan geram."Tak kelakar tau tak!"marahnya. Senak dada dia tau tak!Hish!Lelaki putus fius ni kan.

Blaze capai tangan Hana lalu digenggam dengan erat. "Jom..ikut aku."ajaknya yang menarik Hana lari merentasi lorong tu dengan girang.