Kelas seni pada hari itu ialah menghasilkan sculpture karakter yang dipilih oleh guru sendiri untuk pelajar-pelajar mereka.
Nadine dan Hana yang duduk satu meja bersama-sama dengan dua orang pelajar lelaki sibuk menyiapkan tugasan masing-masing.
Nadine yang terkenal dengan sikap perfectionistnya telah berjaya menyiapkan kepala watak perdana menteri pertama.
Sementara dua orang pelajar lelaki di meja itu berjaya menyiapkan wajah dua orang artis sementara Hana...
"Hmmm?Kenapa aku rasa pelik?"Hana pegang bawah bibir dengan jari telunjuknya yang sudah kotor dengan tanah liat tanpa sedar. Menyebabkan tanah liat terpalit di dagunya.
Keningnya berkerut di balik cermin mata yang dipakai. Tertanya-tanya kenapa sculpture dia kelihatan ada yang kurang.
Nadine angkat kepala untuk melihat hasil kerja Hana. Sekali dia pandang terus terbutang mata Nadine dibuatnya.
"Han...kau buat apa tu!"Nadine terus penyetkan bahagian hidung yang berbentuk agak tidak senonoh dipandang mata.
Hana ketawa apabila menyedari apa yang dimaksudkan Nadine. "
"Ahh..itu ke yang pelik. Hahaha."ketawanya.
Nadine menyiku rusuk Hana dengan perlahan.
"Serius lah sikit. Jangan main-main boleh tak!" tegas Nadine.
"Mana ada aku serius lah ni..tak nampak ke?"tunjuk Hana pada hasil kerjanya dengan bangga.
Nadine pandang bosan ke Hana lalu ke hasil kerja Hana yang tak ada rupa manusia langsung baginya. Kepala senget sebelah, telinga tak cukup sifat, rambut pula tak dibentuk dengan betul.
"Oh really?"soal Nadine sambil tunjuk hasil kerja Hana.
Hana ketawa sewaktu menepek lagi tanah liat ke rongga mata sculpturenya. Sedang dia tarik cebisan tanah liat di dalam bekas dekat tengah meja, entah macam mana dia salah tarik lalu percikan tanah liat itu mengenai dua orang pelajar lelaki di depannya.
Habis terpejam mata mereka berdua bila percikan itu merentasi sepanjang muka mereka.
Hana melopongkan mulut kerana terkejut. "Oppss."ucapnya.
Dua orang pelajar lelaki itu membuka mata lalu pandang tak puas hati ke Hana.
Nadine yang lihat tersengih. Kenapalah kawannya cuai sangat.
"Kau orang okay tak?"Nadine menyerahkan kain lap ke arah mereka berdua.
"Kau ni tak reti nak buat apa-apa dengan betul-betul ke?""sentap mereka sambil mengesat muka.
Hana menarik sengih nakal taktala sesuatu terlintas dalam fikirannya.
"Reti...."jawab Hana serta merta dengan yakin. Banyak-banyak perkara dia reti satu perkara yang dia boleh buat dengan betul-betul.
Dua orang pelajar itu pandang Hana dengan muka tak yakin. Semua orang kenal sikap terkenal Miss Clumsy depan mereka ini. Semua benda tak kena kalau melibatkan Hana. Semua!
"Han...jangan."tegah Nadine yang dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku.
Hana genggam tanah liat dengan kedua-dua tangan sebelum mencampaknya ke arah dua lelaki di depannya. Seorang kena, seorang lagi berjaya tunduk ke bawah meja. Yang mana mengakibatkan balingan kedua Hana tersasar ke orang lain.
KETEPEK!
Nadine dan Hana terbutang mata apabila tanah liat warna kelabu itu jatuh melurut dari muka lelaki berkemeja dan bertali leher depan meja mereka.
Perlahan-lahan mata yang telah kotor dengan tanah liat terbuka. Renungan marah terus terarah pada Hana.
"HANA DELISHA!!""laung pensyarah kelas seni mereka sambil mencekak pinggang.
Hana yang comot terpalit dengan tanah liat di muka dan anak rambut itu menarik sengih kambingnya.
Nadine menggeleng kepala sebelum tunduk menepuk dahi dengan belakang tangannya yang bersih. Entah apa dia nak buat pun tak tahu dah. Hana-Hana!