Chapter 10 - Bab 9

Pintu bilik air yang bertampal dengan sticker 'heart'' pelbagai saiz itu terbuka. Mendedahkan Nadine yang segar mencuci muka dan memberus gigi.

Sambil menekap tuala di muka, Nadine pandang Hana yang duduk di meja belajar menghadap laptop. Skrin laptop itu memaparkan game catur.

"Kau main  game catur online kau lagi?""soal Nadine semasa jalan mendekati meja soleknya.

Lepas balik dari perpustakaan tadi, Hana terus mandi dan makan malam bersama Nadine. Rutin biasa Hana setiap malam sebelum tidur. Kalau rajin dia usha blog kelab fotografi yang masa sering upload gambar Yuta.

"Ha'ah..." jawab Hana sambil tekun melihat skrin laptop sewaktu lawannya gerakkan bidak ke petak catur.

"Kerja sekolah kau dah siap belum?"soal Nadine sambil menepek krim pelembab malam ke muka depan cermin solek. Dia pandang pantulan Hana melalui cermin itu.

"Dah..."jawab Hana lagi sewaktu menekan touch pad laptop untuk gerakkan buah caturnya pula. Namun bubble chat pula yang muncul, dihantar oleh lawannya. "Beritahu nama dan saya akan cuba mengalah dengan awak."baca Hana perlahan-lahan dengan kening berkerut.

Nadine tersenyum. "Bagus..."pujinya. Disebabkan Hana anak bongsu dan Nadine pula anak sulung, Hana lebih cenderung dengar kata dari melawan walaupun ada masa tu Hana melawan juga kata-kata dia, tapi kebanyakkan masa Hana patuh akan kata-kata Nadine.

Terus Hana balas chat itu dengan mengatakan dia takkan beritahu identitinya sekiranya lawannya enggan beritahu siapa identity sebenar. User yang seorang ni kan tak habis-habis nak tanya siapa dia-siapa dia.Sedangkan user tu sendiri tak nak dedahkan diri padanya.

Orang lain tak ada sibuk nak tahu. Cuma user ni saja. Sebab kebanyakan user dalam komuniti catur online ni tahu siapa identiti sebenar dia.

Dengan kasar Hana tekan butang Enter dan menyambung gamenya. Tidak lama selepas itu bubble chat muncul kembali. Memberitahu Hana sekiranya Hana enggan dia akan dikalahkan sepenuhnya!

"Damn it!""tidak semena Hana dekat meja belajar tu hempas tutup laptop dengan kasar sebelum bangun mendadak dari kerusi sampai terbalik kerusi ke belakang. Apa masalahnya dengan user yang satu ni?

Nadine berdengus kecil lantas tersenyum.

"Kalah lagi lah tu?Kau lawan dengan user ID Appleinmyeye tu lagi ke?"

Hana menghentak kaki sebelum tumbang di atas katil sebelah jendelanya.

"Urghh! Asal aku tak boleh kalahkan dia?Kau tahu..semua pemain dalam game tu aku dah kalahkan. Cuma dia jer aku tak boleh kalahkan."ngerang Hana di balik bantal yang menekap mukanya.

Nadine bangun dari kerusi meja soleknya dan bergerak ke katil yang berada di tepi dinding. Berhadapan dengan katil Hana. Mereka hanya tinggal berdua sahaja sedangkan muat untuk empat orang. Tapi disebabkan pelajar tak ramai sangat, jadi dapatlah mereka conquer bilik tu berdua. Tak adalah sempit sangat. Cukup luas untuk tempatkan dua meja belajar, dua almari besar, dua meja solek dan dua buah katil saiz queen dalam bilik tersebut.

"Kau dah tahu siapa pemain tu?Majoriti pemain dalam blog tu pelajar akademi ni kan?"soal Nadine sambil menegakkan kerusi yang Hana jatuhkan tadi sebelum naik ke atas katil. "Selain kau siapa lagi yang power dalam chess?"Nadine menarik comforter naik ke dada lalu baring di atas bantal, mengiring menghadap katil Hana.

Hana memalingkan mukanya ke katil Nadine.

"Aku tak tahu..dari tahun lepas lagi aku cuba kalahkan dia sejak dia join komuniti game catur online tu...tapi still aku dapat tempat kedua...aku try jejak Id tu...tapi disebabkan dia guna ID private aku tak boleh detect email dia..."jelas Hana yang teringin sangat tahu siapa pemilik gerangan ID yang sering mengalahkan dia.

"Mungkin dia dapat bantu kau untuk jadi pengganti perlawanan catur nanti kalau kau jumpa dia."ujar Nadine sambil menguap.

Hana baring telentang memandang siling bilik. Keningnya berkerut seakan sedang berfikir.

"Itulah..aku terfikir jugak...tapi masalahnya tadilah..aku tak boleh detect email dia."ujar Hana.

"Hairan...selain daripada dekan, siapa lagi yang boleh guna private email?"soal Nadine dengan pelik.

Hana termenung memandang siling. Masih memikirkan musuh nombor satu caturnya itu. Rasa jengkel membuak-buak di dada. Entah siapa gerangan orang itu, dia harap dia takkan jumpa sebab dia tak nak diperlekehkan sebab sering dikalahkan.

"Lelaki ke perempuan?"tanya Nadine lagi.

Hana ngiringkan badan menghadap Nadine lalu bersuara.

"Lelaki..dia chat dengan aku hari tu beritahu dia lelaki."Ada satu hari tu tiba-tiba jer user misteri tu chat dia. Ajak borak dengan dia tanya itu dan ini untuk mengorek rahsia identiti dia. Tapi Hana tak beritahu semuanya. Hanya sneak peak saja.

"Oh-oh..nampaknya kau ada prince charming yang perlu dicari ibarat Cinderella dengan kasut berkacanya."seloroh Nadine sambil ketawa.

Hana menjuling mata menyampah.

"Prince charming my ass...lebih kepada pain in the ass adalah..."cebik Hana kerana jengkel.

Nadine ketawa kecil.

"Jangan benci sangat mana tahu orang tu akan jadi jodoh kau."selorohnya.

Hana merenggus kebengangan sebelum memejam mata.