Chapter 15 - Bab 14

Ace buka pintu biliknya ke dalam sebelum melihat roommatenya baring di atas katil dengan telefon di tangan. Berkerut kening menyentuh itu dan ini di skrin telefon tersebut.

"Awal kau balik hari ni?"soal Ace sambil meletakkan beg di kaki katil sebelum menanggalkan kot di badan.

"Sir tak datang."balas rakannya acuh tak acuh.

Ace buka butang baju sebelum bergerak ke arah almari pakaian. Hendak mandi sebab badan dia dah melengas dengan peluh.

"Wei...kau tahu nak bukak password telefon tak?"tanya roommatenya tiba-tiba.

Ace berpaling menghadap katil itu dengan tangan masih membuka butang baju kemeja sewaktu pintu biliknya terbuka.

Rakan sebiliknya keduanya berjalan masuk ke dalam dalam keadaan berpeluh dengan pakaian latihan tenis di badan.

"Kenapa kau lupa password ke Blaze?"soal Yuta serta merta.

Blaze bangun dari baringnya lalu tunduk memandang skrin telefon di tangannya. Entah apa-apalah Duck Face letak sebagai password. Dia dah tekan pelbagai digit,tapi satu pun tak masuk.

"Ha'ah..."jawab Blaze.

Ace jalan mendekati katil Blaze. "Lalu menghulut tangan untuk meminta.

"Sini..bagi aku tengok.."

Blaze mengangkat kepala lalu menyerahkan telefon skrin sentuh berkeychain ''heart'' pada Ace.

Yuta berdiri di sisi Ace untuk lihat apa yang berlaku. Dan bila Ace tekan butang tepi telefon, wallpaper bentuk 'heart' terpapar.

"Wow..aku tak tahu pulak cita rasa kau girlish?""komen Ace yang mengundang tawa kecil dari Yuta.

"Heart kau...class gitu."komen Yuta sewaktu memegang keychain itu.

Blaze menjuling mata menyampah.

"Diamlah kau...bukak jer telefon tu.."

Ace tekan beberapa digit yang kemungkinan menjadi password telefon Blaze. Setelah ditekan beberapa kali password telefon itu berjaya dipecahkan.

"Dah..."Ace menyerahkan telefon itu kepada Blaze semula. "Itu bukan telefon kau kan?"soal lelaki itu selepas Blaze capai telefon itu.

Blaze kembali baring di atas katil dan mula menggeledah telefon Hana. Dia nak cari sesuatu yang dia boleh gunakan untuk kenakan gadis tu nanti. 

"Apa kau cakap ni...ini telefon aku lah."nafi Blaze sewaktu menyentuh ikon galeri telefon itu. Tidak terkejut bila melihat kebanyakan gambar di situ adalah gambar Yuta.

"Kau pengguna Iphone bukan telefon macam tu...siapa pulak jadi mangsa kau kali ni?"seloroh Yuta semasa menanggalkan jersi dari badannnya. Mendedahkan badan berketak-ketak dengan otot sixpacknya.

Blaze tekan semua gambar Yuta dan padam semua gambar itu dari galeri tersebut. Padam muka!

"Aku guna dua telefon lah...dah lah mandi sana busuk..."halau Blaze semasa pintu bilik terbuka. 

Rakan sebilik keempat mereka berjalan masuk dengan tangan penuh buku di dalam pelukan.

"Oii."Kau orang semua dah balik.."sapa Adam sewaktu bergerak ke arah meja belajarnya dan meletakkan buku serta fail di atasnya.

Dengan serentak mereka yang ada dalam bilik itu menyahut sapaan itu.

"Oii!"balas mereka sewaktu melakukan hal masing-masing.

Seorang di atas katil, seorang sedang tunduk mengeluarkan barang dari dalam almari, seorang sedang berjalan mendekati pintu bilik air.

Blaze yang ada di atas katil memegang telefon sudah menahan ketawa dari meledak sewaktu melakukan sesuatu pada telefon Hana. Padan muka perempuan tu nanti!