Pelbagai jenis bikar terisi dengan cecair pelbagai warna tersusun kemas di meja makmal dimana pasangan pelajar berdiri di belakangnya.
Semua pelajar tekun mendengar penjelasan guru di depan kelas mengenai cara dan langkah yang perlu di ambil sebelum, semasa dan selepas eksperimen di jalankan. Semua orang tekun mendengar penjelasan itu. Tapi tidak yang seorang itu. Terlalu angau untuk fokus apa yang disampaikan oleh guru di depan kelas.
"Baik...itu saja penerangannya. Kamu semua boleh mulakan sesi eksperimetasi kamu." maklum Sir Leo di depan kelas.
Di meja tengah baris ke dua dari depan, Nadine dan Hana berdiri depan meja putih makmal dengan bahan uji kaji masing-masing berada.
"Han pakai glove tu..."pesan Nadine yang merupakan pasangan kerja Hana.
Hana tunduk memandang glove hitam di tepi bikar kosong dengan muka blur dia.
"Kita nak buat apa?"soal Hana sewaktu menyarung glove getah ke tangannya yang kecil. Buatkan tangan dia kelihatan gergasi dibandingkan dengan saiz sebenar tangannya.
Nadine memakaikan gogel keselamatan pada Hana sewaktu Hana flapping glove hitam yang longgar di tangan seperti budak-budak menemui sesuatu yang baru.
"Kau dengar tak briefing sir tadi?"soal Nadine dengan kening berkerut.
Hana tersengih kambing lalu menggeleng kepala.
"Hehehe...tak. Aku tak dengar sebab aku asyik teringat senior Yuta tadi..."bisik Hana.
Nadine menggeleng kepala lalu memulakan proses untuk menghasilkan sabunnya.
"Fokus Hana, ini kelas Kimia...kau tak boleh cuai."
Hana pandang peralatan makmal di depannya dengan mata terpinga-pinga.
"So kita nak mulakan yang mana?"
Nadine serahkan bikar kosong pada Hana.
"Kita nak buat sabun."ujarnya sambil meletakkan rod kaca ke dalam bikar kosong Hana.
Hana mengangguk kepala faham.
"Sabun..okay...sabun..."ulang Hana yang mana tidak tahu hendak lakukan apa terlebih dahulu. Kepala dia kosong saat itu.
Tak tahu apa yang dia buat, Hana mula capai bekas berisi cecair biru di depannya dan menuangkannya ke dalam bikar kosongnya. Tanpa sukat.
Nadine yang fokus dengan kerja langsung tak perasan apa yang Hana campurkan pada bahan-bahan kimia di dalam bikar tersebut.
"Nad..."panggil Hana di sisi sewaktu Nadine sedang fokus hendak menitiskan cecair ke dalam campuran kimianya.
"Shh..jangan kacau aku..."arah Nadine.
"Apa yang aku kena letak lepas tu?"soal Hana di sebelah mahu perhatian Nadine. Tapi kawan dia terlalu teliti menyukat cecair.
Nadine tidak menjawab sebab dia terlalu fokus, Jadi Hana ambil keputusan untuk guna naluri sahaja. Iaitu meletakkan semua cecair yang ada di situ tanpa mengikut urutan.
Dan bila dia capai bikar terakhir, dia tuang cecair merah jambu ke dalam bikar tersebut.
Sesaat cecair itu bersentuhan dengan campuran dalam bikar tersebut serta merta satu ledakan cecair berbusa meletup sampai ke siling makmal serta ke pelbagai arah dan masa itulah suara jeritan terkejut kedengaran.
"Ahhhh!!!Hana nak letupkan kita semua!!!"
Jerit mereka semua semasa busa berwarna itu meledak merata arah.
Semua pelajar di situ yang terkejut tunduk melindungi diri di bawah meja sambil meletakkan kedua-dua tangan di atas kepala dengan takut.
Nadine yang berdiri dekat dengan Hana turut terkena ledakan berbusa itu sampai kotor satu badan termasuk lab coat yang dipakainya.
Sementara Hana sudah ketawa berdekah-dekah semasa memandang Nadine yang berdiri kaku dekat situ.
"Wohooo! Let's do it again!"sorak Hana semasa ledakan berbusa itu reda.
"HANA DELISHA!!!!""laung Sir Leo selantangnya.
Nadine yang terkesima dekat situ hanya berdiri kaku. Memandang bingung sekelilingnya yang dikotori buih berwarna biru keunguan.
"Oh Hana what I gonna do with you?"keluh Nadine dengan lemah sambil menggeleng kepala.