Mental breakdown terus Hana satu hari tu. Tak lena nak tidur, tak selera nak makan. Mood pula ke laut.
Orang tegur dia buat tak tahu, apa orang tanya dia tak jawab. Bila Nadine tanya kenapa Hana tak jawab sebab tak tahu nak cakap macam mana.
Dia rasa trauma dan terkejut sangat. Yalah, dia save first kiss untuk cinta hatinya. Tapi dirampas dengan kejam begitu sahaja.
Situasi semakin teruk apabila muka lelaki rambut landak tu asyik muncul dalam kepalanya saja!
"Hana...kau dengar tak ni?""Nadine goncang bahu Hana bila sahabatnya langsung tidak beri respon di mesyuarat perjumpaan kelab mereka itu.
Hana yang termenung memandang ikan yang berenang dekat dalam akurium itu perlahan-lahan mengangkat mata memandang Nadine.
"Pertandingan tu Sabtu ni. Kau tak jumpa lagi penggantikan. So kau kena join aku ke perlawanan tu."
Hana tunduk memandang buku catatannya pula yang ditampal dengan gambar Yuta. Hatinya sedih sebab dia telah curangi perasaan dia pada Yuta dengan membiarkan lelaki lain ambil first kissnya. Oh Tuhan, maafkan dia!
"Hana Delisha Daniel!"tegas Nadine sambil memukul kuat permukaan meja sidangnya.
Mengejutkan semua ahli jawatankuasa itu dari tempat duduk. mereka semua membutang mata memandang Nadine yang keberangan. Lalu memandang Hana yang termenung seperti isteri mati laki.
"Apa masalah kau ni! Fokus!"marah Nadine. "Cubalah bagi effort sikit. Jangan nak termenung jer. Kau ingat kau seorang jer ada masalah?"
Selesai sahaja Nadine mengamuk. Suasana menjadi senyap sunyi. Seakan senyap menanti ribut. Membuatkan semua yang ada di meja sidang itu saling bertukar renungan di antara satu sama lain. Bingung tidak tahu apa yang perlu dilakukan.
Tidak semena Hana meraung sekuat hati.
"Huarghhhhhhh!!!!!!!!"nangis Hana yang membuatkan semua di situ memandang terkejut. Dah kenapa pulak Naib Presiden mereka ni.
Nadine terduduk dekat kerusi bos miliknya apabila Hana meraung begitu. Dia picit dahinya kerana pening. Mana tidaknya seminggu ni dia prepare sendiri untuk pergi ke perlawanan Sabtu ni. Hana pulak tak beri sebarang kerjasama selain termenung. Waktu macam ni lah kawan dia ni nak buat hal!
Dah tak ada hari lain apa nak emo!
"Naib Presiden...kenapa ni..Janganlah menangis." pujuk pelajar perempuan yang duduk di sebelah Hana.
Hana meraung sampai keluarkan air mata sedihnya.
"Huhuhuhuhuhu..."nangisnya sambil dongak memandang siling sebelum meletakkan kepala di atas meja beralaskan lengannya.
"Presiden..."panggil setiausaha kelab, Liam di seberang meja.
Nadine angkat kepala. Memandang letih ke arah Liam."Ya..."sahutnya dengan lemah.
"Saya akan uruskan persiapan yang lain. Presiden cuba tenangkan Naib Presiden sebelum perlawanan tu."aju lelaki yang ditolak jatuh dari kerusi oleh Hana tempoh hari. Lelaki itu memandang kasihan ke arah Hana.
Mereka semua sedia maklum dengan sikap ceria dan hiperaktif Hana. Terbiasa dengan suara ketawa dan bising-bising gadis itu bila marah. Melihatkan Hana yang jarang menangis itu buatkan mereka ikut bersedih.
Nadine mengangguk kepala dengan sisa tenaga dia yang ada.
"Fine...tolong saya ya.. Jumaat esok kami akan bertolak jam 3 petang. Kalau boleh saya nak semua selesai. Maaf sebab menyusahkan." Nadine bangun dari duduknya dan mendapatkan Hana.
"Baik!"sambut mereka yang ada di meja sidang itu sambil mematai Hana di berdirikan oleh Nadine dengan susah payah.
Hana dengan muka basah dengan air mata itu berdiri sambil bersandar di ceruk leher Nadine.
"Jom kita balik..."ajak Nadine.
Hana merintih sepanjang perjalanan itu.
"Apa yang dah berlaku sebenarnya Hana?"soal Nadine dengan kening berkerut.
Nadine biasanya cool dan tenang. Sentiasa dapat mengatasi pelbagai masalah. Tapi kalau Hana dah menangis, satu benda pun tak boleh difikirkan lagi. Nadine jadi serabut dan bingung sendiri.
Hana hanya menangis meratap betapa jahatnya dirinya kerana tidak setia pada Yuta seperti orang putus cinta.