Tiba-tiba Blaze merehatkan kepalanya diceruk leher Hana sebelum melepaskan hela nafas panjang seakan lega. Dia peluk pinggang Hana erat-erat.
Hana kejung di situ, matanya terbutang luas apabila deru nafas hangat Blaze menyapa bahunya yang terdedah. Waktu itu Hana siap boleh dengar lagi degupan jantung Blaze yang tenang dan seragam menghentak dadanya sendiri kerana jarak intim mereka.
Berbeza dengan degupan jantung dia, Hana merasakan jantung dia mahu melompat keluar dari rib cagenya. Bukan main kencang lagi!Mesti Blaze boleh dengar sebab berada dekat sebegini.
Blaze memejam mata apabila merasakan seluruh urat sarafnya berehat. Perasaan penat yang dirasai oleh tubuh dan otaknya perlahan-lahan hilang. Rasa sakit yang dirasai tadi susut seperti angin lalu. Hatinya yang sedang sakit dan jengkel tadi kembali tenang. Berharap sangat masa berhenti buat selamanya dan keadaan ini kekal.
"Kenapa Blaze?"
"Kenapa ayah tanya?Sebab Blaze tak naklah! Ini hidup Blaze. Keputusan Blaze. Berhenti atur segalanya untuk Blaze!"
"Kami buat semua ni demi kebaikan kamu, jangan berdegil boleh tak!"
"Tak! Keputusan Blaze muktamad."
"Hentikan semua sikap tak guna kamu ni. Ia tak beri faedah. Hanya menjejaskan nama baik keluarga saja. Dan belajar betul-betul supaya dapat kendalikan syarikat ayah."
Ibu tirinya yang duduk di atas sofa tunduk menekup tangan di dahi lalu mengeleng kepala kerana kesal.
"Tak boleh ke kamu jangan melawan kata kami?Dengarkan saja tak boleh ke...susah sangat?"
"Ayah ada Yuta. Dia boleh bantu ayah untuk kembangkan legasi ayah..."
"Kamu anak kandung ayah. Waris sah keluarga ni..." tegas ayahnya dengan keras.
"Tapi kau lebihkan anak tiri kau dari aku!" sebaik sahaja perkataan itu keluar, tamparan padu hinggap di pipi. Sampai berdesing telinga dia dibuatnya.
Blaze membuka mata bersama linangan air mata turun dari tepi matanya jatuh melurut ke hujung hidungnya. Hatinya berasa sangat terasa. Kenapa ayahnya perlakukan dirinya begini. Sedangkan Yuta tak ada pula diberi tekanan seperti dirinya.
"Senior..."suara lembut membuatkan Blaze cepat-cepat seka air mata dengan belakang tangan.
"Sorry..."ucap Blaze semasa menjarakkan diri dari Hana dengan lemah tiada semangat.
Hana pandang pelik. Hairan dengan tingkah lelaki di depannya. Dia tahu apa sekalipun masalah lelaki ni sama sekali bukan urusan dia. tapi nak buat macam mana dah perangai dia yang suka ingin tahu.
"Senior tak apa-apa?Sesuatu telah berlaku ke?"soal Hana semasa dia merasakan Blaze menggosok tulang belakangnya naik dan turun sampai buatkan bulu romanya tegak meremang.
Blaze tatap wajah Hana lantas menggeleng kepala.
"Kau ingat kau seorang jer yang happy dekat dunia ni ke?"seloroh lelaki itu sambil tersenyum sewaktu menyelak anak rambut yang jatuh mengenai mata ke belakang telinga Hana.
Kening Hana mencerun tak puas hati selepas mendengarnya. Buatkan dia menyesal untuk cakap elok-elok dengan lelaki ni. Cakap kasar salah. Cakap baik pun salah! Memang sah lelaki ni ada masalah!
"Senior tau...senior lelaki paling menyakitkan dan menjengkelkan sekarang ni?Tak hairan la kenapa sampai sekarang tak ada sesiapa sudi jadi teman wanita senior.."komen Hana masa dia letakkan tangan dekat dada Blaze memandangkan dia cuba jauhkan diri tapi tak boleh.
"Siapa kata?Kalau aku nak, boleh je. Petik je jari berderet perempuan beratur nakkan aku.." balas Blaze sambil memandang tepat ke mata Hana sewaktu ibu jari dia menggosok-gosok belakang badan Hana tanpa sedar.
Hana menjuling mata menyampah. "Berlagak."
"Beritahu aku...apa yang Yuta ada tapi dekat aku tak ada sampai kau sukakan dia?"soal Blaze. "Kaya?Rupa?Athlete?IQ?"
Hana lentokkan kepala sedikit ke kanan. "Hmmm.."jeda dia dengan pandang. "Nak satu je ke semua?"balas Hana.
Blaze buat muka. "Kau cakap...macam banyak je flaw aku.."
"Senior yang tanya tadikan."
"Tak payah. Aku tak nak dengar."rajuk Blaze masa palingkan kepala ke tempat lain.
"Fine...saya masuk dulu kalau macam tu..." pamit Hana dengan muka menyampah saat menolak dirinya jauh dari Blaze.
Sewaktu tangan Hana hampir berselisih dengan tangan Blaze, pergelangan gadis itu di cengkam kemas dengan jari jemari runcing bercincin pada ibu jari Blaze.
"Lupakan Yuta."minta Blaze tanpa berpaling.
Langkah Hana terhenti. Gadis itu kaku memandang ke depan dengan mata terbutang luas.
"Sukakan aku bukan dia..."minta Blaze dengan perlahan. Sangat perlahan sampai Hana yang dengar tak boleh percaya sama ada dia silap dengar atau hanya khayalan saja.
"Apa dia?"Hana berpaling memandang Blaze.
Blaze perlahan-lahan palingkan badannya menghadap Hana.
"Berhenti sukakan Yuta, Aku nak kau sukakan aku..."lelaki itu merenung tepat ke mata Hana dengan renungan berharap dan sedih.
Hana kelu tidak terkata. Gadis itu memandang Blaze seakan lelaki itu ada tiga kepala lapan tangan. Memang sah lelaki ni ada masalah!