Hari perjumpaan keluarga! Akhirnya. Hari yang paling dinantikan oleh semua pelajar dalam Akademi Cross Sword. Sebab masa inilah mereka dapat habiskan masa bersama ahli keluarga tercinta mereka.
Beberapa minggu sekali, akademi akan adakan hari perjumpaan keluarga secara besar-besaran. Sebab hari itu mereka dapat keluar dan pulang ke rumah masing-masing untuk bertemu dengan keluarga mereka.
Ada juga yang tidak dapat bertemu dengan ahli keluarga sebab tinggal berjauhan. Ada juga yang luangkan masa bersama keluarga sahabat handai yang lain kerana ibubapa terlalu sibuk untuk hadirkan diri mereka pada hari itu."
"Mama!"panggil Hana dengan ceria sambil mendepakan sebelah tangan ke arah wanita yang sedang berjalan disamping empat lelaki.
Tidak lama selepas itu Hana masuk ke dalam pelukan wanita yang amat dirinduinya. Sudah tiga bulan dia tidak bertemu dengan wanita ini kerana faktor tempat tinggal mereka jauh dari akademi.
"Mama jer?Papa tak ada?"tanya suara dalam di sisi kiri.
Hana meleraikan pelukannya sebelum menjengket kaki hendak memeluk papanya yang tinggi melampai.
"I miss you dad..."
Satu kucupan hinggap di mahkota kepala Hana. "I miss you too..."
"Kau hutang aku jetlag gemuk!""sungut adik lelaki kecilnya dengan wajah bercemberut.
Hana leraikan pelukan lepas dengar suara itu.
"Siapa suruh ikut?""seloroh Hana sewaktu bertentang mata dengan abang sulungnya. "Neil!""sengihnya sebelum beri fist bump pada dada bidang lelaki di depannya.
"Whassup sis?"Neil tarik Hana dalam pelukan sebelum mengucup ubun-ubun gadis itu dengan mata terpejam. Rindu dia dengan celoteh adiknya. Sunyi rumah tanpa Hana.
"Good.""balas Hana sewaktu memandang pembantu peribadi keluarganya berdiri di belakang Neil. Lelaki itu tersenyum dibalik misai tebal yang menutupi mulut lelaki itu. "Uncle Taylor...."sapa Hana sewaktu memeluk tubuh lelaki yang sudah dianggap ayah keduanya.
"Hai princess..."balas Taylor semasa membalas pelukan itu.
"Hana...apa yang berlaku pada lengan kamu?""tanya Zara sambil memegang belakang badan Hana. Dia memeriksa tangan Hana yang tergantung dengan casing biru di sekeliling leher.
Hana yang dengar tersentak. Sengih kambing terukir di bibir.""Heheh...jatuh."jawabnya tanpa tunjuk rasa bersalah pun dekat muka.
Mereka semua yang dengar hanya menggeleng kepala. Sedia maklum perangai Hana macam mana. Tak boleh nak buat apa-apa dah. Nak terkejut pun dah lali rasanya.
"Aurgh...budak bertuah ni kan..."Neil acah-acah luku kepala Hana.
"Mana Adam?"tanya Taylor sejurus itu. Anak lelakinya.
Hana pandang kiri dan kanannya yang sedang sibuk dengan pertemuan ahli keluarga bersama pelajar-pelajar akademi yang lain. Penuh laman berumput akademi itu dengan kehadiran para ibubapa dan sanak saudara pelajar-pelajar di situ. "Entah...rasanya dia jumpa parents Nadine tadi?"
"Mama...kita lapar..."rengek adik kecil Hana.
"Kamu dah makan Han?"tanya Daniel sambil merangkul pinggang Zara rapat ke sisi.
Hana yang dengar terus menarik sengih sampai ke telinga. Lalu menggeleng kepala.
"Tak...Hana tunggu mama dengan papa datang...Hana dengar mama masak makanan sedap..."
"Good. Aku pun tengah lapar ni. Marilah makan...ajaklah sekali keluarga Nadine..."aju Neil dengan ceria.
Hana yang dengar menjeling curiga ke arah Neil.
"Dude...Nadine dia dah ada boyfriend okay."
Neil memberi renungan menyampah ke Hana. "Baru boyfriend belum suami boleh sailang lagi." komen lelaki itu dengan selamba.
Hana yang dengar menjegil mata geram lalu menampar lengan Neil. "Hei!"marahnya.
"Mama itu Aunt Nadia!"adik kecil Hana menarik lengan Zara menarik perhatian wanita itu ke arah keluarga Nadine dari kejauhan.
Serentak itu Hana dan Neil berpaling serentak ke arah yang ditunjukkan oleh adik kecil mereka.
Tidak jauh dari tempat mereka berdiri, Nadine bersama ahli keluarganya berdiri di depan Adam. Saling bertegur sapa dan gelak ketawa.
Nadine yang perasan dirinya diperhatikan memalingkan kepala ke arah keluarga Daniel. Hana melambai tangan ke Nadine dengan riang. Sementara Neil di sebelah hanya diam memandang Nadine.