"Haceem!"bersinnya sekuat hati apabila hidungnya mengerenyet gatal. Sementara kepalanya berdenyut sakit yang teramat sangat.
"Kau okay tak?""soal Nadine semasa tunduk bongkok ke bawah untuk menyentuh dahi Hana. Dan bila dia sentuh dahi Hana, keningnya berkerut. "Panas badan kau ni."
Hana menarik selimut naik ke leher. Tiba-tiba sahaja badannya berasa dingin yang amat sangat. Kepalanya pula pening. Mungkin masuk angin agaknya.
Nadine bergerak ke laci meja kerjanya. Dia capai peket Panadol dari situ dan bergerak ke arah Hana.
"Sini makan ubat dulu. Kalau esok pagi tak surut aku bawa kau ke hospital."arah Nadine semasa membantu Hana bangun dari perbaringan.
Hana bangun dari situ dan makan ubat yang disuap Nadine sebelum meneguk sedikit air mineral dari botol. Seusai itu dia kembali baring.
Nadine betulkan selimut di badan Hana sebelum menyelak rambut di dahi Hana ke belakang.
"Sakit sangat ke?"tanya Nadine dengan risau. Mana lah dalam satu masa tu dia tak pernah risau. Setiap masa dia risau. Semua ni kerana gadis bernama Hana Delisha ini.
Hana menggeleng kepala. "Sejuk jer."
Nadine mengangguk kepala. dia bergerak ke arah katil, lalu bercakung mencapai sesuatu dari bawah katil. Tidak lama selepas itu dia dekati Hana.
Bercakung di tepi katil untuk membantu Hana memakai stoking ke kaki Hana.
"Mungkin ini dapat kurangkan rasa sejuk kau."
Hana memejam mata rapat-rapat. Tak larat nak bukak sebab kepala dia berdenyut sakit yang amat sangat.
Setelah selesai Nadine kembali duduk di birai katil Hana. Dia pegang lengan Hana yang diselimut. Resah hati dia lihat Hana sakit.
"Maafkan aku kalau apa yang kau dengar buat kau tertekan dan jatuh sakit macam ni."ucap Nadine serba salah. Biasalah kalau badan terkejut atau letih pasti akan jatuh sakit.
"Mana ada..."Hana buka mata dan memandang Nadine lantas tersenyum. "Dah pergi sana. Jauh dari aku. Nanti kau berjangkit dengan aku pulak.." halau Hana.
Nadine tersenyum. Sakit-sakit macam ni pun masih fikir tentang orang lain.
"Eloklah..bolehlah kita ponteng kelas sama-sama. Tak ada kau memang pishang lah aku dalam kelas tu sendiri." Tak boleh Nadine bayangkan dia sendirian tanpa Hana di sisinya. Rasa macam alien pulak dalam kelas tu nanti.
"Hehehe...penting jugak aku dalam hidup kau ya?"seloroh Hana dengan suara serak sakitnya.
Nadine mengusap rambut Hana dengan lembut sambil tersenyum. Mestilah penting..
Hana memejam mata bila ubat yang dimakannya mula memberi kesan ke tubuhnya serta merta.
"Terima kasih Nadine."ucap Hana dalam keadaan terpejam mata.
Nadine mengangguk kecil.
"Aku pun." dia kemudiannya menutup lampu tepi katil Hana sebelum bangun dari situ dan bergerak ke katilnya.
Hana melepaskan deru nafas tenang sesaat kemudian apabila terlena sepenuhnya akibat ubat dan rasa letih yang dialami.
Nadine baring mengiring menghadap Hana. Memandang serba salah ke arah Hana. Berdoa supaya rakannya sembuh esok hari.
"Selamat malam Han..."ucap Nadine di balik nafas sebelum memejam mata.
Kening Hana berkerut-kerut sewaktu lena diganggu dengan mimpi yang tidak dijemput. Mimpi dimana dia berdiri di atas ceruman sebelum jatuh ke bawah dan tenggelam di dalam air. Rasa seperti lemas tetapi tidak lemas kerana dalam mimpinya boleh bercakap. Seperti angin pintas lalu mimpinya berubah ke situasi dimana dia sedang berjalan di atas titian sebelum jatuh ke dalam air sungai yang berubah menjadi situasi di dalam kereta dan dia kening memandu kereta sebelum bertukar menjadi situasi dimana dia jalan sambil berpegangan tangan dengan seorang lelaki tetapi tidak jelas siapa lelaki itu.