"So...jauhkan diri kau dari dia. Berhenti ganggu dia macam mana kau buat dekat semua pelajar dekat sini dengan perangai tak guna kau tu. Hana bukan orang yang kau boleh sesuka hati nak disakiti!"arah Yuta.
Blaze melepaskan dengusan kecil kerana menyirap dengan kata-kata Yuta. Semua benda yang dia suka, semua orang yang dia minat Yuta nak rembat! Tak cukup ke apa yang Yuta dah rampas dari dia. Takkanlah Hana turut mahu dirampas darinya jugak.
"Siapa kau nak arahkan aku itu ini...keluarga sendiri pun tak boleh nak arahkan aku. Inikan lagi kau. Memang tak lah!!"jerkah Blaze sekuat hati. Dia tak tahan lagi. Dia tak boleh sabar lagi dengan Yuta. Manusia tamak depan dia ni patut di ajar.
"Jauhkan diri kau dari Hana!"jerkah Yuta pula sewaktu berdiri tegak memandang Blaze.
"Kalau aku tak nak kau nak buat apa?"Blaze ketawa mengejek sewaktu menyedari sesuatu. Sesuatu yang dia boleh gunakan untuk sakitkan hati Yuta. Biar puas hati dia. "Sekarang apa perasaan kau bila seseorang yang kau suka dan sayang dirampas dari kau. Seronok tak perasaan tu."soalnya.
Yuta terus bergerak ke arah Blaze. Tidak teragak-agak dia hayunkan penumbuk ke Blaze sekuat hatinya.
Blaze jatuh ke belakang sebelum bersandar ke dinding dengan impak yang kuat. Belum sempat dia nak buat serangan balas,
Yuta cekau kolar baju dia dan paksa Blaze berdiri sebelum di sandarkan dengan kasar ke permukaan cermin jendela bilik umum itu.
"Aku muak dengan perangai kau yang suka rampas kebahagiaan aku. Kau tak tahu apa yang aku dah buat untuk kau. Dan sekarang kau nak tambahkan lagi sakit aku!""deram Yuta depan muka Blaze.
Dengan bibir berdarah Blaze menarik sengih mengejeknya lalu melutut rimbuk Yuta dengan padu sehingga membuatkan Yuta tunduk mengerang kesakitan memeluk perut. Tanpa berlengah Blaze tumbuk muka Yuta kanan dan kiri, tidak mempedulikan rasa sakit yang dirasai pada kepalan penumbuknya.
Yuta mempertahankan dirinya dengan menghadang tumbukan Blaze dengan lengannya. Sebaik sahaja dia tepis serangan Blaze dia pusing membelakangkan Blaze lalu menyiku kepala lelaki itu yang mana mengenai kening Blaze.
Disebabkan hal itu Blaze terduduk di atas lantai memegang keningnya. Bila dia bawa tangannya ke depan muka, Blaze melihat darah yang terpalit pada tapak tangannya. Berang dengan tindakan Yuta, Blaze bangun dari situ untuk menumbuk Yuta, tapi Yuta terlebih menumbuk mukanya sampai dia jatuh ke belakang dan menumbangkan meja bulat berkaki panjang sebelah jendela. Kepalanya terhantuk pada bucu meja itu.
"Sekarang kau masih berdegil?"soal Yuta dengan dada naik turun hilang sabar.
Blaze berdiri tegak dengan susah payah, dia pandang Yuta dengan renungan berapi keberangan.
"Tak. Aku takkan serahkan Hana pada kau. Apa lagi mengalah. Selama ni aku dah banyak mengalah dengan kau. Serahkan semuanya yang sepatutnya milik aku dekat kau."Blaze berlari ke arah Yuta lalu menerkam Yuta sehingga dia jatuh menghempap lelaki itu di lantai.
Terus dia tampar tumbuk Yuta tanpa belas kasihan. Dia marah sangat!Marah pada Yuta sebab tak faham apa yang dia rasa. Tahunya nak marah dan menyalahkan dia untuk nasib baik yang Yuta miliki.
Masa itu jugalah pintu bilik umum itu terbuka, beberapa orang pelajar yang baru pulang dari kelas berjalan masuk. Dikejutkan dengan suasana bilik umum yang bersepah dan tunggang langang.
"Blaze hentikannya."halang pelajar-pelajar lelaki di situ yang terus bergegas mendapatkan Blaze. Menarik lelaki itu jauh dari Yuta yang terbaring di atas lantai.
"Arghhhhh!!!Lepaskan aku!!!"raung Blaze masa dia di tarik jauh dari Yuta.
Yuta dibangunkan oleh pelajar-pelajar lelaki yang lain sewaktu dia tunduk membatukkan darah setelah bahagian dalam mulutnya pecah dek tumbukan Blaze.
"Sudahlah tu Blaze. Jangan macam ni..."pujuk mereka dengan risau dan cemas taktala melihat luka yang berada di kening, bibir dan tepi pipi lelaki itu. Apa nak jadi dengan Blaze ni. Suka tunjuk samseng dan belasah orang sesuka hati!
"Kalau warden tahu kau akan dapat masalah dari ayah kau Blaze...sudah.."nasihat mereka yang lain.
Masa itu Adam dan Ace yang kebetulan hendak menyertai Blaze di bilik umum, berdiri kaku dekat depan pintu dengan wajah bungkam.
Elok sahaja mereka tersenyum berbual, terus pudar senyuman itu di bibir mereka berdua.
"Apa yang dah berlaku ni?"soal Adam sambil memandang sekeliling bilik umum mereka itu.
Blaze pandang Yuta dengan renungan maut.
Ace yang tergamam tidak tahu hendak berkata apa itu memandang Yuta dan Blaze silih ganti.
Melihat keadaan dua orang itu, Blaze paling teruk di belasah sebab badan Yuta lebih besar dan sasa dari Blaze. Jadi kalau Yuta belasah Blaze, impak lebih teruk akan diterima Blaze. Yang lebih sakit sekarang adalah Blaze.