Chapter 38 - Bab 36

Plak bernombor dan bernama pada pintu itu memberitahu pelawat yang Hana Delisha duduk di dalam wad tersebut.

Dengan sebelah tangan memeluk jambangan bunga dan memegang mangkuk bubur, tangan sebelah lagi memulas tombol pintu sebelum menolak pintu itu ke dalam dengan perlahan-lahan.

Sebaik sahaja dia jengah kepala ke dalam bilik itu, matanya terus terarah ke katil di mana gadis berjubah pesakit terbaring di atas katil dengan IV drip tertusuk di belakang tangan kanan. Mata terpejam rapat, wajah dan bibir pucat tidak bertenaga.

"Han?"panggilnya dengan perlahan sewaktu mendekati katil. Beg gitar yang bersandar di bahu di tanggalkan lalu disandarkan pada almari sebelah katil dengan senyap. Bekas kedap panas berisi bubur di letak atas almari sebelah katil. Bunga dalam jambangan itu kemudiannya di keluarkan terus dimasukkan ke dalam pasu.

Setelah selesai dia duduk di birai katil dan tunduk mengucup dahi hangat itu dengan lembut.

Hana tersentak dari tidurnya apabila sesuatu yang sejuk tetapi lembut menyentuh dahinya. Mata kemerahan terbuka mamai sebelum bergerak memandang sekeliling.

"Hei..sorry aku kejutkan kau..."senyum Ace apabila Hana memandangnya.

Kening Hana berkerut sedikit lalu kembali memejam mata.

"Bila sampai?"tanya Hana dengan suara serak sakitnya.

"Baru je..."jawab Ace."Selimut Hana di bawa naik ke dada sebelum anak rambut gadis itu diusapnya dengan lembut. "Dah makan belum?" 

Hana menggeleng kepala. Dia tak makan sejak sampai malam tadi. Ya tengah malam tadi dia kena tahan wad lepas Nadine terjaga untuk melihat keadaannya. Bila kawannya itu menyukat suhu badan, Nadine terus gegaskan dia ke hospital sebab suhu terlalu tinggi.

"Aku ada bawa kan bubur ni...nak makan tak?" tanya Ace dengan nada separa berbisik.

Hana membuka mata, dia pandang Ace semula. Macam mana lelaki ni boleh tahu dia dekat hospital. Sefaham Hana, Nadine ni takkan beritahu sesiapa kalau dia sakit, walaupun kepada Adam. Sebab Nadine jenisnya overprotective setiap kali Hana jatuh sakit.

Ace yang faham akan renungan itu tersenyum.

"Nadine yang beritahu aku."Kita orang jumpa dekat cafeteria tadi. Dia cakap kalau aku nak jumpa kau. Aku boleh cari kau dekat hospital." jelas Ace.

"Nadine cakap macam tu?"soal Hana dengan renungan terkejut. That new.

"Dia pesan dekat aku suruh kau makan...jom bangun. Makan dulu. Nanti kau boleh sambung tidur balik."minta Ace yang mula membantu Hana bangun dari baring.

Hana ikutkan saja kata lelaki itu sewaktu dirinya di bangunkan lalu disandar ke belakang setelah bantal di susun untuk keselesaannya oleh Ace.

Ace turun dari katil lalu jalan masuk ke bilik air. Bunyi air paip kedengaran buat beberapa ketika sebelum lelaki itu keluar dan kembali mendapatkan Hana.

"Aku masak dekat cafeteria tadi dalam keadaan tergesa-gesa. Sorry sebab tak pandai masak. Tak tahu sedap ke tak..."jelas Ace sambil membuka penutup mangkuk bubur dan duduk di birai katil bersama sudu di tangan.

"Awak masak?"soal Hana sewaktu terhidu bau ayam dan sedap bubur baru dimasak. Membuatkan dia menelan air liur untuk basahkan tekaknya yang sedang sakit.

"Ha'ah..lepas habis kelas tu aku pinjam dapur cafeteria sekejap..."Ace menyudu bubur lalu di bawa ke bibirnya untuk disejukkan.

Hana pandang tingkah Ace. Baik sungguh lelaki ni padanya. Entah apa yang dia telah lakukan pada lelaki ini Hana sendiri tidak tahu. Ace terlalu baik dengannya, sedangkan dia perlakukan lelaki ini acuh tak acuh saja.

"Awak tahu awak tak perlu buat semua ni?" kata Hana dengan lemah.

Ace menyua sudu ke bibir Hana dengan berhati-hati. Dia pandang bibir Hana sewaktu berkata."

"Benda kecik jer. Aku selalu buat masa mak aku sakit."kata Ace.

Hana buka mulut dan membenarkan Ace menyuap bubur itu ke dalam mulut. Sesaat selepas bubur itu menyentuh  lidahnya. Terpejam terus matanya. "

"Mmm...sedap.""komen Hana sejurus itu.

Ace tersengih senang hati."Makan kenyang-kenyang kalau macam tu."