Blaze termenung memandang skrin laptop yang sedang memainkan movie spiderman far from home sewaktu baring mengiring menopang pipi atas katil.
Matanya ke laptop tapi fikirannya menerawang ke tempat lain atau lebih tepat lagi pada seseorang.
"Berapa lama kau kenal Nadine?"soal Blaze tanpa memandang tuan punya cerita.
Adam yang sedang baring menghantar pesanan pada Nadine itu tersentak sampai telefon yang dipegang tegak atas muka terlepas lalu jatuh mengenai batang hidungnya.
"Auw..."ngerang Adam sewaktu menekap muka menahan sakit.
Blaze yang dengar menggerakkan mata ke arah katil Adam. Memandang bosan ke arah rakan sebiliknya itu. Apa kejadahnya lah tu!
"Apa kau tanya tadi?""soal Adam dengan batang hidung kemerahan. Senak dada dia dibuatnya!
"Berapa lama kau kenal Nadine??""soal Blaze sekali lagi. Menarik perhatian Ace yang sedang duduk menghadap laptop. Bermain game online.
"
"Lima tahun..."jawab Adam yang kembali memegang telefonnya dan membalas chat yang dibalas oleh Nadine. "Asal kau tanya?"
"Maknanya kau kenal Hana sama lama kau kenal Nadine lah?""soal Blaze yang sudah tidak berminat dengan movie kegemaran ramai itu.
Ace menelan air liur gemuruhnya. Berasa tergugat apabila Blaze bertanya mengenai Hana. .Adakah lelaki itu berminat pada cinta pandang pertamanya. Kalau Blaze ada tipislah peluang dia untuk memenangi hati Hana nanti.
"Sejak bila kau minat Hana ni?"soal Yuta di seberang katil.
Blaze tidak membalas, dia hanya fokus pada Adam yang sedang menaip sesuatu di skrin telefon.
"Aku kenal Hana dekat 10 tahun. Ayah aku kerja dengan ayah dia. Aku jumpa Hana baru jumpa Nadine.""jawab Adam sewaktu tersengih membaca mesej Nadine. Nasib baik tak ketawa! Kalau tidak buat malu jer.
"Kenapa?"Blaze tidak faham.
"Nadine tak belajar dekat sekolah sama dengan aku dan Hana masa sekolah rendah. Sampailah aku masuk akademi ni baru aku jumpa Nadine..." kening Adam berkerut tiba-tiba setelah membaca ayat seterusnya yang dihantar Nadine.
Ace dan Yuta dengan serentak berpaling ke arah Adam. Cemburu bila dengar Adam lagi lama kenal Hana.
"Macam mana kau boleh tak tersuka dia??"soal Blaze dengan direct tak ada tapis-tapis bagai.
Adam turunkan telefon dari mukanya lalu menopang sikunya di atas katil memandang Blaze.
"Memang ya lah, mestilah aku jatuh cinta dekat dia. Tapi biar aku beritahu kau. Kalau aku sukakan Hana tapi Hana tak sukakan aku apa gunanya. Dari aku seksa hati aku dan hati dia, better aku sukakan orang yang sukakan aku balik."Adam pandang Yuta yang kebetulan sedang memandangnya. "Bukan ke itu lebih baik dari kita bersama dengan orang yang tak boleh nak sukakan kita macam mana kita sukakan dia?"
Ace yang dengar mengerling ke arah Blaze, sementara Blaze memandang Adam.
"Apa yang buatkan kau berubah perasaan untuk suka pada Nadine?"soal Blaze lagi.
"Nadine sukakan aku balik. Itu yang penting. Aku akan bahagia kalau dapat orang yang cintakan aku lebih dari aku cintakan dia...Well dengar macam cringey tapi itu kenyataannya." Adam pandang Blaze. "Kenapa? kau suka Hana ke?"
Blaze kembali baring ke atas katil, dia letakkan kedua-dua lengan di belakang kepala saat termenung memandang siling. Suka?Cinta?
Blaze trauma untuk berharap lagi. Biasanya kalau dia yang beria-ria sayang dan sukakan pada seseorang, orang tu akan berpaling tadah darinya. Dan kebanyakkannya semua akan suka pada Yuta. Agungkan Yuta dan pandang rendah terhadap diri dia.
Sebab itu sekarang ni dia tak terfikir untuk suka atau cintakan seseorang. Sekarang dia perlukan seseorang menyanyangi diri dia. Sesaat selepas dia pandang, masa tu jugak dia nekad mahukan Hana.
"Aku tak suka dia...tapi aku nak dia jadi milik aku." sebut Blaze tanpa sedar telah mewar-warkan perang dalam dorm itu."Aku nak dia sukakan aku lebih dari aku sukakan dia..."
Ace, Yuta dan Adam memandang terkejut ke arah Blaze. Sebab mereka tahu, sekali Blaze dah nekad lelaki tu takkan berhenti. Apa lagi peduli akan hal lain.