Sejak kejadian di rumah Blaze, Hana langsung tak boleh nak fikir lurus. Pertanyaan lelaki itu asyik terngiang-ngiang di dalam kepala otaknya.
Tidak tahu kenapa hanya Blaze sahaja yang difikirkannya. Sedangkan sekarang dia suka pada Yuta bukan lelaki bermuka toya tu.
"Hana...kau jatuh nanti. Turun."arah Nadine semasa tunduk membaca buku Sejarah.
Sebab lepas rehat antara kelas ni mereka ada kuiz. Hana yang katanya tiada mood ajak Nadine untuk jalan-jalan di sekitar.
Sekarang ni Hana sedang meniti di atas tembok batu sepanjang laluan gajah menyusur. Menghala asrama lelaki. tapi mereka hanya ulang alik sepanjang laluan itu saja.
Hana mendepakan tangan dia saat tunduk memandang ke bawah melihat langkahnya sewaktu Nadine di bawah sibuk bertanya soalan demi soalan mengenai topik kuiz mereka nanti.
"Tahun ke berapa presiden negara kedua letak jawatan?"soal Nadine.
Hana dongak memandang langit semasa fikirannya menerawang semasa Blaze peluk dia. Sesuatu memberitahu Hana ada sesuatu tidak kena pada lelaki itu. Sesuatu yang menjadi punca pada mood swing lelaki itu.
"1959."sebut Hana yang tiada mood.
Nadine yang sedang membaca buku memeriksa jawapan Hana. Dia baca teks mengenai biografi presiden negara kedua lantas mengeleng kepala.
"Salah, 1957."
Hana menjungkit bahu tidak peduli.
Sambil membaca buku Nadine ekori langkah Hana dari tepi tembok. Betul-betul di sebelah Hana yang sedang meniti tembok tersebut.
"Han..turunlah. Kau ni kan kalau di tegah dengar tak boleh ke?"bebel Nadine semasa membaca isi teks Sejarah dengan tekun.
Tak sampai sesaat pun Nadine habis bercakap, masa tu jugaklah kaki Hana terpelecok. Gadis itu terus jatuh ke tepi sebelum tumbang di atas rumput sebelah tembok batu yang berketinggian paras lutut tersebut.
Terbutang luas mata Nadine melihat kejadian itu."
"HANA!"panggil Nadine dengan muka terkejutnya. Bukunya terus dicampak saat dia melompat melepasi tembok tersebut untuk tiba di bahagian sebelah dimana Hana sedang terbaring mengerang kesakitan. "Ya Tuhan ku..kan aku dah cakap. Kau ni kan memang nak aku aku mati awal agaknya kan!"dengking Nadine dengan lantang sampai suara gadis itu boleh di dengar dari jauh.
Hana cuba gerakkan badan dia ke sebelah, tapi rasa sakit seperti ditarik pada bahu membuatkan dia merintih kesakitan.
Nadine melutut sebelah Hana dengan riak risau yang teramat sangat. Tangannya kalut bingung tidak tahu hendak buat apa.
"Mana yang sakit?"soal Nadine semasa mahu memegang Hana tapi takut kalau Hana ada cedera teruk ke patah ke apa. Salah pegang nanti makin burukkan lagi keadaan pulak.
Hana terlentang memandang langit sambil memegang bilah bahu kirinya. Matanya terpejam rapat menahan sakit.
Peha Hana ditampar geram." Aurgh...seriously!Kau ni kan...benci betullah aku!"sungut Nadine mahu menangis.
Kebetulan masa itu lah empat orang pelajar lelaki muncul dari asrama hendak ke kelas jalan menghampiri tempat kejadian. Mereka yang perasan akan dua orang itu terus bergerak mendekat dengan muka kehairanan dan risau.
"Apa yang berlaku?"
"Kenapa ni?"tanya pelajar lelaki pertama dengan cemas semasa berdiri mengelilingi Nadine dan Hana.
Nadine dongak memandang mereka dengan kening berkerut hendak menangis. Sampai sekarang dada dia senak sejak lihat Hana jatuh tadi.
"Saya tak tahu...dia jatuh lepas panjat tembok tu. Mungkin terkehel atau patah...saya tak tahu..."geleng Nadine dengan takut.
Dua orang dari mereka tunduk hendak mendapatkan Hana untuk bangunkan gadis itu.
Seorang pegang tangan kanan Hana, dan bila seorang lagi terpegang bahu cedera Hana dengan tidak sengaja. Mengakibatkan gadis itu menganduh kesakitan.
Mendengar suara rintih Hana, mereka cepat-cepat tarik tangan mereka dari Hana dengan muka cuak sebab terkejut.
Pelajar lelaki lain yang berdiri dan memerhati situasi itu mengesan apa yang tidak kena. Lalu mula menyinsing lengan kemeja dan meletakkan kot uniform ke tangan pelajar lelaki satu lagi.
"Bahu dia..."sebut pelajar lelaki kedua setelah melihat keadaan tadi. "Boleh bangun tak ni?""soalnya pada Hana yang masih terbaring dekat atas rumput.
Hana cuba sokong badan dia bangun dengan tangan kanan dia yang tidak cedera. Sekali bila dia berdiri, Hana hendak terjatuh semula setelah tegakkan kaki dia yang terpelecok tadi kesakitan.
Mujurlah seorang dari pelajar lelaki di situ sempat sambut Hana sebelum gadis itu hendak terjatuh semula.
Nadine yang lihat berkerut kening risau setelah menyedari bukan satu tempat tapi dua tempat Hana sakit. Sudahlah hari perjumpaan keluarga tak lama lagi. Masa ni jugaklah Hana cedera.
"Kau ni kan...tengok apa dah jadi."marahnya sewaktu pelajar lelaki senior di depannya mencempung badan Hana gaya pengantin dengan mudah.
"Awak ada kelas ke lepas ni?"soal pelajar lelaki yang lain pada Nadine.
Nadine mengangguk kepala sambil menyeka air mata dari pipi.
"Better awak masuk kelas, beritahu dekat pensyarah apa yang berlaku. Saya hantar dia ke bilik rawatan."kata pelajar senior itu pada Nadine.
Hana yang merintih menahan sakit terpaksa rehatkan kepalanya diceruk leher pelajar lelaki itu sebab tak tahan sakit yang dirasainya.
Nadine mengangguk kepala setuju. Sebab waktu macam ni kepala dia yang bijak tak boleh nak fikir apa-apa dah bila Hana dalam masalah.
"Okay..."balas Nadine dengan lemah.