Bau ubat untuk antibakteria dan hospital menerawang di udara sekitar bilik rawatan Klinik Akademi membuatkan orang yang menghidu kerap kali tahan dan hembus nafas sebab tak tahan dengan bau tersebut.
Di atas katil pesakit, Hana dirawat oleh doktor lelaki bertugas pada hari itu. lelaki itu dengan kemas meletakkan casing biru gantung lengan di sekeliling leher Hana. Setelah itu lelaki itu memberi rawatan pada kaki Hana yang terseliuh.
"Ini kali ke berapa kamu ulang alik klinik Hana." geleng doktor itu sewaktu memotong kain pembalut kaki Hana lalu berdiri tegak untuk meletakkan gunting dan gulungnya kain pembalut di atas dulang peralatan.
Hana menjungkit bahu tidak tahu. Manalah dia ada masa nak hitung keberadaan dia di sini berapa kali. Macam dah tak ada kerja pulak."Berapa lama lengan saya baru sembuh?"soal Hana.
Doktor itu memandang bahu kiri Hana lalu menyeluk tangan ke dalam labcoatnya.
"Seminggu dua macam tu. Saya dah betulkan urat terkehel kamu. Jadi tak lama..."jelasnya. "Hana jaga keselamatan kamu. Kawal sikap cuai kamu tu, mujur terkehel saja kalau patah macam mana?"pesan lelaki itu.
Hana hanya tersenyum bersalah pada lelaki itu. Mana tidaknya setiap kali Hana cedera lelaki ini yang akan merawatnya.
Pernah sekali tu Hana terkelar jari jemari sendiri semasa lakukan kelas seni ukiran. Masuk-masuk klinik tu lelaki ni disapa dengan darah membasahi uniform Hana. Nasiblah tak hilang jari.
"Kamu rehatlah dulu. Saya nak buat panggilan pada pensyarah kamu untuk maklumkan pada dia apa yang berlaku."
Hana mengangguk kepala. "Terima kasih doktor."
Lelaki itu menarik langsir putih yang menyelubungi sekeliling katil pesakit Hana dan menghilangkan diri dibaliknya. Meninggalkan Hana sendirian.
Bersama keluhan panjang, Hana perlahan-lahan hendak sandarkan badannya ke belakang katil sebelum lagu rock mental kuat berdendang memecah kesunyian tempat tersebut.
Terkejut dengan bunyi itu Hana kalut mencari punca bunyi tersebut yang datang dari telefon bimbitnya. Setelah dia capai telefon yang berada di dalam poket kot uniform Hana dengan kalut pegang telefon itu untuk mematikan bunyi tersebut. Kalut punya pasal sampai terbalik dia pegang!
Bila Hana pandang skrin telefon, nama 'Sayangku Blaze' tertera semasa panggilan masuk. Serta merta lagu rock heavy mental yang memekakkan telinga tadi kemudiannya senyap setelah Hana jawab panggilan tersebut.
"Hello?"jawab Hana dengan wajah bercemberut. Ini mesti kerja Blaze. Lelaki tu ubah ringtone telefonnya dan mengambil nombor telefonnya sekali tanpa kebenaran dia masa merampas telefon dia tempoh hari.
Jerk!
"Mana kau?"tanya lelaki itu dalam telefon.
Hana bersandar pada bantal yang ditegakkan dekat belakang badan sewaktu oegang telefon dan menggerakkan kaki yang berbalut untuk direhatkan ke atas bantal.
"Kenapa senior tanya?"
"Aku tanya tu jawab. Bukan tanya aku balik. Kau dekat mana?"marah lelaki itu lagi.
Hana mencebik bibir. Dia jauhkan telefon dari telinga. Bibirnya bergerak-gerak menyumpah seranah lelaki itu dengan senyap saat memandang skrin telefon dengan geram. Lelaki ni kalau tak ganggu dia dalam sehari tak boleh ke!Tak cukup apa yang dah terjadi dekat diri dia sekarang ni!
Hana bawa telefonnya semula ke telinga lalu bersuara. "Senior nak apa?Saya sibuk. Kalau senior nak menyakitkan hati saya dengan kata-kata senior tu, saya hang up."kata Hana dengan nada bosan tidak peduli.
"Eh Duck Face, tak faham bahasa ke?!Aku tak rasapun kau jawab soalan aku. Sekarang beritahu aku dekat mana kau."marah Blaze dalam panggilan.
Hana menjuling mata menyampah sebaik mendengar bebelan Blaze. Lelaki ni ingat dia siapa?Nak arah-arahkan orang. Dasar pembuli jerkface! Memang taklah dia nak beritahu. Ganggu ketenteraman jer! Cukuplah dengan stress yang dia alami gara-gara lelaki bertuah ni.
"Hana Delisha!"bentak Blaze dengan lantang dalam panggilan setelah Hana mendiam tidak memberi respon.
Serta merta Hana jauhkan telefonnya dari telinga. Terkejut bila dengar suara marah Blaze. Dia hayun penumbuk kerana geram ke skrin telefonnya. Seakan telefon itu adalah Blaze.
"Hei!"bentak Hana semula. "Siapa senior nak bentak saya macam tu hah!"ingat lelaki tu je ke yang boleh tinggikan suara. Dia pun boleh lah.
"Fine...kau tak nak beritahu ya. Aku akan cari kau sendiri. Dan bila aku jumpa kau. Siap kau nanti!"ugut Blaze sebelum memutuskan panggilan.
Hana melepaskan dengusan mengejeknya lalu meletakkan telefonnya semula ke dalam poket kot. Ingat dia takut. Cubalah cari kalau tahu. Sekalipun lelaki tu tanya Nadine, kawannya itu takkan beritahu!
Sambil bernyanyi kecil, Hana bawa tangan kanan ke belakang kepala. dia goyangkan kakinya yang tidak sakit kanan dan kiri dengan senang hati.
10 minit kemudian, bunyi langsir diselak dengan kasar kedengaran. Membuatkan mata Hana terbuka serta merta. Gadis itu terus duduk tegak setelah melihat orang yang berdiri di sebelah katilnya.
"What the hell"tanya Hana dengan muka tergamamnya.
Macam mana lelaki ni boleh tahu?
Langsir tadi ditutup semula."Well-well...tengok aku jumpa siapa?"kata Blaze dengan nada sinisnya semasa memandang Hana yang serupa seperti arnab terjerat dalam perangkap.
Hana tilik Blaze dari atas sampai bawah dengan curiga. Apa lelaki ni?Macam mana boleh tahu dia dekat sini secepat ni?Superman pun tak secepat ni lah.
"Macam mana senior boleh tahu saya dekat sini?"soal Hana semasa duduk tegak dan menyilakan kakinya yang tidak cedera di atas katil.
Blaze dekati katil Hana lalu duduk di birai tersebut menghadap Hana. Mulanya Hana bergerak hendak jauhkan diri, tapi Blaze cekau kolar kot Hana untuk hentikan gadis itu.
"Hei!"marah Hana semasa kolarnya dicengkam begitu. Keningnya mencerlung tajam semasa memandang Blaze yang hanya berjarak sejengkal sahaja darinya. "Nak apa ni."
"Aku dah beritahu kau untuk behave kan?"tanya Blaze dengan serius sambil mengoncang sikit Hana dibalik cengkaman pada kolar itu.
Hana pegang tangan Blaze. Dia tolak tangan yang ada di kolar kotnya dengan kuat tapi tak berganjak. Apa yang lelaki ni makan sampai kuat macam ni. "
"Lepaslah, senior tak pernah belajar adab ke!Sampai manhandle lady macam ni?""Hana tumbuk lengan Blaze. Tapi sikit pun tak ada gunanya.
"Kau?Lady?Tolonglah..."cebik lelaki tu semasa menarik Hana supaya rapat kepadanya.
Hana kebelakangkan kepalanya semasa hidungnya hampir bertemu dengan hidung Blaze."
"Senior nak apa dari saya ni?Kenapa senior buat semua ni?Apa salah saya dekat senior? Huh? Dah tak ada life langsung sampai nak ganggu ketenteraman orang lain?Saya fed up tahu tak dengan semua ni. Saya tahulah senior suka buli orang dan lihat orang sengsara, tapi tak bermakna saya kena diamkan diri bila senior ganggu saya macam ni. Saya dah minta maaf kan, tapi senior tak nak terima. Lagipun senior hutang saya dengan surat cinta yang senior tak pulangkan sehingga sekarang. Sekarang ni yang patutnya saya yang marah bukan senior sebab senior dah rampas first kiss saya dan buatkan saya tertekan selama beberapa minggu ni....-"bebel Hana tanpa henti seperti biasa.
Blaze yang dengar berasa rimas, dia memejam mata menahan sabar lalu berderam geram.
"Diam!"
"Macam mana saya nak diam lepas apa yang dah berlaku. Sebab seniorlah saya sakit macam ni. Kalau senior tak muncul dan ganggu hati dan otak saya, tak adanya saya cedera bagai dan buat perangai macam orang hilang akal tak cukup tidur..."sedang Hana membebel Blaze membuka mata lalu memandang jengkel ke Hana.
Tanpa amaran Blaze pegang kedua-dua belah kepala Hana dan membawa wajah Hana dekat padanya sebelum bibir gadis itu diberi deep kiss yang lama.
Mata Hana terbutang luas apabila hal itu terjadi. Dia terpaku untuk beberapa saat semasa bibir Blaze bergerak menjarah bibirnya tanpa izin seperti bibirnya itu hak milik lelaki itu.
Hana pejam mata seeratnya lalu menolak dada lelaki itu dengan sebelah tangannya yang tidak cedera yang mana sikit pun tak membantu dia sejak tadi.
Blaze eratkan cengkaman dia pada kedua-dua belah kepala Hana semasa merasakan tolakan Hana. Tanpa meninggalkan seinci jarak di antara mereka, dia mendalamkan kucupannya pada bibir Hana dengan mata terpejam.
Tak lama selepas itu Hana mengalah. Dah tak ada apa yang dia boleh lakukan dah saat ini. Nak tendang dia hanya ada satu kaki, nak tolak tangannya tergantung sebelah. Nak melawan badan dia masih sakit sebab terjatuh tadi. Jadi dia hanya duduk disitu sambil mencengkam kain lengan kot uniform Blaze dengan erat sambil memejam mata.