Chapter 24 - Bab 23

Zip pada beg bagasi di tarik oleh Nadine sebelum meletakkan bagasi itu ke lantai. Setelah selesai uruskan dirinya dia bergerak ke arah Hana yang sedang termenung di tepi jendela.

"Kau dah ready?Kita kena bertolak sekarang?"ajak Nadine yang bergerak ke katil Hana. Dia turunkan bagasi kecil Hana dari katil lalu di sorong bersama-sama dengan bagasinya ke arah pintu.

Mereka berdua mengenakan bagasi yang sama rekaan Cuma berlainan warna. Nadine hitam, Hana merah jambu. Hadiah dari Adam sendiri sempena hari persahabatan mereka dua tahun lepas. Hana yang sukakan sticker bentuk 'heart' telah menghias begnya dan juga Nadine dengan pelekat tersebut.

Dengan wajah sugul tiada mood Hana termenung melihat labah-labah yang sedang membina sarang di bingkai jendelanya. Sejak kejadian first kissnya, hatinya tidak tenteram. Asyik wajah Blaze sahaja yang bermain dalam fikiran dia. Pejam mata muka lelaki tu, gosok gigi muka lelaki tu, makan muka lelaki tu, tengah mandi pun muka lelaki tu yang bermain dalam fikiran dia. Memikirkan hal tersebut, Hana jadi takut.

Takut kerana dia berasa seperti mencurangi perasaan suka dia terhadap Yuta. Takut sekiranya perasaan dia beralih arah.

Nadine melepaskan keluhan pendek, dia mendekati Hana setelah rakannya itu tidak menyahut panggilannya. Dengan lembut dia sentuh bahu Hana.

"Han...we need to go."ajak Nadine. "Maafkan aku kalau kau tak dapat nak tengok persembahan akhir Yuta...tapi aku perlukan kau."lembut sahaja nada Nadine ketika bercakap dengan Hana.

Bukannya apa,disebabkan emosi Hana tak berapa stabil sekarang, Nadine takut kalau dia berkata kasar, Hana takkan dapat perform dengan baik ketika perlawanan catur nanti. Ada nama akademi yang mereka perlu jaga sekarang ni.

Hana berpaling, dia hadap Nadine yang mengenakan sweater turtle neck ungu gelap lengan panjang dan skinny hitam bersama high boot. Kot uniform rasmi akademi terpasang smart di badan gadis itu.

Nadine menarik senyuman nipis di bibir setelah Hana memandangnya.

"Aku tak tahu apa yang buat kau macam ni. Dan aku takkan tanya. Tapi satu jer aku minta, jangan menangis. Kalau kau tak boleh perform dengan sebaik mungkin aku faham. Tapi aku perlukan kau untuk bagi semangat dekat aku. Kalau kau menangis macam mana aku nak bertanding dengan hati yang tenang?""soal Nadine sambil menatap wajah Hana. Dia betulkan cermin mata Hana yang melurut turun dibatang hidung. "Smile okay?"

Hana mengangguk kepala. Dia tak marahkan Nadine kalau dia tak dapat lihat perlawanan akhir Yuta. Dia sebenanya marah pada diri sendiri sebab tak dapat pertahankan first kiss dia yang sepatutnya untuk Yuta!

Mereka berdua kemudiannya keluar dari dorm dan bergerak terus ke pintu gerbang yang mana disambut oleh guru pengiring serta Adam.

Lelaki itu mengenakan senyuman nipis di bibir setelah melihat Nadine jalan seiring dengan Hana yang ringkas mengenakan skirt pencil warna hitam, blaus berenda di bahagian cekak leher warna putih dan berkot uniform rasmi akademi.Style biasa Hana, bersanggul tinggi di atas.

"Hai...""Adam hulur tangan ke arah Nadine lantas menarik gadis itu ke dalam pelukan. Sambil itu dia menggosok belakang badan Nadine. "Good luck."ucapnya sebelum mengucup tepi kepala Nadine dengan lama.

Nadine mengangguk kepala dan meleraikan pelukan. Setelah itu, gadis tersebut bergerak mendekati kereta yang akan menghantar mereka ke pusat konvensyen dimana pertandingan mereka bakal berlansung sambil menyorong bagasi di kedua-dua tangan.

Hana pandang Adam dengan wajah sugulnya lalu bergerak ke arah lelaki itu sebelum menyandarkan dahi ke bahu lelaki itu dengan kedua-dua tangan berada disisi. Selain Nadine, Adam adalah sebahagian dari dalam dirinya. Lelaki yang sudah di anggap seperti abangnya sendiri ini juga sumber kekuatan dia.

Adam mengusap belakang kepala Hana dengan lembut lalu tersenyum.

"Kalahkan dia orang semua. Beritahu dia yang Akademi Cross Sword ni siapa."arah Adam dengan perlahan namun bernada yakin.

"Okay...""balas Hana sebelum berdiri tegak dan bergerak ke tepi Adam untuk ke arah kereta. Tapi belum sempat dia hendak atur dua langkah dari Adam, pergelangan tangannya di pegang. Menghalang dia dari berjalan. Lantas Hana berpaling menghadap Adam semula. "Ada apa?"tanya dia.

Adam tanpa bersuara terus berlutut sebelah kaki di depan Hana. Hal itu membuatkan Hana tunduk ke bawah lalu melihat tali hitam terjuntai keluar dari kasut hitam combat hitamnya.

Masa itulah tangan Adam muncul lalu mula mengikat tali kasut tersebut ketat-ketat sambil diperhatikan Hana.

"Kau tahu kau boleh beritahu aku...aku boleh ikat sendiri...""keluh Hana dengan jengkel. Adam tak boleh berhenti perlakukan dirinya seperti anak kecil. Dah banyak kali dia pesan pada lelaki ini supaya tidak lakukan hal sebegini.

Adam berdiri tegak tidak lama selepas itu. dia menyeluk tangan ke dalam poket sewaktu berdiri memandang Hana.

"Tugas aku Han...dah pergi sana lambat pulak nanti."gesa Adam.

Hana menggeleng kepala kesal lalu berpaling ke arah Nadine dengan kepala tunduk kepala tiada semangat.

Nadine lambai ke arah Adam sewaktu menghulur tangan mendapatkan Hana dan mendorong kawannya masuk ke dalam kereta lalu diikutinya.

Sambil tersenyum senang, Adam melambai tangan sehingga kereta itu menjauh dari pintu gerbang tersebut.